Friday, July 31, 2015
Semua Penyokong GHB Wajib Ikut Demo BERSIH 4.0.. - Mat Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengarahkan semua
penyokong GHB untuk sama-sama menyertai demonstrasi BERSIH yang adakan
diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan jolokan Mat Sabu berkata, semua
penyokong GHB diminta untuk sama-sama menyertai demonstrasi tersebut
bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir
negara sehingga diadakan pilihan raya bebas kononnya demi menyelamatkan
Malaysia.
Beliau memaklumkan, keadaan negara pada ketika ini amat tenat dan perlu
digantikan pentadbirannya oleh parti pembangkang bagi merawat keadaan
'tenat' tersebut.
Mat Sabu turut memaklumkan, perhimpunan itu akan diadakan pada 29 dan 30
Ogos ini secara serentak di tiga buah lokasi iaitu di Kuala Lumpur,
Kuching dan Kot Kinabalu.
"Negara dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk.
"Hutang negara pada 2015 berjumlah RM847.9 bilion sudah meningkat
sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi
seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidaktelusan dalam
urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan." kata
Mat Sabu.
Benarkah ekonomi Malaysia kini berada dalam keadaan tenat?? Jika benar
sudah pasti Malaysia telah di isytiharkan sebagai negara yang telah
bankrup kerana sarat dengan hutang.
Tetapi, apa yang sebaliknya adalah Malaysia kini kian berada di mata
dunia apabila berjaya melonjak kedudukan teratas dalam pelbagai bidang
pengurusan negara. Adakah dengan peningkatan yang diiktiraf dunia ini
masih dianggap Malaysia kini berada dalam keadaan tenat??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Perdana Menteri Buktikan Beliau Memang "Anak Jantan"
EDITOR MENULIS...
31 JULAI 2015
Saya akui, memang benar ramai yang marah dan kecewa dengan keputusan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Tan Sri
Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semalam.
Saya tahu, ramai yang mempertikai dan bertanya, apakah sebab Mohd
Najib menggugurkan Muhyiddin dari jawatan nombor dua negara itu. Apakah
kerana beliau mempertikai tentang soal 1MDB dalam ucapannya di Cheras
baru-baru ini?
Menerusi penjelasan Mohd Najib berhubung keputusannya menggugurkan
Muhyiddin, Perdana Menteri itu akui bahawa bukan mudah untuknya
menggugurkan sahabatnya itu dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Memang sukar. Jika saya ditempat Najib sekalipun, penulis akui ia
satu keputusan yang amat sukar.
Namun setelah difikirkan sebab Muhyiddin digugurkan semalam, saya
akui sememangnya Mohd Najib perlu bertindak tegas sedemikian bagi
memastikan barisan kabinet yang diketuainya itu bergerak dan bersatu
dalam satu jemaah menteri dalam saf yang sama.
Mungkin benar, Muhyiddin digugurkan atas pendiriannya yang tidak yakin
dengan isu 1MDB. Mungkin pada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, 1MDB
begitu menekan beliau selaku orang nombor dua di dalam kerajaan. Itu
saya tidak nafikan.
Yang menghairankan saya, jemaah menteri telah berkali-kali diberi
penjelasan, taklimat dan berbincang secara terbuka mengenai isu 1MDB.
Bukan sekadar itu sahaja, naskhah mengenai 1MDB turut diedarkan kepada
semua jemaah menteri, termasuk Muhyiddin sendiri.
Lagipun, selaku Timbalan kepada Mohd Najib, Muhyiddin boleh berjumpa
dengan Perdana Menteri setiap hari untuk bertanya tentang 1MDB. Soalnya,
mengapa beliau perlu baca The Edge untuk memahamkan dirinya tentang
1MDB? The Edge bukannya CEO 1MDB pun, kan?
Apatah lagi akhbar berkenaan sedang digantung dan disiasat pihak
berkuasa atas dakwaan menyiarkan laporan palsu yang berasaskan fakta
yang telah diubah suai. Malah turut dikatakan tentang wujudnya agenda
konspirasi menjatuhkan Kerajaan Malaysia dengan bersenjatakan 1MDB.
Jadi, mengapa pula The Edge pula yang menjadi rujukan Muhyiddin?
Setelah berkali-kali diberi penjelasan, masih juga Muhyiddin tidak yakin?
Baiklah. Mohd Najib arahkan pula Pasukan Petugas Khas menyiasat isu
berkenaan secara bebas dan terperinci. Tidak bolehlah Muhyiddin sabar
sekejap untuk hasil siasatan tersebut bagi mengubati gundah-gulananya
terhadap isu 1MDB itu?
Sebelum ini, Mohd Najib pernah mengingatkan barisan kabinetnya supaya
meletak jawatan secara terhormat jika tidak yakin dengan kepimpinannya.
Bukanlah beliau hendak benci atau tidak suka, cuma jika hilang keyakinan
pada "boss", bagaimana hendak buat kerja, kan?
Tapi tidak ada seorang pun yang berani meletak jawatan. Kononnya semua
mereka yakin pada Najib? Tapi bila ada kesempatan, mereka "tembak" pula
Perdana Menteri secara terbuka? Mereka ingat Najib "buta"? Silap
besarlah...
Hasilnya, ada yang digugurkan semalam, kan? Mahu marahkan Mohd Najib?
Pada penulis, Mohd Najib wajar bertindak tegas dalam pentadbirannya.
Saya kira, beliau kini sedang mengikuti jejak langkah Tun Dr Mahathir
yang sememangnya "kaya" dengan Timbalan Perdana Menteri, kan?
Saya yakin, Muhyiddin sedar dan akur dengan keputusan Najib. Itu hak Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan, bukan?
Apapun yang berlaku semalam menunjukkan Mohd Najib sememangnya terbukti
anak jantan. Beliau tidak seperti yang dimomokkan sebagai tidak tegas
dan "lembik" khususnya bagi mereka yang bersekongkol dengan pihak
pembangkang.
Dalam memacu kelancaran sebuah negara, pemimpin yang tegas amat
diperlukan dalam memastikan dasar dan perlaksanaannya berjalan seiring
tanpa timbul sebarang perasaan tidak yakin. Perasaan tidak yakin itu
telah "dibuang" semalam.
Perlu diingat, Mohd Najib bukan mengetuai sebuah gerai burger tepi jalan
atau perniagaan maruku yang mudah diuruskan. Keyakinan bukan perkara
main-main dalam memastikan kestabilan politik negara, kan?
Jadi, matanglah sedikit dengan komen kita dalam menjustifikasi tindakan Mohd Najib itu, bukan berlandaskan emosi, kan?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Mahathir Sokong Zahid Hamidi Jadi TPM...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat gembira apabila
TS Muhyiddin Yassin digantikan dengan DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai
Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Bercakap kepada media, Tun Mahathir mengatakan bahawa Ahmad Zahid
merupakan individu yang paling layak untuk jawatan berkenaan berbanding
lain-lain pemimpin didalam UMNO, selain dari pernah mengetuai Pemuda
UMNO Malaysia.
"Lagipun dia (Ahmad Zahid) dapat undi terbanyak dalam pemilihan Naib
Presiden.." jawab Mahathir ketika ditanya mengenai Ahmad Zahid sebagai
TPM yang baru.
Mahathir juga mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mempunyai
kuasa untuk menukar barisan kepimpinan kabinet mengikut apa yang
dimahukan oleh beliau.
"Kita menukar kepimpinan didalam kabinet setiap masa.. Ia adalah
merupakan hak prerogatif Perdana Menteri. Saya rasa Perdana Menteri
Najib merasakan inilah barisan kabinet yang terbaik untuk masa ini.."
Mahathir juga turut menjelaskan mengenai serangan yang dibuat terhadap pentadbiran kerajaan Najib.
"Pandangan masyarakat mengenai rombakan kabinet yang dilakukan oleh
Perdana Menteri tetap sangat negatif.. Kita boleh nampak didalam komen
dalam Facebook mengenai hal ini.."
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Perdana Menteri Akan Jelaskan Mengenai Video Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk
Ahmad Maslan berharap semua pihak dapat bersabar bagi mendapatkan
penjelasan daripada Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan sejumlah
wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana
menteri itu.
Ahmad Maslan berkata, Najib tidak mengelak untuk menjawab dakwaan
tersebut, tetapi kekangann masa Najib sebagai perdana menteri tidak
mengizinkannya untuk menjelaskan dakwaan tersebut.
Jelas Ahmad Maslan, Najib kini sedang sibuk menjalankan tugasnya untuk
menjaga hubungan baik Malaysia dengan negara luar dan ada pihak yang
tidak bertanggungjawab mshu mengganggu tugas Najib dengan melempar
tuduhan yang tidak berasas kepadanya.
Katanya, bagaimanapun Najib akan menjelaskan dakwaaan itu dalam masa terdekat ini.
"Saya berharap ia akan segera dilakukan, tetapi saya tahu beliau kini
tengah sibuk kerana perdana menteri Britain ada dengannya. Kita duduk
main politik, beliau sedang menjaga negara termasuk hubungan
antarabangsa.
"Beliau mempunyai kekangan masa tertentu untuk membuat kenyataan. Jadi
bersabarlah, mungkin sehari dua atau beberapa jam lagi, saya hampir
pasti perdana menteri akan membuat kenyataan tertentu," kata Ahmad
Maslan.
Ahmad Maslan dalam masa sama memaklumkan tuduhan yang dilemparkanbekas
timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Perdana
Menteri itu adalah tidak benar.
"Tidak betul. Tidak ada pengaliran wang ke akaun Perdana Menteri dan sebagainya," jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Misteri Bukit Gondol Di Pulau Pinang... DAP Terus Jadi Buta
Sadis apabila pemandangan negeri Pulau Pinang yang berbukit kehijauan
digondolkan menjadi botak dek aktiviti pencerobohan yang tidak dikenal
pasti haram mahupun sebaliknya.
Pemandangan Pulau Pinang menjadi botak itu jelas dapat dilihat dari
jambatan untuk menyusuri ke kepulaun tersebut kerana keluasan
'kebotakan' itu dianggarkan bersaiz sebuah padang bola sepak.
Menurut sumber, kawasan yang digondolkan tersebut ialah di Bukit Relau.
Bagaimanapun perkara itu mendapat perhatian penduduk di negeri itu yang
mahukan kerajaan negeri DAP memberi penjelasan mengenai kebotakan yang
berlaku itu.
Penduduk tersebut yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, kerajaan
negeri DAP perlu tampil menjelaskan mengenai kegondolan yang berlaku di
Bukit Relau itu.
Jelas penduduk itu, kawasan yang digondolkan itu agak kecerunan dan
tidak sesuai dibangunkan untuk sesuatu pembangunan dan oleh itu kerajaan
DAP perlu tampil menjelaskan mengenai status projek gondol tersebut.
"Kerajaan negeri dan Majlis Bandar Pulau Pinang (MBPP) mesti beritahu
kami apa penjelasan bukit ini... Siapa yang bertanggungjawab untuk
kemerosotan ini dan siapa yang meluluskannya.
"Kami mahu tahu apa jenis cerun bukit, adakah ia sesuai untuk
dibangunkan pembangunan pada kecerunan itu. Hentikan degradasi bukit
kami," katanya.
Mengapa kejadian seperti ini boleh berlaku?? Adakah kerajaan DAP sengaja
menjadi buta dalam aktiviti tersebut yang jelas dapat dilihat oleh
semua orang yang memasuki Pulau Pinang itu??
Atau adakah kerajaan DAP telah menerima 'bonus' dari 'pemaju' yang giat
melakukan aktiviti penggondolan itu untuk membisu serta membuta kan diri
mengenai aktiviti tersebut??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Pembiayaan Dana Politik : Menangani Realiti
Pembiayaan Dana Politik : Menangani Realiti
Pertamanya, mari kita berbincang mengenai fakta.
Sumbangan untuk politik adalah sah dari segi undang-undang Malaysia.
Jika anda mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah parti politik dan meyakini perjuangannya, anda boleh membantu mereka mencapai matlamat dengan menyumbang wang dan/atau aset. Sebetulnya, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang dimahukan: RM10, RM1,000 atau sejuta ringgit – malah satu bilion ringgit sekalipun – jika mampu berbuat demikian.
Mengimbas kembali, saya pernah menganggotai Jawatankuasa Khas
Mengenai Rasuah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima
tahun (2008-2013). Saya tahu barisan anggota SPRM berusaha keras untuk
mendapatkan persetujuan parti politik dalam mewujudkan prosedur lebih
telus berhubung sumbangan politik. SPRM berhasrat mahu melihat semua
sumbangan diisytihar secara rasmi atas nama ketelusan dan
kebertanggungjawaban.
Apabila SPRM mula-mula mencadangkan perubahan dari segi pembiayaan
politik, pemimpin politik pertama yang menyokong idea itu mungkin
mengejutkan anda. Tidak lain tidak bukan, ia adalah Datuk Sri Najib Tun
Razak, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang secara terbuka
menyatakan sokongannya terhadap cadangan SPRM dan mahukan ia
dilaksanakan serta dimasukkan ke dalam inisiatif Program Transformasi
Kerajaan (GTP).
Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah
DAP. DAP memberi alasan yang mementingkan diri – dan itu amat
mengecewakan. Pemimpin DAP bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan
parti terbabit.
Dalam mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat
melaporkan Tian Chua sebagai berkata: “Beliau bimbang pengisytiharan
penuh akan menjejaskanpenyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan
bagi parti pembangkang, kebimbangan bahawa penyumbang mungkin didakwa
oleh parti yang menang kerana menyokong pakatan pembangkang dalam
mana-mana pilihan raya umum. Ini dengan sendirinya akan menyebabkan
pengurangan sumber kewangan bagi pakatan pembangkang.
” Ahli Parlimen DAP
dari Rasah, Anthony Loke turut menyuarakan perkara sama menerusi Forum
Majlis Peguam mengenai pembiayaan politik pada 29 September 2011.
Berdasarkan alasan sama, mengapa Pakatan Rakyat tidak boleh
mendedahkan sumbangan diterima daripada ahli perniagaan dan individu
sejak 2008 di dua negeri terkaya di Malaysia yang diperintahnya – Pulau
Pinang dan Selangor?
Jelas sekali, kebimbangan seperti disuarakan Tian
Chua dan Anthony Loke tidak lebih daripada alasan remeh dan bukannya
atas nama ketelusan.
Semua pihak mengetahui parti pembangkang agak kreatif dalam meraih
dana bagi menampung operasinya. Bukan rahsia juga bahwa mereka menerima
pembiayaan politik daripada ahli perniagaan dan individu yang menyokong
perjuangan, selain penganjuran majlis makan malam amal yang berkesan dan
diadakan hampir setiap minggu (jika bukan setiap malam).
Walaupun tiada yang terkejut jika pembiayaan diterima daripada sumber
domestik, ramai yang membuat spekulasi bahawa parti pembangkang turut
menerima sumbangan daripada sumber luar negara. Sesetengahnya
berselindung sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya membiayai
bagi kemajuan aspirasi demokratik. Lebih kurang begitulah.
Kembali kepada isu diperkatakan dan dengan bantahan keras daripada
DAP, inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan – tanpa
sempat dimulakan. Ia tidak pernah digerakkan. Ia terbantut. Sehingga
sekarang, ramai yang sukar mempercayai mengapa DAP – parti politik yang
menjulang dirinya sebagai parti reformis – tidak bersetuju dengan idea
berkenaan.
Bagi kebanyakan pihak, sumbangan politik adalah amat penting bagi
DAP. Justeru, sebarang gangguan terhadap aliran pembiayaan politik akan
memusnahkan rancangan besar DAP ke arah membentuk Malaysian Malaysia.
Jika tidak, tentangan jelas DAP terhadap inisiatif perubahan seperti ini
tentungan kelihatan aneh.
Gara-gara DAP, Malaysia kehilangan peluang keemasan untuk menangani
kebimbangan banyak pihak terhadap kerahsiaan yang melingkari pembiayaan
politik di negara ini.
Oleh itu, saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila
pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit
dalam mendesak Dato’ Sri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik
bagi BN dan UMNO, sedangkan mereka dengan keras menentang inisiatif
perubahan pembiayaan politik sejak awal.
Saya teringat perbahasan di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Saya bertanya kepada Ahli Parlimen DAP dari mana DAP mendapat wang yang
banyak bagi membina ibu pejabat parti yang baru bernilai jutaan ringgit
di Pulau Pinang dalam tempoh 2 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua
Menteri.
Tambahan pula, saya katakan, Gerakan mengambil masa 12 tahun
untuk membina ibu pejabatnya yang kebetulan hanya merupakan sebuah
premis biasa. Saya turut mengingatkan DAP supaya tidak melupakan asal
usul sosialis parti itu, termasuk menolak sebarang bentuk kemewahan.
Bagai dirancang, beberapa Ahli Parlimen DAP bangkit dan mencelah bagi
mengganggu perbahasan saya. Seorang daripadanya, Ahli Parlimen DAP dari
Bruas, Ngeh Koo Ham, menjerit dari tempat duduknya dan mengatakan DAP
mempunyai ramai penyokong yang sanggup memberi sumbangan wang ringgit
kepada DAP.
Dalam satu lagi contoh, pada Pilihan Raya Umum 2008 di Permatang Pauh
(ketika Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen) buat pertama kalinya
dalam kerjaya politik saya, BN benar-benar berhabis dari segi logistik
dan jentera pilihan raya seperti poster, kain rentang dan aktiviti
kempen.
Saya masih ingat, setiap kali pekerja parti BN memacak satu bendera
BN, ia pasti ditenggelami oleh bendera pembangkang dalam tempoh dua jam.
Setiap kali BN memasang kain rentang besar, pembangkang akan melakukan
perkara sama dengan kain rentang yang dua kali besar saiznya pada hari
yang sama.
Ternyata, tanpa pembiayaan politik yang banyak, parti pembangkang
tidak mungkin dapat menggerakkan jentera pilihan raya secara
besar-besaran.
Berdasarkan persekitaran pembiayaan politik sedemikian, BN juga tidak
terlepas daripada amalannya. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad
mengingati catatan dalam blognya yang disiarkan pada 13 Jun 2008, yang
mana beliau mengaku menyerahkan lebih RM1.4 bilion – dalam bentuk tunai
dan aset – kepada Presiden UMNO yang baharu ketika itu, Tun Abdullah
Ahmad Badawi pada 2003. Itu adalah nilai tunai dan aset UMNO pada waktu
itu.
Melangkah 12 tahun ke hadapan ke hari ini, dengan mengambil kira
inflasi sepanjang beberapa tahun dan cabaran lebih hebat dalam membiayai
jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri UMNO dan BN di empat negeri
(Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) sejak 2008, saya tidak akan
terkejut jika pucuk pimpinan perlu bersikap lebih proaktif dalam
mendapatkan pembiayaan daripada penyokong serta penyumbang.
Di akhirnya, kini wujud keperluan lebih mendesak untuk mengawasi
pembiayaan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh
pembangkang terutama DAP.
Bagaimanapun, sementara menunggu lonjakan keyakinan itu menjadi kenyataan dalam kalangan pakatan pembangkang, tiada pihak yang berhak mendabik dada dan mendakwa dirinya lebih baik berbanding yang lain.
31 July 2015
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Director of Strategic Communication, Barisan Nasional
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Director of Strategic Communication, Barisan Nasional
terjemahan asal dari :
Political Funding: Addressing a reality
First, let’s talk facts. Political donation is legal in Malaysia.
If you have special preference for a political party and believe in
their struggle, you can help them achieve their goals by donating your
money and/or assets. Truth be told, you can donate any amount you like:
10 ringgit, 1000 ringgit or even a million – or a billion ringgit for
that matter – if you have that kind of amount to spare.
Looking back, I used to be a member of the MACC’s Special Committee
on Corruption for a span of 5 years (2008-2013). I know for a fact that
those fine men and women of the MACC have been trying to get political
parties to agree to a more transparent procedure when it comes to
political donations. MACC has said that they aspire to have all
donations officially declared in the name of transparency and
accountability.
When the MACC came up with the notion of political funding reforms,
the first head of a political party who supported the idea, would
probably surprise you. It was none other than Dato’ Sri Najib Tun Razak,
the Chairman of Barisan Nasional and UMNO President who publicly
declared his support to the MACC’s proposal and wanted it to be
implemented and co-opted under the Government Transformation Program’s
initiative.
One of the first parties to object to the funding reform was DAP. The
reason given by DAP was largely self-serving – and what a huge
disappointment that had been. DAP’s leaders said they feared that the
reform would put DAP at a disadvantage.
On 1 December 2010, in a meeting with Transparency International –
Malaysia (TI-M) with Pakatan Rakyat’s members of parliament, Tian Chua
was reported in the minutes of the meeting to have said, “he feared that
full disclosure would hurt their contributors and consequently the
financing for the opposition, the fear is that the donors might be
prosecuted by the winning coalition for supporting the losing coalition
in any general election. This would result in a substantial decline of
income source for the loosing coalition”. DAP’s Rasah MP Anthony Loke
said essentially the same in a Bar Council Forum about political funding
on 29 September 2011.
Going along the same argument, why couldn’t Pakatan Rakyat reveal
since 2008 the donations they have received from businessmen and
individuals in the two richest states they governed – Penang and
Selangor – in Malaysia? Clearly the fear of backlash as cited by Tian
Chua and Anthony Loke was just a lame excuse and not done in the best
interest of transparency.
Everyone knows that the opposition parties are quite savvy in raising
funds for their operations. It is also an open secret that they receive
political funding from interested businesses and individuals, not to
mention from the traditional but effective fund-raising dinners held
almost weekly (if not nightly). While no one will be surprised if the
funding comes from domestic sources, many people have been speculating
that opposition parties also receive funding from foreign sources, too.
Some seem to be disguised as NGO funding for the advancement of
democratic ideals. Or so it would seem.
Coming back to matters at hand and with that strong objection from
DAP, the political funding reform initiative was effectively shelved –
it became a non-starter. It never took off.
It stalled. Until now many
people couldn’t believe why DAP – a political party that prides itself
as reformist party – didn’t accede to the idea. It seems to many people
political contribution for DAP is very crucial. Thus any disruption to
the free flow of political funding would be disastrous to DAP’s grand
plan of Malaysian Malaysia. Otherwise, an unequivocal rejection by DAP
of a sure slam-dunk reform initiative like this seemed very odd indeed.
No thanks to DAP, Malaysia has lost a great opportunity to address the
growing concerns of secrecy regarding political funding in this country.
So, I find it rather perplexing that lately the likes of Tony Pua and
Lim Kit Siang have been hypocrite enough in demanding Dato’ Sri Najib
to reveal the sources of political funding for BN and UMNO, when they
have maliciously rejected the political funding reform initiative in the
first place.
I recall in minute detail a debate I had in parliament after the 12th
general election. I asked DAP MPs how did DAP get so much money to
build their new spanking multi million state headquarters in Penang
within a mere 2 years of Lim Guan Eng becoming the Chief Minister. After
alI, I said it took Gerakan a long 12 years to build its state
headquarters which happens to be just an ordinary premise.
And I
reminded DAP not to forget its socialist roots, which includes loathing
anything that smacks of grandeur. As if on cue, several DAP MPs rose to
their feet and started hackling me in the middle of my speech. One of
them, Ngeh Koo Ham, DAP’s MP for Bruas, shouted across the divide, that
DAP had plenty of supporters who were willing to donate their money for
DAP’s cause.
On another occasion, during the Permatang Pauh election in 2008 (when
Anwar Ibrahim stood as parliamentary candidate), for the first time in
my whole political career, BN was absolutely out-spent in terms of
logistics and election machinery e.g. posters, banners and campaign
activities. I remember, every time BN party workers planted one BN flag,
within 2 hours it would be drowned by hundreds of opposition flags.
Whenever BN put up sizeable banners, the opposition would outdo us with
twice the magnitude within half a day.
It is clear that without huge political donation, there is no way for
the opposition parties to run their massive election machinery.
Based on this ethos of political funding, BN is familiar too to such
pursuit. It is my hope that Tun Dr Mahathir does remember his blog
posting, which was published on 13 June 2008, where he admitted that he
handed over RM1.4 billion – in cash and assets – to the then newly
minted UMNO president, Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2003. That was the
value of UMNO’s cash and assets back then.
Fast forward 12 years to the
present day, taking into consideration inflation over the years and the
greater challenges to fund UMNO and BN state liaison committees in the 4
states (namely Selangor, Penang, Kedah and Kelantan) which they lost
since 2008, I won’t be surprised if the leadership has to be more
proactive to solicit more funding from its supporters and donors.
All said and done, there is now a louder demand to regulate political
donations and the opposition especially DAP can’t ignore it anymore.
But until such monumental leap of faith becomes a reality within the
opposition’s coalition, one should never be deluded enough to hold the
higher ground against another.
31 July 2015
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Director of Strategic Communication, Barisan Nasional
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Director of Strategic Communication, Barisan Nasional
Laporan Sarawak Report Berniat Jahat – TPM
31 Julai 2015, Kuala Lumpur : Laporan terbaru portal Sarawak Report yang
mendakwa kononnya wujud draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib
Tun Razak adalah berniat jahat dan cuba mewujudkan persepsi negatif
terhadap perdana menteri.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk menyiasat portal berkenaan dan telah mengarahkan
Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan susulan.
“Saya secara rasmi ingin menafikan yang kononnya ada dokumen atau
surat arahan bagi penangkapan dan pendakwaan yang dilakukan Jabatan
Peguam Negara kepada perdana menteri. Dan laporan yang dikemukakan oleh
Sarawak Report adalah laporan jahat untuk menunjukkan persepsi negatif
terhadap perdana menteri.
“Peguam Negara dah nafikan … termasuk penafian dibuat oleh beberapa
orang pegawai yang sahkan tiada dokumen yang dikeluarkan,” katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk
Pengurusan Warga Asing di Sabah di Bukit Aman, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas tindakan
yang akan diambil terhadap portal Sarawak Report berhubung penerbitan
artikel berkaitan dakwaan wujud draf kertas pertuduhan terhadap Perdana
Menteri dan telah dinafikan kewujudannya oleh Peguam Negara Tan Sri
Mohamed Apandi Ali.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk
Seri Musa Aman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam pada itu, ditanya sama ada perlunya tindakan undang-undang atau
politik diambil terhadap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin
Yassin berhubung rakaman video di kediamannya baru-baru ini, Ahmad Zahid
berkata apa yang penting ialah pendirian bekas timbalan perdana menteri
itu untuk terus bersama dengan parti dan kerajaan.
Beliau menegaskan Muhyiddin telah banyak menyumbang kepada kerajaan
dan parti selaku Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan juga Timbalan
Presiden UMNO, serta meminta semua pihak menghormati situasi yang sedang
dihadapinya pada ketika ini.
“Saya sendiri bercakap dengan Tan Sri Muhyiddin … rakaman itu tidak
merupakan saluran rasmi untuk beliau nyatakan sebagaimana yang terdapat
dalam rakaman berkenaan. Ia jadi viral kerana seolah-olah ada pandangan
antagonistik yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin.
“Sebenarnya pendirian beliau jelas sebagai Timbalan Presiden UMNO,
beliau akan tetap sokong tindakan oleh parti. Beliau juga menyatakan
jika ada pihak yang mahu membawa undi tidak percaya (terhadap perdana
menteri di Dewan Rakyat), beliau juga akan menyokong supaya undi tidak
percaya itu tidak dijalankan.
“Ertinya pendirian beliau amat jelas, beliau hendak terus bersama dengan kepimpinan parti dan kerajaan,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad bahawa barisan jemaah Menteri yang baharu masih tidak
mendapat kepercayaan orang ramai, Ahmad Zahid berkata semua pihak harus
menghormati keputusan yang dibuat oleh Najib.
“Mustahil kalau dapat 100 peratus puaskan hati semua. Tapi, oleh
kerana kuasa mutlak di tangan perdana menteri, tentu beliau mempunyai
beberapa pandangan sebelum pengumuman pelantikan dibuat,” katanya.
Tambah Ahmad Zahid, Perdana Menteri juga tentunya telah mendapatkan maklumat jelas tentang latar belakang dan rekod setiap individu yang dilantik untuk bersama-sama beliau mentadbir negara.
Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan rombakan Kabinet yang
menyaksikan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi
menggantikan Muhyiddin. Empat menteri lain turut digugurkan dan tujuh
menteri baharu dilantik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Hampir Pasti... Serpihan Dari Boeing 777
Ini tentunya perkembangan menarik.Ketika ramai tertanya-tanya apakah
serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi dari
MH370....Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi kata ‘ hampir
pasti’ ia dari pesawat jenis Boeing 777.
Cuma beliau tidak kata samaada itu dari MH370 atau tidak.Apapun jenis
pesawat MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan Kuala Lumpur Beijing
pada Mac 2014 adalah Boeing 777.
Aziz dilaporkan agensi berita Reuters Khamis berkata hal berkenaan
diberitahu kepada beliau oleh ketua penyiasat Malaysia mengenai
kehilangan MH370.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
KPN Minta Orang Ramai Waspada Artikel Sarawak Report
PETALING JAYA : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan
orang ramai supaya berwaspada terhadap khabar angin yang didakwa oleh
sebuah artikel Sarawak Report.
"Laporan-laporan seperti ini tidak sah asal usulnya, akan mengelirukan
orang ramai. @PDRMsia diminta hentikan khabar angin ini," katanya
menerusi kenyataan di akaun twitternya @KBAB51 pada Khamis.
Kenyataan itu turut dikongsikan bersama paparan skrin sebuah artikel
Sarawak Report "Arrest warrant for the Prime Minister' (Waran tangkap
terhadap Perdana Menteri).
Laman web itu membuat dakwaan menerusi laporan terbaharunya bahawa Tan
Sri Abdul Gani Patail dipecat dari jawatannya sebagai Peguam Negara
kerana mahu mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Minggu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses laman web Sarawak Report.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Buku Doa Syiah, Lucah Antara Yang Diharamkan KDN
Dua buku doa mazhab syiah dalam bahasa Indonesia dan sebuah novel lucah
mandarin diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuatkuasa 23
Jun lepas.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah
Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata kandungan buku itu didapati
mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah masyarakat Islam,
menyebarkan ajaran syiah dan berunsur lucah, di negara ini.
Dua buku agama yang berbahasa Indonesia itu bertajuk "Doa Jausyan
Shaghir" yang terkandung (Doa Yastasir, Doa Simat, Doa Masylul, Doa
Adilah, Ziarah Jami Al Kabir) diterbitkan oleh Zahra Publishing House,
dan "Doa Nudbah, Doa Ahd, Doa Faraj (Keluasan), Doa Ziarah dan Doa untuk
Keghaiban Imam Mahdi" juga diterbitkan oleh Zahra Publishing House.
Manakala, sebuah lagi buku novel berbahasa Mandarin "To Love Ru Darkness" terbitan Tongli Publishing Co. yang berunsur lucah.
Menurutnya, pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta sama, mana-mana pihak yang mencetak,
mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual,
mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki
penerbitan adalah melakukan kesalahan.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan penjara selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau
kedua-duanya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Thursday, July 30, 2015
#Lowyat diserbu penguatkuasa. Menteri Baru KPDNKK Ddah Mula Buat Kerja
Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguanaan (KPDNKK)
dalam satu serbuan mengejut ke atas premis perniagaan di Plaza Low Yat
telah berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan
bernilai RM150,990.
Serbuan itu dilakukan selepas Menteri KPDNKK yang baharu dilantik, Datuk
Hamzah Zainudin telah mengerahkan pihaknya melakukan serbuan di Plaza
Low Yat yang sering mendapat aduan mengenai penjualan barang tiruan
disitu.
Menerusi Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya
dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen
telah membuat pemeriksaan 120 premis dalam operasi bersepadu itu.
Jelas Alias, pihaknya sering mendapat aduan orang ramai mengenai
penjualan barangan tiruan disitu, dan pihaknya juga terlebih dahulu
melakukan risikan untuk mengenal pasti sebelum operasi bersepadu
dilakukan.
Tambah Alias, operasi itu disertai seramai 110 penguatkuasa termasuk
wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan barang tiruan yang
dijual peniaga.
"KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan disitu selepas menerima banyak
aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi
membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan," kata Alias.
Alias memaklumkan, peniaga yang terbabit dengan kesalahan menjual
barangan tiruan akan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 8, Akta
Perihal Dagangan 2011.
"Semua kes disiasat dibawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang
memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang
rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu
yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi
syarikat yang terbabit," jelasnya.
Menurut Alias, pihaknya akan terus mengadakan operasi seperti ini
diseluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan tempat yang
mendapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu.
Beliau turut memohon kepada pengguna untuk memberi kerjasama dengan
membuat aduan kepada pihaknya bagi membanteras peniaga-peniaga yang
mengambil kesempatan dengan menjual barangan tiruan.
"Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300-88-6800 untuk
menyampaikan aduan atau melalui laman web htpp://eaduan.kpdnkk.gov.my
atau datang sendiri ke pejabat kami," katanya.
Dengan serbuan ini, ianya jelas menunjukkan bahawa rombakan kabinet yang
dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tepat bagi
menggantikan Menteri KPDNKK sebelum ini.
Tahniah diucapkan kepada Hamzah atas serbuan yang dilakukan pihaknya walaupun baru memulakan tugas sebagai menteri KPDNKK.
Selain itu, rakyat juga berharap dengan lantikan Hamzah sebagai menteri
KPDNKK yang baharu ini dapat meneruskan operasi serbuan ini kepada
premis-premis perniagaan yang sering menjual barangan tiruan seperti di
Petaling Street, Komplek Pertama dan sebagainya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Zahid Hamidi Jamin Muhyiddin Tidak Akan Ditangkap Polis.
Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
memberi jaminan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan ditangkap.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri berkata demikian sebagai mengulas
khabar angin bahawa Muhyiddin akan ditahan selepas video yang bocor
menunjukkan beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul
Razak dengan dakwaan menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank
peribadinya.
Zahid berkata, beliau menerima banyak panggilan bertanyakan sama ada
benar bahawa bekas timbalan perdana menteri itu akan ditahan. Menurut
Zahid, beliau memberi jaminan kepada mereka bahawa ia tidak benar.
"Khabar angin ini benar-benar tidak masuk akal," katanya sambil menambah
bahawa beliau menghubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk
mengesahkan dakwaan itu, dan mereka menyangkalnya.
"Saya kemudian menghubungi (Muhyiddin) pada pukul 2 pagi (semalam) untuk
memberi jaminan kepada beliau dan isterinya bahawa polis tidak mencari
mereka," kata Zahid dalam temu bual dengan The Star yang disiarkan hari
ini.
Zahid berkata tidak ada sebab untuk Muhyiddin ditangkap dan memberi
amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin
tersebut.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar
angin khabar ini. Khabar angin ini berniat jahat," kata beliau.
Sebelum ini, tersebar satu video rakaman perbualan diantara Muhyidin dan
beberapa rakannya termasuk Mukhriz Mahathir menceritakan bahawa beliau
telah bersemuka dengan Najib mengenai dakwaan Wall Street Journal yang
RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana
menteri.
Dalam video itu, Muhyiddin mendakwa bahawa Najib telah mengaku dan berkata wang itu datang dari Timur Tengah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Muhyiddin Akan Berganding Bahu Dengan PAS Untuk Ubah Malaysia?
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menzahirkan rasa simpati kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang telah dilucutkan daripada jawatan Timbalan Perdana
Menteri dan mengharapkan beliau sabar dengan ujian.
Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perlucutan itu dipercayai
mempunyai kaitan dengan kelantangan Muhyiddin yang mula bersuara
mengenai isu 1MDB.
"Walau bagaimanapun, keadaan itu diharap tidak melemahkan semangat
Muhyiddin untuk meneruskan agenda perubahan negara yang kian dihimpit
pelbagai skandal di dalam mahupun di luar negara," ujarnya dalam satu
kenyataan.
Katanya, apa yang lebih utama adalah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik ini mendapat dukungan bersama oleh semua pihak.
Beliau berkata, Muhyiddin seharusnya bertindak lebih lantang dalam
menyampaikan pandangan-pandangan mengenai pelbagai kemelut yang melanda
negara akhir-akhir ini.
Tambahnya, isu skandal terbesar 1MDB dan Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik (TPPA) adalah antara isu yang menjadi perhatian ramai
pihak ketika ini dan ia bakal menentukan masa depan negara.
"DUPP juga mengalu-alukan Muhyiddin bersama-sama PAS untuk berganding
bahu meneruskan agenda perubahan ini ke arah Malaysia yang lebih
sejahtera," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Johor.
Katanya, PAS menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja yang
bersedia untuk berjuang meneruskan agenda perubahan seterusnya
memartabatkan Islam di bumi Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Peguam Negara Nafi Kewujudan Draf Kertas Pertuduhan Terhadap Perdana Menteri
31 Julai 2015, Kuala Lumpur : Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed
Apandi Ali menafikan kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata dakwaan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik, Sarawak Report adalah palsu.
“Kertas pertuduhan seperti yang didakwa itu tiada dan tidak pernah
sampai ke Pejabat Peguam Negara. Tambahan pula, format kertas pertuduhan
itu tidak betul atau ditulis oleh Pejabat kami.
“Siasatan pasukan petugas khas masih belum selesai. Jadi adalah
mustahil berdasarkan undang-undang bagi kertas pertuduhan itu dirangka
lebih awal.
“Kertas pertuduhan seperti yang didakwa ini, menunjukkan terdapat
konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri sekarang dengan mendakwa
beliau melakukan kesalahan jenayah, dengan kaedah termasuk pembocoran
maklumat palsu dan jenayah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan
awal hari ini.
Mohamed Apandi juga berkata plot itu menjadi ancaman kepada
demokrasi Malaysia dan beliau akan mengarahkan semua tindakan yang
mungkin, diambil untuk menyiasat perkara itu.
“Penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya akan digunakan tanpa
pengecualian kepada sesiapa yang didapati bersalah,” tambah beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Tolak Bina Rumah RM40,000, Dap Mesti Hentikan Kelakuan Seperti Anjing Takut Bayang-bayang
31 Julai 2015, Nibong Tebal : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Penduduk
(JPP) Bandar Tasek Mutiara, Mohd Norhiesam Ismail mencabar kepimpinan
kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyatakan sebab sebenar mengapa
negeri itu mencipta pelbagai alasan menolak hasrat murni kerajaan
persekutuan untuk membina rumah mampu milik yang hanya berharga
RM40,000.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan kerajaan negeri yang
menolak pelan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Pongsu
Seribu, Kepala Batas.
Alasan yang diberikan adalah kerana projek itu telah melebihi nilai
jualan RM250,000 yang ditetapkan sedangkan hanya 15 peratus sahaja yang
melebihi harga tersebut bagi tujuan ‘cross-subsidy’.
Ini adalah bertujuan menampung subisidi yang diberikan untuk rumah
mampu milik. Harga rumah mampu milik adalah RM80,000 tetapi selepas
subsidi ianya hanya berharga RM40,000, jauh di bawah harga pasaran.
“Saya melihat Kerajaan Dap ini ibarat anjing yang takut dengan
bayang-bayang sendiri. Disebabkan sentiasa berpolitik maka Dap takut
akan kehilangan sokongan rakyat sekiranya membenarkan kerajaan
persekutuan membina rumah idaman buat golongan bawahan dan pertengahan.
“Zaman sekarang terlalu sukar untuk memiliki rumah terutamanya bagi
gologan muda dan mereka yang baru berkahwin. Jadi apabila peluang untuk
memiliki rumah itu ada, ia pula dimusnahkan oleh kerajaan negeri.
“Jika sentiasa berpolitik dan karenah birokrasi tidak berpenghujung,
bila waktunya untuk membela nasib rakyat? Adakah rakyat terpaksa
menanggung akibat hanya kerana keegoan dan ketakutan Dap,” ujarnya
kepada UMNO-Online.
Tambah Norhiesam, seharusnya Dap memikirkan keperluan rakyat yang
telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir Pulau Pinang.
Semasa pilihan raya, jelas beliau lagi Dap sanggup berjanji bulan dan
bintang tetapi kini apabila impian mereka menjadi kenyataan, mereka
cuba memusnahkan pula impian penduduk di negeri tersebut.
“Oleh itu, saya mendesak kerajaan negeri untuk memberikan jawapan
sebenar mengapa pembinaan rumah ini ditolak. Wayang apa lagi yang Dap
mahu tayangkan kepada rakyat. Kasihanilah mereka yang amat memerlukan
rumah tetapi berpendapatan kecil.
“Inilah peluang keemasan mereka,” ujarnya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)