Wednesday, February 25, 2015
Ketua Pemuda Pas Otak 3 Suku
25 Februari 2015 : Patutlah karier Suhaizan Kayat Ketua Pemuda Pas
sekejap tenggelam sekejap timbul dalam politik, rupanya memang dia jenis
tidak ambil peduli keadaan semasa.
Baru-baru ini Suhaizan mendakwa UMNO ada helah untuk tidak bertanding
di Dun Chempaka. Helah itu kononnya UMNO akan pecah belahkan hubungan
Pas dan PR.
Tindakan UMNO boleh timbul rasa curiga dikalangan pemimpin
pakatan yang lain tentang perpaduan antara Pas dan Umno.
Nampak sangat Ketua Pemuda Pas tidak tahu dan tidak pernah ambil
kisah tentang kehidupan rakyat Kelantan sekarang. Umum sedia maklum
bahawa Kelantan baru sahaja mengalami musibah banjir yang paling buruk
akibat kerakusan Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan pembalakkan secara
berleluasa.
Maka, atas sebab itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk
Seri Mustapa Mohamed berkata secara peribadi beliau berpandangan mungkin
Barisan Nasional tidak perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil
kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.
Katanya lebih baik menumpukan usaha untuk kerja pemulihan pasca banjir di negeri Kelantan.
Banyak lagi kerja-kerja untuk rakyat yang patut beri tumpuan selain
dari bermain politik dengan pakatan. Malah UMNO dapat menjimatkan
peruntukkan pilihan raya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Agenda rakyat sentiasa UMNO dahulukan, biarpun Kelantan diperintah
oleh PAS, tapi UMNO Kelantan melalui kerajaan Pusat memberikan apa yang
terbaik untuk rakyat.
Suhaizan tidak perlu menunjuk hero mendakwa UMNO ada agenda tersirat.
Lebih baik beliau mempertahankan Presiden PAS yang kini sedang diasak
oleh kumpulan haluan kiri parti mereka dari mengeluarkan dakwaan yang
bukan-bukan.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment