Wednesday, February 11, 2015

Kemana Pakatan Selepas Anwar Ke Dalam?


 f1b3a5aa8ac95025e51eba5afa435e16_XL

10 Februari 2015, Putrajaya : JIKA berkelakuan baik, tidak noty noty, Anwar akan menjalani hanya 2/3 dari keseluruhan hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan kepadanya oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Itu bermaksud Anwar akan berada di dalam lebih kurang 3 tahun 3 bulan, cukup-cukup usia 70 tahun keluar.  Tempoh yang nampak singkat tapi panjang bagi yang bergelar banduan.  Walaupun bukan kali pertama jadi banduan, tapi dalam usia dan keadaan sekarang, penulis yakin bukan mudah.

Anyway, siapa suruh cari susah, terima sajalah ketentuan Allah.

Selesai soal Anwar, soal baru yang akan diperkatakan orang ialah, ke mana pula hala tuju Pakatan Rakyat – gabungan tidak rasmi yang ditubuhkan secara air liur oleh Anwar pada April 2008?

Dengan Anwar bebas di luar pun Pakatan ini sering tak sefahaman, apakah agaknya jadi kepada Pakatan ini bila Anwar ke dalam.  Penulis yakin, Anwar dan kuncu-kuncunya sudah memikirkan dan apa jadi kepada Pakatan jika dia dipenjarakan.

Tapi jangan juga lupa, sehingga ke saat-saat akhir, Anwar masih percaya yang dia akan di dapati tidak bersalah.  Justeru, sebaik mana pun rancangan, tidak mungkin akan jadi lebih baik bila Anwar masuk penjara.

Lagipun seperti yang kita katakan awal-awal di atas, dengan Anwar di luar pun bertelagah tak habis.  Hari ini umpamanya, sama seperti Grand Finale malam tadi, sokongan rakyat yang Anwar terima, begitu teruk sekali, tak macam dulu.

Ujian pertama boleh dilihat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan nanti dan pilihanraya-pilihanraya lain yang akan diadakan selepas ini.  Sejauh mana solidariti dan muafakat palsu ini akan bertahan, kita sama-sama tengoklah.

Atau mungkinkah nasib Pakatan akan jadi seperti Barisan Alternatif dulu (dan pakat-pakat seumpamanya sebelum itu), lahir tanpa tanda, mati pun tanpa nesan? 

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment