Tuesday, November 11, 2014
Rakyat Hakim Negara : Apakah Anwar dan Macai Akan Menerima Keputusan Rakyat Ini?
10 November 2014 - Acapkali kes
perbicaraannya, maka diheretlah sekelian rakyat turun untuk berdemo dan
memenuhi ruang mahkamah, juga sekitarnya. Tujuannya terserah kepada anda
untuk mentafsir, kerana banyak sekali manipulasi yang boleh dilakukan
samada ke atas hakim, mahkamah mahupun media apabila berjaya
mengumpulkan sejumlah hadirin.
Terbaru, slogan “#RakyatHakimNegara”
telah digunapakai sebagai satu propaganda untuk melipatgandakan jumlah
bilangan penyokong yang turun berdemo deminya.
Politweet.Org, sebuah organisasi
“non-partisan”, dalam analisanya menyatakan bahawa hashtag
#RakyatHakimNegara tidak berada di dalam senarai 5 “hashtag” popular
sehingga jam 1 petang tadi. Pemeriksaan penulis ke atas 3 kolum;
“Politicians”, “Barisan Nasional” dan “Pakatan Rakyat” menunjukkan
hashtag #Justice4Saiful menduduki senarai teratas.
Sila rujuk kepada 3 “print screen” di bawah:
Jangankan di kolum “Politicians” atau
“Barisan Nasional”, malah #Justice4Saiful turut menduduki tempat teratas
di dalam kolum “Pakatan Rakyat” seperti diatas.
Suratan atau kebetulan, jumlah rakyat
yang mahukan keadilan untuk Saiful saban hari meningkat mengunjungi
Istana Kehakiman berbanding penyokong Anwar yang dilihat semakin lesu
dan longlai.
Najitahnya, baik di alam nyata, mahupun
di alam maya, segalanya tampak sudah tidak berpihak kepada Anwar
Ibrahim. Secara jujur, penulis tidak tahu apa yang sedang berlaku di
pihak Anwar kerana pada hari-hari terawal, kumpulan pro Anwar ini
dilihat menguasai segenap penjuru perkarangan Istana Kehakiman. Mengapa
“kedatangan” atau “kehadiran” penyokong si peliwat semakin lembab?
Mungkin anda ada jawapannya.
Jika kedua-dua trend ini (alam nyata dan
alam maya) diambilkira, apakah sudah boleh kita menafsirkan, bahawa
rakyat, yang dinobatkan sebagai hakim negara oleh penyokong Anwar,
bersetuju sebulat suara bahawa Sungai Buloh adalah sebaik-baik tempat
untuk peliwat bernama Anwar Ibrahim?
Natijahnya, sehingga jam 1 petang tadi, #RakyatHakimNegara telah memilih #Justice4Saiful mengikut Politweet.Org.
Tanyakan pada sekelian rakyat a.k.a hakim negara, apakah hukuman sudah boleh dijalankan?
Hahahahaha…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment