Wednesday, May 20, 2015

Wan Azizah Dicabar Namakan PM Bayangan Pakatan Pembangkang

19 Mei 2015, Kuala Lumpur : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini dicabar menamakan siapa calon Perdana Menteri dalam kabinet bayangan Pakatan Pembangkang selepas ketiadaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bakal Perdana Menteri Malaysia hendaklah datang dari sebuah parti yang kuat dan dalam konteks pakatan pembangkang, parti Dap dilihat lebih layak untuk menduduki kerusi terbabit kerana parti itu memenangi 37 kerusi di Dewan Rakyat berbanding parti PKR dan Pas.

“Dap mempunyai 37 kerusi Parlimen, PKR cuma 29 dan Pas ada 21 kerusi. Sudah pastilah Dap yang boleh jadi Perdana Menteri bayangan di kalangan pakatan mereka.

“Jadi, nak bagi siapa jawatan tersebut kerana jika nak letak pada Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri bayangan, maknanya ia datang dari parti yang lemah. Jika parti yang lemah tentulah sukar untuk menjadi Perdana Menteri yang kuat kepada Malaysia”, ujarnya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Ketua pembangkang yang baharu, Dr Wan Azizah yang mahu melaksanakan kembali kabinet bayangan pakatan pembangkang.
wan Azizah
Malaysia jelas beliau lagi memerlukan seorang Perdana Menteri yang datang dari parti yang kuat, contohnya Perdana Menteri hari ini adalah dari sebuah parti yang mempunyai 89 kerusi di Parlimen, jumlah kesemuanya termasuk BN ialah 134 kerusi Parlimen.

Tambahnya, sekiranya PM dalam kabinet bayangan itu datangnya dari PKR, maka ia adalah calon yang lemah kerana parti itu tidak menguasai majoriti di Parlimen berbanding UMNO yang menguasai 89 kerusi Parlimen.

Terdahulu Ketua Pembangkang baharu, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil langkah drastik apabila mengumumkan akan membentuk kabinet bayangan Pakatan pembangkang.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment