Sunday, March 02, 2014

Rakyat Derita Krisis Air, Wakil Rakyat Sibuk Perang Rebut Harta?

1 Mac 2014


krisis-air-selangor1
Tajuk ini memang agak kurang ajar. Namun ia sangat sesuai ditujukan kepada wakil-wakil rakyata Pakatan Rakyat Selangor yang menghadiri taklimat tertutup bersama Menteri Besar Selangor. Taklimat khas itu antara lain ingin menjelaskan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam meneyelesaikan isu air di Selangor.

Saya tidak mahu lagi mengulas bentuk dan keperluan penstrukturan semula isu air Selangor ini. Telah banyak kali kita baca dan ulas isu ini. Yang terbaru boleh baca di sini: Meninjau Semula Isu Air Selangor: Krisis Air Ini Bukan Salah Takdir.  

Kalau sesiapa tidak faham lagi masalah krisis air sekarang boleh turun ke Balakong tanya penderitaan mereka selama 17 hari yang lalu. Macai-macai Pakatan tolong diam kalau tidak faham. Pertahanlah isu liwat Anwar Ibrahim. Jangan masuk campur hal air ini kalau hendak menutup bangkai gajah dengan nyiru.

Yang belum hadapi catuan air boleh baca di sini: Catuan Air Di Lembah Klang Babitkan 2.2 juta pengguna.
Berbalik kepada kisah taklimat semalam. Ketika seluruh Lembah Klang akan berhadapan dengan catuan air mulai hari ini, wakil rakyat Pakatan yang berjumpa Khalid semalam sibuk membincangkan siapa dapat untung daripada MoU ini. Mereka sibuk bincang apakah pemain-pemain industri air di Selangor akan dapat laba.

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat dalam satu taklimat semalam.

“Beliau ( Khalid ) berkata syarikat konsesi air tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa menerima tawaran sebanyak RM9.65 bilion itu.
” Tetapi apabila saya bertanya lanjut mengenai isu timbang tara antarabangsa, beliau mengakui bahawa klausa tentang timbangtara antarabangsa itu membolehkan syarikat-syarikat konsesi air meminta bayaran tambahan.
” Dan jika penimbangtara memihak kepada syarikat air, maka perjanjian itu boleh melonjak mencecah RM14 bilion,” kata Wong dalam satu catatan di Facebook.

Sebenarnya jika kos ini meningkat kepada berapa bilion pun ia adalah salah Pakatan Rakyat yang telah menangguhkan isu ini sejak 6 tahun lalu.

Mereka juga sibuk mempersoalkan langkah Khalid Ibrahim meneruskan usaha penyusunan semula industri air negara yang dirancang semasa BN dahulu.

Mereka mahu membelasah Khalid dan memberi gambaran seolah-olah “deal” ini menguntungkan kroni UMNO. Mereka tahu kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa dan syer yang besar dalam keempat-empat syarikat yang akan digabungkan tetapi mereka tetap mahu mempolitikkan dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Apa sebab mereka mahu menghalang pembinaan Loji Langat 2? Adakah mereka ini “orang hadapan” kepada pemaju dan kontraktor besar tertentu dari bangsa tertentu yang banyak menyumbang kepada parti mereka walaupun terkenal rapat dengan pemimpin negara?

Wakil Pakatan mengkritik langkah itu kerana mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pemeteraian MOU air antara kerajaan Selangor dan Kerjaan pusat sehinggalah tersebar laporan media mengenainya.
Khalid telah menjustifikasikan langkah tersebut dengan memetik keperluan untuk mencegah dagangan dalaman (insider trading) kata Wong Chen.
“Bagaimanapun apabila saya bertanya kepada beliau (Khalid) sepanjang minggu-minggu rundingan mereka, adalah anggota kabinet BN juga dipaksa menandatangani perjanjian supaya tidak mendedahkan perjanjian tersebut bagi mengelak dagangan dalaman, beliau berkata beliau tidak tahu,” katanya. – Malaysiakini.com

Jika dilihat seluruh taklimat semalam, mereka sibuk membincangkan bagaimana mahu memburukkan BN, mengira untung rugi kumpulan yang mereka wakili, dan mengapa MoU ini dilakukan tanpa melalui penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Awar Ibrahim.

Apakah mereka marah kerana tanpa melalui Anwar Ibrahim maka banyak urusan-urusan “ugutan politik dan perniagaan” sebelum menjayakan MOU ini tidak dapat dilaksanakan?

Ketika jutaan penduduk Lembah Klang berhadapan krisis air, tiada seorang pun antara mereka mahu membincangkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah air ini dengan cepat tuntas. Mereka hanya sibuk mengapa mereka tidak dimaklumkan. Apa punya sial wakil rakyat semacam ini?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

PRK Kajang : Musuh Sebenar Anwar Dalam PKR dan PR?

28 February 2014


retak pakatan
Belum pun dua penggal pakatan pembangkang mentadbir Selangor, mereka telah berhadapan dengan begitu banyak masalah dalaman.  Kejadian “tikam menikam” “pecat memecat”  begitu ketara.  Kita telah berulangkali memberitahu rakyat Selangor akan masalah besar yang berlaku di Selangor akibat dari ketidak wibawaan dan ketidak upayaan pembangkang  mentadbir.

Namun disebabkan pengundi Selangor telah “termakan” racun pembangkang sehingga mereka tidak mampu membezakan antara hak dan bathil menyebabkan Selangor masih jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU13 yang lepas. Namun natijah amat berat . Pergolakan dalaman yang berlaku dalam PKR dan Pakatan telah mempertaruhkan dan memperjudikan untung nasib rakyat Selangor.

Bala  terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila krisis air yang terburuk melanda Selangor akibat dari “kebodohan” dan “kesombongan”  pembangkang.   Kononnya  bekalan air yang sedia ada di Selangor mampu menampung keperluan penduduk di Lembah Klang sehingga 2019 menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2010.  Beliau turut mengecam kerajaan Barisan Nasional kononnya  kerajaan persekutuan dianggap terlalu terburu-buru untuk melaksanakan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.

Pembangkang menuduh kononnya Barisan Nasional telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.  Kononnya  masa yang sesuai untuk projek PPAMPS dilaksanakan adalah pada 2015 atau 2016 dan jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang kerajaan. Pakatan Selangor juga menyarankan kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek mahal menggunakan wang rakyat. Namun hakikat kebenarannya amat pahit buat pakatan pembangkang kerana rakyat yang terpaksa menanggung  krisis air akibat dari kejahilan pakatan pembangkang.

Apabila pembangkang  memegang kuasa di Selangor maka berlaku perebutan kuasa melampau kerana niat sebenar pembangkang bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi demi kepentingan peribadi mereka sendiri.  PRK Kajang yang bakal berlangsung tidak lama lagi bakal menyaksikan kemunculan  musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Anwar Ibrahim  yang berada  dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri.

Lim Kit Siang yang merupakan  Penasihat DAP turut  menegaskan  juga  bahawa perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir pakatan bakal menjadi “Duri Dalam Daging” buat  Anwar. Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.

Barisan Nasional (BN) telah meletakkan calon  dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Anwar. Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan hasrat menentang Anwar di Kajang bagi mengelak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.

PRK Kajang mungkin menjadi medan Anwar “ditelanjangkan” oleh pakatan pembangkang sendiri. Ini berikutan ketidak sehaluan mereka dan kesukaran mereka mencari titik  persetujuan kerana terlalu banyak prinsip dan visi yang masing-masing terpaksa korbankan sehingga mereka tidak nampak kewajaran pengorbanan tersebut.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Anwar Ibrahim Bakal Sertai Kabinet? - Kadir Jasin

28 Februari 2014


mohdnajib-anwar
Tokoh Wartawan Negara dan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, meramalkan kemungkinan Anwar Ibrahim menyertai Kabinet Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai sebahagian percaturan politik dan pemulihan kebangsaan.

Menurut beliau terdapat teori konspirasi yang tersebar luas sekarang bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang hanyalah satu pemesongan isu bagi membolehkan agenda kumpulan tertentu membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kabinet berjalan lancar. Anwar dikatakan akan diberi jawatan penting dalam kabinet.

Menurut sumber Kadir Jasin, penyertaan Anwar di dalam kabinet ini merupakan keperluan kedua-dua tokoh. Mohd Najib dilihat cuba mengimbangi kritikan Tun Mahathir dan Tun Daim terhadap pentadbirannya. 
Manakala Anwar mencari jalan melepaskan diri dari kemelut kepimpinan PKR antara Azmin dan Khalid yang kian melemahkan parti tersebut.

Menurut sumber yang dipetik Kadir lagi, usaha ini dilakukan oleh seseorang yang sangat berpengaruh dalam kumpulan Mohd Najib. [berikutan petikan dari blog: http://kadirjasin.blogspot.com/

THE Kedai Kopi Assembly (KKA) continues to sit. But since many of the matters discussed were mostly “sensitive” and the risk associated with publishing them is a tat too high, let us KIV them for a while.
I thank all the participants for their contribution and for reminding me to be careful and not take unnecessary risk.

However, one subject from the KKA sessions that we may be able to discuss and do some crystal-balling is the reconciliation. To keep our brain connections active, our creativity going and to take our mind away from the heat wave, let us weave a conspiracy theory not unlike the plot in the movie of the same name that starred Mel Gibson and Julia Roberts.[Received this from a reader. Open burning is illegal and adds to the haze. Books and magazines being burnt. Thank you sender.]

The 1997 movie told the story of a taxi driver who was obsessed with conspiracy theories and became a real target when one of his theories turned out to be true. In order to save himself, he had to figure out which theory it was.

Our theory revolves around the much talked about reconciliation talk that, according to some pundits, will bring together two former friends turned foes – the Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak and the Opposition Leader, Anwar Ibrahim.

Kajang By-election A Red Herring?

What if all the hogwash about Anwar’s candidacy in Kajang State Legislative Assembly by-election and his taking over the Selangor Menteri Besar post are in fact a red herring intended to hide the backroom manoeuvring involving his camp and the PM’s operators?

What if a very influential aide to the PKR’s General Leader had already called on an equally influential member of the PM’s inner chamber to work out a deal whereby the “Ketua Umum” will join the Cabinet and be given a portfolio that makes him very powerful?

So powerful that it sends the shiver (in this dry burning weather) down the spine of his enemies and the PM’s critics or even gotten rid of them for good.
With the problem in the Selangor Government continuing to fester, Anwar knows the risk of his own people jumping ship. It’s a mistake to underestimate Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim’s resources and resourcefulness.

He was a business and a manager. He knows merger and acquisition better than Anwar and Mohd Azmin Ali. He could apply his M&A skills to politics.

He has the ability to swing Selangor away from PR if he feels that he is on the losing end. So entering into a deal with the PM is a good way for Anwar to checkmate Abdul Khalid if he harbours such an idea.

 The picture of Abdul Khalid, Mohd Najib and Deputy Prime Minister Muhyiddin Mohd Yassin beaming away during the signing of the memorandum of understanding on the Langat 2 water supply project on Wednesday could be telling a thousand words.

The Way To Fight Dr M and Daim

For the PM and members of his inner circle, if they believe that the criticisms by (Tun) Dr Mahathir Mohamad and (Tun) Daim Zainuddin can hurt them, a merger with Anwar is a grand strategy. They can count on Anwar to do battle with Dr Mahathir and Daim.

In one brilliant stroke, the PM strengthens his position, destroys the Pakatan Rakyat and rids himself of his critics. Anwar gets to enjoy the privileges and protection as a member of the government. And they can live happily ever after.

Think of this. Has Anwar ever attacked the PM directly and has the PM done the same to Anwar? Yes, Anwar viciously attacked the government, the Barisan Nasional and Umno. Yes he attacked Dr Mahathir and Daim. Dr Mahathir and Daim in turn attacked him and criticized the PM.

Think also of the animosity between Anwar and Tunku Abdul Rahman Putra and Tun Abdul Razak Hussein. How Anwar led a series of demonstrations against them and was incarcerated under the ISA during Abdul Razak’s and (Tun) Hussein Onn’s administrations.

Remember he was freed from detention when Dr Mahathir became PM in 1981 and, in early 1982 Dr Mahathir proudly paraded him before the Press and the newest member of Umno.

I was there covering the event and foolishly demanded that he proved his membership of Umno by citing his membership number and, for the next 16 years, promoted him as the crown prince of Umno and the successor to Dr Mahathir.

 Remember also that many Umno rebels left the party but later came back to the fold and some went on to be appointed to the cabinet despite having burnt the bridges. So why not Anwar?

But has the DAP got wind of this so as to prompt its supremo, Lim Kit Siang, to ask in his blog: “Who drafted this national reconciliation plan and who had been consulted? This is still a great mystery up to now.”


So, I will be the last person to dismiss the reconciliation talk and of seeing Anwar being mainstream and politically correct once again. Politics, according to German Prussian politician, Otto von Bismarck (1815 – 1898), is the art of the possible.

FOOT NOTE: The PM is believed to have appointed a new media adviser to replace Jalaluddin Bahaudin who left last year. The new man is believed to be a journalist and former MP, Abdul Rahman Sulaiman, among whose tasks is to “pujuk” Dr Mahathir to be friendly towards Mohd Najib. This is what Mubarak people told me. 

Wallahuaklam.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Catuan Air di Lembah Klang Babitkan 2.2 Juta Pengguna

28 Februari 2014


Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari 2014 telah mengeluarkan arahan kepada SPLASH untuk mengurangkan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sehingga 200 Juta Liter Sehari (JLH) dan pada 26 Februari 2014 mengarahkan PNSB untuk menghadkan pengambilan air mentah dari empangan Klang Gates kepada 100 JLH. Berikutan arahan tersebut, loji-loji rawatan air yang menerima bekalan air mentah dari kedua-dua empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh SYABAS ke kawasan pengguna yang berkaitan.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 26 Februari 2014 telah meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat:-

TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR

Bermula pada 2 Mac 2014 (Ahad) hingga 31 Mac. 2014 (Isnin). Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN.


KAWASAN TERLIBAT

Kawasan yang terlibat dibahagikan kepada 2 zon seperti di dalam JADUAL 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.


JADUAL CATUAN BEKALAN AIR

Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.

Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.


Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.

Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

POLISI CATUAN BEKALAN AIR

Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan.


Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada di kawasan tinggi atau di penghujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan di tempattempat yang sesuai mengikut keutamaan.


Catatan untuk pengguna komersial dan industri: Bantuan bekalan air tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri. Pengguna komersial dan industri boleh memohon pembelian air dari pihak SYABAS dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan SYABAS.

1
2
3
4
5
BILIK GERAKAN/OPERASI PELAN PENGAGIHAN AIR BERJADUAL

Bilik gerakan/operasi dan pusat informasi pengguna bagi kawasan-kawasan yang terjejas dengan pengagihan air berjadual ini adalah seperti berikut:

KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA

Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan

Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.

Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

MoU Air : Bukti Anwar Pemimpin Lemah

28 Februari 2014


khalid_tak_maklum
SELAIN terbukti dengan sendirinya menyeksa rakyat Selangor dalam isu bekalan air di Selangor, kekecohan yang tercetus dalam PKR berhubung tindakan sendirian Khalid Ibrahim menandatangani MoU dengan kerajaan pusat, menunjukkan Anwar adalah pemimpin yang lemah, disebalik degang degung kata dia pemimpin hebat.

Hebat apa najis kalau Khalid satu orang pun Anwar tak boleh nak kawal.

Khalid jelas tidak percayakan Anwar sebab ikut laporan The Star hari ini, Khalid mengesahkan ada pemimpin PKR bawa orang-orang tertentu untuk campur tangan dalam soal pengambilalihan aset air milik Syabas, Puncak Niaga, ABBAS dan sebagainya tu.  Dia tak sebut pemimpin mana, tapi penulis yakin Anwar ada hubungan.

Sebab itulah semua orang dalam pembangkang tidak tahu buah butir MoU tersebut kerana Khalid sembunyi rapat-rapat, terpaksa Azmin bercakap bagi pihak Anwar meminta Khalid mengadapnya untuk beri penjelasan.
Macam biasalah, bila perbalahan berlaku sesama mereka, rakyat dijadikan alasan kenapa Khalid perlu menjawab kepada Anwar, kononnya nak pastikan hak rakyat terjaga, itu rakyat dan ini rakyat.

Hakikatnya sebenarnya , rakyat tahu dan peduli apa pasal perjanjian ini, depa tahu air datang terus ke rumah saja, taklah macam sekarang, catu sana catu sini.  Lebih teruk lagi ada yang berbulan takde air walaupun catuan belum dibuat.

Patutkah?

Jangan lupa, ini baru Khalid, belum lagi sebut Azmin, belum sebut Rafizi, belum sebut DAP dan lain-lain nama yang selama hari ini hanya berdiri di belakang tabir Anwar sebagai penyumbang kempen politik dan sebagainya.  Mereka ini lebih ‘intim’ dengan Anwar sehingga ke tahap yang sulit-sulit.

Kalau meroyan orang-orang ni semua, lagi Anwar kelam kabut.  Masa itu tak tahulah kerusi mana nak kena kosong untuk selesaikan masalah tersebut.

Kelemahan Anwar ini patut digunakan sepenuhnya oleh UMNO dan BN dalam kempen PRK Kajang yang akan datang ini.  Benar, peluang kita lebih besar kalah dari menang, tapi itu bukan sebab Anwar tapi sebab cina dah nampak peluang nak memperalatkan peliwat tua ini untuk letak kaum mereka sebagai Perdana Menteri.

Yang penting rakyat 1Malaysia ini nampak siapa sebenarnya Anwar – gila kuasa tapi tak cukup kekuatan untuk mengawal kuasa tersebut.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Anwar Guna Gambar "Recycle" Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat di Jepun

28 Februari 2014


kantoi 4
Oleh Zul Rawi

Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

Anwar Kantoi 5
Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambartersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.


“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.

“Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.

Isu gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status “Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport”.

Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah ‘diretweet’ oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan ‘status’ tersebut. ‘Retweet’ Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.

Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut’.

Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.

Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.

Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Fitnah SPR Gagal : Pembangkang Ugut Huru Hara Dengan Demo Jalanan

28 Februari 2014


BERSIH GANAS
Kegagalan pembangkang dalam cetusan provokasi fitnah yang mereka taburkan terhadap Barisan Nasional telah menyebabkan mereka menuduh sekali lagi sistem kehakiman negara tidak adil.   Bagi pembangkang ianya hanya  adil sekiranya sistem perundangan menyebelahi mereka sahaja.  Pembangkang seolah-olah mengugut akan melakukan siri demo jalanan yang menyusahkan rakyat lagi berikutan kegagalan mereka memanipulasikan sistem kehakiman dalam isu SPR.

Adakah pembangkang lupa bahawa mereka telah “tertangkap” dengan beberapa penipuan besar yang tidak bertanggungjawab sepanjang PRU13 yang lepas?  Perangai “buat-buat lupa” pembangkang dengan menyalahkan keseluruhan  kegagalan mereka di bahu  SPR dan Barisan Nasional menunjukkan sikap politik keji  “ Baling Batu Sembunyi Tangan Mereka “.

Sebelum ini mereka telah mengadakan siri himpunan Blackout kononnya  SPR dan Barisan Nasional telah menipu dalam  PRU13 yang lepas dalam insiden lampu padam. Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Rakyat perlu tahu bahawa  pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR, gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
Begitu juga dengan fitnah pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) ‘import’ pengundi Bangladesh adalah pembohongan tahap “gila”.  Kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tambahan pula  Ambiga dalam kenyataan terbaharu yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini, bertindak menyalahkan kerajaan di sebalik fitnah mereka apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mencipta helah.

Hakikatnya  40,000 Bangla telah dipropagandakan oleh Pembangkang  dalam masa yang agak lamasemata-mata untuk menunjukkan wujud kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR. Malahan  mereka sibuk menangkap pengundi keturunan India dan Mamak semata-mata mahu membuktikan kewujudan 40000 pengundi Bangladesh semasa proses PRU13 berlangsung.  Media pembangkang juga turut  menyiarkan gambar Orang Asli yang sedang beratur  menunggu giliran mengundi  yang mereka tuduh  sebagai pengundi warga Bangladesh. Dan  penyokong PR sendiri yang keturunan Mamak ditangkap kerana disangkakan pengundi Bangladesh yang diupah mengundi BN.

 
Kini mereka  menyalahkan Barisan Nasional sepenuhnya  atas kegagalan pembangkang memenangi petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan di mahkamah. Mereka mahu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  kononnya untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan menjalankan persempadanan pilihan raya secara adil setelah siri fitnah pembohongan mereka gagal.



Kononnya mereka mahu memastikan SPR mengendalikan pilihan raya yang adil dan bebas bagi pihak pembangkang dan calon bebas terhadap calon Barisan Nasional  sedangkan rakyat tahu segala fitnah dan provokasi jahat yang mereka lakukan selama ini begitu menyusahkan rakyat dan kerajaan. Kononnya mereka akan megadakan kempen kesedaran yang padu dilancarkan untuk mendidik orang ramai bahawa pilihan raya mesti dimenangi melalui peti undi dan bukan membawanya ke mahkamah disebabkan amalan penipuan dan rasuah. Ini seolah-olah cuba menutup siri penipuan jahat pembangkang itu sendiri.

Kononnya juga pembangkang khuatir orang ramai akan mengambil tidakan lebih radikal pada masa hadapan apabila kononnya  menyedari bahawa akses kepada keadilan di mahkamah adalah mustahil sedangkan hakikatnya pembangkang sendiri seolah-olah sedang merancang untuk mengadakan siri demo jalanan lagi dengan isu ciptaan sesuka hati mereka sendiri.

Seperti biasa, segala tindakan pembangkang ini seolah-olah  dikuatkan lagi dengan “hasutan” dari Peguam veteran Karpal Singh, yang mewakili DAP dalam banyak petisyen pilihan raya sejak 35 tahun lalu mengatakan  mahkamah bertindak perlahan bagi keputusan berkenaan pengundian pada hari mengundi. Kerajaan perlu mengambil tindakan atas segala kenyataan yang berupa hasutan untuk mencetuskan huru-hara.

Negara perlukan keamanan demi memastikan transformasi  demi kesejahteraan rakyat dan negara dapat dilaksanakan. Tindakan pembangkang yang cuba  menghalang perlaksanaan rancangan kerajaan perlu dikekang dan dipantau sepenuhnya.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tabung Haji Tambah Subsidi Akibat Kenaikan Kos Luar Negara?

2 Mac 2014


haji
Sebelum ini pembangkang menyerang Tabung Haji dari pelbagai sudut  hanya kerana Tabung Haji merupakan badan dibawah pengurusan Kerajaan.  Mereka lupa dan buat-buat lupa bahawa  Tabung Haji merupakan   sebuah institusi kewangan  yang  menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Haji. Ianya di reka khas untuk umat Islam agar tidak perlu lagi bimbang dengan   sistem bank konvensional yang mempunyai unsur riba. Namun pembangkang yang mengaku  beragama Islam masih sanggup  menyerang badan yang menjaga kepentingan Islam.

Semada Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji beliau telah dikritik dengan begitu hebat memandangkan beliau merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja sukarelawan yang dianggap membawa nama UMNO. Dendam pembangkang terhadap UMNO yang menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam menyebabkan mereka sanggup mengkritik dan menfitnah walaupun perjuangan yang dibawa oleh UMNO merupakan jihad kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara.

Datuk Azeez hanya sebagai pengerusi Tabung Haji bukannya CEO Tabung Haji namun beliau telah dikritik teruk dengan menggunakan alasan murahan yang  beliau tidak berpengalaman , kepakaran dan kelayakan sedangkan  Datuk Azeez merupakan seorang yang telah banyak terlibat dalam misi kemanusiaan dan jihad. Tabung Haji merupakan institusi yang berfungsi membantu umat Islam dengan jihad mereka yang tersendiri. Jelas pembangkang terbawa-bawa dengan isu kepentingan peribadi dan niat jahat mereka semata-mata dalam menyuarakan fitnah dan kritikan.


Kritikan pembangkang juga menyentuh isu kononnya perlantikan beliau ada kena mengena dengan hubungan akrab keluarga PM. Kononnya ia sebagai balasan atas jasa beliau menjaga “air muka” keluarga PM.  Sepatutnya kerajaan bertindak terhadap pembuat fitnah demi mengekang kewujudan fitnah-fitnah lain yang bakal menyusul. Kejahatan pembangkang perlu ndihentikan.

Demi menjaga kepentingan umat Islam maka  kos menunaikan ibadat haji tahun ini tetap dikekalkan sebanyak RM9,980 bagi seorang jemaah walaupun kos sebenar mengalami kenaikan daripada RM15,575 tahun lalu kepada RM16,115 tahun ini. Kerajaan sentiasa menjaga kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara maka umat Islam sentiasa menjadi keutamaan  dalam menentukan dasar pemberian subsidi haji yang mencerminkan  keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji negara ini.

Kenaikan kos yang berlaku diseluruh negara turut membabitkan negara Arab Saudi maka  setiap tahun ada kos bertambah seperti hotel penginapan dan pengangkutan termasuk kos penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi. Disamping itu juga  berlaku  penambahan kos mutawif setiap tahun. Namun kos untuk jemaah haji tahun ini masih kekal RM9,980.

Rakyat perlu tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan umat Islam mendapat kaedah  yang terbaik semasa mengerjakan haji. Kos untuk mengerjakan ibadat haji bagi jemaah Malaysia merupakan  antara yang termurah  namun  perkhidmatan diberikan kepada jemaah kekal menjadi yang terbaik. Tabung Haji  akan terus  memberikan  perkhidmatan terbaik dari segi pengurusan, penginapan dan pengangkutan kepada jemaah Malaysia.

Malahan  kuliah agama kepada jemaah juga akan diberikan secara berterusan.  Talian khas turut disediakan untuk jemaah yang ada kemusykilan dan boleh terus menelefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak bertugas. Tabung Haji sentiasa melihat jika ada ruang yang boleh mereka tambah baik  untuk jemaah haji.

Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :
  1. Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  2. Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  3. Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
  4. Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
Kenyataan ini adalah jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam. Ini akan menjadi satu lagi badan yang akan menjadi mangsa serangan  pembangkang kerana menjaga kepentingan umat Islam.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Dedah Kelemahan PKR Provokasi Kit Siang "Lobi" Guan Eng Teraju Pakatan Tuju Putrajaya?

2 Mac 2014


Lim-Kit-Siang
Kenyataan  penasihat DAP, Lim Kit Siang  yang  musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri  seolah-olah mahu “check mate” bangsa Melayu 100%. Dengan ertikata lain  bahawa di dalam pakatan pembangkang tidak ada sesiapa yang lebih layak  untuk meneraju mereka melainkan DAP.

Tambahan pula  Menteri Besar Selangor,  Khalid Ibrahim juga  bersetuju dengan kenyataan  Lim Kit Siang  tersebut memandangkan beliau telah dan sedang menerima tekanan hebat dari dalam PKR untuk  memuaskan “nafsu politik”  pemimpin PKR yang rakus mengejar kuasa dan pangkat.  “Pemberontakan terbuka” yang  berlaku di dalam PKR menyebabkan rakyat yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban  yang sia-sia dengan menanggung kos PRK Kajang dengan menggunakan duit rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Ironi nya  Khalid  turut mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik, sama seperti parti politik lain di negara ini. Pengakuan beliau sebenarnya amat bertentangan dengan hukum alam.  Sepatutnya bagi parti politik yang berusia setahun jagung dan belum lagi menunjukkan sebarang kejayaan yang cukup membanggakan maka konflik  dalaman perebutan kuasa merupakan sesuatu yang amat tidak sihat.

Apabila sebuah parti politik itu mengalami fasa kestabilan  yang bermakna misi dan tujuan utama telah terlaksana maka perebutan jawatan selepas itu barulah merupakan perkara biasa. Dengan erti kata lain pergolakkan yang berlaku dalam PKR dalam keadaan mereka belum mencapai kononnya  matlamat  utama menunjukkan sesungguhnya parti itu tidak ada sebarang matlamat kukuh yang mendatangkan faedah kepada rakyat melainkan kepentingan peribadi sahaja.

Mungkin juga  sebenarnya perancangan sabotaj di dalam pakatan ini telah lama berjalan. Mungkin DAP telah lama  menjalankan peranan bagi menurunkan populariti anwar dalam pakatan malahan red bean dap  seolah-olah sudah mula memperlekeh kedudukan anwar dengan menonjolkan kelebihan serta pujian keatas pentadbiran DAP. Maka dengan itu Lim Guan Eng  bakal  dilihat  sebagai  tokoh paling popular dan di sanjungi dalam pakatan bukan lagi anwar.

Selain dari perebutan kuasa sebagai Menteri Besar , konflik dalaman PKR makin hangat dengan pengumuman  Khalid untuk bertanding   jawatan timbalan presiden PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang. Peringatan dari Lim Kit Siang berkenaan konflik dalaman PKR lebih menjurus kepada propaganda “hidden agenda”.

Kononnya “Kemenangan ‘simple majority’ pakatan di Kajang adalah kekalahan.  Dalam erti kata lain sekiranya Anwar menang tipis maka maruah Anwar betul-betul tercemar yang bakal membuktikan rakyat menolak PKR dan Anwar Ibrahim dan yang lebih penting kononnya rakyat menolak bangsa Melayu dan lebih memilih Cina sebagai pemimpin. Itu antara kemungkinan kesimpulan apabila Lim Kit Siang  cuba menekankan perlunya kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya kononnya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sedangkan hakikatnya  pembangkang baru kalah menakluki Putrajaya dalam PRU13 yang baru lepas.


Walaupun begitu pembangkang secara tidak langsung mengakui  betapa bertuahnya Malaysia kerana politik kita yang lebih matang  tidak mengheret  negara  seperti Thailand, Eropah Timur atau Mesir. Ini sebenarnya merupakan pengiktirafan pembangkang terhadap kebijaksanaan  dan keberkesan pentadbiran Barisan Nasional yang berjaya mengekang dan menangkis agenda jahat  yang berterusan dari pembangkang.  Oleh itu demi menjamin kesejahteraan negara dan rakyat maka sama-sama kita pastikan Barisan Nasional terus meneraju Malaysia.

Dipetik daripada : www. mykmu. net