Tuesday, November 03, 2015
Jom Mari Baca.... Pemimpin UMNO Kemaruk Kuasa Terus Serang Najib
Di kala parti pembangkang berkecai, para pemimpin UMNO pula saling
menghunus keris, saling bertikam antara satu sama lain, hanya kerana isu
1MDB dan wang derma RM2.6bilion.
Mereka yang terlibat bertikam lidah, saling menjatuhkan itu, pemimpin
bukan alang kepalang, membabitkan mantan Perdana Menteri yang pernah
menjadi Presiden parti selama 22 tahun, seorang pemimpin veteran yang
berjawatan mantan Timbalan Perdana Menteri dan masih sebagai Timbalan
Presiden, seorang Naib Presiden, seorang pemimpin veteran yang telah
menjadi wakil rakyat berdekad lamanya.
Mereka yang terlibat bertikam lidah, saling menjatuhkan itu, pemimpin
bukan alang kepalang, membabitkan mantan Perdana Menteri yang pernah
menjadi Presiden parti selama 22 tahun, seorang pemimpin veteran yang
berjawatan mantan Timbalan Perdana Menteri dan masih sebagai Timbalan
Presiden, seorang Naib Presiden, seorang pemimpin veteran yang telah
menjadi wakil rakyat berdekad lamanya.
Malah pengelibatan para mantan pemimpin yang pernah berkuasa berbagai
jawatan termasuk Menteri Besar, menteri kabinet terlama dan sebagainya.
Apa yang cuba ditunjukkan oleh mantan-mantan pemimpin ini, kepada
kader-kader parti khususnya pada mereka yang baru berjinak-jinak
menyokong atau ahli parti?
Apa kah mereka itu, ingin menunjukkan, demikianlah perjuangan, demikianlah kalau terlibat dengan parti?
Jika para pemimpin veteran atau mantan pemimpin, benar-benar ikhlas
semasa melahirkan hasrat bersara, seharusnya, mereka memberi peluang
kepada anak didik mereka mengurus parti dan kerajaan.
Boleh dikatakan sebahagian besar pemimpin yang ada dan sedang berkuasa
dalam Umno merupakan anak-anak didik para mantan pemimpin Umno, kerana
Perdana Menteri terlama negara hanya bersara pada Tahun 2003, hanya 12
tahun yang lalu.
Jika diimbas kembali kecaluran dalam Umno dan Bn bermula selepas
PRU-2004, apabila BN yang diketuai oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
hampir melumpuhkan pembangkang, kerana pada PRU itu, hampir semua
pemimpin terkuat pembangkang tumpas, termasuklah Lim Kit Siang dan
Karpal Singh. Pada PRU itu, bagi parti yang disokong Anwar, hanya menang
satu kerusi, iaitu kerusi Permatang Pauh. Malah di kelantan, Pas menang
dengan kelebihan satu kerusi Dun.
Melihat keputusan tersebut, Tun Dr Mahathir mula bersuara, bahawa negara
perlu suara pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat, sebagai Check and
Balance.
Setiap kesempatan dan peluang, mantan Perdana Menteri itu mengulang-ulang pendapat beliau itu.
Selepas itu, tekanan Tun Dr Mahathir merebak kepada kepimpinan Pak Lah,
ekoran kekalahan beliau bertanding sebagai perwakilan G7 di Kubang Pasu,
di mana beliau pernah menjadi Ketua Bahagian lebih 22 tahun selain
pembatalan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura.
Oleh kerana suara Tun Dr Mahathir kerap disiarkan oleh berbagai media
pembangkang, maka satu usaha dipihak Pak Lah memulaukan mantan Perdana
Menteri itu daripada semua liputan media yang ada kaitan dengan
kerajaan.
Oleh kerana pemulauan itu, mantan Perdana Menteri itu beralih ke media
sosial, dengan menulis blog chedet.cc. Melalui bloglah beliau mengecam
pentadbiran Pak Lah.
Ekoran kecaman yang bertali arus, termasuk keluar daripada Umno, maka Bn
pada PRU-12, kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat. Dimana ianya berlaku
sejak diwujudkannya BN. Ekoran keputusan PRU-12 itu, maka beberapa
pemimpin mendesak Pak Lah meletakkan jawatan, sebagai tanggungjawab
kerana keputusan yang merosot tersebut.
Selepas Pak Lah meletekkan jawatan pada 2 April 2009, dan DS Najib Razak
mengangkat sumpah pada 3 April, seminggu kemudian, Tun Dr Mahathir
menyertai semula Umno, dan diterima sendiri oleh Najib di kediaman rasmi
Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.
Bermulalah sokongan Tun Dr Mahathir kepada kerajaan pimpinan DS Najib dan berlarutan sehingga PRU-13.
Selepas PRU itu, maka diadakan pemilihan Umno, di mana Dato Mukhriz Tun
Mahathir menawarkan diri bertanding bagi jawatan naib Presiden, namun
tewas walaupun mendapat undi popular berbanding dengan calon yang
mendapat urutan ketiga. Kekalahan Mukhriz, kerana gagal mendapat undi
daripada Pahang dan Johor.
Bermula pada keadaan itu, Tun Dr Mahathir mula mengeritik kepimpinan DS
Najib, mula-mula hanya sindir-sindiran melalui blog beliau.
Apabila isu 1MDB, menjadi polimek di media khususnya laporan bertali
arus Sarawak reports dan disiar ulang dengan tokok tambah media
pembangkang, antara lain Malaysiakini, The Age, The Malaysian insider
dan Free Malaysia Today, Tun Dr Mahathir turut sama, dengan menulis
pedas melalui blog beliau, dengan dakwaan yang bukan kepalang, RM42
bilion wang yang dipinjam 1MDB telah lesap.
Bermulalah, serangan peribadi Tun Dr Mahathir terhadap DS Najib, termasuk meminta PM ke-6 itu meletakkan jawatan.
Bagi mereka yang mempunyai niat mahu menjatuhkan PM, maka mengambil
peluang ke atas serangan Tun Dr Mahathir tersebut yang mempergunakan
1MDB turut sama mengeritik syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut,
dimana PM sendiri merupakan penasihat Lembaga Pengarah syarikat
tersebut.
Apa yang pelik, anggota kabinet DS Najib sendiri yang menyerang beliau,
atas sebab itu, DS Najib mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa 1MDB,
dan pada masa yang sama Bank negara, PDRM, SPRM juga turut memeriksa
syarikat milik MOF tersebut, malah PAC Dewan Rakyat juga turut ikut
memeriksa.
Belumpun selesai penyiasatan, berbagai maklumat berkaitan syarikat itu
telah dibocorkan ke media asing untuk dibuat laporan dengan berbagai
tokok tambah yang bersifat spekulatif dan dakwaan, kononya telah berlaku
salahgunakuasa di pihak Perdana Menteri.
Tujuan kepada semua tindakan itu, untuk memaksa DS Najib meletakkan jawatan.
Oleh kerana PM merasa dipihak yang benar, maka beliau tidak tunduk
dengan desakan tersebut, malah membuat tindak balas dengan merombak
kabinet dan memecat anggota kabinet yang bertindak sebagai gunting dalam
lipatan.
Sebenarnya, kejadian yang berlaku dalam Umno kini, bukannya disebabkan oleh DS Najib, melainkan oleh mereka yang mahu berkuasa.
Atas sebab itu, meskipun pihak lawan dalam keadaan bercelaru, namun umno
tidak dapat memanfaatkannya, kerana Umno juga dalam keadaan berkecamuk,
saling menghunus pedang antara satu sama lain.
Bagaimana akar umbi bertaut? sedangkan para bapa dan ibu saling
bertikaman!!!! seperti kata peribahasa, bagaimana ibu ketam menyuruh
anaknya berjalan lurus, sedang dirinyapun tidak boleh berjalan lurus.
Melihat kepada keadaan ini, Parti tiada pilihan, melainkan memecat para pemimpin yang sedang menganggu kepimpinan,.
Walaupun tindakan itu pedih dan akan membawa pemeberontakan daripada
penyokong yang dipecat itu, yakinlah, tindakan itu lebih baik berbanding
membiarkan mereka mereka merosakkan parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment