Wednesday, November 11, 2015

Itulah Dikatakan Dengki.... PAS Yang Bergerak Kenapa PAN Yang Panas Hati?

Langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat lebih terbuka dalam membicarakan hal kebajikan rakyat kini dilihat Parti Amanah Rakyat (PAN) sebagai satu tindakan yang pelik dan bercanggahh dengan idealogi pembangkang yang selama ini didukung oleh PAS.

Bagi kebanyakan pemimpin PAN, langkah yang diambil oleh Datuk Seri Abdul Hadi ini dilihat sebagai langkah terdesak PAS dalam usaha mencari sekutu politik bagi meneruskan survivor PAS dalam arus politik semasa. Malah mereka juga tanpa segan silu mendakwa PAS kini lebih kemaruk kuasa daripada memperjuangkan hal-hal rakyat, tidak seperti dahulu.

Dalam hal ini, Datuk Seri Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO dan Barisan Nasional demi menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Ini selaras dengan perjuangan PAS sebelum ini yang mahu kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

images (10)















Menariknya, PAN melihat ini sebagai satu helah politik PAS. Adakah salah pada mata PAN melihat PAS bekerjasama dengan kerajaan hari iini demi kebajikan rakyat? Adakah ini menjadi satu dosa bagi PAN melihat PAS kini lebih cenderong kepada kerajaan demi mahu melihat rakyat kembali bersatu dibawah satu bumbung Islam, Malaysia dan Melayu?

Dimata ramai pihak, PAN kini tidak ubah seperti orang suruhan DAP demi memastikan DAP mampu berkuasa penuh di Malaysia. Ianya dilihat seperti mengulangi semula pengkhianatan Othman Wok keatas orang Melayu di Singapura. PAS sedar akan hal ini dan PAS bertindak menjunjung kedaulatan Islam, Malaysia dan Melayu sama seperti apa yang diamalkan oleh UMNO selama ini.

Atas sebab itulah, setiap tindakan yang dilakukan PAS hari ini lebih mementingkan kebajikan rakyat dari menjaga hati sesetengah pihak seperti yang diamalkan oleh PAN hari ini. Jadi, tiada sebab PAN mahu panas hati dengan apa yang dilakukan PAS kerana PAS lebih memahami kehendak dan kebajikan rakyat dari PAN yang bersikap tikam belakang terhadap bekas parti induknya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment