Sunday, June 28, 2015
Bagaimana 1MDB Jadi Mangsa?
Apa yang mendorong Xavier Andre Justo, 49 warga Swiss "menjual"
dokumen kepada Sarawak reports?. Jika menurut bekas majikannya,
PetroSaudi, mantan kakitangannya tersebut meminta RM10 juta sebagai
pertukaran, agar apa-apa maklumat berkaitan urusniaga syarikat tersebut
tidak didedahkan.
2. Menurut PetroSaudi, Justo tidak berpuashati dengan pembayaran
pemecatan sebanyak RM15juta dua tahun lalu, atas sebab itu, bekas
kakitangan tersebut mengugut untuk bertindak memperburukkan bekas
majikannya.
3. Oleh kerana permintaan Justo tidak dipenuhi, maka dia memulakan
tindakan menghantar dokumen-dokumen berkaitan 1MDB yang telah ditokok
tambah atau diubah kepada Sarawak reports, kerana mengambil peluang
berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia tersebut yang
dipolitikkan pembangkang sejak awal penubuhannya terutama Tony Pua (DAP)
dan Rafizi Ramli (PKR).
4. Mengapa Sarawak Reports dipilih? sebabnya Portal tersebut mempunyai
agenda tersendiri di Malaysia, kerana kewujudan portal tersebut memang
dikhaskan untuk para pemimpin Malaysia, khususnya mantan Ketua Menteri
Sarawak Tun Taib Mahmud.
5. Laporan bersiri Sarawak Reports tersebut, diambil peluang oleh
pihak-pihak tertentu untuk membabitkan Perdana Menteri- DS Najib Razak.
Menurut siasatan awal, Justo diminta pihak-pihak tertentu di Malaysia
untuk mengubah atau menokok tambah dokumen-dokumen yang berkaitan 1MDB,
agar supaya kelihatan adanya satu skandal urusniaga.
6. Untuk memperkuat jangkaun laporan bersiri Sarawak reports, The Age
dan The Malaysian Insider portal berita yang berlokasi di Malaysia
menguar-uarkan laporan tersebut. Tujuannya untuk mengumpul persepsi,
bahawa memang berlaku skandal dalam urusniaga 1MDB.
7. Minat rakyat mengetahui "skandal" 1MDB diperancak, apabila mantan
Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir turut serta mempergunakan laporan yang
dibuat Sarawak reports.
8. Keterlibatan PetroSaudi dengan 1MDB, apabila berlaku kerjasama
membabitkan pelaburan USD1.83bilion, walaupun kemudiannya pelaburan
tersebut dikembalikan dengan keuntungan USD448juta.
9. Menurut cerita Sarawak reports yang kemudian diuar-uarkan The Age
Malaysia, The Malaysian Insider dan Tun Dr Mahathir, bahawa sebanyak
USD700 juta pelabuaran 1MDB yang disalurkan kepada PetroSaudi telah
dialihkan ke akaun Good Star yang berpengkalan di Swiss, dan kemudian
dikatakan bahawa Jho Low merupakan pemilik Good Star.
10. Tujuan mengaitkan Jho Low agar dapat mengaitkan anak tiri Najib Reza
Aziz kerana anak tiri PM tersebut merupakan teman rapat Jho Low.
11. Kini, siasatan awal terhadap Justo oleh pihak polis Thailand, warga
Swiss tersebut mengakui ada pihak-pihak tertentu di Malaysia
berkoorborasi dengan beliau untuk merekaysa sebahagian besar dokumen
yang di hantar kepada Sarawak reports. Malah, Blogger Raja Petra
Kamaruddin ada menyebut nama seseorang yang dikaitkan dengan Mantan
Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, kerana individu tersebut merupakan
pegawai Mantan Perdana Menteri itu, selain sebagai "admin" blog
chedet.cc.
12. Sebenarnya urusniaga antara PetroSaudi dan 1MDB telah menjadi
sejarah, kerana ianya sudah ditamatkan, namun pihak-pihak tertentu mahu
mencipta sesuatu, agar supaya 1MDB kelihatan jelek dan merupakan urusan
niaga berbentuk "scum".
13. Memang 1MDB mengakui setakat 31 Mac 2014, syarikat gergasi tersebut
mempunyai hutang terkumpul RM41.8 bilion berbanding aset RM52 bilion.
Hutang yang terkumpul tersebut telah diperinci termasuk pembelian
hartanah dan pelaburan jangka panjang.
14. Sebenarnya, perjalanan syarikat tersebut tidak mempunyai masalah
besar dalam urusniaganya, masalah yang timbul adalah kekurangan wang
tunai, atas sebab hartnah yang dimilki belum menjana pendapatan yang
mencukupi untuk membayar obligasi hutang yang telah matang.
15. Perancangan awal syarikat tersebut untuk mengatasi aliran tunai
adalah melalui penerbiatan IPO, namun rancangan tersebut terbantut, atas
sebab berbagai laporan negatif menyelubungi syarikat tersebut.
16. Akibat laporan negatif tersebut, Perdana Menteri yang juga penasihat
lembaga Pengarah syarikat tersebut pada awal Mac telah mengarahkan
Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut dan kemudian disusuli PAC
Parlimen pada 19 Mei.
17. Selain itu, kerajaan juga telah mengemukan satu rancangan
rasionalisasi, termasuk cadangan membubarkan 1MDB awal tahun 2016,
melalui pembentukan tiga entiti berasingan TRX, Bandar Malaysia dan
syarikat tenaga-Edra.
18.Dalam rangka mengurangkan jumlah hutang 1MDB juga berkerjasama dengan
syarikat Abu Dhabi IPIC dan Aabar di mana syarikat Abu Dhabi tersebut
mengambil alih hutang hampir RM17bilion.
19. Kini, dengan tertangkapnya Justo, bakal terjawab bahawa semua
laporan Sarawak reports, The Age Malaysia, The Malaysian insider, Tun Dr
Mahathir, Tony Pua dan Rafizi Ramli akan menjadi laporan auta. Ertinya,
tiada sebab 1MDB atau DS Najib perlu menyaman pihak-pihak tersebut.
20. Sarawak reports sebelum ini berperanan sebagai pemburu, kini bertukar sebagai yang diburu. Demikian juga Tun M.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment