Tuesday, November 11, 2014
MAIS Macam Anjing Bercawat Ekor Sahaja Sekarang Ini
20 Oktober 2014 - Apabila penganjur program I Want To Touch A Dog
mendakwa ia mendapat restu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi
mendakan program mesra anjing semalam, ia sekadar membuktikan bahawa
para pentadbir Majlis tersebut yang kebanyakannya merupakan penyokong
kuat Pas sudah berada di bawah telunjuk DAP.
Tidak ada sebab yang munasabah yang langsung untuk MAIS memberi restu
kepada program pegang dan peluk anjing ini. Oleh kerana sehingga hari
ini MAIS tidak menafikan kenyataan penganjur tersebut maka kemungkinan
besar benarlah restu itu.
Kita boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais kepada kempen pegang anjing ini.
Yang
menyokong kempen ini sebagai sesuatu yang mulia kerana untuk memulihkan
stigma benci anjing di kalangan orang Islam sebenarnya menghina
majoriti umat Islam di negara ini. Majoriti kami tidak pernah benci
anjing mahu pun mendera anjing. Kami hanya tidak membela anjing sebagai
binatang peliharaan kerana dilarang oleh agama kami. Kami tidak
menyentuh anjing tanpa sebab kerana ia merupakan ajaran agama kami.
Kami juga menjauhi anjing kerana agama kami telah meletakkan syarat
supaya melakukan acara pembersihan tertentu (sertu) jika bersentuh
dengan anjing dalam keadaan basah atau dijilat anjing tersebut. Dalam
keadaan kami perlu solat 5 kali sehari, wajarlah kami tidak mendekati
anjing sesuka hati.
Ini samalah seperti kami tidak mendekati Harimau kerana takut dibaham
atau menjauhi diri dari ular kerana takut dipatuk. Kami juga tidak
memeluk ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau. Ini bukan bermakna kami
membenci atau mahu mendera binatang-binatang tersebut.
Kempen ini memberi imej yang sangat buruk kepada muslim di negara
ini. Ia seolah-olah orang Islam di negara ini sering menganiaya dan
mendera anjing sehinggakan perlu satu kempen sentuh, pegang dan peluk
anjing bagi mengubah tabiat buruk orang Islam.
Hakikatnya, anjing lebih banyak didera dan dianiaya oleh orang bukan
Islam terutamanya kaum Cina kerana mereka sahaja yang banyak memelihara
anjing. Kita hampir tidak pernah mendengar langsung orang Islam membunuh
atau mendera anjing sama ada secara fizikal atau mental.
Justeru apakah tujuan kempen ini?
Alasan kempen ini kononnya untuk mendidik orang Islam megenai cara
menyayangi anjing sebagai binatang ciptaan Allah adalah alasan dangkal
yang diterima bulat-bulat oleh pentadbir MAIS.
Kempen ini bukan mahu memberitahu orang Islam mengenai anjing, tetapi
lebih kepada mahu meruntuhkan sempadan moral orang Islam di negara ini.
Satu demi satu sempadan moral dan akal orang Islam di negara ini
diruntuhkan seperti mana mereka mahu menukar perkataan Tuhan kepada
Allah dalam bible bahasa Melayu, dan menerima orang bukan Islam sebagai
pemimpin nombor satu (lihat penyertaan Melayu bertudung dalam DAP) dan
kebebasan menukar agama Islam kepada agama lain sesuka hati adalah hak
asasi.
Apabila menonton sandiwara “I want to touch a dog” semalam, ia
menunjukkan betapa mudahnya Melayu Islam di negara ini, termasuk
ustaz-ustaz di Mais, dimanpulasi dan ditipu oleh orang lain semata-mata
kerana mahu menunjukkan Islam itu agama yang “cool”.
Berselindung di sebalik slogan “Islam itu mudah”, “Islam itu sayang
semua binatang”, “semua binatang itu ciptaan Allah”, kumpulan ini
berjaya meruntuhkan satu lagi sempadan moral orang Islam di negara ini.
Kejayaan mereka menjadikan sebahagian orang bertudung seumpama zombie
dan memeluk anjing secara terbuka untuk diambil gambar oleh kaum Cina
wajar diberi tabik hormat. Di Selangor hari ini lebih mudah memegang dan
memeluk anjing dari berpoligami. Itulah makna Islam di Malaysia hari
ini.
Jika benar MAIS merestui program ini, maka MAIS hari ini pilihlah
sama ada mahu menjadi “anjing tiada bercawat ekor” (sesuatu yang hina
dan tiada berguna) atau membuang diri menjadi seperti “anjing bercawat
ekor” (Pergi atau menghindar kerana malu dan terhina).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment