Anwar Makin Kecut Perut, Ummi Minta Rakyat Fikir Kenapa Anwar Takut Saman
5 Mac 2011, JASIN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juak-juak Pas seperti lari tak cukup tanah malam tadi apabila dilanyak secukupnya oleh Ummi Hafilda dalam siri ceramah pembongkarannya di Kampung Permatang Serai di sini.
Dengan cara yang bersahaja Ummi mengupas dan mendedahkan satu persatu kejelekan Anwar termasuk abangnya sendiri Azmin Ali.
Malah tanpa berasa takut Ummi turut mencabar Anwar dan Azmin segera membawanya ke mahkamah dengan menyaman beliau sekiranya apa yang didakwanya satu pembohongan semata-mata.
“Anwar berani saman Dr Chandra Muzaffar, saman Dr Mahathir, saman Tan Sri Muhyiddin, saman Khairy hingga beratus juta tapi sampai sekarang tak berani saman saya. Kalau apa yang saya dakwa dan bongkar ini fitnah sila saman saya.
“Jadi saya minta rakyat menilai dan berfikir mengapa Anwar sampai sekarang tak berani saman saya”, katanya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau lagi ada banyak lagi pendedahan yang akan dilakukannya selepas ini tentang rahsia besar Anwar dan Azmin.
“Apa yang saya bongkar malam ini cuma 20, 30 peratus saja… tunggu ada banyak lagi saya bongkar malah lebih dahsyat dan menggemparkan”, ujarnya.
Beliau juga mendedahkan betapa Anwar begitu pengecut untuk berdepan dengannya di Kerdau malam lalu.
“Saya cabar Anwar dan gelar Anwar sebagai penipu…. saya dedah satu persatu… saya lihat Anwar hanya berucap tak sampai 20 minit selepas itu cabut lari”, katanya sehingga menggelikan hati hadirin yang hadir pada majlis itu.
Beliau berkata perjuangannya tidak akan berhenti malah akan terus membongkar segala penipuan Anwar kerana tidak mahu agama, negara dan rakyat di negara ini hancur.
Sememangnya sesuatu yang cukup pelik apabila Anwar dan Azmin sehingga sekarang tidak berani menyaman Anwar walaupun Ummi menuduhnya sebagai peliwat, perogol bersiri dan perompak serta lanun negara.
Adakah Anwar dan Azmin takut lebih banyak rahsianya terbongkar sekiranya Ummi di bawa ke mahkamah atau sememangnya apa yang dikatakan Ummi itu semuanya benar belaka.
Dipetik daripada : www.kpmu.net
No comments:
Post a Comment