Monday, May 04, 2015

BN Bukan Seperti Pembangkang Yang Hanya Tahu Janji Manis Sahaja – Belia Felda

4 Mei 2015, Rompin : Seorang generasi muda dari Felda Keratong 4 bersetuju dengan kenyataan bahawa pakatan pembangkang hanya pandai berkata-kata kononnya merekalah yang menjuarai isu menjaga kepentingan dan kebajikan golongan muda, tetapi ia hanyalah janji-janji manis ketika pilihan raya sahaja.

Menurut Kamarul Zaman Mohamed Bazin, 31 tahun, ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengambil berat akan keperluan generasi muda, sebagai contoh mengenai keperluan rumah mampu milik, perumahan untuk generasi kedua Felda.

Ini dizahirkan dengan pembinaan sebanyak 1,504 unit rumah di dalam Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, 264 unit di Felda Keratong 4, Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit dan Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dengan harga RM90 ribu seunit berbanding harga asal RM125 ribu.

“Pembangkang juga hanya pandai membuat dan mencari isu, walaupun isu dah selesai, kesalahan mereka tidak pernah mereka sebut. Kadang-kadang pengundi kena tengok, sekali tengok betul tapi sebenarnya tidak, sebab itu kena tengok dan kaji betul-betul, tanya dengan pihak Felda dan yang lebih mengetahui supaya kita tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang.

“Kepada rakan-rakan yang berada di luar yang akan balik ke kawasan Rompin, supaya kita jangan terikut dengan ceramah, risalah pembangkang itu sebaik-baiknya kita pusing kampung dan pergi ke pejabat Felda cari maklumat berkenaan kesahihan sesuatu perkara mengenai Felda.
20150502080635
“Kalau kita sekadar mendengar dan tidak menilai, kemudian rasa semua orang salah, tapi sebenarnya tidak bila tahu maklumat yang sebenarnya,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau turut menyelar perbuatan pembangkang di Rompin yang mengeluarkan risalah cerita palsu mengenai kononnya perumahan generasi kedua Felda terbengkalai dengan niat ingin memburuk-burukkan dan usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

“Walaupun ini kempen semasa pilihan raya, ini bagi saya suatu perkara yang ingin menjatuhkan kerajaan dan pengundi perlu lihat, apa yang mereka buat itu betul atau tidak.

“Apabila saya lihat balik, ini satu kenyataan yang mengarut, sebab kita lihat, sebenarnya kerajaan sentiasa membantu, kalau kerajaan tidak bantu mustahil perumahan-perumahan generasi kedua ini.

“Bukan bila tiba pilihan raya sahaja, sebelum pilihan raya pun kerajaan sudah bantu,” tambah Timbalan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan itu lagi.

Bagi beliau, apa yang pembangkang buat itu hanya merugikan dan merosakkan bangsa terutamanya orang Melayu itu sendiri dan menggalakkan perpecahan.

“Mungkin mereka ingin pikat hati pengundi, dan percayalah jika mereka menang, takkan dapat dipenuhi, contohnya seperti negeri yang pakatan pembangkang menang, tidak dapat apa-apa pun sebagaimana yang dijanjikan.

“Pilihlah pemimpin dan kepimpinan yang benar-benar akan membantu kita. Kerajaan dan Felda sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat Felda,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada golongan belia berfikiran lebih jauh dan matang, bersama-sama membangunkan tanah rancangan Felda supaya terus utuh dan mampu menjadi contoh dan ikutan kepada negara lain.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Felda Dikatakan Nak Bankrap…Tapi Harga Rumah Untuk Generasi Kedua Turun

3 April 2015, Rompin : Bagaimana Felda yang dikatakan akan bankrap dengan keadaan ekonomi negara yang ditadbir Barisan Nasional (BN) didakwa merundum boleh menurunkan harga rumah untuk generasi kedua kepada RM90,000 seunit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut beliau pelbagai perancangan dan perbincangan dibuat berhubung harga rumah berkenaan dalam usaha membantu membela generasi kedua Felda di seluruh negara seiring dengan manifesto BN.

“Siapa kata Felda nak bankrap? Bolehkah mana-mana pihak yang hampir bankrap menjual rumah lebih murah daripada harga semasa, bolehkah kerajaan yang ekonominya dikatakan merundum jual rumah sebegitu..buat perkara sebegitu. Ini semua dilakukan sebabnya Felda ada kemampuan… kerajaan ada kemampuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak prihatin perkara ini.

“Benda ini dibincang daripada dahulu lagi iaitu sejak diumumkan 2013 pada bajet penyediaan rumah mampu rakyat disentuh dan ianya juga terkandung di dalam manifesto BN. Di kawasan Felda kita akan bina 20,000 buah rumah. Sehingga hari ini kita telah pun keluarkan tender 8,570 unit, dan insya-Allah untuk tahun ini sahaja 2,150 rumah PGPF yang akan siap dibina dan dibeli,” katanya.
11109447_1130605900298490_3398954476576906932_n
Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah Perumahan Untuk Generasi Kedua Felda Kratong 8,9 dan 10 di Dewan Perantau Damai, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan Felda sentiasa direka dengan pelbagai dakyah dan cerita yang penuh pembohongan oleh pembangkang.

“Ada dua isu berlaku di depan kita…yang pertama sentiasa direka oleh pembangkang. Bohong tak sudah-sudah. Itu tak betul…ini tak betul..agak-agak tak ada jawapan… jadikan dasar kerajaan untuk dimanipulasi termasuk GST. Kalau nak ikut cakap mereka Felda pun tak sempat dibuka kerana 59 tahun dulu waktu nak buka mereka juga kata rancangan nak buka Felda ini gila.

“Hantar Melayu masuk hutan. Waktu itu kalau dengar cakap mereka tak ada Felda, tak wujud warga Felda, tak ada kehidupan tiga juta warga Felda sebagaimana nak buat jambatan Pulau Pinang pun dikatakan membazir…hari ini ada jambatan kedua… macam itu juga KLIA…dulu waktu buat dikatakan membazir…akhirnya dah ada KLIA 2…. Putrajaya juga bunyi lain tapi hari ini mereka yang mahu,” katanya.

Tambah beliau lagi, GST pun sama dimanipulasi dengan pelbagai manipulasi dan macam-macam tafsiran.

“GST pun sama…dia akan kata macam-macam. Kalau nak tengok hasil tak bolehlah semalaman. Tak boleh dapat manfaat dalam satu semalaman. Nak buat dewan ini tak siap dua hari…nak runtuh dalam masa dua hari boleh tak…begitulah nak bina Felda tak boleh semalaman. Nak bina negara pun tak boleh semalaman.

“Sebab itu dalam negara kita yang masih dibangunkan, kalau diganggu tak tercapailah hasrat negara maju. Sebagai manusia banyak benda tak sempurna tetapi yang penting dalam ketidaksempurnaan kita itu kita ikhlas. Kita perlu pertahankan Felda hari ini untuk masa depan anak cucu kita,” katanya.

Sementara itu, pendapat sama diutarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung tohmahan dan serangan terhadap Felda seperti isu saham FGV.

“Dalam perniagaan ada untung dan rugi. Malah di dalam dan luar negara, yang maju dan besar sekalipun tak pernahnya untung selalu. Apatah lagi FGV…ada pasang dan surut. Yang penting kerugian itu bukannya salah urus tadbir.

“Rugi antara faktornya harga kelapa sawit jatuh. Jatuh mendadak…kita tidak boleh salahkan Felda rugi dan sebagainya. Sekarang ini musimnya menurun. Saya percaya itu adalah petunjuk mereka ketandusan modal…serang FGV dan GST,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

PRK Rompin Jadi Bukti, Pas Hanya Dipermain Dap Dan PKR

3 Mei 2015, Rompin : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin menjadi bukti bahawa parti Pas telah dipermainkan oleh rakan sekutu mereka iaitu Dap dan PKR.

Jelas beliau, sedang PKR dan Dap menagih kerjasama Pas untuk menyokong calon PKR di PRK Permatang Pauh,di PRK Rompin pula menyaksikan Pas langsung tidak mendapat bantuan dan ‘talian hayat’ daripada rakan sekutu mereka.

“Pemimpin-pemimpin Pas seakan tidak sedar bahawa daripada dulu lagi mereka dipermainkan oleh parti Dap dan PKR. Mereka ini hanyalah pakatan pada kulit sahaja.

“Bila Pas meminta Dap menyokong hudud dilaksanakan bukan di Negara ini tetapi hanya di Kelantan tetapi mereka dengan angkuh menolak.

“Kini di PRK Permatang Pauh parti PKR dan Dap begitu beriya-iya meminta sokongan daripada Pas untuk membantu mereka namun sayangnya dalam masa yang sama mereka tidak membantu calon Pas di Rompin. Pas hanya diperbodohkan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
150429 DMFY hsnzkt
Tambah Pehimi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas seharusnya sedar parti mereka hanya dipermainkan oleh rakan sekutu mereka. Apabila diperlukan mereka dicari dan bila tidak diperlukan mereka dicampak begitu sahaja ibarat kain buruk.

“Cukup-cukuplah Pas membantu calon PKR di Permatang Pauh. Kalau mereka hendak berkempen demi kemenangan Pas tinggalkan Permatang Pauh dan datang ke Rompin. Ini baru persaingan yang betul.. Jangan kera di hutan disusukan tapi anak di rumah mati kelaparan,” katanya.

PRK Rompin bakal berlangsung pada 5 Mei ini ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akibat kemalangan helicopter.

Manakala PRK Permatang Pauh yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini pula diadakan ekoran penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara setelah didapati bersalah meliwat.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Jika Azmin Jaga Kajang, Guan Eng Jaga Permatang Pauh, Wan Azizah Jadi ‘Patung’?

2 Mei 2015, Rompin : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata apa yang ditawarkan oleh kedua-dua pemimpin teratas negeri pakatan pembangkang yang kononnya prihatin membantu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjaga kawasan Kajang dan Permatang Pauh merupakan satu signal dan contoh yang tidak baik.

Menurut beliau, sepatutnya, wanita yang dipilih sebagai pemimpin atau apa sahaja jawatan dalam parti, hendaklah berdasarkan kepada merit dan kredibiliti.

“Jadi saya rasa cukup-cukuplah Dr Wan Azizah dijadikan sebagai ‘patung’ dalam pakatan pembangkang apatah lagi ini adalah tingkah yang tidak sihat dalam mana-mana kepimpinan supaya orang lain akan ikut macam ini, jika tidak boleh buat, orang lain boleh lakukan untuk dia.

“Habis tu dia buat apa? Jaga cucu di rumah?,” soal beliau.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu juga menegaskan, sekiranya seseorang diangkat sebagai pemimpin, individu tersebut perlulah menunjukkan kredibiliti dan kemampuan yang sebaiknya kerana telah diberi mandat untuk bertanggungjawab di kawasan yang diwakili.

“Maka, kita perlu buat sehabis baik, kita kena uruskan kawasan dengan baik, dan juga bertanggungjawab kepada semua pengundi-pengundi.

“Dan sekiranya begitu, saya kira Wan Azizah amat bertuahlah sebab mendapat pelawaan dan penjagaan sebegitu rupa,” ujar beliau secara sinis kepada UMNO-Online.
_DSC0173
Beliau turut mempertikaikan apakah fungsi Dr Wan Azizah jika dipilih sebagai wakil rakyat tetapi tidak mampu membantu dan menjaga kebajikan rakyat, sebaliknya menyerahkan pula kepada orang lain untuk menguruskannya.

Terdapat laporan yang mendakwa, kemampuan Wan Azizah menjadi wakil rakyat semakin dipertikaikan berikutan sering mengabaikan kebajikan dan kepentingan rakyat yang diwakilinya di Kajang.

Sehubungan itu dilapor Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menawar untuk menjaga Kajang manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula berjanji akan membantu menjaga Permatang Pauh jika Dr Wan Azizah mengekalkan kerusi PKR itu.

Dalam perkembangan mengenai pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin, Mas Ermieyati menyatakan Puteri telah bertemu dengan pengundi-pengundi dengan fokus ziarah rumah ke rumah dan program-program yang dekat di hati mereka.

“Maklumbalas pengundi muda kepada Datuk Hasan Arifin, calon Barisan Nasional (BN) di Rompin ini amat baik dan dikenali.

“Sepanjang kempen, penerimaan orang muda amat baik kepada Datuk Hasaan dan mengharap ada kesinambungan, bukan setakat terhenti di sini sahaja,” katanya.

Dalam PRK Rompin ini, pengundi wanita muda yang berumur 40 tahun ke bawah adalah seramai 12,417 orang.

Mereka juga menyatakan betapa sayangnya mereka kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis kerana bekas ahli Parlimen Rompin itu banyak membantu mereka, tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Puteri amat positif bahawa tiada masalah bagi BN memenangi PRK Rompin ini serta berusaha sedaya upaya dengan kekuatan jentera yang ada untuk mencapai sasaran sebagaimana yang diamanahkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau juga turut berbangga dengan komitmen jentera Puteri baik di Rompin mahupun di Permatang Pauh yang telah menunjukkan gerak kerja yang amat cemerlang.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Masa Wakil Rakyat Hanya Balik Kenduri Sudah Berakhir

1 Mei 2015, Permatang Pauh : Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, masa untuk wakil rakyat turun ke kawasan sebulan sekali atau semata-mata untuk menghadiri kenduri-kendara sudah berlalu.

Kata beliau, hari ini masyarakat pengundi mahu wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh mereka sentiasa berada di kawasan dan sentiasa fokus terhadap sebarang permasalahan rakyat di kawasan mereka.

“Pendekatan ahli parlimen yang balik ke kawasan sebulan sekali, balik pun semata-mata untuk makan kenduri saya rasa sudah berlalu. Orang Permatang Pauh dah jemu dah dengan cara sebegitu. Dah penat tengok ahli parlimen yang balik sekali sekala tengok kawasan.

“Saya yakin hari ini, rakyat di Permatang Pauh mahukan wakil rakyat yang sentiasa ada di kawasan. Mereka mahukan wakil rakyat yang ada di kawasan pada waktu pagi, petang, siang dan malam. 

Rata-rata penduduk yang saya temui menyatakan bahawa mereka sudah penat dengan pilihan raya kecil seperti ini. Namun selepas pilihan raya, mereka tak nampak batang hidung wakil rakyat mereka di sini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, respon yang didapati di kalangan rakyat jelas memperlihatkan bahawa sudah ada isyarat untuk membawa perubahan dalam PRK kali ini.

“Saya bertemu dengan rakyat di kawasan ini, termasuk dikalangan masyarakat Cina. Mereka luahkan perasaan kepada saya rasa bosan terhadap wakil rakyat yang seringkali tidak ada di dalam kawasan. Kata mereka, waktu pilihan raya saja mereka nampak wajah calon di poster, namun setelah menang, lima tahun mereka tak nampak wajah wakil rakyat mereka.
PENANG 08 February 2015. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman (kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa badan perhubungan Umno Pulau Pinang di Hotel Summit, Bukit Mertajam. NSTP/Mikail Ong
“Kata mereka lagi, PRK kali ini merupakan peluang untuk mereka bertukar wakil rakyat. Mereka mahukan perubahan. Mereka mahukan seorang wakil rakyat yang sentiasa berada di dalam kawasan. Mereka mahukan wakil rakyat tempatan, orang muda dan bertenaga untuk membantu mereka menyelesaikan sebarang permasalahan,” jelasnya.

Justeru itu Zainal menegaskan, sekiranya calon BN dipilih rakyat untuk menjadi ahli parlimen di Permatang Pauh, maka beliau akan memastikan Suhaimi akan sentiasa berada di dalam kawasan untuk memberikan tumpuan terhadap sebarang permasalahan rakyat di sini.

“Sebagai pengerusi UMNO Pulau Pinang, saya akan pastikan Suhaimi sekiranya beliau terpilih dalam PRK kali ini, dia tidak akan ke mana. Beliau akan duduk di Permatang Pauh ni. Jika orang nak surat sokongan, beliau boleh tolong. Jika ada orang sakit dan sebagainya, beliau boleh bantu. Kalau ada permasalahan di kalangan masyarakat, beliau dapat bantu untuk selesaikan.

“Rakyat Permatang Pauh mahukan seorang wakil rakyat yang fokus terhadap kawasan yang diwakilinya, yang menjiwai tugasnya, mereka mahukan wakil rakyat yang boleh bekerja sepenuh masa dan wakil rakyat yang sentiasa ada di kawasan dan boleh dicari pada bila-bila masa,” tegasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Penangkapan 13 Individu Disyaki Militan Bukti POTA Relevan, Pentingnya Keselamatan Negara

1 Mei 2015, Rompin : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, keberhasilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 individu yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS), di Shah Alam baru-baru ini membuktikan bahawa Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) adalah sesuatu yang relevan bagi menjamin negara ini kekal selamat dan aman.

Jelas beliau, undang-undang itu bersifat pencegahan dan secara amnya undang-undang dalam kehidupan adalah untuk memandu ke arah kerukunan kehidupan agar tersusun secara tertib. Begitu juga dengan rang undang-undang POTA, sekiranya tidak digunakan ianya tetap diperlukan bagi mengekang gerakan-gerakan militan.

“Undang-undang itu sangat diperlukan disebabkan kita tidak ada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Negara. Untuk mengunakan undang-udang biasa dengan tahanan reman biasa bagi kes-kes berprofil tinggi sudah tentu tidak sesuai kerana ianya memerlukan tempoh siasatan yang lebih lama.
militan-isis-is-ditangkap-ditahan-polis-malaysia
“Dengan adanya undang-undang seperti POTA maka kita dapat mencegah sesuatu perkara buruk itu dari berlaku,” ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Selain itu beliau turut menyelar tindakan mereka yang membantah pelaksanaan atau mempolitikkan akta tersebut. Baginya, apabila sesuatu itu menjurus kepada keselamatan Negara maka ianya tidak ada kompromi mahupun dipolitikkan.

“Bagi saya mereka yang ingin melanggar kerukunan dalam negara sangat tidak mahukan ISA ataupun POTA sedangkan akta tersebut sangat diperlukan dalam negara kita. Akta seperti ini bukan satu perkara baru tetapi banyak negara lain mempunyai undang-undang seperti ini yang hampir serupa.

“Jika mereka mempertikaikan pelaksanaan POTA akan wujudnya penyalahgunaan kuasa maka mereka harus sedar, undang-undang yang sangat baikpun tetapi jika masih sikap dan perangai menguna kuasa secara salah ia tetap akan timbulkan kemarahan. Ini bukanlah soal undang-undang tetapi soal manusia itu sendiri.

“Maka saya menyeru kepada seluruh rakyat untuk sama-sama menyokong undang-undang pencegahan ini dan memberikan sokongan kepada pihak berkuasa serta jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan rakyat tanpa sebab. Yang penting adalah kita dapat hidup secara aman dan damai,” katanya. 

Razali turut menjelaskan undang-undang POTA ini adalah satu langkah yang proaktif dan jika tidak dilaksanakan sudah pasti kerajaan juga yang dipersalahkan pada masa hadapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini yang boleh menggugat keselamatan mahupun keamanan Negara.

Justeru itu beliau menyifatkan sesiapa yang mempolitik dan menentang pelaksanaan undang-undang demi kebaikan Negara ini bolehlah digambarkan sebagai pengganas atau individu itu terlibat dengan pengganas. 

“Saya tidak menuduh tetapi sebagai contoh siapa yang tidak suka dengan akta najis dadah adalah kerana dia nak ambil dadah. Orang yang tidak suka dengan undang-undang lalulintas 110 km/j had laju sebab mereka nak bawa laju.

“Sama seperti POTA, jika kita tidak terlibat maka kita tidak perlu takut dan majoriti rakyat sebenarnya tidak terlibatpun dengan akta ini. Tetapi apabila kita dikelirukan maka ramai yang akan menyokong kumpulan-kumpulan tidak bertanggungjawab ini seolah-olah akta itu akan menyekat hak kebebasan rakyat,”terang Razali. 

Akhirnya Razali menegaskan bahawa kebebasan yang diperjuangkan tidak menjamin keamanan Negara tetapi keamanan Negara boleh memberi jaminan rakyat hidup bebas.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Tiada Manifesto Bukti PKR Tidak Bersungguh Bela Nasib Rakyat

4 Mei 2015, Permatang Pauh : Keengganan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengeluarkan manifesto sebagai janji mereka kepada rakyat memperlihatkan bahawa PKR sebenarnya tidak mempunyai perancangan pembangunan di kawasan Permatang Pauh biarpun sudah 17 tahun menjadi wakil rakyat di kawasan ini, demikian jelas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar.

Selain itu, ia memperlihatkan sikap PKR yang menganggap mudah harapan serta hasrat pengundi di kawasan Permatang Pauh yang dikatakan sebagai kubu kuat mereka selama ini.

“Manifesto itu adalah satu perancangan jangka masa panjang dan jangka pendek untuk rakyat di kawasan ini. Jadi sekiranya tidak ada langkah-langkah perancangan, bagaimana untuk membantu rakyat, khususnya anak muda di kawasan ini.

“Bagaimana orang muda ingin menaruh kepercayaan kepada sebuah parti yang tidak ada perancangan untuk kawasan ini biarpun sudah berbelas tahun menjadi wakil rakyat di sini.

“Ini jelas berbeza dengan BN yang mewujudkan satu manifesto sebagai perancangan untuk rakyat di kawasan ini dalam soal pendidikan, ekonomi seperti peluang-peluang pekerjaan, pelaburan dan sebagainya. Inilah kesungguhan dan iltizam BN untuk membangunkan kawasan ini sekiranya menang pada 7 Mei ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
jamawi-jaafar
Beliau berkata demikian selepas program ziarah rumah ke rumah di sekitar kawasan perumahan di Seberang Jaya, Permatang Pauh di sini hari ini.

Tambah Jamawi, biarpun di kawasan ini sudah mempunyai UiTM dan politeknik yang dibina ketika zaman pemerintahan BN lagi, namun manifesto ini merupakan janji BN sebagai satu usaha yang berterusan untuk terus memajukan kawasan ini.

“Secara tidak langsung, manifesto ini juga dapat memperkasakan lagi pembangunan di sini sekiranya wakil daripada BN dipilih oleh rakyat di sini untuk menjadi wakil mereka.

“Ini kerana kita tahu setiap wakil rakyat BN mempunyai peruntukan sebanyak lima juta setahun untuk membangunkan kawasan mereka sepertimana yang diberitahu oleh pengarah jentera PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Jadi inilah peluang yang harus diambil oleh rakyat khususnya anak muda di kawasan ini bukan saja untuk memberikan kemenangan kepada BN tetapi juga untuk mengangkat martabat anak muda dengan memilih calon yang terdiri daripada anak tempatan,” tegasnya.

Beliau juga yakin dengan calon BN, Suhaimi Sabudin sebagai anak tempatan yang mampu untuk bekerja keras membangunkan kawasan ini serta memberikan tumpuannya seratus peratus terhadap Permatang Pauh.

“Ini sudah tentu amat berbeza jika mahu dibandingkan dengan calon PKR yang terpaksa memikirkan pelbagai perkara termasuk soal kemelut dalaman parti politiknya, soal nasib rakyat di Kajang di mana beliau sebagai wakilnya, memikirkan pula hal keluarganya, cucunya dan pelbagai perkara lagi, yang mana pastinya akan menjejaskan tumpuannya terhadap warga Permatang Pauh.

“Jadi saya berharap agar warga pengundi di Permatang Pauh, khususnya golongan muda akan beri peluang kepada calon BN, orang muda dan anak tempatan yang pastinya mampu untuk memberikan tumpuan seratus peratus sebagai wakil rakyat di kawasan ini,” akhirnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

PAS Diperalat, PRK Jadi Signal Untuk Gerak Sendiri Tanpa PKR Dan DAP

3 Mei 2015, Rompin : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, persepakatan Pas bersama dua rakan kongsi terbesar mereka iaitu PKR dan Dap sudah semakin rapuh ibarat tiada lagi cahaya dihujung terowong.

Jelasnya, ini menggambarkan secara jelas satu signal bahawa telah tiba masanya untuk Pas bergerak secara bersendirian dengan lebih yakin dalam polisi perjuangan yang mereka laksanakan selama ini berbanding bila bersama rakan sekutu mereka.

“Pas harus sedar, PKR dan Dap hanya mempermainkan mereka. Lihat sahaja di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin ini. Dapat dilihat dengan jelas Pas bersendirian terkontang-kanting.

“Jadi, inilah masanya Pas mencari haluan sendiri. Buat apa kalau sudah duduk sebumbung tapi tidak bersefahaman. Pas patut jadi sebuah parti yang berdikari. Sekarang ini terbuka luas berdasarkan apa yang kita lihat banyak kepincangan dalam gabungan mereka.

“Ikatan pakatan mereka longgar dan goyah. Maka, ahli-ahli Pas barangkali harus menerima ini adalah satu isyarat dan juga gerakan titik awal untuk mereka berfikir dan membuat tindakan serta keputusan adakah masih revelan mereka terus bersama PKR dan Dap,” ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Beliau berkata demikian hasil daripada tinjauan yang dibuat ketika turut serta berkempen di PRK Rompin. Pas kelihatan bersendirian tanpa rakan-rakan mereka yang membantu berkempen untuk calon mereka di sini.
11150660_1130494646976282_8945037036980579594_n
Secara tidak langsung ianya jelas menunjukkan tidak wujud solidariti dalam pakatan pembangkang.

“Saya menyeru kepada para pegundi yang masih belum menetapkan ke mana hala tuju untuk mereka pangkah pada hari mengundi nanti, jangan sia-siakan undi anda… terus undi calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Hasan Ariffin.

“Calon BN ini telah terbukti kehebatannya dalam kepimpinan beliau. Jadi, saya yakin Datuk Hassan adalah orang paling tepat untuk meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

BN Tolak Provokasi, Tanggungjawab Utama Jaga Rakyat Dan Negara – Rahman

2 Mei 2015, Rompin : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak ada gunanya bercakap soal GST, FGV dan sebagainya lagi jika sesebuah negara berada dalam keadaan yang tidak stabil dan huru hara.

Menurut beliau atas dasar itulah soal keselamatan dan keamanan perlu dititikberatkan dan atas dasar itulah juga Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara hari ini adalah sebuah parti yang bertanggugjawab serta mampu menjaga negara.

“Tak guna kita bercerita pasal FGV, tidak guna kita cerita pasa GST dan sebagainya lagi jika negara kita huru hara, sebab itu dalam pilihan raya ini kempen yang perlu kita beritahu berkaitan parti yang dapat menjamin keselamatan rakyat. Pembangkang adalah sebaliknya. Mereka tidak berani jamin keselamatan rakyat kerana mementingkan hak asasi individu.
11041206_663554373776176_6424614391779154604_n
“Sebab itu Akta Pencegahan Keganasan (POTA) mereka tentang habis-habisan. Mereka tentang perubahan dalam Akta Hasutan. Kita nak beri tahu kepada rakyat ‘track record’ sejak dulu kita telah mampu jaga negara ini walaupu dunia bergolak tetapi di Malaysia aman damai. Kita katakan kepada mereka bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab kita, dan kita telah buktikannya,” katanya

Mengulas lanjut POTA beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar dan Wilayah seterusnya menambah akta berkenaan cukup penting untuk melengkapkan undang-undang yang ada di tangan Polis Diraja Malaysia.

“Itu sebabnya…saya dah tegaskan POTA ini amat penting. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu ada, kemudiannya kita nak buat POTA. SOSMA boleh digunakan bilamana ada bukti-bukti yang kukuh, tetapi kalaulah rantaian bukti itu terputus contohnya seseorang itu buat hal di Syria tetapi bila dia balik duduk diam-diam sedangkan kita tahu dia di Syria adalah seorang pengebom.

“Tetapi kita tidak ada bukti di Malaysia maka kita boleh gunakan POTA dan tidak boleh gunakan SOSMA kerana SOSMA mewajibkan ada bukti yang nyata. POTA ini undang-undang yang kita nak pakai bilamana PDRM tidak lagi mempunyai undang-undang yang bersesuaian maka kita gunakan POTA.

“Ini kerana POTA boleh memberikan hak ataupun kuasa kepada Polis menangkap dahulu. Itu bezanya. Sebab itu POTA penting dan bukannya digunakan setiap kali tetapi sebagai undang-undang yang kita beri kuasa kepada polis.

“Itulah realitinya…BN sentiasa mengatakan hak dan kebebasan masyarakat jauh lebih tinggi daripada hak dan kebebasan seseorang individu dalam masayarakat dan mereka adalah sebaliknya,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

PRK Rompin: Untuk Apa Pas Menang Jika Rakyat Sekadar Tengok Wakil Rakyat Sahaja

1 Mei 2015, Rompin : Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Alwi Che Mat berkata untuk apa Pas melatakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa.

Malah ujar beliau sekiranya calon Pas terpilih yang akan rugi adalah masyarakat di kawasan itu sendiri kerana hari ini kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri kedua-duanya diterajui oleh Barisan Nasional (BN).
KB12_180315_HUDUD
“Yang lebih penting bagi saya bukan soal isu yang disebut…yang lebih penting adalah untuk apa Pas bertanding di sini? Untuk apa…apa yang mereka boleh buat kepada peneroka..bantu peneroka..calon mereka kalau terpilih apa boleh buat. 

“Dia boleh gajilah RM16,000 sebulan sebagai Ahli Parlimen. Boleh dapat itu sahajalah. Rakyat dapat apa…rakyat dapat tengok beliau menjadi wakil rakyat sahaja. Nak mengadu hal tak boleh…nak merujuk pun tak boleh…kerana nak marah, undi orang lain… Itu tidak betul. 

“Tetapi kalau ambil dan pilih BN, kerajaan pusat adalah kerajaan BN, kerajaan negeri juga diterjui BN. Untuk waktu dan ketika ini, Datuk Hasan Arifin adalah yang terbaik. Dia boleh membantu, kalau peneroka ada masalah dia boleh bantu. Dia orang tempatan.

“Contoh dah ada. Parlimen Temerloh apa yang boleh Ahli Parlimennya buat berbanding Datuk Seri Ismail Sabri untuk orang Bera. Pengundi kena fikir soal pengundi bukannya soal nasional. Ini bukan pilihan raya umum, ini PRK Rompin…kena fikir soal Rompin,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mempersoalkan apakah Pas mampu membela rakyat di Parlimen Rompin dan sewajarnyalah pengundi membuat keputusan berdasarkan fakta semasa dan bukannya merangkum semua isu baik diperingkat nasional dan sebagainya ketika membuat pilihan pada hari mengundi nanti.

“Pas ini kalau kata mahu menghormati demokrasi tak boleh…dia nak menang…menang untuk apa…nak bela rakyat…bolehkah dia bela untuk rakyat…sama seperti kahwin untuk apa…dapat anak. Kalau seseorang itu dah tahu kalau kahwin tak dapat anak buat apa kahwin. Kenapa diwajibkan kahwin…untuk menambah zuriat. 

“Samalah dalam situasi di sini. Sebabnya kerajaan di sini apa pun keputusannyanya kerajaan negeri tidak bertukar…pusat pun tak bertukar. Kerusi kita kekal untuk bawa legasi yang telah dibawa oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

“Jadi sebenarnya mereka bertanding ini semata-mata untuk memenuhi kehendak bertanding. Tidak mahu orang kata. Jadi saya harap pengundi di sini fahamlah. Pengundi mestilah mengundi berdasarkan fakta semasa,” ujarnya.

Beliau turut mengulas berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang.

“GST ini bukannya cukai baru. Ganti yang lama… itu sahaja. Ada kesannya tetapi kesannya itu tidak boleh dilihat serentak. Contohnya kahwin juga. Orang kahwin tidak boleh tengok selepas esoknya. 

Hari ini kahwin esok ada masalah…sapa nak cuci pingan, periuk belanga, pinggan pecah…orang datang bawa sampul sahaja tidak letakkan duit, tetapi bilakah nikmat kenduri kahwin…iaitu selepas 9 bulan bila dapat anak…cucu. itulah nikmatnya. 

“Dalam proses kenduri kendara nak melahirkan seseorang manusia itu prosesnya satu kampung terlibat. Ini bawa gula…yang ini bawa beras…susah satu kampung, kerana apa…kerana mamat dengan minah nak kahwin. Satu kampung susah kalau kita tengok dari segi kesusahan. Kalau kita tengok dari segi amalannya, esok anak kita kahwin akan ada orang tolong pulak. Proses kehidupan sememangnya begitu. 

“GST adalah sebahagian daripada proses pentadbiran negara. Kalau lebih 100 negara ambil takkanlah buruk sangat…kalau tak bagus bodoh sangatlah negara tersebut. Yang terkumpul itu saya yakin dalam Bajet nanti akan ada beberapa perkara yang dikembalikan kepada rakyat. 

“Saya yakin, Datuk Seri Najib bukan nak beli baju baru dia..Rosmah pun bukannya nak beli gincu dia dengan duit itu. Takkan itu pun masuk akal. Hasil negara bertambah baik..sistem percukaian bertambah baik. Cuma kalau ada masalah…masalah ini sedang di selesaikanlah . Saya nak cadang kepada kerajaan cepat ambil tindakan gunakan Akta pencatutan . Ini lebih bahaya daripada IS..ini bunuh ekonomi,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO