Sunday, February 15, 2015
1MDB Bayar RM 2 Bilion Hutang Kepada Bank Tempatan
13 Februari 2015 : Syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development
Bhd (1MDB) telah melunaskan hutangnya berjumlah RM2 bilion semalam,
enam hari sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan dengan
beberapa bank tempatan iaitu pada 18 Februari 2015.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, Pinjaman ini
dilunaskan lebih awal seperti terma perjanjian kemudahan pinjaman.
“Dengan pelunasan pinjaman ini, saya menegaskan komitmen 1MDB untuk membayar tanggungan hutang kami menurut jadual.”
Difahamkan Maybank memberikan 58.99% daripada pinjaman RM 2 bilion
itu manakala RHB memberikan 32.41%. Pemberi pinjaman lain adalah
Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd
(3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).
Sementara itu Malaysiakini.com memetik Reuter sebagai melaporkan
bahawa bayaran balik pinjaman itu sepatutnya mengurangkan tekanan pada
Ringgit dan jangkaan kredit.
Sementara itu TheMalaysianInsider melaporkan 1MDB menstrukturkan
hutang RM5.5 bilion kepada dua cabang: Hutang RM3.5 bilion yang perlu
diselesaikan pada Ogos 2024 dan RM2 bilion – perlu diselesaikan pada
akhir tahun lalu kemudian dipanjangkan sehingga 18 Februari 2015.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment