Monday, November 30, 2015

Sudah Pasti Ini Akan Menimbulkan Masalah Kepada Pakatan Harapan Terutamanya Di Selangor

Nampaknya Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR berikrar akan terus bekerjasama dengan PAS bertentangan dengan kehendak Dr Wan Azizah, Presiden PKR yang lebih mirip untuk bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Gagal Kutip 1 Juta Tandatangan "Bebaskan Anwar" Rafizi Masih Berikan Alasan, Enggan Terima Kenyataan "Sifu" Beliau Makin Ditolak

Kempen ‘Bebaskan Anwar’ anjuran PKR bagi mendapatkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia hanya mampu mengutip 37,000 tandatangan sejak Mac sehingga November.

Jumlah itu hanya 3.7 peratus berbanding sasaran sebenar sekaligus menimbulkan dakwaan kempen bagi mendesak kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai tahanan politik telah gagal.

Statistik mengecewakan itu dijadikan ‘bahan’ pemerhati politik dengan dakwaan Anwar dan PKR semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia.

Tohmahan itu bagaimanapun disangkal Rafizi Ramli kerana kegagalan mencapai sasaran sejuta tandatangan bukan perkara besar.

Katanya, PKR tidak mahu terlalu mengenengahkan isu pembebasan Anwar bagi mengelak dilabel sebuah parti yang hanya memperjuangakn Ketua Umum PKR bukannya isu rakyat.

“Kita kena imbangkan isu antara pembebasan Anwar dan kempen lain seperti 1MDB, Najib, GST, PRK Permatang Pauh dan sebagainya.

“Isu ini sensitif. kalau kita tekankan seratus peratus untuk hanya dapatkan tandatangan satu juta, nanti kami dituduh mengenepikan rakyat dan hanya mengutamakan Anwar sahaja. Oleh itu kami bahagi sama rata,” katanya.

Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, kempen pembebasan Anwar akan diteruskan selepas beberapa isu yang melibatkan pakatan pembangkang selesai.

“Sekarang saya rasa sudah banyak isu selesai, maksudnya isu pakatan pembangkang dan isu skandal yang lain. Kita fokus satu persatu lepas ini kami akan fokus kepada isu Anwar,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Syabas MB Perak Yang Prihatinan Pada Rakyatnya... Terbaik

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sedang mengadakan lawatan dan meninjau keadaan 172 mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sek Keb Bukit Merah

Turut diagihkan barangan keperluan buat mangsa yang terjejas

Setakat hari ini sebanyak 338 mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara iaitu di Sek Keb Changkat Lobak dan SJK(T) Simpang Lima Parit Buntar 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ini Dia Seorang Bijak Pandai Yang Tak Laku Dalam UMNO Dan Baru Menyertai PKR Meramalkan Pakatan Harapan Boleh Menang

Ingat keluar UMNO rasakan parti PKR boleh menang pada PRU akan datang... Jangan mimpi lah pudin.Orang macam ni patut duduk dalam parti PKR..orang yang kecewa macam ni lah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Lim Guan Eng Dah Makin Tenat Di Pulau Pinang

Dalam beberapa hari lepas demonstrasi suruh Lim Guan Eng letak jawatan Ketua Menteri dah dilakukan oleh oleh rakyat Pulau Pinang.. Bukan orang Melayu tau..!! Tapi bangsa dia sendiri dah nampak betapa tak relevannya LGE memerintah Pulau Pinang.

Bangsa dia sendiri kata ‘tokong” seorang yang rakus dok kaut kekayaan negeri, rasis dan sangat pilih kasih dalam pembangunan negeri.. dia juga tak layak jadi Ketua Menteri pasai hanya tau nak merosakkan alam sekitar di Pulau Pinang sampai tahap membahayakan nyawa rakyat di negeri itu.

Elok jugak la mereka suruh ‘tokong’ balik Melaka.. Biar la jawatan Ketua Menteri, anak jati Pulau Pinang yang besa dengan negeri yang pegang.. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Sokongan Kaum Cina Bolehlah..... PAN Selangor Akan Rampas Kerusi PAS...

Menang sudah terang. Kehadiran parti PAN di selangor dan di seluruh negara hanyalah semata-mata untuk merampas kerusi PAS dan menggangu PAS...

Tak pahayah nak berselindung lagi, PAS sebenarnya agak goyang dengan kehadiran PAN...

Manakan tidak, boleh dikatakan banyak juga hardcore PAS yang menyertai PAN, penggerak-pengerak PAS dizaman reformasi dulu, kini semuanya berhijrah kepada PAN. mereka-mereka inilah yang mengerakan jentera PAS suatu ketika dulu, nak harapkan ahli-ahli asal PAS ketika itu? Menang tak bergerak la...

Dalam majlis pelancaran parti PAN Selangor sabtu lepas, mat sabu mengatakan selangor adalah negeri tertinggi pendaftaran untuk menyertai PAN di ikuti kelantan dan johor. Ini sudah pasti menggoyangkan pemimpin-pemimpin PAS Selangor...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Panasss !!!! Hampir 100 Penyokong Husam Berhimpun Depan Ibu Pejabat PAS

KUALA LUMPUR : Hampir 100 orang dipercayai penyokong ADUN Salor, Datuk Husam Musa hadir menzahirkan sokongan mereka di luar Ibu Pejabat PAS, ketika ini.

Husam hari ini dilaporkan akan hadir untuk memberikan penjelasan kepada Dewan Harian PAS Pusat bersabit dakwaannya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu mewujudkan kerajaan perpaduan antara parti itu dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Penyokong yang hadir dilihat menaikkan plakad 'pray for Husam', 'rakyat Salor sokong DHM', 'pemuda Pasir Tumboh bersama YDP', 'moving forward DHM' dan lain-lain.

Husam sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila mendedahkan pengakuan Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno-BN ketika krisis pelantikan Menteri Besar Selangor pada 2014.

Hadi juga dikatakan menawarkan kepada wakil rakyat PKR untuk menyertai mereka dan membentuk kerjasama dengan Umno-BN di Selangor, ujar Husam.

Hadi ketika hadir dalam satu majlis di Shah Alam minggu lalu menjelaskan, cadangan kerajaan perpaduan itu memang wujud tetapi ia tidak melibatkan hanya Umno-BN dan PAS, tetapi kesemua parti politik di negara ini.

Pendedahan Husam itu juga menyaksikan beberapa pimpinan tertinggi PAS bangkit dan mempertahankan Hadi termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa kemudiannya mencabar Husam berdebat namun dihalang Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Kata Takiyuddin, isu tersebut akan diselesaikan secara dalaman dan tidak akan dibuat secara terbuka.

Ia demi menjaga kemaslahatan dan mengelakkan isu itu daripada dimanipulasi seteru politiknya, tambahnya.

PAS sebelum ini menetapkan 24 November untuk Husam hadir dan memberikan penjelasan bersabit tuduhannya.

Namun pada tarikh itu, Husam memaklumkan beliau berada di luar negara atas tujuan perubatan.

Pertemuan itu kemudiannya ditunda ke hari ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Parti PKR Memang Tak Boleh Pakai...... PKR Sepang Minta RoS Siasat Kesahihan Perwakilan Ke Kongres PKR

PUTRAJAYA : Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sepang, Arffain Mohamed meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyiasat kesahihan 10 anggota yang mewakili cabangnya ke Kongres Nasional ke-11 parti itu yang berakhir semalam.

Arffain mendakwa kehadiran perwakilan itu adalah tidak sah memandangkan beliau sendiri telah membatalkan mesyuarat agung cabang yang diadakan di Kuala Langat pada 19 September lalu berikutan masalah pembentangan laporan kewangan.

Menurutnya, pembatalan itu dibuat mengikut perlembagaan parti apabila pemeriksa kira-kira tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas laporan kewangan tersebut setelah bendahari gagal menyediakan dokumen sokongan termasuk buku cek, penyata bank dan resit pembelian.

Selepas memerintah supaya mesyuarat cabang diadakan semula, beliau mendakwa telah diusir keluar oleh beberapa anggota jawatankuasa PKR Sepang dan timbalannya mengambil alih tugas mempengerusi mesyuarat, katanya selepas menghantar memorandum kepada RoS, di sini Isnin.

Arffain mendakwa mesyuarat cabang itu dijalankan dalam keadaan tidak sah dan kehadiran perwakilan cabang Sepang ke Kongres Nasional PKR juga adalah tidak sah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PKR Tersepit... Di Belakang Api Di Depan Duri

Sepanjang tiga hari berlangsungnya kongres tahunan PKR ke 11, antara yang hebat dan tidak lekang diperkatakan adalah isu pembebasan Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara.

Keseimpulannya, PKR kini tersepit berikutan pergolakan antara dua parti penting pembangkang iaitu DAP dan PAS.

PKR yang baru dan tidak mempunyai akar umbi sekuat PAS mahupun sumber seperti DAP nampaknya terpaksa beralah terhadap 'keegoaan' kedua parti tersebut.

Pepatah lama kata... PKR kini berdepan situasi 'dibelakang api di depan duri' untuk melayan ego DAP dan PAS dalam masa yang sama mempertahankan survival parti yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Penekanan terhadap betapa pentingnya jalinan dan toleransi semua parti pembangkang ini berkemungkinan disuarakan setelah parti itu muak melihat persengketaan yang berlarutan di antara PAS dan DAP walaupun telah memutuskan untuk tidak lagi mempunyai hubungan dan kerjasama politik.

Hubungan yang semakin tegang antara dua parti politik ini juga mengakibatkan usul menolak Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini membuktikan kelemahan blok-blok parti pembangkang.

DAP turut semakin tegas dengan memberi amaran kepada blok pembangkang supaya tidak mengumumkan bertanding kerusi pilihan raya akan datang dengan sesuka hati.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pada Oktober lalu berkata, parti itu mungkin akan bertanding lapan kerusi menentang PAS di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang malah sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi-kerusi yang dimaksudkan ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Adakah PKR semakin bimbang akan kedudukan mereka yang semakin tergugat, sehubungan itu parti itu memilih kongres pada kali ini sebagai medium menyuarakan kepentingan untuk terus bersatu-padu?

Kekusutan di antara PAS dan DAP, dan PAS bersama Amanah juga berkemungkinan menjadikan PKR semakin terdesak kini?

Bukan sahaja hubungan antara blok pembangkang menjadi sebutan, ada juga perwakilan yang bersuara mempertikaikan kemampuan Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Dari dulu lagi PKR sentiasa dilihat menjadi 'orang tengah' dalam menyelesaikan masalah di antara DAP dan PAS.

Kini terbuktilah parti itu muak untuk menjadi mangsa yang tersepit di sebalik pertelingkahan kedua-dua parti itu.

Sebenarnya inilah kesannya apabila parti itu nekad untuk menubuhkan pakatan yang baharu tanpa PAS menyertainya.

PKR akan menghadapi kesukaran untuk mengepalai perjuangan dalam arena politik jika rakan-rakannya tidak berdamai.

Pakatan Harapan ditubuhkan tanpa PAS oleh sebab parti itu memutuskan hubungan dengan DAP yang enggan bersetuju dengan perjuangan PAS dalam melaksanakan hukum hudud.

Untuk masa depan, mungkinkan PKR semakin utuh atau memburuk? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Tanda Tanya Mengenai Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden UMNO Pula... Tengku Adnan Belum Dapat Bagi Kepastian

Setelah perubahan dibuat pada perasmian perhimpunan sayap Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO kali ini,timbul tandatanya apakah ucapan pengulungan diakhir Perhimpunan Agung UMNO juga akan dipinda.

Selain ucapan dasar Presiden semasa merasmikan perhimpunan,sesi pengulungan oleh Presiden,Timbalan Presiden,Ketua Pemuda,Wanita,Puteri dan lain-lain dikira antara detik-detik yang dinanti semasa perhimpunan itu.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru ini hanya membuat keputusan mengenai perasmian perhimpunan sayap yang kini akan dirasmi oleh ketua pergerakan masing-masing pada pagi 9 Disember tetapi belum sebut apa-apa mengenai sesi pengulungan pada 12 Disember.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor setakat ini belum dapat memberi sebarang kepastian lagi samaada ia akan berubah atau tidak.

Beliau yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi Isnin menyerahkan kepada presiden dan anggota Majlis Tertinggi parti itu untuk menentukan sama ada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan agung kali ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak terdapat dalam perlembagaan parti bahawa timbalan presiden perlu membuat ucapan penggulungan seperti kelaziman sebelum ini.

"Seorang (presiden) sahaja pun sudah memadai...tapi terserahlah pada presiden dan MT (Majlis Tertinggi)...saya hanya setiausaha agung sahaja," katanya.

Secara tradisinya, sebelum presiden UMNO menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan agung, barisan ketua-ketua sayap, naib presiden dan timbalan presiden akan dibenarkan berucap pada sesi penggulungan itu.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata tidak salah jika tradisi dalam UMNO yang tidak terdapat dalam perlembagaan diubah, seperti juga perubahan pada mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri yang akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing pada perhimpunan kali ini.

"Macam sayap juga, mereka minta jika ucapan dasar ketua masing-masing boleh dijadikan ucapan perasmian mesyuarat, jadi tidak perlu lagi timbalan presiden rasmikan seperti sebelum ini," katanya.

Selasa lepas, mesyuarat MT UMNO memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat sayap UMNO akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing dan tidak lagi oleh timbalan presiden.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Wan Azizah : Khairuddin 'Bertaubat' Kerana Denggi


Kuala Lumpur : Sokongan secara tiba-tiba Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri dalam penjara, dakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu yang ditahan bersama peguamnya, Matthias Chang kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara mungkin telah "bertaubat" selepas jatuh sakit di dalam penjara.

Khairuddin dikenali sebagai menyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar pada 1998.

Anwar telah dipenjarakan atas tuduhan liwat.

"Apabila dia (Khairuddin) masuk penjara, dia mesti telah bertaubat selepas ditangkap dan terkena denggi," kata Ketua Pembangkang itu kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Sebelum ini Khairuddin dilaporkan berkata bahawa pembebasan Anwar daripada Penjara Sungai Buloh itu penting kerana beliau dapat berperanan sebagai ketua pembangkang yang efektif untuk negara. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Kapal Baru Cari MH370 Di Kawasan Paling Dalam...

Sebuah lagi kapal Fugro, Havilla Harmony yang dilengkapi dengan kenderaan dasar laut (AUV) Echo Surveyor VII dijangka menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac tahun lalu.

Menurut portal berita Marine Technology, Havilla Harmony mempunyai keupayaan tinggi untuk operasi pencarian di laut selain stabil dalam apa jua keadaan cuaca.

Sebelum ini, Echo Surveyor pernah digunakan pada awal tahun untuk misi pencarian, namun apabila keadaan laut semakin merosot, penggunaan AUV telah ditarik balik.

Kali ini, AUV akan digunakan kembali untuk mengimbas bahagian paling sukar dalam kawasan pencarian yang sangat dalam.

Kapal tersebut mempunyai resolusi yang sangat tinggi dan mampu beroperasi sehingga 4,500 meter kedalaman air selain dilengkapi dengan peralatan sonar serta kamera dalam air.

Selepas uji kaji di luar pantai Fremantle, Havilla Harmony bersama 40 krunya akan ke kawasan carian pada 3 Disember ini.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lalu dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Wujud Atau Tidak Perjanjian Sulit Jawatan KM Pulau Pinang...?

Lim Guan Eng dicabar supaya menerangkan adakah benar wujudnya perjanjian sulit dalam DAP pada 2008 untuk jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan membuat desakan itu susulan risalah yang mendakwa wujudnya perjanjian itu yang disebarkan pada Konvensyen DAP Pulau Pinang.

Katanya, Setiausaha Agung DAP itu perlu menjawab dakwaan tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat.

“Apakah sebenarnya perjanjian itu? Pengundi DAP ada hak untuk tahu,” katanya dipetik portal FMT.

Risalah itu menyebut “Lim Guan Eng adakah awak masih ingat? 8 Mac 2008 Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Awak rompak jawatan Ketua Menteri seseorang. Tetapi ok dan kita buat perjanjian. Tetapi sekarang awak mengkhianati perjanjian itu”.

Risalah itu diedarkan kepada perwakilan yang menghadiri konvensyen itu di Bukit Jambul pada pagi Ahad.

Beberapa ahli parti kanan percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

“Penting untuk rakyat tahu apakah perjanjian itu. Guan Eng tidak boleh melarikan diri seperti lazimnya apabila ditanya soalan.

“Jika risalah sebegini boleh diedar oleh ahli DAP sendiri, ada sesuatu yang tidak kena di sini. Hanya Guan Eng sahaja boleh memberikan penjelasan perjanjian itu,” kata Huan.

Dia mendakwa, Guan Eng tidak pernah diuji sama ada diterima oleh ahli DAP di Pulau Pinang dan kerana itu dia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang bertanding dalam permilihan DAP negeri untuk membuktikan pengaruhnya lebih kuat berbanding Chow.

Dalam demonstrasi bantahan di pusat konvensyen, beberapa ahli DAP mendesak Guan Eng memberi laluan kepada Chow sebagai Ketua Menteri yang baharu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Lokasi Pelancongan Sharm El Sheikh Jadi Bandar 'Berhantu'

Pergolakan politik, pengeboman dan yang terakhir nahas pesawat milik Rusia di Sinai meninggalkan kesan buruk kepada industri pelancongan Mesir.

Sebelum berlaku kebangkitan Arab Spring pada 2011, seramai 15 juta pelancong direkodkan tiba di Mesir untuk bercuti di Sharm El Sheikh dan Nuweibaa selain lokasi di bandar.

Bagaimanapun, akibat pergolakan politik, jumlah pelancong menurun kepada sembilan juta pada 2014.

Kehadiran pelancong semakin merosot pada  2015 di lokasi mewah seperti di Sharm El Sheikh dan Nuweibaa yang kini semakin sunyi.

Banyak resort mula menghentikan operasi manakala yang sedang dibina dibiarkan terbengkalai.

Jalan-jalan utama di kawasan pelancongan kini sunyi dan suasana di pantai juga seperti tidak pernah dihuni.

Jumlah kehadiran pelancong ke  Sharm El Sheikh dijangka bertambah merosot apabila syarikat penerbangan yang membawa 900,000 pelancong British ke lokasi itu akan menghentikan operasi ke kawasan tersebut pada 2016.

Seorang jurugambar tempatan sempat merakam gambar kawasan pelancongan di Sharm El Sheikh dan Nuweibaa yang kini sunyi dan bakal menjadi bandar 'berhantu' jika ia tidak lagi dikunjungi pelancong.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Alhamdulilah.... RON95 Turun 10 Sen Mulai Esok

PETALING JAYA : Harga bahan api RON95 pada Disember menyaksikan pengurangan sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter, demikian menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada Isnin.

Timbalan Presidennya, Datuk Zulkifli Mokti bagaimanapun berkata harga RON97, diesel dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada harga RM2.45, RM1.90 dan RM2.00 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga petrol dan diesel pada apungan terurus mulai 1 Disember tahun lalu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PKR Dan DAP Sama Saja Untuk Anak Beranak..... Adik Perempuan Guan Eng Dilantik Setiausaha DAP Pulau Pinang

Satu lagi usaha untuk memperkukuh kedudukan Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas adiknya Lim Hui Ying dilantik menjadi Setiausaha DAP negeri tersebut.

Kedudukan Lim Hui Ying di jawatan penting itu sudah pasti mencerminkan ketakutan Guan Eng yang mula dikritik ahli-ahli akar umbi DAP Pulau Pinang selepas dua penggal berkuasa.

Dalam pemilihan parti pada Ahad menyaksikan penentang Guan Eng ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Teh, yang kelihatan cuba mengawal emosi, berkata beliau menghormati keputusan perwakilan dan menerimanya dengan hati terbuka.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada kegagalan dalam mempertahankan jawatannya itu disebabkan tindakannya menyokong usul Adun BN, meminta supaya diadakan sesi pendengaran awam mengenai tambakan tanah di negeri ini pada sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Perwakilan telah membuat keputusan mereka dan saya hanya boleh menghormati keputusan pemilihan hari ini," katanya.

Teh hanya mendapat 190 undi daripada 760 undi pada pemilihan bagi penggal 2015-2017.

Sementara itu, Adun Bagan Ajam, Lim Hock Seng, Adun Sri Delima, RSN Rayer, Adun Komtar, Teh Lai Heng dan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Harvindar Singh juga gagal mempertahankan jawatan mereka.

Lim hanya sekadar meraih 216 undi manakala Rayer (225), Teh (239) dan Harvindar (147) pada pemilihan kali ini.

Pengerusi mempunyai kuasa untuk melantik lima anggota ke dalam jawatankuasa negeri itu.

Pengerusi: Chow Kon Yeow

Timbalan Pengerusi:Jagdeep Singh Deo

Naib Pengerusi: Prof. P.Ramasamy dan Zairil Khir Johari

Setiausaha: Lim Hui Ying

Penolong Setiausaha: A. Tanasekaran

Bendahari: Law Heng Kiang

Penolong Bendahari: Jeffrey Chew

Setiausaha Organisasi: Wong Hon Wai

Penolong Setiausaha Organisasi: Lay Hock Peng dan Goh Choon Keong

Setiausaha Publisiti: Ng Wei Aik

Penolong Setiausaha Publisiti: Syerleena Abdul Rashid

Pengarah Pendidikan Politik: Steven Sim.

Ahli Jawatankuasa:

Lim Siew Khim, Soon Lip Chee, Phee Boon Poh, RSN Rayer, Gooi Seong Kin dan Lim Hock Seng. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mengintai Konvensyen DAP Pulau Pinang... Guan Eng Panas Punggung

Selepas lapan tahun memerintah Pulau Pinang, anak kelahiran Johor yang membesar di Melaka, Lim Guan Eng mula terasa 'penolakan' orang negeri tersebut terhadap kepimpinannya.

Suara mahu jawatan nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri dikembalikan kepada orang Pulau Pinang mula didengari di Konvensyen DAP.

Ini selepas seorang perwakilan di konvensyen DAP Pulau Pinang pagi Ahad berkata jawatan ketua menteri perlu dipikul pengerusi negeri jika jawatan itu dikhaskan untuk parti.

Shamsher Singh Thind dari cawangan Taman Chai Leng Perai berkata, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang patut diberikan kepada pengerusi DAP negeri yang mempunyai sokongan akar umbi.

Seorang lagi perwakilan, K Kristan pula berkata, seorang ketua menteri wajar diberikan hanya dua penggal untuk berkhidmat.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow menjadi 'hero' selepas menyatakan sokongan terbuka kepada Guan Eng walaupun wujud desakan supaya beliau mengambil alih jawatan yang disandang anak Lim Kit Siang itu.

"Perpaduan dalam parti perlu utuh dan sokongan perlu diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,"katanya.

Sebelum konvensyen bermula, sekumpulan individu dengan kain rentang menyokong Chow sebagai ketua menteri muncul di tempat konvensyen, sebuah hotel di Bukit Jambul.

Lim bagaimana pun enggan mengulas berkenaan kejadian itu sewaktu disoal pemberita dan menyuruh mereka mengajukan soalan itu kepada Chow.

Perbahasan mengenai jawatan ketua menteri bermula apabila DAP Pulau Pinang berhadapan insiden enam ADUN yang menentang kelaziman berkaitan satu usul daripada pembangkang Barisan Nasional (BN) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih seminggu lalu.

Usul BN itu mencetuskan kontroversi apabila seorang ADUN DAP mengundi menyokongnya, sementara lima lagi wakil rakyat PKR tidak mengundi atas dasar mendengar suara hati mereka.

Lim yang berang dengan insiden ini menuduh lima ADUN PKR itu sebagai pengkhianat kerana dianggap berpihak kepada BN apabila tidak mengundi.

Menurut Shamser, jika wakil rakyat Pakatan Harapan dikehendaki membangkang semua usul BN dan tidak boleh mengundi berdasarkan suara hati, maka mereka sepatutnya dahulu menolak usul gabungan pemerintah itu di Dewan Rakyat bagi menaikkan gaji ahli Parlimen.

Cakap-cakap berkenaan ketidakpuasan hati di peringkat ahli akar umbi di Pulau Pinang bermula dengan cara DAP mengendalikan ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, yang mengundi menyokong usul BN berkenaan penambakan tanah.

Teh merupakan satu-satunya wakil DAP yang menyokong usul itu namun selepas sidang ditangguhkan, beliau meminta maaf pada sidang media yang dianjurkan Lim.

Minggu lepas, beliau meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP negeri dan berkata tidak menyesal dengan keputusan itu.

Teh juga konsisten mendesak agar jawatan ketua menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Teh hari ini juga bertanding dalam pemilihan parti di peringkat negeri.

Seorang lagi perwakilan, Lim Cheng Hoe dari cawangan Sri Tanjung Bungah menggesa agar calon dengan jumlah undi tertinggi dilantik menjadi pengerusi negeri.

"Tidak perlu lagi calon dengan 15 undi tertinggi berbincang sesama mereka siapa dapat jawatan apa. Ahli-ahli di luar tak akan tahu perkara yang berlaku dalam mesyuarat," katanya.

Menurut tradisi sistem pengkaderan DAP, 15 orang dengan undi tertinggi akan berbincang tentang lantikan jawatan eksekutif dan melantik 5 orang lagi ke dalam jawatankuasa negeri.

Pada Ahad 48 pemimpin negeri dan akar umbi bertanding merebut 15 jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Adun, ahli Parlimen serta ahli majlis.

Lewat petang Ahad,  Chow Kon Yeow menepati ramalan mempertahankan kedudukannya selepas meraih kemenangan besar pada Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang.

Chow memenangi 654 undi, bagi mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi parti manakala timbalan pengerusinya, Jagdeep Singh Deo meraih kemenangan selesa dengan 537 undi.

Adik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Lim Hui Ying kini dilantik sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Lima calon yang tidak berjaya sebelum ini dilantik menyertai jawatankuasa.

Jeffrey Chew yang mengumpul 250 undi dilantik sebagai Penolong Bendahari manakala calon yang digugurkan, RSN Rayer dan Gooi Seong Kin menjadi ahli jawatankuasa.

ADUN Bagan Dalam, Lim Hock Seng turut dilantik menyertai jawatankuasa selain Syerleena Rashid yang menjawat jawatan penolong setiausaha publisiti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Penceroboh Lahad Datu ! Memalukan Apabila Wan Azizah Anggap Ia Hanya Perkara Kecil

IZZAH_KIRAM
Bila dikata cakap tidak menggunakan akal ada pulak yang akan melenting namun itulah hakikat yang harus diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila menyifatkan pertemuan anaknya Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram adalah perkara kecil.

Bukan sahaja Wan Azizah mempamerkan sikap yang tidak sensitif malah tindakannya mengeluarkan kenyataan seperti itu dilihat bakal mengeruhkan lagi keadaan politik PKR.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL_PKR_KAJANG
Ia sekaligus mempamerkan jenis pemimpin macam mana yang PKR ada jika bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
anggotalahaddatu 

Lebih kelakar lagi apabila Wan Azizah menuduh ia sebagai serangan peribadi untuk menjatuhkan Izzah sedangkan dia patut tahu Izzah berjumpa dengan anggota keluarga Sulu yang mengerahkan pemberontak bersenjata mencerobohi Lahad Datu dua tahun lalu.

Kata Wan Azizah, awal bulan November Izzah diraikan dalam satu majlis di Manila yang turut di hadiri Jacel.
“Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu.
“Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah,” katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Ahad.

Tambahnya, Izzah sudah memohon maaf dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

“Kenapa mereka memperbesarkan. Sudah tentu dia telah meminta maaf kerana dia tidak bertujuan untuk menyakitkan perasaan sesiapa,” ujarnya.

Terdahulu, DUN Sabah meluluskan usul melarang Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang daripada memasuki negeri itu.
AyAB0h6CQAEW-Uv.jpg large 

Keputusan itu dibuat selepas 47 ADUN Sabah menyokong usul itu sementara tiga lagi ADUN berkecuali.

Nurul Izzah dan Tian Chua adalah Naib Presiden PKR melakukan lawatan ke Manila untuk menggembeling sokongan bagi menekan Putrajaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara atas tuduhan meliwat.

Tindakan Izzah berjumpa Jacel Kiram kini dalam siasatan polis.

Pecerobohan Lahad Datu membawa kepada pertumpahan darah yang mengorbankan sembilan prajurit, sebilangan orang awam dan hampir 70 pengganas yang menyokong keluarga Kiram.
Pang 7
tentera-sulu-tawan-sabah-malaysia-borneo

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN