Wednesday, July 01, 2015

MBI Saman Faekah, 8 Bekas Pembantu Khalid Ibrahim

30 Jun 2015, Kuala Lumpur : Menteri Besar Incorporated (MBI) akan memfailkan saman ke atas lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika gagal mengembalikan bayaran pampasan RM2.7 juta yang diterima mereka.

Memetik laporan The Malaysian Insider, wakil peguam MBI, Shahir Razak, berkata, ianya telah difailkan bulan lepas disebabkan defenden tidak layak menerima pampasan tersebut.

Anak guamnya turut menuntut defenden terbabit membayar faedah lima peratus ke atas jumlah yang dituntut, pampasan kewangan lain dan kos.

Mereka yang terlibat ialah Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Dr Sulaiman Masri, Abdul Halim Mohamed Yusof, Tuan Nazuri Tuan Ismail dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin.

Faekah diwakili peguam Edmund Bon.

Kesemua defenden dilaporkan menerima pampasan sejurus Khalid melepaskan jawatannya tahun lalu.

Walaubagaimanapun, MBI bersedia menggugurkan saman berkenaan jika defenden bersetuju memulangkan wang yang diterima itu.

Pada 3 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, meminta agar wang tersebut dipulangkan kembali kerana beberapa perkara didapati melanggar tatacara peraturan kewangan. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mamat ALVIN ini Tanya Soalan BODOH Plak...Dalam FB

Berbalik kepada soklan Alvin. Secara jujur, aku pun tak tau nak bagi jawapan soklan bijaksana dia ni.

Tapi aku boleh sarankan pada Alvin untuk mencari jawapan dari pejuang2 / ulamak ISIS.

Cuba tanya mereka, kenapa wanita di tanah Arab pakai jubah hitam siap dgn hijab dan purdah. Walhal negara Arab kita tahu tiada awan (sedikit) dan cuaca yg sgt panas.

Aku pasti Alvin akan jumpa jawapan dari mereka.

Sama ada kepala dia dipenggal atau di bakar dalam kandang. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Terkini!! Wan Azizah Mintak Tolong Najib Razak!!

30 Jun 2015 : Hari ini, Wan Azizah MP Permatang Pauh telah menulis dalam twitter beliau meminta tolong DS Najib Razak. Lihat printscreen di bawah:

Sebelum itu, Wan Azizah mendakwa tahap kesihatan Anwar Ibrahim semakin teruk dan amat membimbangkan. Beliau menuduh bahawa Anwar Ibrahim telah dinafikan akses kepada rawatan-rawatan yang amat beliau perlukan.

Bagaimana pun, pemeriksaan perubatan terhadap Anwar Ibrahim disepanjang rawatan beliau di HKL pada 2-5hb Jun lepas tidak menemukan bukti beliau mengalami sebarang keadaan kesihatan akut, kata Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pihak HKL juga berkata, Anwar dibenarkan keluar setelah menjalani semua pemeriksaan perubatan yang dijadualkan.

"Memandangkan keadaan kesihatannya adalah stabil, maka keadaan beliau akan dikaji dari semasa ke semasa untuk memastikan beliau sentiasa berada dalam keadaan baik," kata HKL. Kenyataan ini sahaja telah membuktikan bahawa tuduhan Pakatan Pembangkang itu tidak berasas dan liar.

Polemik 'Anwar sakit' ini juga tentu mengingatkan kita kepada pelbagai pembohongan kononnya banduan peliwat ini terkena racun arsenik atau suntikan HIV sebelum ini yang bertujuan untuk meraih simpati rakyat. 
Anwar sakit belakang, bahu & sakit sendi arthritis tapi ok naik basikal ..
Jabatan Penjara juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan liar Pakatan Pembangkang kononnya Anwar tidak diberi rawatan yang sepatutnya. Jabatan tersebut tidak pernah menghalang seseorang banduan untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital setelah disyor atau diarahkan oleh pegawai perubatan yang memeriksa banduan berkenaan.
Kenyataan penafian itu dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia yang ditandatangani Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Penjara Malaysia Supri Hashim bagi menjelaskan mengenai situasi semasa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
“Berasaskan prosedur penjara, semua banduan akan diperiksa kesihatannya oleh pegawai perubatan yang terdapat di seluruh penjara semasa kemasukan dan dari semasa ke semasa jika keadaan memerlukan. 
“Seterusnya, bagi banduan yang memerlukan rawatan lanjut di hospital luar penjara termasuk rawatan dari pakar akan segera dirujuk oleh pegawai perubatan berkenaan,” jelas kenyataan itu. 
Menurut kenyataan tersebut, keperluan pemeriksaan dan rawatan kesihatan Anwar sejak menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh juga mengikut prosedur berkenaan. 
"Sejak menjalani hukuman penjara mulai 10 Februari 2015 hingga 29 Mei 2015, beliau telah diperiksa kesihatannya oleh panel pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala bagi pemeriksaan harian pula dilaksanakan oleh Pegawai Perubatan Penjara Sungai Buloh,” katanya. - sumber

Sebagai seorang doktor perubatan, MiM telah ditanya tentang simptom dan jenis penyakit yang dihidapi oleh Anwar Ibrahim. Difahamkan bahawa beliau menghidapi tekanan darah tinggi dan sedang menjalani rawatan ubatan. 

Beliau juga didakwa sakit bahu disebabkan kemalangan setahun lalu, satu simptom yang sepatutnya telah dirawat semasa beliau masih bebas lagi. 4cm ketumbuhan juga didakwa terdapat di buah pinggang Anwar yang berkemungkinan benign non-cancerous? 

Yang peliknya ialah pengakuan MP PKR yang mendedahkan kesan darah dalam sampel najis Anwar Ibrahim, satu simptom yang biasanya malu atau taboo untuk diberitahu kepada orang lain apatah lagi disiarkan di dalam media.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ceramah G18 Di Temerloh Terlalu Padat Dengan Orang Ramai !

Perhimpunan itu yang menampilkan bekas Menteri Besar Perak, Mohammed Nizar Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Awang Ahmad; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; bekas Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Abd Malik dan Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri itu hanya mampu menarik perhatian kira-kira 200 orang.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ohhhh...Ingat Tak Siapa Yang Batalkan Perjanjian Air Itu? Bukan Kau Azmin Ali

Kau gi batalkan perjanjian air yg dibuat oleh Khalid Ibrahim dulu kenapa? Lagi mau kecoh.. Kerana PHD yg bersarang dlm hati kau ni la semua rakyat Selangor merana tau tak... .. Menyusahkan org je keje.. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ziela Jalil Mohon Maaf Jika Dramanya Dianggap Terpesong...Inilah Fikiran Manusia Tak Semuanya Setuju Semua


1 Julai 2015, Petaling Jaya : Penerbit drama Ziela Jalil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan beberapa adegan dalam drama terbitannya, Dia Isteri Luar Biasa yang dianggap terpesong daripada ajaran agama Islam.

Ziela berkata, dia mengambil komen-komen tersebut secara positif namun menyifatkan drama-drama penerbitannya itu masih lagi ada unsur-unsur teladan yang boleh diambil contoh.

"Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.

"Bukan senang... Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.

"Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Ziela yang juga penerbit Pena Kreatif Sdn Bhd diminta mengulas surat terbuka kiriman pembaca di sebuah blog kepadanya yang mengkritik drama itu kerana memaparkan adegan tidak sepatutnya ataupun mengundang maksiat.

Ini kerana terlalu banyak adegan mesra secara berlebih-lebihan lakonan Fathia Latiff dan Shukri Yahya sebagai suami-isteri sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton apatah lagi drama itu ditonton bersama anak-anak.

Individu berkenaan turut berkata, drama-drama seperti itu mampu merosakkan akidah kanak-kanak yang masih lagi belajar ilmu agama dan boleh mengundang kekeliruan antara ajaran dan drama yang dipaparkan sedangkan pelakon tersebut bukanlah suami-isteri di luar drama.

Sementara itu, Ziela berkata, golongan penerbit sepertinya tidak patut dipersalahkan sekiranya ada kanak-kanak rosak akhlak dan ia tiada kaitan langsung dengan drama tersebut.

"Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama lain.

"Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri," tegasnya.

Drama Dia Isteri Luar Biasa disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.55 petang di TV3.

Episod terakhir drama bersiri itu telah disiarkan pada Selasa. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Greece Menuju Negara Bankrap...Inilah Bahayanya

30 Jun 2015, Athens : Penduduk Greece, semalam bingung selepas mereka tidak boleh mengeluarkan wang lebih banyak melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM), berbanding warga asing yang berada di negara ini.

Mereka hanya dibenarkan mengeluarkan wang sebanyak 60 euro (RM251) sehari, jumlah yang terlalu sedikit berbanding keperluan mereka, sekali gus mendorong rak­yatnya mengadakan tunjuk perasaan membantah langkah kerajaan itu.

Pakar ekonomi melihat langkah tersebut bertujuan mengatasi ‘masalah kecairan’, namun bagi rakyat, mereka merasakan se­perti ‘dirompak’.

“Mengapa saya tidak boleh me­­ngeluarkan wang saya sendiri? Mung­kin saya perlu pergi ke cawangan bank lain,’’ keluh seorang warga emas, Dimitris Togias, 70, seperti lapor Mail Online.

Selain menyekat pengeluaran wang dari mesin ATM, kerajaan turut menutup bank dan bursa saham, dipercayai untuk tempoh seminggu, langkah yang ada kaitan dengan perjanjian bagi menyelamatkan ekonomi yang ditawarkan Brussels, yang akan tamat tempoh hari ini.

Sekiranya gagal membayar semula pinjaman berjumlah 1.6 bilion euro (RM6.7 bilion) kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Greece kini hampir menuju menjadi sebuah negara bankrap, sekali gus akan menyebabkan negara berkenaan ter­singkir daripada menjadi anggota Kesatuan Eropah.

Lebih memeritkan, kerajaan turut mengenakan sekatan mengisi petrol iaitu hanya sebanyak 20 euro (RM83) bagi setiap kende­raan.

Keadaan ‘kelam kabut’ itu mendorong rakyat Greece mula menyim­pan bekalan makanan selepas pasar raya melaporkan bekalan makanan akan kehabisan.

“Kita seolah-olah sedang berperang,’’ kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Kebimbangan dalam kalangan pen­duduk Greece berhubung ke­adaan ekonomi negara memuncak pada Jumaat lalu selepas kegagalan run­dingan antara Greece dan beberapa negara Kesatuan Eropah tentang pakej baharu menyelamatkan ekonomi Greece berjumlah 12 bilion euro (RM50 bilion). 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Wowww.....TMJ Dapat Hadiah Jet Sempena Ulang Tahun Keputeraan

1 Julai 2015, Petaling Jaya : Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun keputeraan pada Selasa menerima sebuah jet daripada ayahandanya sebagai hadiah.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyampaikan pesawat berkenaan kepada Tunku Ismail sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31.

Gambar Tunku Ismail menerima jet itu dimuat naik ke laman Facebook Johor Southern Tigers.

Selain itu Tunku Ismail memaklumkan akan mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri ini untuk berbuka puasa.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, beliau juga berniat untuk menghulur sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di negeri itu.

"Saya telah membuat keputusan itu, setelah menerima pandangan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

"Demikianlah niat saya," kata Tunku Ismail.

Tunku Mahkota Johor, menerusi laman sosial berkenaan, turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang mengucapkan selamat serta mendoakan baginda sempena hari keputeraan itu.

Beliau turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

Trend Eksklusif Dalam PAS Menjejaskan Parti - Khalid

1 Julai 2015, Shah Alam : Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad memberi amaran parti Islam itu akan menjadi teokratik dan autokratik jika ia terus menjadi eksklusif dengan merekrut ahli daripada kalangan graduan pengajian agama sahaja.

Dalam post blog terbarunya, pemimpin yang dilonggokkan dalam kumpulan profesional PAS itu mengingatkan trend eksklusif yang menolak ahli bukan ulama itu akan memberi kesan buruk kepada parti berkenaan, lapor Malaysiakini.

Katanya, ini berlawanan dengan ajaran dan sikap yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menekankan kerjasama rapat ulama serta profesional dalam parti.

Khalid berkata, sikap eksklusif itu akan menyebabkan masyarakat menjauhkan diri daripada PAS.

Akibatnya, PAS akan gagal dalam tanggung jawabnya sebagai sebuah parti politik yang sepatutnya bersikap terbuka serta adil terhadap semua pihak, tambahnya.

“Ini bukan apa yang disaran oleh Islam ataupun parti,” katanya sambil menambah PAS patut menerima ahli tanpa mengira latar belakang pendidikan agama mereka.

Khalid berkata, kerjasama di antara puak profesional dan ulama berhenti selepas 2008 dan ia diganti oleh sentiment pro-ulama atau anti-ulama.

Katanya, ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan puak ulama dalam parti serta meraih jawatan tetapi amalan ini sebenarnya memberi kesan buruk kerana mereka dilihat menggunakan pengetahuan agama untuk memperoleh jawatan.

Ahad lalu, seorang bekas pemimpin PAS berkata kepimpinan parti kini tidak mencerminkan sebuah parti politik sebenarnya dan kadang kala ia memalukan agama.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, keadaan ini disebabkan oleh tingkah laku pemimpin parti.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

MOU Dah Tandatangan... Projek Lebuhraya Pan Borneo Jalan Terus

Kalau masih ada lagi pihak yang mahu mempertikaikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang akan mula dibina pada September tahun ini, hentikan sajalah.

Ini kerana projek berkenaan bukan difikirkan sehari dua tetapi sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) lagi.

"Ia terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU-13. Ia adalah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd NajIb Tun Razak kepada rakyat Sarawak. Ia adalah salah satu daripada permintaan rakyat Sarawak," kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petrajaya berkata kepada wartawan selepas menghadiri majls Menandatangani Perjanjian (MoU) projek lebuhraya berkenaan di Putrajaya, pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai menangkis soalan daripada wartawan media pro-pembangkang yang bertanyakan adakah pembinaan lebuhraya itu dibuat kerana Pilihanraya Negeri sudah dekat.

Fadillah yang Ketua Pemuda Parti Bumiputera Sarawak (PBB), juga menjelaskan sama ada nilai Ringgit naik atau turun, projek lebuhraya itu akan jalan terus seperti dijadualkan kerana ia telah dijanjikan oleh Kerajaan BN yang sentiasa menepati janji.

MoU projek berkenaan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dengan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) telah disaksikan oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Sri Johari Akob menandatangi bagi pihak Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri Sarawak diwakili setiausaha kerajaan negeri, Tan Sri Amar Morshidi Ghani. LBU diwakili pengerusinya, Tan Sri Abang Ahmad Abang Mohideen.

Fadillah berkata model pelaksanaan projek berkenaan akan dibuat mengikut kaedah Project Delivery Partner (PDP) seperti yang dibuat untuk MRT.

Lebuhraya Pan Borneo yang dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 2,239 kilometer yang disasarkan akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Komponen kick-off projek lebuhraya berkenaan yang melibatkan jajaran Simpang Jalan Nyabu ke Simpang Jalan Bakun sepanjang 43 kilometer telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mac lalu.

Komponen itu adalah sebahagian daripada 1090 kilometer jajaran Pan Borneo Sarawak yang akan dinaiktaraf kepada empat lorong dua hala. Kerja-kerja menaiktaraf sedang giat dijalankan.

Berdasarkan perancangan, pembinaan fasa pertama bermula September dari Telok Melano ke Sematan sepanjang 33 kilometer.

Pakej ini membabitkan pembinaan jajaran baru satu lorong dua hala untuk menghubungkan pekan kecil dan beberapa perkampungan di kawasan Telok Melano yang kini hanya boleh dihubungkan melalui jalan laut. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN