11 Oktober 2010 : Kerajaan dibawah kepimpinan ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri Pulau Pinang,memang layak digelar negeri berkebajikan.
Prihatin terhadap nasib beberapa kerat pimpinan haprak Guan Eng berlidah biawak telah membela mereka dengan menaikkan tarif air.Rakyat Pulau Pinang yang mengundi pakatan sememangnya sanggup menanggung kebajikan pemimpin pakatan dengan kenaikan tarif air.
Kenaikan elaun lembaga pengarah PBA semenjak kerajaan Sosialis memerintah membuktikan Guan Eng menjaga nasib diri beliau dan kroni kroninya.
Di bawah adalah keuntungan PBA sejak dari 2005 hinggalah 2009.Ternyata PBA dibawah pengurusan Guan Eng yang mengamalkan CAT benar benar berjaya mengurus tadbir dengan baik,ini kerana sejak dibawah pengurusan akauntan buruk ini PBA mengalami kerugian sejak 2008 hinggalah 2009.
Alasan yang diberikan oleh Guan Eng ternyata memperbodohkan rakyat dan dalam masa yang sama ketua menteri berlidah biawak ini memberbohong kerana menyembunyikan fakta fakta diatas.
Pada masa yang sama Guan Eng dan koncu koncunya merompak wang PBA dengan melakukan pembaziran melalui claim yang tidak munasabah
Guan Eng berlidah biawak ini menyapu bersih wang elaun sebagai Pengerusi PBA yang melebihi RM4000 ini tidak termasuk elaun dari PBA Holdings.Manakala Dr Mansor sebagai naik pengerusi memperolehi lebih dari RM3000 dan Mat Sabu lebih dari RM2000 kesemuanya tidak termasuk elaun tambahan yang diberikan oleh PBA Holdings
Kerugian yang besar ini tidak menghentikan tabiat Ketua Menteri yang mengamalkan CAT untuk meneruskan amalan pembaziran apabila terlalu kerap mengadakan mesyuarat 4-5 kali dalam masa 3 bulan. Setiap kali bermesyuarat pihak PBA terpaksa menghabiskan sebanyak RM80ribu untuk menangung elaun menghadiri mesyuarat,elaun bayaran hotel,elaun makan,elaun perjalanan kenderaan yang dibayar dengan kadar 70sen/km kesemua itu diperuntukkan kepada mereka.
Anda yang berada di PBA atau pun di didalam kerajaan negeri bolehlah memeriksa rekod rekod perbelanjaan ini dan bandingkan diantara zaman pemerintahan BN yang mencapai keuntungan yang tinggi dan pemerintahan ketua menteri paling celaka dalam sejarah yang mengamalkan CAT mengalami kerugian dan pembaziran.
Jika dibandingkan rekod rekod perbelanjaan mesyuarat sebelum pemerintahan kerajaan sosialis DAP didapati mesyuarat tidak dibuat sekerap yang dilakukan oleh Guan Eng dan kadar elaun bulanan dan mesyuarat adalah rendah.
Rakyat diperbodohkan secara terang terangan apabila Guan Eng memberikan alasan alasan yang tidak munasabah.Akibat pembaziran dan amalan retorik CAT, rakyat terpaksa menanggung kesusahan apabila tarif air dinaikkan.
Ternyata Lim Guan Eng hanya pandai bermain dengan kata kata,mengula gulakan rakyat dengan pembohongan demi pembohongan agar beliau bebas melakukan apa saja .
*sumber statistik dari MIM
Oleh : KPMU.net
No comments:
Post a Comment