Monday, November 09, 2015

‘Punch-Line’ MB Azmin Kes Anak Kena Panggil Polis…


‘Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran UMNO. Syukur anak saya Basheer berani.’ – itu kata Azmin Ali di twitternya pasal anaknya dipanggil polis bagi keterangan kerana menyertai Himpunan Bersih.

Hebat ayat Menteri Besar Selangor ini nak tunjuk konon beliau menyinga sangatlah anaknya, Basheer kena panggil polis bagi keterangan di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur jam 10 pagi Isnin (hari ini) pada waktu dia sepatutnya menduduki peperiksaan.

Isu anaknya habisan peperiksaannya dulu sudah tidak timbul lagi.Polis sudah tukar ke tarikh lain panggilnya beri keterangan agar urusan persekolahnya itu tidak terganggu.

Itu satu bab.Namun satu bab lain Azmin dan satu dunia tahu anaknya baru berusia 15 tahun.

Peraturan perhimpunan aman secara hitam putih terang-terang sebut kanak-kanak mereka yang berusia macam anak Azmin tidak dibenarkan menyertai perhimpunan.

Baguslah kalau Azmin nak tunjuk kononnya beliau bapa yang bertanggongjawab nak pastikan anaknya dapat habiskan peperiksaan.Namun jangan marah jika orang nanti orang cakap beliau bapa yang bodoh kerana membenarkan anaknya melanggar undang-undang secara terbuka begitu.

Apa lagi beliau adalah seorang Menteri Besar.Bukan setakat itu apa yang nyata beliau sendiri sengaja membawa anaknya ke perhimpunan itu.Cuba baca beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan The Star ,” Azmin said he had no idea why Basheer, his youngest son, was targeted.

''It was a peaceful assembly, a family outing. "Everyone brought children, we had a good time together and we went home after that,'' he said, adding that he was at the rally with his wife and all six children.

Isunya sekarang beliau sendiri bikin…beliau sendiri mengamuk.Undang-undang sudah kata salah,sekarang polis pula didakwa ‘zalim’ kerana sasarkan anaknya.

"I was shocked. Such a young boy and he is under tremendous harassment,” katanya lagi.

 Alamak…Azmin terkejut.

Bukankah apa yang Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR ini patut cakap ,’ saya berani buat, bawak anak ke perhimpunan…saya berani tanggunglah.. no problem’. Itu baru gentlemen.


Apa hal pula nak merengek cuba main sentimen dakwa polis zalim segala macam.

Lawak memang lawak.Itulah ‘punch line’ yang mampu Azmin bagi untuk buat orang gelak kali ini.


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment