Wednesday, June 24, 2015
Wahai Tun Mahathir....Cukup Cukup Lah
1. Imam Syafie sendiri menyuruh kita menolak pendapat dia jika ianya
bertentangan dengan sunnah. Dengan kata lain, dia tak pernah mengiktiraf
dirinya senantiasa betul. Namun anda, mengiktiraf diri anda senantiasa
betul, orang di sekeliling anda salah, walaupun ianya dinyatakan secara
tidak langsung.
2. Jika DS Najib takut dikenakan "criminal charge", mengapa beliau
dengan berani mengarahkan Jabatan Audit Negara, BNM dan juga PAC
menyiasat?
3. Jika benarlah anda kata DS Najib melakukan "criminal crime", kenapa
tidak anda sendiri buat laporan polis dan kemukan bukti-bukti yang anda
ada atas pertuduhan anda?
4. Sebaliknya, bukan setakat bukti yang anda tiada, sumber pertuduhan anda pun anda tidak tahu dari mana.
5. Malah anda menekan DS Najib pula agar mengemukakan bukti atas
pertuduhan anda. Mana ada dalam dunia ini tertuduh kena mengemukan bukti
dan yang menuduh hanya menunggu bukti?
Jika anda menuduh isteri anda berzina, kemudian anda minta isteri anda
kemukan bukti yang dia tidak bersalah, bukankah pelik bunyinya?
Undang-undang rimba yang anda pakai?
6. Persoalan sudah dijawab. Soalan terus menerus. Cukup-cukuplah membuat sangkaan yang menjerat diri anda dengan dosa.
7. Jika dahulu rakyat boleh menunggu beberapa tahun dalam kes skandal
Perwaja, takkan anda tidak boleh tunggu keputusan siasatan dalam
beberapa hari lagi, bersabarlah.
8.Belum lagi kes PKNZ....
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment