Tuesday, March 31, 2015

PasMa Lagi Penting Dari Pas?

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Rasanya cerita Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi melepaskan semua jawatannya dalam Pas dan menjadi ahli biasa tu, semua orang dah tahu. Malah beliau buat semua tu sebab nak membolehkannya bergerak bebas tanpa melanggar sebarang sekatan dari Pas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinFmCId1mAweHVZ5rQORznms9uREo9pOyvXEEz5u9wZouL891I5s6nKORQsdaWNMW_SgY-1Mlpry6PIGehOCSH-EQzAzj5BX9h3BV6bTwdoKpsTdgH9haXlXJzB1cwcXD4woEz162YqfU/s1600/PasMa.png

Itu bermakna, langkah Presden PasMa lepas ni akan lebih jauh dan kemungkinan besar, beliau ada perancangan tertentu yang melihat ada peluang baik bagi melonjakkan dirinya dan PasMa ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kalau pembaca kenal dengan Phahrolrazi, pembaca pasti tahu bahawa Presiden PasMa ni seorang yang memang ‘kejar jawatan’ tak mungkin beliau sanggup lepaskan sesuatu yang beliau jaga serupa nyawa sejak dulu.

Tentu ada target baru yang Phahrol mahu.

PasMa sejak penubuhannya tahun lepas menegaskan akan menjadi pelobi utama agar Pas kekal bersama Pakatan Rakyat. Namun sejak pembentangan Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu, hubungan antara Pas dengan sekutu Pakatannya semakin rapuh.

Lepas perselisihan faham diantara Pas dengan Dap dan Pkr, berikutan isu hudud yang timbul. PasMa sekarang semakin mengukuhkan kedudukan dan seolah-olah bersedia untuk ambil alih tempat Pas dalam Pakatan Rakyat.

Dap Sarawak dan Sabah sudah memutuskan hubungan dengan Pas. Malah Dap pusat juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Hadi Awang. Ini jelas menunjukan kedudukan Pas dalam PR sudah tidak dapat diselamatkan sejak Pas bertekad akan melaksana hudud di Kelantan.

Malah hari ini PasMa membuat Perhimpunan Agongnya yang pertama di Kedah. 

Dijangka,kemungkinan besar akan ada cadangan yang mahu PasMa bertukar dari NGO ke parti politik. Kerana jika dilihat keadaan sekarang, memang jelas Pkr dan Dap memberi sokongan penuh pada PasMa malah sumber kewangan mereka pun dikatakan disalur oleh kedua parti berkenaan.

Jika adalah jangka suhu yang dapat mengukur situasi sekarang, penulis andaikan ianya sudah sampai kepuncak!

Cuma apa pun keputusannya, pasti akan kita ketahui selepas PasMa berhimpun hari ini.

Disediakan oleh : EDITOR

Proton, Honda, Toyota Turun Harga

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Dua syarikat gergasi kereta Jepun, Honda dan Toyota mengumumkan penurun­an harga kereta seiring dengan pelaksananaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) esok, antara RM500 hingga RM4,000 mengikut model.

http://www.fastmotoring.com/wp-content/uploads/2010/05/toyota-vs-honda.jpg

Honda Malaysia mengumumkan pengurangan harga antara RM500 sehingga RM2,500 sebuah bagi model-model pemasangan tempatan (CKD) keluarannya manakala UMW Toyota pula mengisytiharkan penurunan sehingga RM4,000 mengikut model.

Sementara itu, pengeluar kereta nasional Proton turut mengumumkan pengurangan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus ke atas model-model keluarannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, antara model CKD yang mengalami penurunan harga termasuklah Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan HR-V.

“Secara keseluruhannya penjimatan daripada pelaksanaan GST akan diberikan kepada para pelanggan melalui penurunan harga model-model CKD.

“Namun begitu, berdasarkan kepada pengiraan GST import, harga bagi model Odyssey yang merupakan model import sepenuhnya (CBU) dijangka mengalami sedikit kenaikan di antara RM500 hingga RM1,000,” katanya pada majlis meraikan media di sini semalam.

Selain itu Ueno berkata, harga alat ganti juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7 peratus bagi semua model.

“Bagaimanapun GST akan ditambah ke dalam kos buruh, tetapi memandangkan harga alat ganti telah dikurangkan, kami menganggarkan kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun sebanyak dua hingga empat peratus bergantung kepada model,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden UWM To­yota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihak syarikat akan menyalurkan 100 peratus kos penjimatan GST kepada pelanggan semasa pembelian mana-mana model Toyota dan Lexus.

“Pembeli kereta di seluruh negara telah membuat spekulasi bagaimana pelaksa­naan GST akan menjejaskan harga jualan kereta dan kami di Toyota menafikan salah tanggapan ini, dan akan terus menawarkan penjimatan kepada para pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, di bawah rejim GST, terdapat implikasi berbeza kepada perniagaan dalam pelbagai bidang daripada pengiraan cukai, pemungutan, pemulangan, penyatuan kepada penyediaan kos, berbanding kepada sistem sedia Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Ismet berkata, sebagai tanda sokongan UMW Toyota Motor terhadap pelaksanaan GST, syarikat akan telus dalam transaksi perniagaannya dan akan mematuhi sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2014.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, harga baru di atas jalan raya tersebut meliputi model Saga, Persona, Inspira, Satria Neo, Exora, Preve, Suprima S dan Iriz.

“Pelanggan kini bukan sahaja berpeluang membeli kenderaan yang memberi lebih nilai bagi wang bahkan memiliki sebuah kenderaan yang telah ditambah baik dari segi kualiti dan ciri-ciri keselamatan.

“Sebagai contoh pengguna kini mampu memiliki Proton Saga de­ngan harga serendah RM33,242.40 atau Preve 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46 termasuk cukai GST enam peratus,” jelasnya.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Kit Siang Bukan UGUT Pas, Tapi Cabar UNDI Melayu!!

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Fuhh.. menyirap rasa hati bila baca kata-kata Kit Siang si Penasihat Dap yang dulu, kini dan selama-lamanya (selagi hayat dikandung badan). Kit Siang bercakap dia umpama Tuhan yang menentukan kalah menang Pas pada PRU yang akan datang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCd523bqrwAfrfVXixCI_MKKIVe0SlpbO2J7rUr9WTfoQEKwmE5_4s1h_aiBP8pKC43XQvwvHg7hAXKiaqnF9XQApaiVMK3KEddGT3OcR_7iQc_cG1i26M8WEnCERGjOvCpYEOiNhZY9U/s400/lim+kit+siang+barua.jpg

Walaupun ada betulnya undi Pas pada PRU yang lepas, banyak bergantung pada undi kaum lain, tetapi DAP perlu ingat, Pas ketika itu ditolak oleh kaum Melayu kerana Pas dilihat menjadi boneka DAP.

Melayu yang masih mengundi Pas (ketika itu) pun, sama ada dia penyokong tegar, ataupun penyokong Anwarinas (kini nama PasMa). Sebab itu Pas tewas teruk dibeberapa tempat tegar melayu dan Kelantan pun Pas cuma menang tipis.

Kata-kata Kit Siang tu, penulis nampak ianya seperti cabaran pada semua orang Melayu (yang benar berjiwa melayu Islam), bukan hanya pada Pas sahaja.

Pernahkah Kit Siang fikir jika UMNO dan Pas bersama, undi melayu juga akan turut bersatu? Mungkin ada 20% melayu yang sanggup jadi boneka mereka, namun selebihnya akan bangkit bersama dan menolak DAP dan boneka Melayu habis-habisan.

UMNO juga walaupun parti Melayu, namun masih mempunyai penyokong dari kalangan kaum lain. Malah kita boleh percaya jika Melayu bersatu dan kuat, kaum lain juga akan kembali menyokong pada mereka yang memegang tampuk kuasa.

Jangan dikira undi Melayu sekarang, kerana waktu PRU 13 Melayu berpecah 3. Percayalah sejarah membuktikan segalanya.

Jangan ditanya dimana MCA, MIC dan Gerakan, kerana ketiga parti itu dan parti komponen BN yang lain, akan tetap setia bersama BN jika UMNO bergabung dengan Pas dan menjadi kuasa dominan.

Siapa lagi berani melawan jika Melayu Islam kuat? Tulisan ini bukan bermaksud penulis rasis, tapi hanya geram membaca kata-kata Kit Siang.

Namun tak salah jika ianya benar berlaku, kerana itulah jalan sebaiknya jika Melayu mahu terus berkuasa dibumi Malaysia.

Disediakan oleh : EDITOR

GST Barang Naik, Menteri Kata Tak Cukup Penguatkuasa!

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Dalam kekecohan peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang, kononnya takut kena GST. Rakyat Malaysia menaruh harapan kepada ‘hero’ penguatkuasa KPDNKK bagi mengawal dan menjaga peniaga ‘biadap’ yang mengunakan alasan GST bagi terus mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Namun harapan rakyat Malaysia tinggal harapan.

Semuanya berpunca apabila Dato Sri Hasan Malek mengeluarkan kenyataan, bahawa Kementeriannya tidak cukup penguatkuasa untuk memantau peniaga yang menaikkan harga barang di seluruh Malaysia. Kenyataan itu sebenarnya umpama satu ‘bom’ jatuh diatas kepala seluruh rakyat Malaysia.

Penulis tahu bahawa beliau jujur dalam kenyataannya tu, tapi kenyataannya itu menyebabkan peniaga ‘biadap’ berasa gembira, kerana tidak akan ada orang boleh menganggu mereka mengaut keuntungan berlipat ganda. Sudah tentu mereka akan meneruskan perbuatan jahat dengan menekan rakyat Malaysia yang masih keliru diantara GST atau khianat peniaga memainkan harga pasaran.

Ia menyebabkan keadaan buruk, semakin teruk.

Keadaan sekarang menjadi umpama Ketua Polis memberitahu perompak, bahawa dia tak cukup anggota untuk menjaga negara. Sudah tentu kesempatan itu diperguna sebaik mungkin. Ia menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk.

Seorang Menteri yang sangat berkait rapat dengan rakyat tak boleh mengeluarkan kenyataan yang mampu menganggu gugat kesejahteraan rakyat dan negara.

Apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut, ia menyebabkan rakyat mula panik dan membeli belah seolah-olah akan ada perang besar bakal berlaku pada 1 April ini. Jika dilihat mereka membeli umpama beli barang untuk stok bagi 2, 3 bulan pun ada.

Malah kini ada pasaraya yang berani mengunakan kain rentang seperti ‘Jualan Sebelum GST’untuk mewujudkan rasa cemas dikalangan rakyat, dan pada masa yang sama, barangan yang ditawarkan mereka pun telah dinaikkan harga. Tanpa sedar rakyat diperdaya, peniaga kaut untung besar. Semuanya berpunca kerana ayat ‘Kementerian tak cukup penguatkuasa’

Image result for hasan malek

Sepatutnya perlaksanaan GST ni perlu dipandang serius oleh KPDNKK, bukan hanya melepas batuk ditangga. Jika Kerajaan Malaysia pandai mengambil hati rakyat, tatkala susah sekarang ni, percayalah mereka akan nampak kerajaan begitu mengambil berat, terhadap mereka.

Tapi kini jadi sebaliknya, orang akan kata kerajaan kejam kerana taraf hidup tinggi. Taraf hidup tinggi kerana harga barang naik, harga barang naik kononnya sebab GST, sedangkan belum pun ada GST, harga barang dah naik menggila.

Rakyat makin kecewa.. penyudahnya? Dah tentu kerajaan juga yang dipersalahkan. Jangan salah faham, penulis bukan nak salahkan kementerian berkenaan, namun itu hakikat yang sebenar.

Mampukah kita menjernihkan semula semua keadaan yang ada setelah GST dilaksanakan nanti? Kerana dibawah GST kita mampu memantau semua premis berdaftar dan peniaga tidak mungkin dapat menaikkan harga sesuka-hati kerana ia akan termasuk dalam rekod jualan beli-belah mereka yang akan dihantar kepada kerajaan.

Rasanya Kerajaan dan Kementerian yang berkaitan, perlu memikirkan sesuatu, untuk menyakinkan semula rakyat Malaysia terhadap pemantauan penguatkuasa. Kerana tidak mungkin rakyat boleh terima lagi dengan ayat “tak cukup penguatkuasa”.

Ayat itu boleh menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengalirkan air mata. Cukuplah sekali.

Disediakan oleh : EDITOR

Mydin, Al Ikhsan Tidak Kenakan GST Kepada Pelanggan Mereka.

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa peniaga mencontohi syarikat runcit besar Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“GST sistem yang boleh claim cukai input 6 peratus. Kos niaga turun 6 peratus. SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) tidak.

“Peniaga baik macam Mydin boleh serap GST 6 peratus itu!” tulisnya di Twitter.

IMG_1999
 
Beliau juga memuat naik gambar iklan Mydin yang menyebut bahawa mereka akan membayar kesemua enam peratus GST yang dikenakan kepada pembeli.

Ia memuatkan slogan “gerenti semua MyMydin tanggung”, “harga tak naik” dan “6 peratus GST kami bayar”.

Anggota Parlimen Pontian itu juga memuat naik beberapa status lagi bagi mewajarkan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula Rabu ini.

Tindakannya itu dilihat sebagai kempen di saat-saat akhir menjelang dua hari lagi GST diperkenal, lebih-lebih lagi ketika pelbagai pihak terus menyatakan bantahan mereka terhadap cukai itu.

Dalam pada itu syarikat Al Ikhsan yang menjual peralatan sukan pulak buat gempar dengan membuat pengumuman untuk tidak menaikkan harga barang jualan mereka biarpun dikenakan GST April nanti.

Penyebaran makluman mengenai perkara itu kian menjadi viral dilaman – laman media sosial dan sangat dialu – alukan oleh rakyat diperingkat bawahan terhadap tanggungjawab syarikat berkenaan.

Kedai menjual berbagai barang Mr DIY juga dipercayai tidak akan mengenakan gst kepada para pelanggannya. 

Kita berharap para pengguna bijak memilih kedai untuk mereka berbelanja.Kuasa di tangan para pengguna.

Disediakan oleh : EDITOR

Kit Siang: PAS Mungkin Tewas Sehabisnya

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Penasihat DAP Lim Kit Siang menjangkakan bahawa PAS mungkin akan tewas sehabisnya dalam pilihan raya umum akan datang jika terus berkeras untuk melaksanakan hudud.

Katanya, saki baki PAS hanya akan tinggal di beberapa negeri di utara, dan mungkin akan gagal membentuk kerajaan di kubu kuatnya, Kelantan.

 Image result for parti PAS

Lim berkata, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat akan terjejas jika gabungan parti itu berpecah, namun PAS akan menganggung kerugian paling teruk.

“Dengan kehilangan 30 peratus undi bukan Islam, PAS akan kehilangan tujuh kerusi parlimen dan 29 kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya umum ke-13.

“PAS akan tewas sehabisnya di Johor, Perak dan Melaka dan hampir tewas di Selangor, Pahang dan Kedah,” kata Lim dalam kenyataannya.

Katanya, PAS sepatutnya sedar bahawa parti itu tidak boleh meraih sokongan pengundi Melayu-Islam dengan mudah, berdasarkan kekalahan di Terengganu (2004) dan Kedah (2013).

Lim turut mengulangi anjurannya agar Pakatan dan BN bekerjasama, namun menjelaskan bahawa ia bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Saya menekankan bahawa gabungan pasca-BN, pasca-Pakatan di peringkat persekutuan sebelum pilihan raya umum ke-13 perlu melibatkan pelbagai bangsa, agama dan wilayah,” katanya.

Dipetik daripada sumber : malaysiakini

Lantang Pertikai 1MDB, GST Tetapi Pembangkang Menikus Dalam Parlimen

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, pihak pembangkang sebenarnya tidak ada niat untuk mengetahui kebenaran terhadap sebarang kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan sebaliknya tindakan mereka itu adalah lebih kepada usaha menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Menurut beliau, apa saja isu yang dilontarkan atau yang diprovokasikan oleh pembangkang kepada rakyat berhubung tindak tanduk kerajaan telah pun diperjelaskan oleh pihak kerajaan baik di dalam parlimen, di media arus perdana mahu pun di dalam media sosial.

“Sebagai contoh, ketika Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Husni Hanadzlah menerangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung dengan 1MDB dan juga GST, tetapi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membangkitkan perkara ini tidak ada dalam dewan. Seolah-olah nak lari dari kebenaran.

pakatan-pembangkang-luar-media-menang-sorak-menikus-dalam-dewan-parlimen

“Selama ini, beliaulah yang begitu lantang mempertikaikan 1MDB dan GST dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan, tetapi bila kita bagi penjelasan dia pula tak masuk dewan. Bahkan, tidak ada mana-mana ahli parlimen PKR yang bangkit bertanyakan soalan selepas penjelasan Datuk Seri Husni.

“Sebab itu saya katakan, mereka ini bukanlah mahukan kebenaran daripada isu-isu yang dibangkitkan  tetapi ia hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan persepsi negatif rakyat kepada kemampuan kerajaan untuk mentadbir negara,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas Othman, inilah sikap pembangkang yang mana apabila kerajaan memberikan penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu yang dibangkitkan, mereka akan cuba untuk mencari isu lain untuk menyerang kerajaan dan UMNO.

Justeru, rakyat di negara ini harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dulu sebarang maklumat dan isu yang ditimbulkan oleh pembangkang khususnya di dalam dunia media sosial hari ini, ujarnya.
“Apa yang mereka dakwa itu bagi saya tidak lebih hanyalah sebagai propaganda penipuan politik yang cuba mengkaburi pemikiran rakyat di bawah. Mereka cuba memperbodohkan rakyat demi kepentingan politik mereka.

“Golongan ini saya lihat tidak teragak-agak untuk memanipulasikan sebarang maklumat yang boleh mencemarkan imej kerajaan biarpun maklumat itu tidak mempunyai bukti yang sahih dan fakta yang betul. Apa yang penting bagi mereka ialah untuk wujud persepsi negatif terhadap kerajaan. Soal kebenaran jatuh nombor dua,” tegasnya.

Disediakan oleh : EDITOR

Bangkang GST, Drama Lapuk Pembangkang Seperti KLIA, Putrajaya, Bank Islam

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Keputusan kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula esok, 1 April mendapat tentangan dan bangkangan daripada pembangkang kerana mereka nampak akan kebaikan yang akan dinikmati oleh rakyat akhirnya, jelas Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Inovasi, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Negeri Kedah, Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu itu lagi, secara logiknya jika sesuatu perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan membawa kesan negatif kepada rakyat, pasti mereka akan membiarkannya, supaya akhirnya mereka akan membina persepsi pula dengan mengatakan kerajaan lemah di dalam membuat sesuatu dasar.

“Banyak contoh sebelum ini kerajaan buat pembangkang bising tetapi akhirnya rakyat dapat manfaat. Contohnya seperti penubuhan bank Islam, yang pada mulanya dikatanya tidak Islamik tetapi kini jadikan model kewangan negara-negara Islam yang lain, Putrajaya yang dahulunya hendak dilelong kini hendak dikuasai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dahulunya mereka kata membazir dana awam tetapi kini dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

“Maka, apa isunya jika kerajaan melaksanakan GST? Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan buat kalau sesuatu itu tidak memberi manfaat kepada rakyat. Ini kerana BN adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Sebelum membuat sesuatu dasar, kerajaan akan mengambil kira segala pandangan daripada pakar-pakar yang terlibat, yang akhirnya fokus untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi yang juga merupakan Exco Puteri UMNO Malaysia, inilah muslihat pembangkang sebenarnya.

Sememangnya jelas beliau pembangkang sedar dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan pasti akan mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat tetapi demi politik yang tidak matang, mereka memomok-momokkan rakyat dengan membina persepsi negatif kepada kerajaan BN.


Datuk Norsabrina Mohd Noor.

“Kenapa apabila kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan cukai pintu dan tarif air mereka tidak bising? Tetapi apabila kerajaan ingin mengimplimentasikan GST yang hanya enam peratus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sepuluh peratus, begitu gegak-gempita seolah-olah kerajaan membebankan rakyat.

“Lebih 160 buah negara telah mengamalkan GST. Negara jiran kita, Indonesia telah lama melaksanakannya dengan sepuluh peratus, Singapura dengan tujuh peratus. Adakah negara-negara ini tersilap langkah jika diambil kira dari pemikiran pembangkang?,” soal beliau.

Inilah modus operandi pembangkang, memanipulasi isu bagi menggambarkan kerajaan melakukan perkara yang menekan rakyat meskipun mereka mengetahui hasil pelaksanaannya mampu memberi kelebihan kepada semua pihak, ujar Ketua Puteri UMNO Kulim Bandar Baharu itu.
“Hasil pelaksanaannya nanti, rakyat juga akan mendapat manfaat paling besar seperti peningkatan taraf kemudahan infrastruktur, prasarana, pendidikan dan kesihatan.

“Walaubagaimanapun, saya berharap supaya pihak kementerian dan agensi yang berkaitan memantau akan kaedah pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada semua kategori peniaga. Ini kerana saya yakin, ada yang akan ambil kesempatan menangguk di air keruh disebabkan ketidakfahaman dan kekeliruan yang timbulkan oleh pembangkang kepada rakyat mengenai GST ini,” tegasnya.

Kerajaan memperkenalkan GST bagi menggantikan SST supaya sistem percukaian menjadi lebih telus, sistematik dan mampu mengelakkan ketirisan dari pelbagai rantaian yang berkaitan dengan kadar yang dikenakan hanya enam peratus sahaja, antara negara yang terendah selepas Kanada dan Nigeria dengan kadar lima peratus.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK, pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/.

Dipetik daripada sumber : EDITOR

GST: Kuasa Sebenarnya Di Tangan Pengguna

31 Mac 2015 : OOH! Nak beli stok mekap sebelum GST.” Tulis seorang teman dalam status akaun Facebook (FB).

Dan seperti yang dikehendakinya, status itu menerima banyak Likes bahkan ramai yang turut memberi komen seperti, “Cepat, cepat… sebelum terlambat!”

Yang lagi turut tumpang sekaki memberi ‘idea’ barangan yang patut dibeli oleh teman FB penulis tadi. “Jangan lupa minyak wangi dan tuala wanita pun… saya dah beli stok untuk setahun.” Ada lagi menokok, “Books”.

Posting atau status akaun FB sebegini memang menarik dan cepat serta mudah mengundang reaksi ramai. Maklumlah GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan ini adalah isu yang boleh dianggap paling panas atau trending ketika ini.

Namun sejauhmanakah kita bertanggungjawab dengan status atau komen-komen yang dimuat naik di laman sosial itu?

Meneliti komen-komen yang dibuat oleh pengguna laman sosial menunjukkan ramai dalam kalangan kita rakyat Malaysia sebenarnya kurang arif mengenai GST namun berpura-pura faham dan berlagak pandai mengenai pelaksanaan cukai baharu itu.

Sekiranya kita mengambil masa membaca penerangan dan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sama ada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Kewangan mahupun Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), sudah tentu kita tidak akan mengeluarkan komen-komen sedemikian. Bahkan kita akan merasa malu memberi komen yang me­nunjukkan kedangkalan kita sebagai pengguna.

Lebih malu lagi jika kita turut sama menyertai ‘kumpulan orang ramai’ yang dilaporkan sanggup berhimpit dan menyerbu pasar raya untuk berbelanja membeli barangan keperluan harian kerana bimbang para peniaga akan menaikkan harga barangan selepas pelaksanaan GST bermula esok.

Hakikatnya seperti yang telah diuar-uarkan oleh pihak berkuasa terbabit, kebanyakan barangan keperluan harian termasuk beras, minyak masak, ayam, daging, ikan, kopi, tepung, lada hitam, segala macam sos, mentol, susu formula untuk bayi, marjerin, segala jenis roti, sayur-sayuran dan buku – adalah barangan yang disenaraikan sebagai ‘zero ra­ted GST’ atau dengan kata mudahnya, tidak dikenakan GST.

Walaupun mekap atau kosmetik dan minyak wangi masih dikenakan GST, wanita Malaysia tidak patut bimbang kerana dengan cukai baharu itu, harga produk kecantikan dan haruman itu sepatutnya lebih rendah berbanding sebelum pelaksanaannya.

Ikut kira-kira mudah jika sebelum ini kita membeli bedak kompak atau gincu yang dikenakan Cukai Jualan (SST) 10 peratus, tentulah harganya akan lebih murah selepas 1 April ini kerana GST yang dikenakan hanya 6 peratus.

Mungkin ada yang skeptikal dan merasakan walau apa pun, kuasa menetapkan harga di tangan peniaga. Akhirnya yang untung peniaga, dan yang menanggung beban kenaikan harga ialah pengguna.

Betul. Peniaga ada kuasa untuk menaikkan harga. Namun kita sebagai pengguna juga mempunyai kuasa untuk menyemak harga dan melaporkan penyelewengan atau pencatutan jika ada kepada pihak berkuasa.

Antara mahu dengan tidak mahu sahaja!

Adakah kita mahu menjadi pengguna bijak atau pengguna yang ‘dipijak’, yang ‘merelakan’ diri ditindas oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab, yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Sebagai pengguna bijak, kita boleh sahaja menyemak se­narai barangan yang tidak dikenakan GST, mempersoalkannya jika ada peniaga yang masih menaikkan harga barangan berkenaan, atau jika enggan ‘bertekak’ memilih untuk tidak membeli daripada peniaga terbabit.

Sebagai pengguna yang lebih bijak, kita boleh memuat turun aplikasi MyKira GST yang disediakan secara percuma oleh Kastam ke dalam telefon bimbit dan menyemak harga setiap kali kita berbelanja. Aplikasi mudah ini membolehkan kita sebagai pengguna memasukkan maklumat barang untuk disemak harga semasa sama ada lebih tinggi daripada harga sebelum GST.

Dan lebih baik lagi, aplikasi cerdik ini membolehkan kita sebagai pengguna membuat aduan serta-merta sekiranya pekedai atau peniaga telah mengenakan caj berlebihan atau menaikkan harga sewenang-wenangnya atas alasan pelaksanaan GST.

Dengan aplikasi ini, pengguna sebenarnya mempunyai cara yang mudah untuk mengetahui sama ada mereka membayar lebih untuk sesuatu barangan itu berbanding sebelum GST dilaksanakan.

Pokok pangkalnya di tangan kita. Mahu menjadi pengguna bijak atau sebaliknya.

Adakah kita mahu terus-terusan ditipu peniaga? Apakah kita tidak kisah berebut-rebut membeli barang keperluan yang sebenarnya tidak dikenakan GST? Atau pun kita mahu termasuk dalam golongan pengguna yang menikmati faedah daripada pelaksanaannya?

Tepuk dada tanya selera!

Dipetik daripada : Utusan image

106 FAQ GST: Jawapan Kastam Mengenai Sardin Salah?

31 Mac 2015 : Semasa menerbitkan 106 jawapan kepada pelbagai soalan mengenai GST, pihak Kastam Di Raja Malaysia dengan penuh yakin menyatakan mereka boleh meyakinkan rakyat.

Namun jawapan mengenai mengapa Sardin tin dikenakan GST menimbulkan polemik baru dan memberi ruang untuk pengkritik GST membelasah kerajaan.

Kastam menyatakan mi maggi dan sardin dikenakan GST kerana barangan ini sememangnya telah dikenakan cukai jualan.

Screenshot_2015-03-30-22-37-17

Bagaimanapun seorang pembaca Facebook Page Mykmu menunjukkan Perintah Cukai Jualan 2012 yang menyatakan tiada cukai jualan ke atas sardin.

Screenshot_2015-03-31-01-03-08


Lebih mengejutkan jawapan kastam ini diterbitkan juga biarpun beberapa hari lalu sudah ada pendedahan mengenai kelemahan isu sardin dan lobster bertin ini.

Blog   http://oskortos.blogspot.com/2015/03/kisah-sardin-dan-lobster-sempena-gst.html?view=mosaic&m=1  sudah pun membuat pendedahan tersebut

Screenshot_2015-03-31-01-07-49

Soalnya mengapa Kastam memberi jawapan yang salah? Adakah ia bertujuan mensabotaj kerajaan?

Kita mahu jawapan Kastam dan siapakah yang menyediakan jawapab mengenai Sardin ini.

Adakah ia disengajakan? Ketua Pengarah Kastam perlu tampil memberi penjelasan atau letak jawatan.

Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net

DAP punca Perang Saudara Dalam PAS Bakal Berulang?

30 Mac 2015 : Jika anda teliti sejarah parti Pas, pernah dahulu dikatakan perang saudara berlaku di dalam Pas, apabila ada gerakan Ulama yang menjatuhkan kumpulan idealis Pas akhir zaman 80-an jika penulis tak silap.

Allahyarham Nik Aziz ketika itu menjadi tulang belakang kepada gerakan menyingkirkan Dato Asri Muda yang dikatakan terlalu berlembut dengan UMNO. Gerakan itu tampak gagal pada permulaan namun akhirnya berjaya, sehinggakan pada awal 90-an Kelantan menjadi milik Pas sepenuhnya dengan memenangi kerusi DUN 45-0.

Kini, nasib yang sama, umpama bakal berlaku ke atas diri Haji Hadi Awang, Presiden Pas yang dinaikkan oleh Nik Aziz pada tahun 2002. Hadi Awang yang juga bekas Ketua ABIM Terengganu pada zaman Anwar Ibrahim jadi Ketua ABIM, kini sedang cuba ‘dibunuh’ imejnya (oleh musuh dalam selimut) dalam pelbagai situasi.

Tekanan demi tekanan diberikan kepada beliau dengan tujuan Hadi Awang sendiri akan meletak jawatan ataupun tidak bertanding bagi mempertahankan kerusi Presiden Pas yang disandang sekarang.

Setiap hari ada sahaja ‘panah’ yang cuba menembusi hati Presiden Pas, bukan sahaja daripada beberapa ‘hantu’ didalam Pas, malahan tekanan tersebut turut diberikan oleh Dap dan Pkr. Semua ini berlaku kerana Hadi Awang sudah lagi tidak senada dengan Dap-Pkr dalam beberapa perkara, termasuklah antaranya Hudud. Juga, sudah ada kedengaran desas-desus yang parti Pas ingin bergabung tenaga dengan UMNO, untuk memastikan Hudud yang dirancang, dapat dilaksanakan.

Persoalannya sekarang, siapa yang untung apabila Pas berperang sesama sendiri?

Jawapannya sudah tentu Dap dan Pkr.

Pertamanya, Dap boleh mengawal gerak-geri Pas termasuk mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur Islamik yang memihak kepada Dap sekiranya Mat Sabu dijadikan pengganti Hadi Awang.

Kedua, Pkr akan lebih untung kerana penyokong Pas (Anwarinas dan PasMa) akan beralih kepada Pkr memandangkan jiwa macai yang tegar pembangkang hanya boleh menyokong pembangkang sahaja.

Jadi siapa pula yang rugi dalam soal ini?

Tentulah, orang Melayu yang beragama Islam sebenarnya yang paling rugi. Benar kita MAJORITI namun kita hanya jadi MINORITI bila berpecah-belah.

Cuba kita lihat permainan Dap, mereka hanya mahu memutuskan hubungan dengan Hadi Awang sahaja. Sambil dengan bongkak berkata, mereka tidak mahu Hadi, tapi masih mahu bekerjasama dengan Pas. Mana mungkin kepala dipotong ekornya boleh diselamatkan? 

Malah Musyridul am Pas yang baru, Dr Haron Din juga menemplak Dap kerana menghina Presiden Pas sedemikian rupa.

Sebenarnya itu petanda besar Dap mahu ahli Pas yang pro pada mereka, supaya tidak lagi
mengangkat Hadi Awang sebagai Presiden Pas. Satu langkah campur tangan secara tidak sedar oleh Dap untuk menukar kepimpinan Pas. Apakah ahli Pas yang sayangkan kepimpinan Ulamak masih tak sedar akan permainan kotor Dap ini?

Kamu semua (ahli Pas) seperti suka Presiden kamu dihina sedemikian, atau kamu sambil masih lagi bermimpi indah kononnya Pas akan berkuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

Bangunlah wahai ahli Pas, Presiden kamu dihina takkan kamu nak tengok saja?

Disediakan oleh : EDITOR

106 Jawapan GST Termasuk Soalan Bodoh Ahli Parlimen Pakatan

Jawapan kepada 106 soalan

(Jawapan ini berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja)

1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku?

KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK,pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/.

Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat (pass down the cost saving) lanjutan daripada tuntutan cukai input ke atas pembelian bagi tujuan perniagaan.Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan disebabkan oleh cukai semata-mata. Kenaikan harga lazimnya berpunca daripada permintaan dan penawaran terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran.

2. Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan mulai 1 April ini?

Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja.

Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahanbahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buah-buahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik. Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.

3. Bagi Syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST?

Syarikat tersebut tidak perlu mendaftar dan tidak boleh mengenakan GST.

4. Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan
pengguna?

5. Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500K, kemudian bagaimana?

Sekiranya perolehan tahunan sesebuah syarikat tidak mencapai nilai ambang (threshold RM500,000), syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada terus kekal dengan status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. Selepas pendaftaran diluluskan, syarikat perlu terus kekal dalam sistem GST untuk tempoh tidak kurang dari 2 tahun.

6. Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting kerajaan dan mencaj GST 6%?

Tujuan utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Pengurangan cukai korporat dapat menggalakkan pelabur asing untuk membuka perniagaan di Malaysia dan menwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

7. Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakan kenaikan itu?

Adalah menjadi dasar kerajaan dibawah ETP untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yakni pendapatan per kapita dari RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000 pada tahun 2020.Oleh itu Kerajaan akanmenjalankan Kajian gaji minima secara berterusan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi negara.

8. Mengapa tidak dikekalkan senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan SST sama dengan GST? Mengapa ia perlu diperluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini?

GST merupakan langkah penyusunan semula sistem percukaian Negara. Ini secara tidak langsung melibatkan perluasan skop cukai dan menghapuskan elemen cukai berganda yang ada dalam SST.Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

9. Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST?

Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan.

10. Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%,manakala udang galah dikecualikan GST?

Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas dibawah “crustaceans” yang berkadar sifar. Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6%.

11. Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang awam? Sila nyatakan.

Semua hasil negara termasuk hasil daripada GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund). Dana dari Consolidated Fund digunakan untuk pentadbiran dan kemajuan negara. Pecahan untuk perbelanjaan untuk orang awam dalam Bajet 2015 adalah seperti berikut:

 program perguruan dan pembelajaran – RM60.0 bilion
 perkhidmatan dan kemudahan kesihatan – RM23.3 bilion
 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) – RM4.9 bilion
 kemudahan dan infrastruktur – RM4.5 bilion
 biasiswa kerajaan – RM3.0 bilion
 keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya – RM1.2 bilion
 bantuan buku 1Malaysia – RM325 juta

12. Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST?

Secara am, GST boleh diiktirafkan sebagai cukai regresif tetapi model GST boleh diubahsuai untuk dijadikan sistem cukai progresif dengan kaedah kadar-sifar, pengecualian dan pelepasan. Pengalaman dari Vietnam dan Ethiopia telah membuktikan keberkesanan GST yang telah diubahsuai.Malaysia yang agak lewat melaksanakan GST berpeluang untuk meniru model GST progresif yang telah dilaksanakan di negara-negara lain.Berdasarkan kajian telah dilakukan oleh IMF, model GST Malaysia adalah progresif kerana kebanyakkan barang dan kemudahan asas tidak dikenakan GST.Bank Dunia juga telah memberi pengiktirafan GST di Malaysia adalah yang paling terbaik di dunia.

13. Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini?

Angka tersebut telah berkurangan dan kebanyakkannya adalah permohonan oleh peniaga yang nilai ambangnya kurang daripada RM 500,000.

14. Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GST, akan berpindah ke negara lain untuk melabur?

Setiap Negara mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi. Hanya syarikat yang tidak mematuhi undang- undang akan dikenakan tindakan.

15. Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan?

Ini adalah salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia. Strategi ini juga telah dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti Thailand, Singapura, dan lain-lain.

16. Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan hilang wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib yang sama?

GST adalah salah satu strategi untuk mengekang ketirisan hasil Negara.

17. Adakah kaum kerabat seperti sultan/raja dan keluarga mereka membayar cukai?

Di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Yang Di Pertuan Agong, sultan-sultan, Undang-Undang Negeri Sembilan, YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diberi pelepasan dari GST untuk semua barangan, kecuali petrol, untuk kegunaan peribadi dan rasmi. Namun kaum kerabat sultan / raja tidak terkecuali daripada membayar cukai.

18. Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini?

Rakyat tidak perlu menyimpan stok makanan berlebihan kerana barang keperluan asas dikenakan GST pada kadar sifar.

Walaubagaimana pun, jika peniaga-peniaga menyimpan barang secara berlebihan untuk tujuan memanupulasikan harga, KPDNKK akan mengambil tindakan dibawah Akta Bekalan Barangan 1961.

19. Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dgn RM4.5 bilion?

Kerajaan telah menubuhkan Public Account Committee (PAC). untuk mengawasi dan mengawal projek-projek kerajaan bagi mengelak pembaziran termasuk pengurusan GST.

20. Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan kepada ubat-ubatan?

Terdapat kira-kira 4215 jenis ubat-ubatan tidak dikenakan GST seperti yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan yang boleh diperolehi di dalam Portal GST.Senarai ubatan berkadar sifar boleh dilihat melalui link berikut :

Hanya ubatan yang tidak termasuk didalam senarai tersebut dikenakan GST.

21. Adakah pembelian rumah akan dikenakan cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah?

Pembelian semua jenis rumah kediaman termasuk rumah kos rendah tidak dikenakan GST.

22. Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST?

Cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan mulai 1 April 2015.

GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan. GST juga tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan.

Nota 1: Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar jumlah yang sepatutnya sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh.

Nota 2: Caj kewangan adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.

23. Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apa-apa barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit, 6% lagi cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit?

Perkhidmatan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST, begitu juga jumlah transaksi menggunakan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST.

Pembayaran bil kad kredit juga tidak dikenakan GST. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan.

24. Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan cukai GST?Bagaimana 6% akan dikira?

Perkhidmatan pengeluaran wang di ATM di bank yang sama tidak dikenakan GST. Hanya perkhidmatan MEPS ia itu pengeluaran wang di ATM antara bank dikenakan GST. GST 6% di kenakan pada caj RM1 untuk perkhidmatan MEPS.

25. Adakah petrol dan diesel akan dikenakan cukai GST?

Pembekalan Ron 95 dan Diesel kepada pengguna tidak dikenakan GST

26. Adakah LPG (natural gas) akan dikenakan cukai GST?

Pembekalan Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersukatan 14kg ke bawah tidak dikenakan GST.

27. Adakah penggunaan khidmat pajak gadai akan dikenakan cukai GST?

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pajak gadai.

28. Adakah cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa-beli kenderaan?

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan. Namun perkhidmatan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang dibekalkan oleh agensi kerajaan tidak dikenakan GST.

29. Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST, kerajaan tidak akan dikenakan cukai GST?

Buku panduan yang dikeluarkan adalah sebagai panduan peniaga kedai runcit dan pengguna sahaja dan ianya tidak meliputi keseluruhan barangan.Hanya barangan yang disenaraikan dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan pelepasan Perintah CBP ( Pelepasan) 2014 yang tidak dikenakan GST.

30. Adalah dikatakan barangan zero-rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam. Apakah kayu ukur atau pun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero-rated @ dikecualikan cukai GST?

Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan?

Pertimbangan dibuat berdasarkan sama ada barang atau perkhidmatan tersebut adalah merupakan barangan keperluan asas rakyat Malaysia atau perkhidmatan kritikal. Kajian semula dilakukan mengikut keperluan.

31. Adakah perkhidmatan kesihatan swasta dikenakan cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian?

Perkhidmatan kesihatan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan dibawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.

32. Adakah pendidikan swasta dikenakan Cukai GST? Kalau adapengecualian, aspek apa yang ada pengecualian?

Pendidikan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.

33. Siapakah yang mendapat manfaat paling besar dan yang paling rugi apabila GST dilaksanakan?

Pada keseluruhannya, rakyat dan negara akan mendapat manfaat paling besar dari pelaksanaan GST melalui kemudahan prasarana, infrastruktur, pendidikan, dan kesihatan.

34. Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial?

Organisasi yang membekalkan pembekalan bercukai sahaja dan melebihi nilai ambang 500 ribu yang perlu berdaftar dengan GST.

35. Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST?

Perolehan barang, kecuali petroleum oleh Badan Amal Swasta (Private Charitable Entity) dan Orang yang berhak untuk keistimewaan diplomatik di bawah Ordinan Diplomatik 1949 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966 (Person Entitled To Diplomatic Privileges Under The Diplomatic Ordinance 1949 and Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act 1966) diberikan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014.

36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST Berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin?

Tiada kaĵian sedemikian pernah dibuat.

37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.

Penambahan amaun BRIM memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah.

38. Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input?

Pulangbalik cukai akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penyata GST dikemukakan secara atas talian atau 28 hari bekerja bagi penyata yang diterima secara manual dengan syarat syarikat mengemukakan maklumat yang lengkap.

39. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang berpatutuan sementara perniagaan memperoleh kembali GST?

GST bukan merupakan kos kepada peniaga. Cukai input yang dibayar oleh peniaga dibenarkan untuk dibuat pelarasan dengan cukai output yang dipungut oleh syarikat.

Langkah kerajaan adalah:

 Menjalankan Operasi Catut supaya peniaga-peniaga tidak mengambil
kesempatan menaikkan harga secara tidak berpatutan.
o http://gstmalaysiainfo.com/operasi-banteras-pencatutandiperhebat-sebelum-pelaksanaan-gst/
o http://gstmalaysiainfo.com/ops-catut-fasa-kedua-mula-2-april/
 Menyediakan talian komputer untuk pengguna membuat aduan
terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga dengan tidak
munasabah.
o http://gstmalaysiainfo.com/gst-lapor-salah-laku-peniaga-menerusiez-complaint/
 Menyediakan kemudahan melalui komputer untuk penggunapengguna
menyemak sama ada mana-mana penjual berhak
mengenakan GST.
o http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemakstatus-gst/

40. Ekonomi dipacu oleh kuasa memberi rakyat, dengan GST kuasa membeli akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli?

Dengan GST kuasa membeli tidak akan berkurangan ini adalah kerana sebahagian besar barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal kepada rakyat adalah tidak dikenakan GST. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan kadar yang lebih rendah dan peniaga berdaftar layak untuk menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat
mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran. Selain itu, bagi meringankan tanggungan cukai dengan perlaksanaan GST, kerajaan telah memperuntukkan penambahan bayaran BRIM kepada isirumah yang pendapatan kurang daripada RM4000 sebulan. Kerajaan juga telah memberi rebat cukai pendapatan sebanyak 1%-3% kepada golonggan berpendapatan sederhana dan tinggi. Semua langkah di atas akan meningkatkan kuasa membeli rakyat.

41. Syarikat yang perniagaannya untuk satu tahun yang kurang daripada RM500,000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan membayar GST. Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat lain yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM500,000 yang berdaftar dengan Kastam dan syarikat yang dikecualikan itu?

42. Adakah barangan yang sama dari syarikat yang lain akan dikenakan cukai berbeza?

Barang yang dijual oleh perniaga berdaftar dikenakan GST. Manakala, barang yang sama juga dijual oleh peniaga yang tidak berdaftar GST tidak dikenakan GST tetapi dalam harga barang tersebut telah dimasukkan unsur GST. Oleh itu, harga atas barang berkenaan yang dijual oleh kedua-dua peniaga ini adalah tidak jauh berbeza dengan andaian lain-lain kos peniagaan dan margin keuntungan adalah sama.

43. Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1 April 2015? Adakah pihak kerajaan sudah membuat anggaran ini?

Kadar inflasi semasa dalam lingkungan 3%, Kerajaan telah menggangarkan
bahawa kadar inflasi akan meningkat sebanyak 1% selepas pelaksanaan GST.

44. Apakah justifikasi menetapkan permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang lebih rendah?

GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar 5%, 6%, 10% dan spesifik. Pelaksanaan GST perlu mengambilkira kutipan hasil di bawah (SST) dan bantuan-bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. 

Disamping itu, model GST Malaysia juga perlu menentukan impak minimal kepada Rakyat
secara keseluruhan dengan mengenakan GST pada kadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan asas yang digunakan oleh rakyat. Kadar 6% merupakan antara yang terendah di dunia.

45. Adakah pembelian yang dibuat oleh pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST?

Pembelian barang selain petroleum dan kereta oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak tertakluk kepada GST melalui pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014. Namun, perolehan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tertakluk kepada GST. Semua pembelian barang dan perkhidmatan oleh Government-Linked Company (GLC) tertakluk kepada GST.

46. Untuk mematuhi regim GST, semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk perniagaan. Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakkan kesukaran ini. Maka adakah GST ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela? Bagaimana kerajaan akan mengawal perkara ini?

GST merupakan salah satu cara untuk mengurangkan pasaran gelap kerana peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembélian yang kemaskini melayakkan peniaga untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan pinjaman bank. Jika orang berdaftar membeli dari pasaran gelap, mereka tidak layak untuk menuntut apa-apa cukai input dan ini akan meningkatkan kos perniagaannya.

48. Adakah pengecualian GST akan diberikan kepada golongan berikut:OKU, warga emas, penganggur, miskin tegar?

Model GST Malaysia telah mengambilkira keperluan ke semua golongan rakyat dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan asas dan perkhidmatan asas yang dikecualikan termasuklah pengangkutan awam,kesihatan dan pendidikan. Selain itu, bagi keperluan OKU, pembelian peralatan bantuan seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat, alat bantuan
pendengaran dan sebagainya layak untuk diberikan pelepasan daripada pembayaran GST melalui Perintah GST (Pelepasan) 2014. Kementerian Kewangan akan membuat kajian dan pertimbangan dari semasa ke semasa jika terdapat lain-lain keperluan kritikal kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

52. Adakah menteri-menteri juga akan membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi oleh pembayar cukai?

Menteri-menteri adalah tidak terkecuali daripada membayar GST ke atas setiap perbelanjaan mereka seperti rakyat biasa.

54. Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula dengan insurans kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan?

Secara umum perkhidmatan insuran adalah tertakluk kepada GST. Namun, insuran hayat dikecualikan daripada dikenakan GST kerana ia berbentuk simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan.

55. Kenapakah tambang pengangkutan awam naik sebanyak 23%-67% yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari SST?

Kenaikan tambang pengangkutan awam yang didakwa meningkat dari 23% ke 67% tiada kaitan dengan pelaksanaan GST. Berdasarkan kajian, kesan GST ke atas kos perkhidmatan pengangkutan awam adalah minimum memandangkan pengangkutan awam dikecualikan daripada GST dan kadar GST adalah lebih rendah daripada SST. Kadar kenaikan tambang teksi sudah diusul kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan dikaji sejak beberapa lama dahulu iaitu sebelum pelaksanaan GST.

58. Jabatan Kastam Diraja telah dilabel sebagai salah satu agensi kerajaan paling korup. Bagaimana kerajaan boleh meletakkan kepercayaan kepada pejabat Kastam untuk mengutip GST?

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan Agensi yang dipertanggungjawab untuk mentadbir cukai jualan dan cukai perkhidmatan sejak dikuatkuaskan pada 1970an.SST akan dimansuhkan dan dugantikan oleh GST mulai 1 APRIL 2015 maka sewajarnya GST ditadbir urus oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga. Jabatan sentiasa mengambil langkah membendung amalan tidak berintegriti di kalangan anggota jabatan dengan melaksanakan nilai-nilai murni,pusingan kerja (job rotation) dan mengenakan tindakan disiplin ke atas pegawai yang tidak mematuhi etika kerja dan peraturan-peraturan penjawat awam.

60. Kerajaan tidak boleh melaksanakan GST tanpa mekanisme kawalan dan auditan bersedia, dan tidak mempunyai mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang akan diperolehi oleh juruaudit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini?

GST merupakan sistem berasaskan penilaian kendiri (self assessment) dengan itu memerlukan sistem pengurusan risiko yang komprehensif dan mantap bagi memantau pembayaran cukai oleh mereka yang berdaftar. Sistem ini mengurangkan interaksi antara pegawai jabatan dengan peniaga dan sekaligus mengurangkan peluang penyelewengan di kalangan juruaudit. Sistem ini juga dibina lengkap dengan kelulusan berperingkat agar semua tindakan direkodkan dan dikawal oleh para penyelia.

61. Kebanyakan peruncit tidak langsung pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimana kerajaan dapat melaksanakan GST (kecuali pada supermarket dan retailers) kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan sistem data. Hanya mereka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST?

GST tidak boleh dikaitkan dengan amalan perniagaan. GST pada hakikatnya membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian yang lebih efisyen (good business practice) bagi memudahkan mereka mengenalpasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.

63. Bagi satu barangan yang dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang patut saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya?

Hanya pekedai yang sudah berdaftar yang ada hak kenakan GST kepada harga barang. Pengguna boleh menyemak status pekedai sama ada berdaftar GST atau tidak melalui laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berikut http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untukmenyemak-status-gst/ Pengguna boleh melaporkan kepada JKDM kes pekedai yang tidak berdaftar GST tetapi mengenakan GST kepada harga barang. Aduan boleh dibuat melalui hotline 1-300-888-500, helpdesk atau di link berikut:

http://aduan.customs.gov.my

Pengguna juga boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan wangnya kembali,

64. Berapa jumlah syarikat untuk yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup perniagaan mereka untuk elak GST?

Tiada maklumat dan diluar bidang kuasa JKDM.

66. Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang dikenakan GST?

Kitab suci tidak dikenakan GST tetapi barang sembahyang tertakluk kepada GST, sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan

67. Adakah perkhidmatan LRT dan Komuter akan dikenakan cukai GST?

Perkhidmatan LRT dan Komuter dikecualikan dari GST.

68. Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST?

Kos penyelengaraan untuk semua perumahan di bawah hakmilik strata adalah dikecualikan dari GST.

69. Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST?

Perkhidmatan bas sekolah dikecualikan dari GST.

70. Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikkan bila –bila masa? Apakah kriteria untuk meningkatkannya?

Cukai jualan telah diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan pada tahun 1975. Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali sahaja selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5% kepada 10%. Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% hanya berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya.

Jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan CBP seperti Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku setelah beberapa tahun pelaksanaan CBP. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem CBP, penerimaan rakyat yang sangat tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar cukai.

71. Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan,adakah GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan?

Sama ada barang dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan akan tertakluk kepada GST bergantung kepada kategori barang dan perkhidmatan tersebut sama ada ianya tertakluk kepada GST. Jika kategori barang dan perkhidmatan tersebut tidak tersenarai di dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 atau Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 maka ia tertaluk kepada GST.

72. Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST?

Perkhidmatan tandas awam yang dibekalkan oleh orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.

73. Adakah pakaian sekolah dikenakan GST?

Pembelian pakaian sekolah dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan.

74. Adakah alat-alat tulis yang digunakan di sekolah dikenakan GST?

Pembelian alat tulis dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan.

75. Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adakah GST dikenakan bagi pembelian komputer?

Pembelian komputer dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.

78. BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM?

Tidak. Sebenarnya BR1M telah diperkenalkan sebelum GST dilaksanakan lagi.

79. Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini?

Kerajaan telah memberi bantuan dari segi handholding program (latihan percuma), bantuan dalam bentuk e-voucher untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh GST.

PKS juga boleh datang pada bila-bila masa untuk mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat. Mereka juga layak mendapat elaun modal yang dipercepatkan dan insentif lain.
Panduan-panduan GST juga disediakan untuk PKS memahami GST yang boleh dimuat turun dari laman web sesawang seperti berikut :

a) Panduan Umum – http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_gg.aspx
b) Panduan Industri – http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_ig.aspx
c) Panduan Spesifik – http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_sg.aspx

80. Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan?

Sepatutnya barang yang dikelaskan dalam barang kategori berkadar sifar tidak akan naik sekiranya faktor-faktor lain yang menentukan harga (cth.kadar pertukaran matawang, cuaca, perubahan permintaan dan penawaran) tidak berubah (Ceteris paribus). Ini adalah kerana cukai yang dikenakan semasa era SST menjadi kos kepada peniaga. Tetapi selepas era GST cukai input boleh dituntut kembali. Ini bermakna tidak akan ada elemen cukai di dalam barangan yang dikelaskan sebagai barang berkadar sifar.

81. Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan kepada pengguna?

Pulang balik GST akan dibayar oleh kerajaan dalam tempoh 14 hari sekiranya penyata dikemukakan secara atas talian atau 28 hari sekiranya penyata dikemukakan secara manual dengan syarat permohonan adalah lengkap. Namun pembayaran pulang balik tidak akan dibayar sekiranya Ketua Pengarah Kastam mempunyai alasan yang kukuh nilai yang dituntut bukanlah nilai yang sepatutnya dituntut dan tiada pampasan akan diberi.

83. Beras dikecualikan GST, namun kos pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan harga beras?

Beras adalah barang berkadar sifar. Iaitu tiada GST dikenakan. Tetapi semua GST yang dibayar ke atas input termasuk pengangkutan oleh pengeluar yang berdaftar GST boleh dituntut daripada kerajaan. Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pembekal beras yang berdaftar GST.

84. Sistem zakat mengambil cukai dari kaya untuk menolong yang miskin.Manakala GST adalah bertentangan iaitu cukai korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan GST dikenakan kepada semua. Bukankah ini bertentangan dengan sistem zakat dan haram?

Model GST di Malaysia adalah bersifat progresif bukan regresif. Iaitu bebanan cukai kepada golongan yang berpendapatan rendah adalah kurang berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi.

85. Adakah tol akan dikenakan GST?

Tidak, tol merupakan pembekalan dikecualikan dari GST. Adakah tambah nilai Touch N Go dikenakan GST? Tidak, tambah nilai Touch N Go merupakan pembekalan dikecualikan dari GST

Adakah parkir kereta akan dikenakan GST?

Ya, Jika perkhidmatan parkir kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.

86. Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tuisyen dikenakan GST?

Hanya pendidikan asas dikecualikan dari GST tetapi tuisyen merupakan kelas tambahan. Namun, pusat tuisyen yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pusat tuisyen yang berdaftar GST.

87. Adakah servis kereta akan dikenakan GST?

Ya, Jika perkhidmatan servis kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.

88. Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST, adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST?

Sekiranya syarikat menyerap cukai GST, ia tidak bertentangan dengan semangat GST. Perundangan meminta peniaga memaparkan harga termasuk GST (GST inclusive price).

90. Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST?

Kebanyakan kedai gunting rambut adalah dibawah nilai ambang RM500,000. Oleh itu hanya kedai gunting rambut yang berdaftar GST sahaja yang akan mengenakan GST.

91. Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin seperti maggi mee dan sardin dikenakan GST?

Sekarang pun Maggi mee dan sardin yang ditinkan adalah tertakluk kepada cukai jualan. Namun, peniaga yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.

94. Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000 barangan biasa selepas 1 April 2015?

Untuk membatalkan sebarang SST, kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan.Kajian akan dibuat selepas pelaksanaan GST

95. Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST?

Jika anda menyerahkan kepada peniaga untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya untuk GST.

Dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga dilarang mengaut keuntungan melampau. Tindakan dibawah bidang kuasa KPDNKK.

96. Adakah anda akan mengawal 350000 syarikat yang telah pun didaftarkan dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang?

Ya. JKDM akan mengaudit syarikat yang berdaftar GST.Bagi mengawal kenaikan harga barang KPDNKK akan membuat pemantauan harga dari semasa ke semasa ke atas syarikat dan peniaga.

98. Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka, mengesyaki pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan?

Orang awam boleh membuat aduan kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK) di link: http://aduan.customs.gov.my atau terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di link : www.sprm.gov.my/laporkanrasuah. Adakah pegawai penguatkuasa akan memakai tanda nama? Pegawai penguatkuasa adalah dikehendaki untuk memakai tanda nama sepanjang waktu bertugas.

99. Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k?

Bergantung kepada berapa banyak transaksi yang berlaku.

100. Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan luar untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapa kos yang ditanggung beliau dalam seminggu.

Ia bukanlah satu keperluan untuk memasukkan input GST melalui sistem komputer tetapi rekod perniagaan masih boleh disimpan secara manual selagi ianya mematuhi akta dan peraturan GST. IT biasanya dapat memudahkan urusan perniagaan berkaitan dengan GST.

101. Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun serangga? Bagaimanakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar dengan kastam untuk GST?

Untuk pekebun kecil, Skim Kadar Rata disediakan bagi membolehkan petani kecil mendapat kembali GST yang telah dibayar oleh petani tersebut.

102. Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntut kembali peningkatan harga barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras yang dibeli oleh mereka? Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah ditetapkan oleh kerajaan. Jika tiada peningkatan harga beras di pengilang, maka petani kecil akan menderita pengurangan jumlah pendapatan mereka. Jika terdapat kenaikan harga, adalah ia akan mengakibatkan peningkatan harga beras?

Subsidi beras akan dikekalkan oleh kerajaan. Beras termasuk barang kawalan harga oleh KPDNKK.

103. Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik yang digunakan? Dan bagi pertukaran “spare parts” dan pembungkusan plastic? Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan naik? Tidakkah ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya?

Pembekalan beras adalah pembekalan berkadar sifar. Jadi, pengilang beras yang berdaftar boleh menuntut semua GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.

104. Dari kilang kepada pemborong, adakah syarikat pengangkutan akan mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut pelepasan cukai input, bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil yang tidak didaftar dengan GST? Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh mengutip GST.

Ya. Syarikat pengangkutan yang berdaftar GST akan mengenakan GST kepada pemborong.Pemborong boleh menuntut kembali GST yang dibayar sebagai input tax jika ia berdaftar GST. Bagi syarikat pengangkutan kecil yang tidak berdaftar, GST yang telah dibayar ke atas input akan terkandung dalam harga yang dijual.

105. Adakah ubatan berikut cukai sifar? Sulperazone (antibiotic yang digunakan untuk jangkitan yang serius), Simvastatin(untuk mengurangkan kolestrol), ubatan anti HIV 

Ubat-ubatan yang tersenarai di dalam senarai Ubat-Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) adalah berkadar sifar. 321 entiti kimia meliputi 4215 jenama berkadar sifar.

106. Banyak doktor persendirian menyewa ruang klinik dari hospital swasta. Adakah pihak hospital akan mengenakan cas GST untuk penyewaan ini/Bagaimana pula perkhidamtan yang “dibeli” oleh doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh: ujian, xray, ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST?

Hospital swasta akan mengenakan GST ke atas penyewaan ruang klinik. Ubatan yang berada dalam senarai NEM tidak dikenakan GST.Perkhidmatan dan X-ray dikecualikan dari GST.

Dipetik daripada sumber : http://gst.customs.gov.my/en/cp/SiteAssets/106%20Questions%20Response%20by%20Customs.pdf