Wednesday, July 29, 2015

Mahfuz Tahu Cerita Sebenar Kenapa Ghani Patail Tak Jadi Peguam Negara..

Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa khidmat Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang ditamatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas faktor kesihatan disifatkan sebagai takut didakwa di mahkamah berhubung kontroversi 1MDB.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, berita penamatan khidmat Peguam Negara itu amat mengejutkan negara dan alasan yang diberikan itu tidak masuk akal.

"Timbul persoalan sekarang, kenapakah peguam negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat perdana menteri dalam keadaan perdana menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik perdana menteri?

"Alasan faktor kesihatan langsung tidak masuk," kata Mahfuz.

Agak melucukan apabila Mahfuz mengatakan faktor kesihatan Gani ditamatkan perkhidmatannya tidak masuk akal.. Jika alasan tersebut tidak dapat diterima akal beliau, apakah alasan yang sesuai untuk diterima akal pemimpin Pas itu??

Seperti yang dimaklumkan kepada umum, penamatan khidmat Gani itu adalah disebabkan Gani mengalami sakit buah pinggang. Masihkan ada pesakit yang mengalami sakit buah pinggang mampu melakukan kerja-kerja berat??

Setahu kita, bagi pesakit buah pinggang ini mereka tidak digalakkan untuk membuat lebih banyak kerja tambahan lagi kerja-kerja yang berat. Tambahan pula, pesakit buah pinggang perlu melakukan dialisis seminggu 2-3 hari bagi mencuci buah pinggang.

Keputusan perdana menteri itu adalah satu keputusan yang tepat bagi memberi ruang untuk Gani berehat sambil melakukan rawatan untuk penyakitnya itu dan bukannya seperti didakwa oleh Mahfuz.

Atas keprihatinan Najib kepada Gani, beliau merehatkan Gani dari menggalas tugas berat sebagai Peguam Negara dan memberi tugas yang 'ringan' sebagai pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sehingga tempoh persaraannya wajib Gani yang akan tamat tidak lama lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment