Tuesday, February 23, 2016

‘Ceramah Bodoh, Duit Gaji Haram Bukan Untuk Polis Malaysia’

Pendakwah agama, Nahar Afandi Ghazali berkata kenyataan kesat yang dilemparkan ketika kuliah Subuh di Pulau Pinang Sabtu lalu bukan ditujukan kepada polis di negara ini.

Menurut anak kepada pengasas Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq itu, walaupun beliau mengakui ada mengeluarkan kenyatan tersebut namun ia tidak ditujukan kepada polis Malaysia semata-mata.

“Saya memang ada mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi tidak bermaksud ia ditujukan kepada anggota polis Malaysia semata-mata” katanya memetik laporan polis yang dibuat malam semalam.

Nahar membuat laporan di balai polis Rasa, Hulu Selangor sejurus selepas dimaklumkan oleh anak muribnya berhubung rakaman klip video ceramah yang tersebar di media sosial itu.

Terdahulu Nahar mendakwa tindakan anggota polis yang bertugas ketika solat Jumaat adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh mereka adalah haram.

Beliau di dalam ceramah yang sama turut menyifatkan kenderaan yang dinaiki oleh rakyat di negara ini seperti babi kerana mengunakan perkhidmatan bank yang mengamalkan amalan riba.

Rata-rata pengguna Facebook kemudiannya menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan itu bukan merupakan sebahagian daripada Islam sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment