Monday, February 16, 2015
Pemimpin MIC Perlu Hormati Presiden BN
16 Februari 2015 : Krisis dalaman Parti MIC kembali hangat diperkatakan sehari dua ini apabila pihak-pihak bertelagah terus tidak mahu mengalah.
Penulis pada mulanya rasa lega apabila Presiden Barisan Nasional,
Dato Seri Najib Tun Razak telah berbincang dan mendapat formula bersama
iaitu untuk membuat pemilihan semua parti MIC.
Akan tetapi belumpun sempat pemilihan semua diadakan, percakaran antara pemimpin MIC kembali hangat.
Penulis membayangkan MIC akan hancur jika pemimpin-pemimpin MIC terus
begini. Sepatutnya mereka mengikut persetujuan bersama dahulu.
MIC harus kehadapan dan memperkuatkan Parti demi membantu masyarakat
India bukannya merosakkan terus Parti ini, dalam keadaan yang sukar ini
masing-masing harus akur dan saling bertolak ansur.
Kepercayaan sepenuhnya harus diberikan kepada Presiden BN untuk bersama membina kembali kekuatan jentera Parti.
Pemilihan semula adalah satu formula yang baik bagi menyelesaikan
masalah yang ada, biar ahli parti yang menentukan siapa pemimpin mereka.
Jangan hancurkan Parti MIC yang dibina berpuluh tahun lamanya kerana
masalah yang timbul, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Keputusan bersama Presiden BN telah dipersetujui dan patuhilah demi kekuatan MIC dan Barisan Nasional
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment