Tuesday, February 23, 2016

NGO Lynas, Rapid Pengerang Lesap Dalam Isu Kerakusan Tambak Laut Di Pulau Pinang

BUKIT BENDERA : Mana perginya NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hal alam sekitar seperti anti Lynas dan NGO anti Rapid Pengerang ketika isu kerakusan penambakan laut di Pulau Pinang yang dikatakan bakal merosakkan alam sekitar sekaligus menutup periuk nasi para nelayan sibuk diperkatakan.

Persoalan ini dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim yang jelas kecewa apabila aktivis-aktivis pejuang alam sekitar ini yang seakan lesap sedangkan sebelum ini berlagak umpama “hero pejuang” rakyat.

Soalnya apakah kerana isu tambak laut itu berlaku di negeri kerajaan Dap maka mereka seperti menutup mata dan memekakkan telinga?
tambak laut di pulau pinang 
Beliau turut menyelar sikap Dap yang sebelum ini begitu lantang menjadi tulang belakang kepada domonstrasi membantah projek Lynas kononnya parti itu ambil peduli hal alam sekitar tetapi mengapa di negeri yang mereka menjadi pentadbirnya, perkara ini tidak diendahkan.

“Ramai yang mengetahui bahawa projek ini bakal menyebabkan kerosakan alam sekitar kerana itulah penduduk di sekitar membantah tetapi Dap terus berdegil untuk meneruskannya atas alasan inilah kaedah terbaik untuk mencari modal bagi melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan kos RM27 bilion.

“Sikap Dap yang sering berubah wajah ibarat sesumpah maka tidak hairanlah NGO-NGO tajaan mereka juga seperti itu.

“Bila ada kepentingan politik untuk diri mereka maka isu alam sekitar akan dijulang begitu tinggi tetapi jika ia mendatangkan keuntungan peribadi mereka maka tidak mengapa kalau memusnahkan alam sekitar.

“Maka saya menyeru dan mendesak para aktivis pejuang alam sekitar agar membuka mata dan datang melihat sendiri kesan akibat daripada tambakan laut ini,” ujarnya kepada media.

Projek tambak laut yang akan dilaksanakan di Permatang Damar Laut dekat Batu Maung di sini dibantah penduduk kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan 300 nelayan pantai di kawasan itu.

Malah ia dibimbangi akan menjadi punca kemusnahan kepada sumber ikan di negeri ini sekaligus dijangkakan bakal menyebabkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menanggung kerugian RM4 juta setahun.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment