Orang Melayu diminta tidak menyerahkan nasib dan masa depan mereka 100 peratus kepada pemimpin tanpa turut mengambil pendekatan mengawasi dan menegur sebarang kesilapan.
Tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin berkata, keadaan yang berlaku hari ini dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan sering dipertikai dan dilihat semakin terhakis, adalah hasil kealpaan pemimpin Melayu sendiri.
Beliau yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing berkata, orang Melayu mesti menyedarkan dan menuntut pemimpin mereka agar bertindak tegas mempertahankan hak tersebut tanpa rasa bersalah ketika masih menguasai bidang politik, pentadbiran dan pemerintahan dalam negara.
‘‘Sebarang dasar dan rancangan kerajaan hendaklah selari dan menepati kehendak Perlembagaan terutama berkaitan perhubungan kaum seperti termaktub dalam Perkara 152 berkaitan bahasa Melayu dan Perkara 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi,’’ katanya semasa menyampaikan pidato perdana bertajuk ‘Hak Istimewa Orang Melayu: Konflik Antara Perlembagaan dan Amalan’ di sini semalam.
No comments:
Post a Comment