Friday, October 15, 2010

S. Nallakarupan dakwa Anwar-Azmin begitu setia

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Hubungan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali (gambar) tidak akan terjejas kerana kedua-dua mereka begitu ‘setia’ antara satu sama lain.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, kesetiaan antara kedua-dua pemimpin PKR itu amat teguh dan tidak hairan jika Azmin menegaskan beliau bukan ‘pak turut’ kepada Ketua Pembangkang itu.

“Azmin tidak perlu berkata ‘ya’ kepada Anwar, sebaliknya Penasihat PKR itu yang akan selalu berkata ‘ya’ kepada Azmin.

“Beliau begitu istimewa kepada Anwar. Apa yang Azmin mahu Anwar akan pastikan anak buah kesayangannya itu akan perolehi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak semalam bahawa dirinya bukan ‘pak turut’ kepada Anwar sebaliknya komited dengan usaha parti untuk melakukan agenda perubahan.

Sebaliknya Azmin menganggap tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung perkara itu bertujuan mengaibkan beliau dan ketuanya itu.

Nallakarupan berkata, tidak ada sesiapa termasuk ahli PKR sendiri yang dapat mencontohi kesetiaan Azmin kepada Anwar kerana dihalang oleh prinsip hidup, moral dan nilai agama masing-masing.

Oleh : KPMU.net

No comments:

Post a Comment