Tuesday, May 05, 2015

PRK Permatang Pauh : Bila Kubu Sendiri Pun Ada Pengundi Hantu….

IMG-20150505-WA0015
5 Mei 2015, Permatang Pauh : Sekalipun Permatang Pauh adalah kubu kuat pembangkang dengan Azizah, Anwar laki bini bersilih ganti di kawasan itu dan menang sejak 1999 (tiket PKR), macam tak percaya saja bila masih wujud kebimbangan ada pengundi hantu di kawasan tersebut.

Inilah dakwaan yang disebut pemimpin PKR dalam satu sidang media di Yayasan Aman, Permatang Pauh sebentar tadi.

Cerita pengundi hantu ni penulis betuk tak faham.  Selain Permatang Pauh itu sendiri kubu kuat, pembangkang menang 3 negeri dan jumlah wakil parlimen paling ramai dalam sejarah, masih nak dakwa wujud pengundi hantu?

Dari PRU13 lagi dah wujud cerita pengundi hantu ni, tapi apa pun takdak.  

Bukti satu pun tak boleh bawak, harap bung bang bung bang dalam FB sajalah.  Jika wujud pengundi hantu, bawa pi SPR, bukan memekak dalam FB.

Sekarang ni kubu kuat sendiri pun di dakwa ada pengundi hantu juga?  Gila macam mana?  
Kalau betul ada pengundi hantu, bertanding tu buat apa, baik bagi BN menang saja.  Ini tidak, hantu hantu juga, bertanding tak pernah yang tidak.

Penulis bagaimana pun berpandangan cerita pengundi hantu ini hanyalah alasan prepaid kalau-kalau majoriti Azizah menurun dengan drastiknya.  Menurut maklumat, PKR sendiri tak yakin majoriti akan sebanyak PRU13 yang Anwar perolehi.  Majoriti yang itu pun merosot lebih 3 ribu ribu undi berbanding pilihanraya kecil sebelumnya iaitu bila Azizah letak jawatan untuk jaga cucu dan beri laluan pada Anwar tahun 2008 dulu.

Sebab itu nampak kecut perut betul PKR kali ini, tak macam sebelum-sebelum ni, confident saja.  Kata rakyat di sebelah mereka, kata rakyat menentang BN sebab GST tapi kubu kuat sendiri pun boleh goyang, apa cerita?

Modal Anwar kalau kalah (dalam kes ini majoriti jangka merosot) pilihanraya macam inilah, pengundi hantu tapi apa bukti, habuk pun tarak.

Disediakan oleh : EDITOR

Celcom Beri Sokongan Kepada Cadangan Menteri Berhubung Nilai Prabayar

5 Mei 2015, Kuala Lumpur : Syarikat telekomunikasi utama, Celcom Axiata Bhd memberi sokongan penuh kepada cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk mendapatkan nilai muka RM10, bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar RM10.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly berkata beliau memberikan sokongan 100 peratus dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/2/2d/Celcomlogo.png
“Kami masih tidak tahu bagaimana penilaian beliau, tetapi kami akan memberikan sokongan penuh untuk manfaat rakyat Malaysia pada amnya.

“Saya amat yakin bahawa menteri kita, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mencari penyelesaian terbaik untuk semua,” katanya kepada Bernama.
http://www.itu.int/tlc/photos/photo_2160509_org.jpg
Ahmad Shabery dalam sebuah program terbitan RTM malam ini berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10′.

Beliau berkata pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengarahkan syarikat telekomunikasi menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan CBP pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei itu ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan bahawa kad prabayar akan terus dijual dengan caj CBP dan agak mustahil bagi penyedia perkhidmatan melaksanakan perubahan yang diperlukan dalam tempoh dua hari.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10′.

Menurutnya, pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.

“Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.

“Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak,” kata Ahmad Shabery dalam program Edisi Khas ‘Suara Kita Hak Kita’ terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 malam ini.

Ahmad Shabery, yang ditugaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar susulan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), mengupas topik ‘#Topup: Apa Masalahnya?’ dalam program yang berlangsung kira-kira sejam itu.

Ahmad Shabery seterusnya mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu, oleh yang demikian, beliau memohon maaf.

“Ini sistem baharu, ada teething problems. InsyaAllah kalau salah, kita akui salah. Yang perlu dibaiki, kita baiki,” katanya sambil memohon kesabaran rakyat untuknya menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau menjelaskan sehingga perkara itu diputuskan dalam masa terdekat, jualan kad prabayar telefon akan dibuat menggunakan harga sekarang iaitu dengan tambahan enam peratus CBP.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengarahkan syarikat telekomunikasi agar menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan CBP pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei itu ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula pada sistem bagi menyelaraskan harga jualan.

Berhubung formula ‘beli RM10, dapat RM10′ itu, Ahmad Shabery yang menganggap tugas menyelesaikan isu harga kad prabayar sebagai satu cabaran, mengharapkan kesediaan syarikat telekomunikasi untuk memahami hasrat itu.

Beliau menegaskan bahawa seperti mana kerajaan, syarikat telekomunikasi juga perlu sensitif kepada kemahuan rakyat memandangkan bidang perniagaan yang mereka ceburi sememangnya memerlukan sokongan orang ramai.

Menteri itu menghuraikan apa yang menjadi harapan rakyat iaitu aspek mampu milik (affordability) serta kualiti perkhidmatan dan pengalaman ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan (quality of service and quality of experience).

Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata kedua-dua aspek itu hanya akan dapat dipenuhi apabila sektor telekomunikasi mempunyai infrastruktur yang baik, dan ini memerlukan syarikat telekomunikasi yang ‘sihat’ dalam memenuhi tuntutan itu.

Ini kerana, penyediaan infrastruktur komunikasi termasuk jalur lebar memerlukan pelaburan yang amat besar, katanya.

Dipetik daripada sumber : Bernama

Monday, May 04, 2015

Pembangkang Terdesak Kkeluar ‘Fatwa’ Songsang

5 Mei 2015, Permatang Pauh : Tindakan boikot oleh ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh menye­babkan pembangkang kini berada dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut sehingga sanggup ‘memfatwakan’ jika tidak mengundi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, pengundi kawasan itu mungkin tergolong da­lam kalangan yang tidak diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.

Seolah-olah cuba memperbodoh­kan pemikiran pengundi ter­ma­suk ahli Pas sendiri, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, yang dilabelkan salah se­­orang daripada kumpulan Anwarinas dalam parti itu, memetik sebuah hadis Ra­sulullah bagi menyokong ‘fatwa’ berkenaan, sambil ligat menuduh UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan zalim.

Ironinya, tuduhan zalim yang dilemparkan Khalid tersebut ha­nya berkisar kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya Ketua Pembangkang yang disabitkan bersalah dan dipenjara lima tahun kera­na meliwat bekas pembantu periba­dinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu difitnah, meskipun sudah melalui proses perundangan panjang selain fakta kes jelas menunjukkan hakikat yang sebenarnya.

Malah, bagi mewajarkan ‘fatwa’ berkenaan, Ahli Parlimen Shah Alam itu tergamak pula mempertahankan amalan nepotisme Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan me­­nyifatkan dalam kes Wan Azizah, persoalan nepotisme tidak ber­bangkit sama sekali, walaupun saling bertukar kedudukan calon dengan suaminya melibatkan kawasan Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Mengundi Wan Azizah adalah wajib atas dasar menolak dan menentang kezaliman. Ia amat perlu untuk menentukan momentum menjatuhkan UMNO dan BN dite- rus­kan. Segala alasan untuk tidak mengundi beliau adalah propaganda UMNO dan BN walaupun ke­nyataan itu keluar daripada mulut bukan orang UMNO dan BN kerana tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah menjadi alat pihak lawan dan musuh.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2nC3mi-lPcZFJyRv-cmDpRVOdyelrmc66oz9PGGydGnUhB19MVYB-tXfuWPE-u_3OxRW0tfsPGuX2E6IZS_UGg-YkNuU0bzXELyg8Qf6rK47RtpLrFA4iGHwAIMCzBOo0KpQSWb1C1vHK/s1600/ulama+PAS+2.JPG
“Sekiranya kita tidak menyo­kong Wan Azizah dalam pilih­an ra­ya kecil (PRK) ini, maka amat sangat ditakuti bahawa kita dilihat berdiri bersama pihak yang mela­kukan kezaliman dan amat kita khuatir, bahawa kita akan digolongkan dengan mereka yang nabi tidak mengaku sebagai umatnya,” kata- nya sebagaimana dipetik daripada laman blognya, http://www.khalidsamad.com.

Ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh bertindak memboikot kempen PRK kawasan itu selepas desakan mereka agar PKR memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin, yang menghina Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang da­lam isu hudud tidak dilayan oleh se­kutunya itu.

Dalam pada itu, Khalid turut menyelar ahli Pas kerana menimbulkan isu nepotisme dengan meng­anggap pihak yang mempersoalkan perkara tersebut sebagai tidak faham maksud sebenar nepotisme.

Dipetik daripada sumber : Utusan

MARA Terus Memperkasa Usahawan Bumiputera

5 Mei 2015, Kuala Lumpur : Pengagihan peruntukan RM165 juta kepada usahawan bumiputera di seluruh negara menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi terutama dalam kalangan peserta terlibat.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/c/c6/Majlis_Amanah_Rakyat_logo.png
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu sekali gus mengangkat martabat golongan bumiputera agar terus mampu memberikan saingan ke arah mencapai kejayaan.

“Saya menyeru kepada semua yang layak mendapatkan bantuan perniagaan ini supaya tidak melepaskan peluang yang disediakan kerajaan.
http://www.sayangsabah.com/wp-content/uploads/2015/03/Shafie-Afdal.jpg
“Rebutlah, ambillah dan berusahalah agar kita dapat menikmati kekayaan bumi bertuah ini bersama-sama,’’ katanya dalam program Mara bersama komuniti usahawan di Arked Mara di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shafie, kerajaan akan terus membantu golongan usa­hawan dalam bentuk pembiayaan bagi membolehkan mereka membina keupayaan dalam perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, Mara juga memperkenalkan beberapa skim baharu untuk kemudahan usahawan berkaitan teknikal.

Katanya, skim itu dirangka bagi memperkasakan lagi penglibatan bumiputera dalam bidang perusahaan teknikal secara meluas.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Kadir Jasin Lupa 11 Mei Sambutan Ulang Tahun UMNO?

EDITOR MENULIS...

5 MEI 2015

Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A. Kadir Jasin, mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan dengan 60 Ketua Bahagian UMNO (yang bukan ahli Parlimen) pada minggu hadapan.
kadir_tipu
Menurut beliau lagi Setiap Ketua UMNO Bahagian ini akan menerima RM 500,000 peruntukan untuk bahagian masing-masing.

Dalam artikel blog beliau yang penuh dengan khabar angin,  dakwaan dan serangan peribadi “below the belt” kepada Perdana Menteri itu, kadir mendakwa perjumpaan tersebut bagi mengukuhkan solidariti kepada Perdana Menteri.

Dilihat dari yang buat dakwaan dan gerakan yang dikaitkan dengannya, dipercayai tujuan penyebaran fitnah jahat ini adalah untuk menjejaskan kemenangan BN/UMNO dalam piliharaya kecil Rompin yang berlangsung esok.

Kadir mungkin berniat jahat untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan UMNO atau sekadar diberi maklumat yang salah.

Memang benar minggu hadapan ada perjumpaan Perdana Menteri dengan UMNO. Namun ia merupakan acara tahunan iaitu Sambutan Ulang Tahun UMNO yang disambut setiap 11 Mei.

Jadi perjumpaan tersebut bukanlah perjumapaan sulit dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian yang bukan ahli Parlimen tetapi dengan semua pimpinan UMNO dan ahli yang ada kelapangan hadir...

Malah Kadir Jasin dan Tun Mahathir patut turut hadir meraikan hari ulang tahun UMNO yang mungkin hanya tinggal beberapa tahun lagi jangka hayatnya jika terus diburuk dan dijijikkan oleh kumpulan mereka.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ7DkHdE3Me1l5j4jyq8rQzts9Ch8HoHl48pDgDKJSNnm7vTE6-b-dHIS1DI2ltxMGRRtaagpuydFFo67Gw-Iv2nw84O5IXNjx8OOSuooP6Z2P0w2uL9qedA7UqZSe5yj41ETpffVagqo/s400/2012-01-21+00.53.18+2.png
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Muhyiddin Pertahan GST dan BR1M, Sindir Tun Daim

4 Mei 2015, Rompin  : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak saranan Tun Mahathir Mohamad dengan memberi komitmen penuh kepada keputusan kerajaan dalam melaksanakan sistem cukai GST dan pemberian subsidi menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Muhyiddin menegaskan sungguh GST adalah sesuatu yang menimbulkan kemarahan ramai namun ia tetap dilaksanakan demi kepentingan negara pada masa akan datang. 
https://dinmerican.files.wordpress.com/2013/04/tan-sri-muhyiddin-yassin2.jpg
“(Hasil kutipan GST) mungkin kita tambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mungkin bantuan-bantuan lain…takkan kita nak pinjam bank-bank dunia,” katanya, yang juga merupakan timbalan presiden Umno. 

Berucap ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti di Felda Keratong 4, Pahang, Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan pelaksanaan BR1M yang dikritik oleh Tun Mahathir akan tetap diteruskan sebagai satu mekanisme membantu rakyat.

“Ada orang tidak setuju, dia kata (BR1M) membazir…saya tidak mahu kata siapalah. (Dia kata) bagi pun dia (pengundi) tak sokong, yalah bagi PAS memanglah tidak sokong.” 

“Kalau nak tarik balik BR1M tuan-tuan setuju atau tidak?” katanya, lalu disambut jeritan “Tidak!” daripada peneroka Felda. 
http://img.astroawani.com/2013-03/81364086376_295x200.jpg
Kenyataan Muhyiddin ini dilihat sebagai menolak cadangan Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang mahu menghapuskan BR1M.

Tun Daim dilaporkan pernah berkata bahawa pemberian BR1M ini hanya menguntungkan Pas kerana ia membolehkan penyokong Pas yang menerima BR1M menderma kepada tabung Pas.

BR1M diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi subsidi langsung kepada rakyat bagi mengatasi masalah pemberian subsidi pukal kepada korporat-korporat dalam perniagaan gula dan petrol.

Kenyataan Muhyiddin ini dilihat oleh pemerhati politik sebagai komitmen Timbalan Perdana Menteri menyokong kepimpinan Mohd Najib Razak yang sedang diasak oleh Tun Mahathir Mohamad agar meletak jawatan.

Sebelum ini Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad muncul dalam rancangan bual bicara TV3 minggu lalu menyatakan mereka yang mempunyai undi menentukan kedudukan Perdana Menteri telah membuat keputusan menyokong terus Mohd Najib Razak meneruskan kepimpinan negara.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Saya Tidak Terbabit Dengan Saranan Tun M Agar Najib Berhenti – Ridhuan Tee

ridhuan tee 

4 Mei 2015 : Minggu lalu saya dijemput Gabungan NGO Prihatin dalam bercakap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Mahathir (Tun M). Jemputan dibuat kerana pihak penganjur mahu orang akademik bercakap kerana mereka sudah muak dengan orang politik. Atas dasar sangka baik, saya menerima jemputan tersebut. Saya diberi peluang untuk bercakap selama 15 minit sebelum Tun M bercakap.

Saya tidak berpihak mana-mana. Inti pati ucapan saya adalah krisis yang berlaku antara Tun M dan PM tidak menguntungkan umat Islam. Sudah tentu ultra kiasu yang untung besar dan mengambil kesempatan. Bincanglah apa yang benar, apa yang salah, bukannya siapa benar, siapa salah. Tidak semestinya saya terikat dengan pandangan Tun, terutama dalam isu hudud. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, meskipun saya diberitahu supaya bercakap senada dengan Tun.

Tiba-tiba portal ultra kiasu melaporkan saya terlibat menganjurkan program tersebut dan setuju dengan Tun M agar PM meletak jawatan. Bila pula saya berkata demikian. Ini adalah pembohongan. Hati-hati.

Negara ini mesti diselamatkan daripada jatuh ke tangan ultra kiasu dalam krisis Tun-PM. Umat Islam mesti bersatu atas nama kebenaran, tidak kira Umno atau Pas. Kita sudah tidak ada banyak masa. Perbalahan yang tidak menguntungkan mesti dihentikan sebelum terlambat.

Ketika pertikaian antara dua sahabat mulia Nabi, Saidina Ali dan Muawiyah dalam Perang Sifin, umat Islam berpecah dan hati berbelah bahagi. Hati bersama Ali, pedang bersama Muawiyah. Mana satu nak dipilih? Inilah dilema yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

Ali dan Muawiyah, kedua-duanya dijamin syurga. Tidak berani saya untuk jatuhkan hukuman siapa benar, siapa salah. Iktibarnya daripada peristiwa ini adalah, kepentingan umat Islam mesti diutamakan daripada individu. Masa hadapan lebih penting dari masa kini.

Pemimpin datang dan pergi. Tetapi kerajaan, negara dan rakyatnya tetap kekal, sehingga kiamat. Apa pun juga tindakan kita, pastikan tidak merugikan generasi akan datang. 

Cadangan saya adalah, PM dan seluruh pemimpin tertinggi Umno, serta mereka yang ikhlas, duduklah semeja dan berbincang, apakah jalan terbaik untuk menyelamatkan negara ini.

Berkorbanlah untuk agama, bangsa dan negara. Jika benar kita salah, mengakulah. Jika tidak, teruskanlah. Jangan terus menerus menegakkan benang yang basah. Rakyat sudah muak dengan permainan ini.

Saya tidak boleh bayangkan jika kepemimpinan negara ini jatuh ke tangan ultra kiasu. 

Paling kurang pun mereka akan minta jawatan timbalan PM. Mereka akan desak sekolah perkauman, rumah ibadat ditambah. Sijil UEC diiktiraf. Tanah-tanah yang diduduki secara haram, diberikan pajakan 999 tahun. Begitu juga dengan ladang khinzir, kilang arak, judi, kelab malam akan bertambah.

Bukanlah kita hendak menidakkan hak golongan minoriti. Tetapi apa yang ada pada hari ini sudah lebih dari mencukupi. 

Saya tidak kata, apa yang Umno BN lakukan sehingga kini semuanya betul. Masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama dalam aspek integriti. Cuma saya tidak dapat menerima, apabila kita terusan berpecah.

Sekiranya rally bersama Tun diteruskan, umat Islam akan terus bersepai. Sebelum ini, Tun selalu mengingatkan kita, umat Islam akan menjadi semakin lemah jika terus berpecah. 

Hari ini bukan sahaja sudah berpecah, tetapi retak menanti belah.

Memahami budaya politik Melayu, pengikut masing-masing mudah menjadi fanatik. Lebih malang lagi apabila tidak dapat membezakan mana benar, mana salah. Menyorak dan mengutuk sehingga tidak sedar diri.

Saya tidak nafikan selama 22 tahun Tun menjadi PM, banyak perubahan dan pembangunan yang kita nikmati. Saya setuju dengan kenyataan Tun, kita nampak wang yang ‘hilang’ itu. Namun, lagak Tun menyerang lagak PM, agak menakutkan saya.

Pada satu ketika Tun pernah berkata, tidak akan menyebelahi atau bersama pembangkang meskipun menentang pemimpin Umno BN. Hari ini ceramah Tun rata-rata dipenuhi pembangkang dan bekas pemimpin Umno yang menyertai pembangkang.

Sehingga ada bekas menteri yang menunggu seawal 7 pagi, sebelum Tun sampai pada jam 10 pagi. Bekas menteri tersebut turut menyarankan agar tidak menjemput saya lagi dalam rally akan datang. Pinggan tak retak nasi tak dingin.

Akhirnya, krisis ini langsung tidak menguntungkan umat Islam. Berubahlah sebelum rebah seperti yang PM kata. Jika ada yang dikatakan Tun itu betul, maka perbetulkanlah dengan segera, sebelum parah. Jika ada yang dibangkitkan itu serkap jarang, maka perjelaskanlah.

Dilema antara hati bersama Ali dan senjata bersama Muawiyah mesti diselesaikan. Jangan sampai terperangkap, jika tidak, pasti kita akan menyesal kemudian hari. 

Memetik penulisan oleh : Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

Fenomena Luar Biasa, Selepas 17 Tahun Jentera BN Tembusi Kubu Di Permatang Pauh

5 Mei 2015, Permatang Pauh : Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, satu fenomena yang agak luar biasa berlaku di permatang pauh sepanjang tempoh berkempen setakat ini apabila jentera kempen BN kini sudah boleh menembusi kubu-kubu kuat PKR yang dahulunya langsung tidak dapat ditembusi.

Menurut beliau, pada pilihanraya kecil kali ini, jentera Pemuda, Wanita dan Puteri termasuk parti-parti komponen kini sudah boleh masuk ke kubu-kubu kuat PKR untuk berkempen dan perkara ini tidak pernah berlaku di sepanjang tujuh pilihanraya yang lalu.
DSC_1981_editedSLIDER2
“Kubu-kubu kuat ini dulunya kita tidak mampu untuk masuk berkempen tetapi hari ini kita boleh lihat jentera-jentera BN sudah berjaya menembusi masuk ke kubu-kubu kuat PKR untuk menjalankan gerak kerja kempen.

“Ini bagi saya adalah satu fenomena yang agak luar biasa di kawasan Permatang Pauh ini memandangkan ianya merupakan kubu kuat PKR sejak tujuh pilihanraya yang lalu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau juga merasa agak pelik dengan kelembapan jentera-jentera kempen pihak pembangkang, khususnya PKR di dalam pilihan raya kecil kali ini.

“Saya mengandaikan perkara pelik ini berlaku ekoran daripada krisis dan perpecahan dalaman di dalam pakatan pembangkang hari ini telah mengakibatkan jentera mereka bergerak dengan begitu perlahan hari ini,” ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau, biarpun kelihatan wujudnya fenomena luar biasa apabila kubu-kubu kuat PKR di kawasan ini mampu ditembusi oleh jentera BN, termasuk situasi pelik berhubung kelembapan jentera kempen PKR, namun BN tidak boleh melihat perkara ini sebagai satu faktor selesa.

“Saya berpandangan dalam hal ini, jentera BN perlu bergerak lebih aggresif dan mendepani jentera-jentera pihak pembangkang dan terus masuk ke kubu-kubu kuat PKR untuk menambat hati pengundi, serta menjelaskan berhubung manifesto BN di Permatang Pauh sekiranya menang pada PRK kali ini.

“Kita mesti terus bergerak dari masa ke semasa dan memanfaatkan tempoh berkempen ini dengan sebaik mungkin dan jangan memandangkan kita mempunyai kelebihan berdasarkan kemelut dan krisis dalaman yang berlaku di antara parti pembangkang,” jelasnya.

Sepanjang kempen yang sudah berlansung hampir ke penghujung ini, beliau mendapati sambutan yang diberikan oleh warga Permatang Pauh dan penerimaan terhadap calon BN amat positif dan memberangsangkan.
CEFlNaWVEAMcpbc
“Saya lihat kekuatan BN pada kali ini adalah kerana faktor calonnya. BN memilih seorang calon yang tidak ada isu, yang bersih, profesional dan juga masih muda, jika mahu dibandingkan dengan calon pakatan pembangkang.

“Ini merupakan satu kelebihan kepada BN dan saya pasti sekiranya Suhaimi diberikan peluang untuk mengemudikan parlimen Permatang Pauh ini, pastinya beliau akan berusaha untuk membuat banyak perubahan bukan setakat apa yang dijanjikan di dalam manifesto malah mungkin lebih dari itu,”katanya.

Apabila ditanya berhubung kegagalan PKR untuk mengeluarkan manifesto sepertimana yang dilakukan oleh BN, Rafizal berkata bahawa ini memperlihatkan bahawa PKR tidak mempunyai hala tuju dan matlamat untuk membangunkan kawasan ini,

“Saya rasa PKR dan juga pakatan pembangkang perlu rasa malu kerana gagal mengeluarkan manifesto dengan alasan tidak perlu manifesto kerana kerajaan negeri telah berjanji ketika pilihanraya umum yang lalu.

“Ini sebenarnya adalah satu kelemahan yang cuba disembunyikan oleh pakatan pembangkang, khususnya PKR yang mana sebenarnya mereka tidak mempunyai hala tuju untuk penduduk di Permatang Pauh sekiranya mereka menang lagi di parlimen kawasan ini,” tegasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Tunaikan Tanggungjawab Sebaik Mungkin Sebagai Pengundi – Tg Adnan

5 Mei 2015, Rompin : Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyeru para pengundi menunaikankan tanggungjawab sebaik mungkin bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Menurut beliau tanggungjawab berkenaan cukup besar dan pengundi seharusnya membuat pilihan dengan penuh bijaksana demi kesinambungan yang ada di Rompin hari ini.
TPM / MUADZAM SHAH / PRK ROMPIN
“Janganlah melupakan jasa kerajaan hari ini yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. Apa yang penting tentunya segala perancancangan dan pembangunan yang sebelum ini diusahakan oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis perlu diteruskan demi penduduk setempat,” katanya.

Hari ini ini merupakan hari mengundi bagi PRK Parlimen Rompin. BN meletakkan Datuk Hasan Arifin sebagai calon manakala Pas meletakkan Nazri Ahmad sebagai calonnya.

Beliau turut menyeru jentera parti agar berdisiplin dan membawa keluar seramai mungkin pengundi ke pusat-pusat pengundian.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

Jangan Lupa Jasa Kerajaan Walaupun Tidak Berpuas Hati Dengan Pelbagai Isu – Muhyiddin

4 Mei 2015, Muadzam Shah : Rakyat diminta tidak melupakan jasa kerajaan dalam membangunkan negara ini walaupun kini tidak berpuas hati dengan beberapa isu termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar wujudnya rasa tidak puas hati rakyat dan akan menggandakan usaha bagi melindungi kepentingan mereka.

“Saya harap mereka tidak marahkan kerajaan sebegitu rupa sehingga mereka lupa tentang usaha kita lakukan selama ini untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti di FELDA Keratong 4 dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin.

Muhyiddin berkata kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan berikutan pelaksanaan CBP sehingga membebankan kehidupan rakyat.

“Yang penting tindakan di peringkat penguatkuasaan, dan kita sudah memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga ini bagi melindungi kepentingan pengguna,” katanya.
ROMPIN -- Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 4 di sini hari ini. 4 Mei 2015. Foto-MediaUMNO
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata segala isu berbangkit ketika kempen PRK Parlimen Rompin telah diperjelaskan dengan terperinci.

“Sehingga kini kita tidak ada masalah besar, kita dah kenal pasti isu dan sebahagiannya kita telah jelaskan, seperti isu FELDA,” katanya.

Justeru beliau yakin rakyat di kawasan parlimen itu akan memberi sokongan yang besar kepada kerajaan.

Beliau turut mengingatkan pengundi yang menyokong BN supaya tidak begitu selesa sehingga tidak keluar mengundi esok, manakala yang berada di luar kawasan pula tidak pulang untuk mengundi sehingga menyebabkan jumlah majoriti berkurangan.

Ditanya jika BN menang di PRK Rompin, sama ada kemenangan itu memberi kesan pada PRK Permatang Pauh, Muhyiddin berkata menjadi harapan BN untuk membawa limpahan kejayaan itu ke sana.

Namun, katanya, situasi, latar belakang dan isu berbangkit di kawasan Parlimen Permatang Pauh jauh berbeza dengan Parlimen Rompin.

Timbalan perdana menteri turut berkata adalah tidak munasabah untuk menjadikan CBP sebagai kayu pengukur dalam menentukan penerimaaan dan penolakan rakyat dalam kedua-dua PRK itu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, kemudian menghadiri taklimat tertutup jentera BN di pejabat UMNO Bahagian Rompin.

Beliau yang tiba jam 5.20 petang berada kira-kira 45 minit mendengar taklimat yang disampaikan Setiausaha UMNO Bahagian Rompin Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

PRK Rompin menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pada 4 April lalu akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Sejumlah 52,744 pengundi layak untuk mengundi di 38 pusat mengundi esok, manakala 464 atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Khamis lalu.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO