Tuesday, May 26, 2015

Hello Malaysiakini! Kesetiaan Pemuda Kepada Parti Bukan Mohd Najib

khairy-exco
26 Mei 2015, Kuala Lumpur : Sungguhpun Malaysiakini.com cuba menggambarkan Pemuda UMNO melaungkan kesetiaan kepada Presiden UMNO, Mohd Najib Tun Razak, namun kandungan beritanya “Pemuda sepakat tetap setia kepada Najib”, langsung tidak menepati tajuk yang dipaparkan.
Tajuk ini mungkin usaha tersusun Setiausaha Akhbar Menteri Belia dan Sukan yang juga bekas wartawan Malaysiakini, Regina Lee untuk mengelirukan pejabat Presiden dan Setiausaha Agung UMNO.
Menurut Malaysiakini, Khairy dilaporkan berkata, “Jangan keliru dengan apa yang ada di depan kita hari ini. Isunya bukan kesetiaan.”
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, isu yang timbul ialah keinginan Pemuda Umno menyelesaikan masalah yang ada.
“Isu kesetiaan kepada parti tak berbangkit, sekurang-kurangnya di kalangan Pemuda Umno,” katanya.
Khairy kemudian bertanya kepada ahli pergerakan yang hadir bersamanya: “Setuju?”
Mereka kemudian menjawab: “Setuju!”
Khairy tidak langsung menyatakan Pemuda UMNO menyokong kepimpinan Mohd Najib. Mereka hanya menyatakan setia kepada parti yang tentulah ia bukan satu pertikaian buat masa ini walaupun pada masa akan datang belum tentu.
Malah jika Khairy menyatakan EXCO Pemuda UMNO menyokong kepimpinan Mohd Najib pun tidak masuk akan kerana dalam aplikasi media sosial WhatsApp mereka, sebahagian besar EXCO dan Ketua Pemuda UMNO Negeri sering kali membelasah Mohd Najib dan mereka yang menyokong Perdana Menteri
MYKMU.net difahamkan selepas peristiwa lima sekawan tempoh hari sekurang-kurang seorang EXCO Pemuda UMNO yang tidak bersetuju dengan kumpulan ini telah meninggalkan kumpulan WhatsApp Pemuda UMNO itu.
Raja Petra Kamaruddin hari ini mendedahkan sedikit sebanyak perancangan Khairy Jamaluddin. Sama ada benar atau tidak pasukan Mohd Najib Razak perlu melihat perkara ini jika mahu terus kekal sebagai Presiden UMNO.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment