Sunday, March 01, 2015
1MDB Dapat Balik Pelaburan & Raih Untung US$488 Juta Menerusi Usahasama Dengan PetroSaudi
2 Mac 2015 : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima balik
pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (US$1=RM3.603)
daripada rakan kongsinya PetroSaudi International.
“Fakta ini dan semua butiran berkaitan transaksi tersebut boleh
disahkan dengan merujuk akaun kami yang sudah diaudit, yang boleh
diperoleh di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” kata Presiden dan
Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda menerusi satu kenyataan hari ini.
1MDB menamatkan hubungan usaha sama itu pada 2012.
Arul Kanda berkata 1MDB, maklum terhadap dakwaan tertentu yang
dilaporkan oleh portal media dalam talian membabitkan aturan perniagaan
yang disertai 1MDB dengan PetroSaudi International.
1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, memacu
inisiatif pasaran bagi membantu mentransformasi Malaysia sebagai ekonomi
yang berkembang maju – sangat kompetitif, terangkum dan mampan.
1MDB menjalin usaha sama antarabangsa menerusi rakan kongsi bersama yang memberi tumpuan ke atas projek berimpak tinggi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.1mdb.com.my.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment