Wednesday, February 24, 2016

Sampai Perlu Minta Ampun Pada Guan Eng? Dimana Maruah PKR?

Sehari dua ini, banyak mata sedang bertumpu pada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Seorang memimpin Selangor dan seorang lagi memimpin Pulau Pinang. Seorang PKR dan seorang lagi DAP. Dua ‘sahabat baik’.

Mereka berdua ‘bergaduh’. Guan Eng pecat dua Adun PKR dari GLC, Azmin tempelak. Guan Eng bidas balik dan beri amaran supaya Azmin jangan campur urusan kerajaannya. DAP Pusat pula keluar kenyataan sokong Guan Eng.

Apa yang menarik di hati penulis adalah tindakan PKR Pusat. Sudah terang-terang dua Adun PKR itu membantah projek Guan Eng demi kepentingan rakyat Pulau Pinang. Sudah jelas Timbalan Presiden PKR bantah Setiausaha Agung DAP.

Tapi PKR Pusat bertindak minta ampun pada Guan Eng? Ketawa besar penulis dibuatnya. Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri kata dalam satu kenyataan bahawa PKR ‘amat berharap Guan Eng bermurah hati dan bersedia mengampuni‘.

Sampai begitu sekali ‘takut’ pada Guan Eng? Minta ampun? Layaknya Guan Eng itu bagaikan ‘putera raja’ pula tarafnya di mata PKR. Kenapa tidak terus saja cakap mahu mesyuarat untuk selesai sengketa? Sebab mahu jaga air muka Guan Eng? Teruk sungguh PKR bodek DAP… 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment