Monday, November 30, 2015
PKR Tersepit... Di Belakang Api Di Depan Duri
Sepanjang tiga hari berlangsungnya kongres tahunan PKR ke 11, antara
yang hebat dan tidak lekang diperkatakan adalah isu pembebasan Anwar
Ibrahim yang kini meringkuk di penjara.
Keseimpulannya, PKR kini tersepit berikutan pergolakan antara dua parti penting pembangkang iaitu DAP dan PAS.
PKR yang baru dan tidak mempunyai akar umbi sekuat PAS mahupun sumber
seperti DAP nampaknya terpaksa beralah terhadap 'keegoaan' kedua parti
tersebut.
Pepatah lama kata... PKR kini berdepan situasi 'dibelakang api di depan
duri' untuk melayan ego DAP dan PAS dalam masa yang sama mempertahankan
survival parti yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Penekanan terhadap betapa pentingnya jalinan dan toleransi semua parti
pembangkang ini berkemungkinan disuarakan setelah parti itu muak melihat
persengketaan yang berlarutan di antara PAS dan DAP walaupun telah
memutuskan untuk tidak lagi mempunyai hubungan dan kerjasama politik.
Hubungan yang semakin tegang antara dua parti politik ini juga
mengakibatkan usul menolak Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini
membuktikan kelemahan blok-blok parti pembangkang.
DAP turut semakin tegas dengan memberi amaran kepada blok pembangkang
supaya tidak mengumumkan bertanding kerusi pilihan raya akan datang
dengan sesuka hati.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pada Oktober lalu berkata, parti itu
mungkin akan bertanding lapan kerusi menentang PAS di Selangor dalam
pilihan raya umum akan datang malah sudah bersedia ke arah itu.
Kerusi-kerusi yang dimaksudkan ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya
Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Adakah PKR semakin bimbang akan kedudukan mereka yang semakin tergugat,
sehubungan itu parti itu memilih kongres pada kali ini sebagai medium
menyuarakan kepentingan untuk terus bersatu-padu?
Kekusutan di antara PAS dan DAP, dan PAS bersama Amanah juga berkemungkinan menjadikan PKR semakin terdesak kini?
Bukan sahaja hubungan antara blok pembangkang menjadi sebutan, ada juga
perwakilan yang bersuara mempertikaikan kemampuan Pakatan Harapan untuk
menewaskan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14) yang akan datang.
Dari dulu lagi PKR sentiasa dilihat menjadi 'orang tengah' dalam menyelesaikan masalah di antara DAP dan PAS.
Kini terbuktilah parti itu muak untuk menjadi mangsa yang tersepit di sebalik pertelingkahan kedua-dua parti itu.
Sebenarnya inilah kesannya apabila parti itu nekad untuk menubuhkan pakatan yang baharu tanpa PAS menyertainya.
PKR akan menghadapi kesukaran untuk mengepalai perjuangan dalam arena politik jika rakan-rakannya tidak berdamai.
Pakatan Harapan ditubuhkan tanpa PAS oleh sebab parti itu memutuskan
hubungan dengan DAP yang enggan bersetuju dengan perjuangan PAS dalam
melaksanakan hukum hudud.
Untuk masa depan, mungkinkan PKR semakin utuh atau memburuk?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Tanda Tanya Mengenai Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden UMNO Pula... Tengku Adnan Belum Dapat Bagi Kepastian
Setelah perubahan dibuat pada perasmian perhimpunan sayap Pemuda,Wanita
dan Puteri UMNO kali ini,timbul tandatanya apakah ucapan pengulungan
diakhir Perhimpunan Agung UMNO juga akan dipinda.
Selain ucapan dasar Presiden semasa merasmikan perhimpunan,sesi
pengulungan oleh Presiden,Timbalan Presiden,Ketua Pemuda,Wanita,Puteri
dan lain-lain dikira antara detik-detik yang dinanti semasa perhimpunan
itu.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru ini hanya membuat keputusan
mengenai perasmian perhimpunan sayap yang kini akan dirasmi oleh ketua
pergerakan masing-masing pada pagi 9 Disember tetapi belum sebut apa-apa
mengenai sesi pengulungan pada 12 Disember.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor setakat ini
belum dapat memberi sebarang kepastian lagi samaada ia akan berubah atau
tidak.
Beliau yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi
Isnin menyerahkan kepada presiden dan anggota Majlis Tertinggi parti itu
untuk menentukan sama ada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
akan membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan agung kali ini.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak terdapat dalam perlembagaan parti
bahawa timbalan presiden perlu membuat ucapan penggulungan seperti
kelaziman sebelum ini.
"Seorang (presiden) sahaja pun sudah memadai...tapi terserahlah pada
presiden dan MT (Majlis Tertinggi)...saya hanya setiausaha agung
sahaja," katanya.
Secara tradisinya, sebelum presiden UMNO menggulung perbahasan pada hari
terakhir perhimpunan agung, barisan ketua-ketua sayap, naib presiden
dan timbalan presiden akan dibenarkan berucap pada sesi penggulungan
itu.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata tidak salah jika tradisi dalam
UMNO yang tidak terdapat dalam perlembagaan diubah, seperti juga
perubahan pada mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri yang akan
dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing pada perhimpunan kali ini.
"Macam sayap juga, mereka minta jika ucapan dasar ketua masing-masing
boleh dijadikan ucapan perasmian mesyuarat, jadi tidak perlu lagi
timbalan presiden rasmikan seperti sebelum ini," katanya.
Selasa lepas, mesyuarat MT UMNO memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat
sayap UMNO akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing dan tidak
lagi oleh timbalan presiden.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Wan Azizah : Khairuddin 'Bertaubat' Kerana Denggi
Kuala Lumpur : Sokongan secara tiba-tiba Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
terhadap kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berpunca
daripada pengalamannya sendiri dalam penjara, dakwa Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu yang ditahan
bersama peguamnya, Matthias Chang kerana membuat laporan terhadap
1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara mungkin telah
"bertaubat" selepas jatuh sakit di dalam penjara.
Khairuddin dikenali sebagai menyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar pada 1998.
Anwar telah dipenjarakan atas tuduhan liwat.
"Apabila dia (Khairuddin) masuk penjara, dia mesti telah bertaubat
selepas ditangkap dan terkena denggi," kata Ketua Pembangkang itu kepada
pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.
Sebelum ini Khairuddin dilaporkan berkata bahawa pembebasan Anwar
daripada Penjara Sungai Buloh itu penting kerana beliau dapat berperanan
sebagai ketua pembangkang yang efektif untuk negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Kapal Baru Cari MH370 Di Kawasan Paling Dalam...
Sebuah lagi kapal Fugro, Havilla Harmony yang dilengkapi dengan
kenderaan dasar laut (AUV) Echo Surveyor VII dijangka menyertai operasi
mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan
Hindi, pada Mac tahun lalu.
Menurut portal berita Marine Technology, Havilla Harmony mempunyai
keupayaan tinggi untuk operasi pencarian di laut selain stabil dalam apa
jua keadaan cuaca.
Sebelum ini, Echo Surveyor pernah digunakan pada awal tahun untuk misi
pencarian, namun apabila keadaan laut semakin merosot, penggunaan AUV
telah ditarik balik.
Kali ini, AUV akan digunakan kembali untuk mengimbas bahagian paling sukar dalam kawasan pencarian yang sangat dalam.
Kapal tersebut mempunyai resolusi yang sangat tinggi dan mampu
beroperasi sehingga 4,500 meter kedalaman air selain dilengkapi dengan
peralatan sonar serta kamera dalam air.
Selepas uji kaji di luar pantai Fremantle, Havilla Harmony bersama 40 krunya akan ke kawasan carian pada 3 Disember ini.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lalu
dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi
Laut China Selatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Wujud Atau Tidak Perjanjian Sulit Jawatan KM Pulau Pinang...?
Lim Guan Eng dicabar supaya menerangkan adakah benar wujudnya perjanjian
sulit dalam DAP pada 2008 untuk jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan membuat
desakan itu susulan risalah yang mendakwa wujudnya perjanjian itu yang
disebarkan pada Konvensyen DAP Pulau Pinang.
Katanya, Setiausaha Agung DAP itu perlu menjawab dakwaan tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat.
“Apakah sebenarnya perjanjian itu? Pengundi DAP ada hak untuk tahu,” katanya dipetik portal FMT.
Risalah itu menyebut “Lim Guan Eng adakah awak masih ingat? 8 Mac 2008
Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Awak rompak jawatan Ketua Menteri
seseorang. Tetapi ok dan kita buat perjanjian. Tetapi sekarang awak
mengkhianati perjanjian itu”.
Risalah itu diedarkan kepada perwakilan yang menghadiri konvensyen itu di Bukit Jambul pada pagi Ahad.
Beberapa ahli parti kanan percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng
menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada
Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
“Penting untuk rakyat tahu apakah perjanjian itu. Guan Eng tidak boleh melarikan diri seperti lazimnya apabila ditanya soalan.
“Jika risalah sebegini boleh diedar oleh ahli DAP sendiri, ada sesuatu
yang tidak kena di sini. Hanya Guan Eng sahaja boleh memberikan
penjelasan perjanjian itu,” kata Huan.
Dia mendakwa, Guan Eng tidak pernah diuji sama ada diterima oleh ahli
DAP di Pulau Pinang dan kerana itu dia mencabar Ketua Menteri Pulau
Pinang bertanding dalam permilihan DAP negeri untuk membuktikan
pengaruhnya lebih kuat berbanding Chow.
Dalam demonstrasi bantahan di pusat konvensyen, beberapa ahli DAP
mendesak Guan Eng memberi laluan kepada Chow sebagai Ketua Menteri yang
baharu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Lokasi Pelancongan Sharm El Sheikh Jadi Bandar 'Berhantu'
Pergolakan politik, pengeboman dan yang terakhir nahas pesawat milik
Rusia di Sinai meninggalkan kesan buruk kepada industri pelancongan
Mesir.
Sebelum berlaku kebangkitan Arab Spring pada 2011, seramai 15 juta
pelancong direkodkan tiba di Mesir untuk bercuti di Sharm El Sheikh dan
Nuweibaa selain lokasi di bandar.
Bagaimanapun, akibat pergolakan politik, jumlah pelancong menurun kepada sembilan juta pada 2014.
Kehadiran pelancong semakin merosot pada 2015 di lokasi mewah seperti di Sharm El Sheikh dan Nuweibaa yang kini semakin sunyi.
Banyak resort mula menghentikan operasi manakala yang sedang dibina dibiarkan terbengkalai.
Jalan-jalan utama di kawasan pelancongan kini sunyi dan suasana di pantai juga seperti tidak pernah dihuni.
Jumlah kehadiran pelancong ke Sharm El Sheikh dijangka bertambah
merosot apabila syarikat penerbangan yang membawa 900,000 pelancong
British ke lokasi itu akan menghentikan operasi ke kawasan tersebut pada
2016.
Seorang jurugambar tempatan sempat merakam gambar kawasan pelancongan di
Sharm El Sheikh dan Nuweibaa yang kini sunyi dan bakal menjadi bandar
'berhantu' jika ia tidak lagi dikunjungi pelancong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Alhamdulilah.... RON95 Turun 10 Sen Mulai Esok
PETALING JAYA : Harga bahan api RON95 pada Disember menyaksikan
pengurangan sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter, demikian menurut
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada Isnin.
Timbalan Presidennya, Datuk Zulkifli Mokti bagaimanapun berkata harga
RON97, diesel dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada harga RM2.45,
RM1.90 dan RM2.00 seliter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
menetapkan harga petrol dan diesel pada apungan terurus mulai 1 Disember
tahun lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PKR Dan DAP Sama Saja Untuk Anak Beranak..... Adik Perempuan Guan Eng Dilantik Setiausaha DAP Pulau Pinang
Satu lagi usaha untuk memperkukuh kedudukan Ketua menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng selepas adiknya Lim Hui Ying dilantik menjadi Setiausaha
DAP negeri tersebut.
Kedudukan Lim Hui Ying di jawatan penting itu sudah pasti mencerminkan
ketakutan Guan Eng yang mula dikritik ahli-ahli akar umbi DAP Pulau
Pinang selepas dua penggal berkuasa.
Dalam pemilihan parti pada Ahad menyaksikan penentang Guan Eng ADUN
Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan
Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng kalah dalam pemilihan jawatankuasa
DAP Pulau Pinang.
Teh, yang kelihatan cuba mengawal emosi, berkata beliau menghormati keputusan perwakilan dan menerimanya dengan hati terbuka.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada kegagalan
dalam mempertahankan jawatannya itu disebabkan tindakannya menyokong
usul Adun BN, meminta supaya diadakan sesi pendengaran awam mengenai
tambakan tanah di negeri ini pada sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru
ini.
"Perwakilan telah membuat keputusan mereka dan saya hanya boleh menghormati keputusan pemilihan hari ini," katanya.
Teh hanya mendapat 190 undi daripada 760 undi pada pemilihan bagi penggal 2015-2017.
Sementara itu, Adun Bagan Ajam, Lim Hock Seng, Adun Sri Delima, RSN
Rayer, Adun Komtar, Teh Lai Heng dan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang,
Harvindar Singh juga gagal mempertahankan jawatan mereka.
Lim hanya sekadar meraih 216 undi manakala Rayer (225), Teh (239) dan Harvindar (147) pada pemilihan kali ini.
Pengerusi mempunyai kuasa untuk melantik lima anggota ke dalam jawatankuasa negeri itu.
Pengerusi: Chow Kon Yeow
Timbalan Pengerusi:Jagdeep Singh Deo
Naib Pengerusi: Prof. P.Ramasamy dan Zairil Khir Johari
Setiausaha: Lim Hui Ying
Penolong Setiausaha: A. Tanasekaran
Bendahari: Law Heng Kiang
Penolong Bendahari: Jeffrey Chew
Setiausaha Organisasi: Wong Hon Wai
Penolong Setiausaha Organisasi: Lay Hock Peng dan Goh Choon Keong
Setiausaha Publisiti: Ng Wei Aik
Penolong Setiausaha Publisiti: Syerleena Abdul Rashid
Pengarah Pendidikan Politik: Steven Sim.
Ahli Jawatankuasa:
Lim Siew Khim, Soon Lip Chee, Phee Boon Poh, RSN Rayer, Gooi Seong Kin dan Lim Hock Seng.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Mengintai Konvensyen DAP Pulau Pinang... Guan Eng Panas Punggung
Selepas lapan tahun memerintah Pulau Pinang, anak kelahiran Johor yang
membesar di Melaka, Lim Guan Eng mula terasa 'penolakan' orang negeri
tersebut terhadap kepimpinannya.
Suara mahu jawatan nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri
dikembalikan kepada orang Pulau Pinang mula didengari di Konvensyen DAP.
Ini selepas seorang perwakilan di konvensyen DAP Pulau Pinang pagi Ahad
berkata jawatan ketua menteri perlu dipikul pengerusi negeri jika
jawatan itu dikhaskan untuk parti.
Shamsher Singh Thind dari cawangan Taman Chai Leng Perai berkata,
jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang patut diberikan kepada pengerusi DAP
negeri yang mempunyai sokongan akar umbi.
Seorang lagi perwakilan, K Kristan pula berkata, seorang ketua menteri wajar diberikan hanya dua penggal untuk berkhidmat.
Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow menjadi 'hero'
selepas menyatakan sokongan terbuka kepada Guan Eng walaupun wujud
desakan supaya beliau mengambil alih jawatan yang disandang anak Lim Kit
Siang itu.
"Perpaduan dalam parti perlu utuh dan sokongan perlu diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,"katanya.
Sebelum konvensyen bermula, sekumpulan individu dengan kain rentang
menyokong Chow sebagai ketua menteri muncul di tempat konvensyen, sebuah
hotel di Bukit Jambul.
Lim bagaimana pun enggan mengulas berkenaan kejadian itu sewaktu disoal
pemberita dan menyuruh mereka mengajukan soalan itu kepada Chow.
Perbahasan mengenai jawatan ketua menteri bermula apabila DAP Pulau
Pinang berhadapan insiden enam ADUN yang menentang kelaziman berkaitan
satu usul daripada pembangkang Barisan Nasional (BN) pada sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) lebih seminggu lalu.
Usul BN itu mencetuskan kontroversi apabila seorang ADUN DAP mengundi
menyokongnya, sementara lima lagi wakil rakyat PKR tidak mengundi atas
dasar mendengar suara hati mereka.
Lim yang berang dengan insiden ini menuduh lima ADUN PKR itu sebagai
pengkhianat kerana dianggap berpihak kepada BN apabila tidak mengundi.
Menurut Shamser, jika wakil rakyat Pakatan Harapan dikehendaki
membangkang semua usul BN dan tidak boleh mengundi berdasarkan suara
hati, maka mereka sepatutnya dahulu menolak usul gabungan pemerintah itu
di Dewan Rakyat bagi menaikkan gaji ahli Parlimen.
Cakap-cakap berkenaan ketidakpuasan hati di peringkat ahli akar umbi di
Pulau Pinang bermula dengan cara DAP mengendalikan ADUN Tanjung Bungah
Teh Yee Cheu, yang mengundi menyokong usul BN berkenaan penambakan
tanah.
Teh merupakan satu-satunya wakil DAP yang menyokong usul itu namun
selepas sidang ditangguhkan, beliau meminta maaf pada sidang media yang
dianjurkan Lim.
Minggu lepas, beliau meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP negeri dan berkata tidak menyesal dengan keputusan itu.
Teh juga konsisten mendesak agar jawatan ketua menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Teh hari ini juga bertanding dalam pemilihan parti di peringkat negeri.
Seorang lagi perwakilan, Lim Cheng Hoe dari cawangan Sri Tanjung Bungah
menggesa agar calon dengan jumlah undi tertinggi dilantik menjadi
pengerusi negeri.
"Tidak perlu lagi calon dengan 15 undi tertinggi berbincang sesama
mereka siapa dapat jawatan apa. Ahli-ahli di luar tak akan tahu perkara
yang berlaku dalam mesyuarat," katanya.
Menurut tradisi sistem pengkaderan DAP, 15 orang dengan undi tertinggi
akan berbincang tentang lantikan jawatan eksekutif dan melantik 5 orang
lagi ke dalam jawatankuasa negeri.
Pada Ahad 48 pemimpin negeri dan akar umbi bertanding merebut 15 jawatan
tersebut. Mereka terdiri daripada Adun, ahli Parlimen serta ahli
majlis.
Lewat petang Ahad, Chow Kon Yeow menepati ramalan mempertahankan
kedudukannya selepas meraih kemenangan besar pada Konvensyen DAP Negeri
Pulau Pinang.
Chow memenangi 654 undi, bagi mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi
parti manakala timbalan pengerusinya, Jagdeep Singh Deo meraih
kemenangan selesa dengan 537 undi.
Adik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Lim Hui Ying kini dilantik sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.
Lima calon yang tidak berjaya sebelum ini dilantik menyertai jawatankuasa.
Jeffrey Chew yang mengumpul 250 undi dilantik sebagai Penolong Bendahari
manakala calon yang digugurkan, RSN Rayer dan Gooi Seong Kin menjadi
ahli jawatankuasa.
ADUN Bagan Dalam, Lim Hock Seng turut dilantik menyertai jawatankuasa
selain Syerleena Rashid yang menjawat jawatan penolong setiausaha
publisiti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Penceroboh Lahad Datu ! Memalukan Apabila Wan Azizah Anggap Ia Hanya Perkara Kecil
Bila dikata cakap tidak menggunakan akal
ada pulak yang akan melenting namun itulah hakikat yang harus diberikan
kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila
menyifatkan pertemuan anaknya Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram
adalah perkara kecil.
Bukan sahaja Wan Azizah mempamerkan sikap
yang tidak sensitif malah tindakannya mengeluarkan kenyataan seperti
itu dilihat bakal mengeruhkan lagi keadaan politik PKR.
Ia sekaligus mempamerkan jenis pemimpin macam mana yang PKR ada jika bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Lebih kelakar lagi apabila Wan Azizah menuduh ia sebagai serangan peribadi untuk menjatuhkan Izzah sedangkan dia patut tahu Izzah berjumpa dengan anggota keluarga Sulu yang mengerahkan pemberontak bersenjata mencerobohi Lahad Datu dua tahun lalu.
Kata Wan Azizah, awal bulan November Izzah diraikan dalam satu majlis di Manila yang turut di hadiri Jacel.
“Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu.
“Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah,” katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Ahad.
Tambahnya, Izzah sudah memohon maaf dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan.
“Kenapa mereka memperbesarkan. Sudah tentu dia telah meminta maaf kerana dia tidak bertujuan untuk menyakitkan perasaan sesiapa,” ujarnya.
Terdahulu, DUN Sabah meluluskan usul melarang Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang daripada memasuki negeri itu.
Nurul Izzah dan Tian Chua adalah Naib
Presiden PKR melakukan lawatan ke Manila untuk menggembeling sokongan
bagi menekan Putrajaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
penjara atas tuduhan meliwat.
Tindakan Izzah berjumpa Jacel Kiram kini dalam siasatan polis.
Pecerobohan Lahad Datu membawa kepada
pertumpahan darah yang mengorbankan sembilan prajurit, sebilangan orang
awam dan hampir 70 pengganas yang menyokong keluarga Kiram.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















