Wednesday, February 11, 2015

Kedutaan Amerika ‘Bela’ Anwar?

12 Februari 2015 

Semalam Kedutaan Amerika telah bersuara mengenai keputusan rayuan kes liwat Anwar.
Kenyataan Kedutaan Amerika adalah seperti berikut, setelah diterjemah.
KENYATAAN AS KEDUTAAN
MENGENAI menghukum Anwar Ibrahim
Amerika Syarikat amat kecewa dan bimbang dengan penolakan rayuan terakhir Anwar Ibrahim.
Amerika Syarikat telah mengikuti perbicaraan Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim. Keputusan untuk mendakwa Encik Anwar, dan perbicaraannya, telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai kedaulatan undang-undang dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai kerjasama yang kuat, dan dalam konteks hubungan ini, kami mula bimbang perkara ini secara serius mengenai kes Anwar dengan pegawai Malaysia dan menekankan bahawa keadilan , ketelusan dan kedaulatan undang-undang adalah penting bagi meningkatkan keyakinan dalam sistem kehakiman Malaysia dan demokrasi.
Apa sebenarnya yang cuba Amerika sampaikan disini. Mahkamah Malaysia tidak berlaku adil kerana menghukum Anwar atau kesalahan meliwat? Atau keputusan mahkamah rayuan, perlu melepaskan Anwar untuk menjadi lebih adil?

Sejak bila Amerika begitu prihatin dengan rakyat negara lain? Apa hubungan Anwar dengan Amerika sehingga mereka begitu mengambil berat tentang beliau? 

Sebelum ini Anwar kerap kali menafikan hubungan beliau dengan Amerika dan sering mengatakan ianya fitnah dari musuh politik beliau. Kononnya beliau ke Amerika hanya sebagai pensyarah disebuah Universiti di sana. 

Apa pentingnya seorang pensyarah luar kepada sebuah negara besar seperti Amerika Syarikat?

Banyak persoalan yang bermain difikiran penulis. 

Semua ini seolah mengiyakan hubungan tersebut. Kita masih ingat bagaimana. Media luar negara, BBC dan CNN menemubual Anwar kerana berjaya menafikan kemenangan 2/3 BN pada PRU ke 12. Malah akhbar Jurusalem Post juga memberi ucapan tahniah (muka depan akhbar) kepada Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau.

Mana mungkin akhbar Israel boleh memberi ucapan kepada seorang Islam?
Tentu ada sesuatu yang mencurigakan hingga mereka boleh berbuat demikian. 

Penulis percaya, rakyat Malaysia semakin bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara. 

Walaupun penulis marah kerana campur tangan Kedutaan Amerika terhadap kes ini, tapi sebenarnya, ada hikmah yang kita tak nampak. Ia membuktikan bahawa, Anwar sememangnya ada hubungan dengan Amerika. Kemungkinan ianya belum tampak jelas, tapi umum tahu dengan kenyataan Kedutaan Amerika, pastinya Anwar Ibrahim ini ‘anak emas’ mereka. 

Jadi, topik yang penulis gunakan itu, tepat, malah boleh dibaca dalam dua maksud.
 
Anda faham maksud penulis?

Faham-faham la ya.

Artikel oleh : Hafiz Azmi

No comments:

Post a Comment