Sedang saya menulis artikel ini, berkemungkinan konsert Elton John yang berlangsung di Arena of Stars di Genting Highlands sedang berada di kemuncaknya. Mungkin Elto John sedang menyanyikan laginya yang paling hits untuk para penonton di puncak Genting Highlands itu.
Sebagaimana kita tahu, Elton John merupakan seorang gay yang aktif dan tidak malu untuk mengaku dirinya mengamalkan aktiviti songsang itu. Kehadirannya di negara ini menjadi satu kontroversi apabila pelbagai pihak membantah penganjuran konsert yang menampilkan artis yang terlibat dengan LGBT.
Antara yang paling kuat “berbunyi” ialah Dewan Pemuda PAS. Bukan saja berbunyi, Dewan Pemuda PAS Pahang misalnya telah menganjurkan demonstrasi khas bagi membantah konsert tersebut atas alasan bahawa Elton John adalah “Raja Gay” dunia.
Bukan saja memaki hamun, Dewan Pemuda PAS turut mengoyak, memijak, meludah dan bertindak membakar “Elton John” ketika demonstrasi itu. Tapi mereka hanya bertindak pada gambarnya sajalah…
Memandangkan protes melampau dan kemarahan yang meletop-letop terhadap Elton John dan penganjur konsert itu, saya sangat tertunggu-tunggu tarikh hari ini untuk menyaksikan “kehebatan”, “kegarangan” dan “kebengisan” Dewan Pemuda PAS…
Malangnya, setelah berhubung dengan salah seorang rakan media yang bertugas di konsert tersebut, dia memberitahu bahawa konsert tersebut berlangsung dengan lancar, aman dan tenteram, sama ada sebelum konsert berlangsung sehinggalah ketika dia memberitahu keadaan di sana kepada saya sekitar jam 11.30 malam tadi.
Justeru, itu jelas sekali bahawa Dewan Pemuda PAS hanya beretorik, tidak serius, tidak konsisten dan hanya berpura-pura membantah konsert Elton John itu. Jika tidak, sudah tentu mereka sudah panjat Genting Highlands untuk sekurang-kurangnya berdemo membantah konsert tersebut.
Nak tahu apa alasan puak-puak Pemuda Buih Pepsi Cola itu? Katanya, mereka “sebok dengan persiapan pilihanraya umum”..!!!
Apa ke bongoknya jawapan seperti itu diberikan dari seorang Ketua Pemuda PAS Negeri? Perdana Menteri belum umum pun pembubaran Parlimen, nak buat persiapan apanya? Menipu sangatlah alasan begitu tu…
Pelik betul. Dengan gambar, mereka cukup berani memaki hamun, memijak, mengoyak, meludah dan membakar. Tapi bila tuan punya badan tiba, seekor pun tak nampak batang hidung. Semuanya menikus di bawah ketika ibu masing-masing. Ini Dewan Pemuda PAS atau Dewan Pemudi PAS? Taknak tukar jantina ke?
Atau Dewan Pemuda PAS sudah “dibayar” oleh “Raja Biseksual Negara” untuk tidak membuat kacau kepada “sahabat gay”nya itu? Berapa yang dibayar? Atau Dewan Pemuda PAS buat begitu kerana taksub pada “Raja Biseksual Tempatan” itu? Tak perlulah saya beritahu siapa “Raja Biseksual” tersebut. Tanya budak tadika PASTI pun tahu siapa dia!
Justeru itu, ingin saya tegaskan disini bahawa Dewan Pemuda PAS hanyalah segerombolan lelaki tidak bertelur, yang hanya sekadar mencari publisiti murahan dan mahu tunjuk jaguh dihadapan orang ramai, tidak lebih dari itu. Semuanya sekadar retorik untuk kuasa politik dan kepentingan diri sendiri.
Kalau benar-benar anak lelaki berdarah Melayu dan beragama Islam, sila minta jam OMEGA dari “Raja Biseksual Negara” tu…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment