Friday, October 15, 2010

Jangan Panggil Cina kaum Pendatang – PM

Kuala Lumpur: Banyak perkara perlu difahami pemimpin-pemimpin MCA dan masyarakat Cina jika mereka memahami mesej Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke 57, pagi Ahad.

Perdana Menteri nyata berterus terang mengulas situasi semasa yang kebelakangan ini menampakkan kaum Cina seolah-olah membuat tuntutan berlebihan termasuk jangan menganggap mereka sebagai pendatang.

Menurut Najib, beliau sendiri tidak setuju masyarakat Cina di negara ini dipanggil pendatang.

“Dulu mungkin ya tetapi sesudah beberapa generasi, sekarang sudah jadi rakyat yang setia. Kita tak boleh lihat perkara terbelakang…kena tinggal senrtimen negatif,” katanya.

Terdahulu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya turut membangkitkan soal itu selain meminta kerajaan memenuhi permintaan masyarakat Cina dan memberikan layanan adil kepada kaum tersebut.

Bagaimanapun, Najib yang juga Pengerusi BN menasihatkan pemimpin-pemimpin MCA dan masyarakat Cina bahawa semua kaum menuntut hak masing-masing termasuk Orang Asli.

Sambil seloroh katanya, ”Orang Asli inilah undi penentu di Galas,”.

Menurut Najib, sistem yang dilaksanakan sekarang adalah bagi memastikan semua rakyat dapat hak mereka.

Sebab itu tegas beliau, kerajaan tidak boleh melayan tuntutan satu kaum sahaja.

Tegasnya, perlu ada pemuafakatan dan tolak ansur dalam mengemukakan tuntutan.

Namun Najib memberitahu secara jelas bahawa jangan hanya demand sahaja tetapi tidak membantu kerajaan dan BN bila diperlukan atau konsep beri dsn terima.

“Jangan demand saja…tapi bila minta sokongan tak bagi,” ujarnya.

Beliau juga memberikan cara bagaimana MCA boleh pulih dan mendapatkan semula keyakinan masyarakat Cina kepada parti tersebut.

Pemimpin semua peringkat katanya mesti setia kepada BN, komited, berkhidmat kepada rakyat seperti apa sedang dilakukan UMNO.

“Macam UMNO buat. Jangan served Cina dalam area sendiri sahaja. Mesti rapat di hati rakyat kaum lain,” katanya sambil menekankan bahawa rakyat menyokong bukan sebab duit tetapi suka dengan pemimpin yang mereka pilih untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam erti kata lain. Najib menggambarkan bahawa rakyat tidak boleh diumpan dengan projek atau pembangunan sahaja manakala pemimpin tidak patut minta projek bagi kepentingan sendiri.

Sebelum itu katanya, beliau tidak bimbang kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum 2008 tetapi khuatir masalah parti dalaman BN.

“Amat pahit dalam BN dan sejarah tanah air tetapi dalam negara demokrasi berparlimen, kita harus terima hakikat bahawa parti politik ada pasang surut,”.

“Up down perkara biasa tetapi dengan adanya kepimpinan bersatu padu kita dapat selesaikan semua,” tegas Najib.

Sebab itu katanya beliau berulang kali meminta semua parti dalam BN selesaikan masalah supaya kembali kuat dan bersatu padu untuk persiapan pilihan raya umum ke 13.

Soi Lek dalam ucapannya juga meminta jangan dipertikai kesetiaan MCA dalam BN kerana pemimpin parti itu komited jadikan parti itu pilihan rakyat.

Bagaimanapun katnya, MCA tidsk akan jadi pengikut yang sokong membuta tuli sebaliknya akan terus bercakap menyuarakan kehendak rakyat.

Ini adalah kali pertama Najib merasmikan Perhimpunan Agung MCA itu sebagai Pengerusi BN. Hadir sama pemimpin komponen BN lain

Oleh : KPMU.net

No comments:

Post a Comment