Friday, October 15, 2010

Ceramah "Pengurusan Keluarga" di Blok C, Ampangan

14 Oktober 2010, Ampangan: Satu ceramah telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Seremban bertempat di Balai Raya Blok C, Ampangan. Ceramah telah bermula pada jam 11.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari. Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Panchor. Ceramah bertajuk "Pengurusan Keluarga" ini telah disampaikan dengan cukup bersahaja oleh Saudara Syamsul.
.
Urusetia yang terlibat menjemput Sdr Syamsul ini adalah Ustazah Hjh Hamidah, Penyelia Perhubungan KEMAS Parlimen Seremban. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ali bin Abd Majid, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban.
.
Suasana ketika ceramah sedang dilangsungkan
Ada juga yang mendengar ceramah sambil menganyam tudung saji
Anyaman tudung saji turut di ajar di dalam bengkel ini
Sdr Syamsul ketika sedang menyampaikan ceramah
Bersungguh-sungguh nampaknya ketika menyampaikan ceramah "Pengurusan Keluarga"Mendengar sambil adakalanya ketawa mendengar jenaka yang diselitkan dalam ceramah
Suasana ketika majlis penutup dilangsungkan
Dari kiri; En Ishak (Ketua Cawangan UMNO Blok C), Tn Hj Ali Majid (Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Seremban), Sdr Syamsul (Penceramah), dan Ustazah Hjh Hamidah (Penyelia Perhubungan KEMAS)
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment