Tuesday, February 23, 2016

Najib Akan Beri Keterangan Dalam Kes Saman Fitnah Harakahdaily, Kata Peguam

KUALA LUMPUR :  Datuk Seri Najib Razak dijadualkan memberi keterangan bulan depan dalam kes saman fitnahnya terhadap organ PAS, Harakadaily walaupun Mahkamah Rayuan menasihatkan awal bulan ini supaya perkara itu diselesaikan di luar mahkamah, kata peguam Mohd Faiz Fadzil.

"Kami diberitahu perdana menteri dan 2 yang lain akan memberi keterangan untuk plaintif," kata Faiz yang mewakili Pengarah Urusan Harakadaily Rosli Yaakob.

Faiz berkata, defendan menamakan 8 orang saksi termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Datuk A. Kadir Jasin.

"Kami akan memohon untuk sepina Dr Mahathir, Kadir dan pengarang artikel daripada portal berita lain untuk mengukuhkan hujah pembelaan kami," katanya dipetik The Malaysian Insider selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng.

Tarikh perbicaraan ditetapkan selama 5 hari bermula 16 Mac. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment