Sunday, June 28, 2015
Tony Pua Diminta Berundur Daripada PAC - Shafee Abdullah
Nak jadi HERO lah kononnya....Boleh blah lah Tian Chua.
25 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang
juga menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu
berundur daripada memegang jawatan tersebut supaya siasatan mengenai
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat dijalankan dengan telus dan
adil.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Tony pua merupakan
seorang individu yang lantang mengkritik 1MDB sepatutnya lebih sesuai
menjadi saksi kepada inkuiri daripada menjadi pihak yang mengadili dan
menyiasat kes berkenaan.
"Saya perhatikan, Pua selaku ahli PAC terlalu banyak mengeluarkan
kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan terhadap syarikat berkenaan.
Oleh itu, saya mencadangkan beliau menarik diri daripada menganggotai
PAC bagi mengembalikan keyakinan awam inkuiri berhubung syarikat itu
dijalankan dengan adil dan telus," katanya.
Menurutnya, gesaan tersebut dilakukan bagi menunjukkan keadilan dan hak
asasi manusia terhadap PAC yang dilihat tidak adil kepada 1MDB ekoran ia
mendapat perhatian umum.
"Ahli PAC termasuk Pua sepatutnya bertindak seperti hakim dalam kes ini,
bukannya orang yang membuat tuduhan dan kenyataan awam mengenainya.
Jika mahu mengeluarkan kenyataan seumpama itu, lebih baik jadi saksi
kes," katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment