Pada 16 Oktober 2010, telah berlangsungnya program meraikan bakal-bakal Haji serta Jamuan Aidil Fitri 1431 Hijrah. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Gerakan Desa Wawasan, Rumah Rakyat Pancor. Program ini telah bermula pada jam 4.00 petang.
.
Pada tahun ini, seramai 4 orang dari Rumah Rakyat Pancor dan 2 orang daripada Taman Jemerlang akan mengerjakan ibadah Haji.
.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Mustafa bin Salim, ADUN Kawasan Lenggeng.
.
Majlis telah dimulakan dengan alu-aluan daripada En Karim, Setiausaha UMNO Cawangan Pancor. Diikuti dengan bacaan doa dan Tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Taba bin Bahaman. Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi program iaitu YBhg En Safiei Mohd Amin, Pengerusi JKKK Kg Pancor. Akhirnya majlis telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh YB Tuan Mustafa Salim, ADUN Kawasan Lenggeng.
.
Selepas itu, telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua bakal haji serta beberapa anak yatim, sebagai bantuan Aidil Fitri. Sebaik sahaja selesai majlis penyampaian cenderahati, semua para tetamu dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
.
Akhir kata EDITOR mengucapkan selamat mengerjakan Fardhu Haji buat semua yang terlibat.
.
Sdr Wahab yang sedang leka membakar satay
En Safiei sedang mengiringi YB Tuan Mustafa Salim yang baru tiba
Semua mula mengambil tempat
En Abdul Karim mempengerusikan program
Suasana ketika majlis berlangsung
Di antara tetamu yang hadir
Ustaz Mohd Taba sedang membacakan doa dan seterusnya menyampaikan Tazkirah buat semua bakal Haji
Di dapur sedang siibuk menyiapkan hidangan
Semua mendengar Tazkirah yang disampaikan
En Safiei, Pengerusi JKKK Kg Pancor menyampaikan ucapan
YB Tuan Mustafa Salim ketika menyampaikan ucapan perasmian program
Semua fokus mendengar amanat yang disampaikan oleh YB Tuan Mustafa
YB Tuan Mustafa menyampaikan pelbagai pesanan keoada semua yang hadir
Semua mendengar dengan tenang
Sesi penyampaian cenderahati
Hadiah kepada bakal Haji
Lagi bakal Haji menerima cenderahati
No comments:
Post a Comment