Wednesday, November 23, 2011

Media Baru & Golongan Muda: Idris Ahmad mula mengeletar…


Takut dengan kebangkitan Barisan Nasional, khususnya UMNO, yang kian mendapat sambutan dari golongan anak muda di negara ini, PAS rasa tercabar untuk memanggil bekas Ketua Penerangannya yang diturunkan pangkat, Idris Ahmad, untuk meredakan ketakutan mereka.


Dalam kenyataan Idris Ahmad di Haramkah Daily, dia cuba menyifatkan jaringan media baru dan golongan muda di negara ini kononnya merupakan satu ancaman bagi BN dan UMNO. Dia cuba memberikan contoh bilangan tukang komen di Malaysiakini yang kononnya di dalam 100 orang, hanya 5 saja menyokong BN manakala bakinya menyokong Pakatan Haram.


Justeru itu, dia menyimpulkan seolah-olah media baru dan golongan muda yang lebih gemar melayari internet majoritinya adalah penyokong Pakatan Haram. Dia membuat kenyataan itu selepas membaca laporan mengenai Konvesyen Media Sosial 1Malaysia yang diadakan di PWTC, baru-baru ini.


Beginilah. Dahulu, ketika di zaman reformasi 1998, medium internet yang masih baru di negara ini menjadi medan puak-puak Pakatan Haram menghentam kerajaan dan menyebarkan fitnah memburuk-burukkan kerajaan. Ketika itu, diakui bahawa tidak banyak laman-lama blog, portal, atau yahoo.group yang menyokong kerajaan dan berperang menerusi ruang maya internet.


MyKMU.net yang ketika itu lebih dikenali sebagai KMU adalah antara sekumpulan pejuang maya yang ditubuhkan oleh beberapa rakan bagi berperang di alam siber. Sehingga kini, MyKMU membuktikan kekuatannya sebagai sebuah laman portal yang mampu kekal hebat selama tempoh 12 tahun, hingga kini.


Bagaimanapun, pada PRU 10 pada tahun 1999, kekuatan BN agak tergugat. Itupun mungkin dipengaruhi oleh insiden “mata lebam”. Namun, semuanya telah diselesaikan dengan baik oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan dalam keadaan BN dan UMNO selesa dan kuat, kepada seorang lagu bekas PM, iaitu Pak Lah.


Kemudian, Pak Lah tertipu dengan kemenangan BN pada PRU ke-10 apabila meraih kemenangan besar pada tahun 2004. Dia tidak sedar bahawa kemenangan itu bukanlah disebabkan diri dan kepimpinannya, namun kemenangan itu lebih kepada kekuatan UMNO-BN yang ditinggalkan oleh Tun M.


Memandang rendah kepada keupayaan media baru dan kewujudan blog-blog politik termasuk pentadbiran Pak Lah yang lemah, BN dilanda “tsunami” di mana PRU ke-12 menyaksikan parti-parti yang membentuk kerajaan tewas teruk.


Namun kini, dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak kelemahan-kelemahan ini telah diperbaiki dan diperkasakan. Hasilnya, menurut analisa top ranking blogger yang dibuat, blog-blog dan portal-portal pro-kerajaan menjuarai carta tersebut. MyKMU.net juga tersenarai sebagai antara portal yang terbukti diminati pembaca.


Ramai tertanya-tanya, benarkah Malaysiakini.com begitu diminati rakyat dan golongan muda? Jawapannya adalah TIDAK. Sekiranya dianalisa tukang-tukang komen di ruangan berita Malaysiakini, kita akan dapati bahawa seorang individu yang sama sering memberi komen berulang kali.


Selain itu, dipercayai bahawa cybertroopers Pakatan Haram yang diupah turut mencipta berpuluh ID seorang dan memenuhkan laporan berita dengan komen-komen mereka. Kononnya, ramailah yang menyokong mereka di Malaysiakini! Padahal, ianya hanyalah “fake identity”…


Baru-baru ini, saya ada mendapat tahu ada sebuah laman portal pro-Kerajaan yang baru ditubuhkan pada pertengahan tahun ini. Dikhabarkan bahawa popularitinya begitu hebat dan mendapat sambutan hangat dikalangan pembaca, khususnya golongan muda yang berumur antara 15 hingga 35 tahun. Khabarnya, laman berita itu ditubuhkan sebagai “seteru utama” Malaysiakini.


Menurut sumber saya lagi, dianggarkan seramai 60,000 hingga 70,000 unik visitor melawat laman berita itu setiap hari. Laman itu telah berjaya memotong ranking banyak media internet lain seperti MStar, MalaysianDigest dan lain-lain portal yang sudah lama ditubuhkan. Sehingga kini, laman berita pro-kerajaan itu berada di kedudukan 90 ranking alexa di Malaysia dan di dalam misi mengejar Harakah Daily pada kedudukan ranking 78.


Meskipun baru ditubuhkan dalam usia setahun jagung, laman web itu berjaya membuktikan kewujudannya sangat menarik perhatian pembaca dan kesempatan ini pastinya akan digunaka sepenuhnya untuk membetulkan fikiran golongan muda yang semakin terpesong melalui agenda pembangkang, khususnya Malaysiakini. Bagaimanapun, nama laman web tersebut tidak dapat dinyatakan di sini atas sebab tertentu.


Pokoknya, BN kini telah membuktikan keupayaan mereka untuk menguasai media internet dan semakin mendapat perhatian ramai. Rakyat sudah ramai yang celik setelah pejuang-pejuang pro UMNO -BN mendedahkan kebenaran di sebalik pembohongan pembangkang dan menyerang mereka bertubi-tubi tanpa membenarkan mereka berhenti mengatur nafas sekali pun!


Perkara inilah yang paling ditakuti oleh PAS, PKR dan DAP. Mereka tahu bahawa alat propaganda mereka yang banyak membantu kemenangan mereka pada tahun 1999 dan 2008 sedang menjunam jatuh. Pembohongan dan fitnah yang mereka lakukan semakin terbongkar. Setiap hari mereka diserang dengan pelbagai isu yang menjelaskan kejijikan mereka sebagai komponen parti yang paling jahat, tidak bermoral dan busuk niatnya.


Justeru itu, tak payahlah Idris Ahmad cuba menegakkan benang yang basah dalam hal ini. Sememangnya media baru dan golongan muda semakin jelek dan jijik dengan Pakatan Haram dan mereka sudah semakin beralih sokongan kepada UMNO-BN. Harap Idris Ahmad boleh terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka.


Kalau fitnah dan tembelang Pakatan Haram sudah terbongkar di saluran media yang menjadi modus operandi utama penyebaran maklumat palsu mereka itu sudah tenggelam. Bayangkanlah kesannya kepada golongan muda di zaman ini…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment