Thursday, June 25, 2015

1MDB : Pembangkang Sengaja Guna Maklumat Tidak Sahih Jatuhkan PM

25 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kebenaran akhirnya terbongkar, fakta dan maklumat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sengaja diputarbelit, kata Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau menegaskan,  syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB sengaja dijadikan isu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, pihak berkepentingan khususnya pembangkang secara terancang memutarbelitkan fakta 1MDB daripada sumber tidak sahih.

“Ternyata 1MDB dijadikan senjata untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan memburukkan imej kerajaan Barisan Nasional (B N),” ujarnya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.

Tetapi akhirnya kata Syed Ali, kebenaran telah terjawab bahawa beberapa dokumen berkaitan 1MDB telah bocor dan dipinda untuk agenda tertentu.

Ini katanya, berikutan penahanan warganegara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi, Xavier Andre Justo oleh polis Thailand.

Akhabar Bangkok Post melaporkan Justo ditahan atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan yang berpengkalan di Arab Saudi sebanyak AS $2.66 juta (RM10 juta).
http://www.nationmultimedia.com/new/2015/06/25/national/images/30263063-03_big.jpg
Berikutan daripada cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen 1MDB telah bocor yang disiarkan oleh blog Sarawak Report.

Kesan daripada itu, telah mencetuskan pelbagai sangkaan buruk dan dakwaan tidak berasas terhadap 1MDB.

Sebelum ini PetroSaudi pernah menjalin kejasama dengan 1MDB.

Menurut Syed Ali lagi, laporan palsu itu juga telah dijadikan asas oleh beberapa media sosial di negara ini untuk mengaitkan Najib dengan 1MDB.

Tambahnya,  laporan portal berita berkenaan kemudiannya sengaja diperbesarkan untuk melemahkan pentadbiran Najib.

“Mereka dapat maklumat atau fakta tidak benar tetapi disiarkan secara meluas bertujuan memberi tekanan terhadap Perdana Menteri,” tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, beliau awal-awal lagi melihat isu 1MDB seperti sengaja diselewengkan faktanya dan amat meragukan.

“Kini terbukti fitnah dilemparkan terhadap Perdana Menteri dengan mengaitkan isu 1MDB tidak berasas,” ujarnya lagi.

Beliau bagaimanapun berharap penahanan Justo oleh polis Thailand akan membongkar lebih banyak lagi maklumat berkaitan isu tersebut.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment