Tuesday, December 01, 2015

YPEIM : DAP Okestra Serangan Ke Atas Institusi Islam?

EDITOR MENULIS...
1 DISEMBER 2015
http://yapeim.net.my/wp-content/uploads/2012/10/logo.png
Serangan ke atas Yayasan Pembangunan Ekomomi Islam Malaysia (YaPIEM) dirancang oleh mereka yang menjadi alat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), untuk memenuhi agenda parti tersebut meruntuhkan institusi-institusi Islam di negara ini. 

Selepas Kumpulan 25 (G25) yang berfahaman “Islam Liberal” menyerang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) minggu lalu, kini giliran Yapiem menerima serangan tersebut melalui National Oversight and Whistleblowers (NOW) atau dalam bahasa Melayu, Badan Pemantauan dan Penyalur Maklumat Negara.

Serangan ke atas Yapiem mendakwa ia sepatutnya menjadi badan kebajikan untuk umat Islam telah membayar gaji dan elaun berpuluh ribu kepada ahli politik dan keluarga mereka, merupakan satu taktik jahat ala komunis untuk meruntuhkan institusi-institusi agama.

Pertama, perlu kita tahu bahawa Yapeim merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan. Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976, YaPEIM memfokuskan kepada usaha untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

Dengan kata lain, Yapiem perlu berniaga dan mewujudkan peluang ekonomi untuk membantu orang Islam lain. Yapiem tidak menutip zakat atau sekadar badan kebajikan berorientasikan sumbangan dan geran. Justeru keputusan pembayaran gaji, elaun, bonus dan perlantikan adalah keputusan berasaskan perniagaan.

Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.

YaPEIM merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar-Rahnu sejak 1993. Setiap tahun sejak 1993, program Ar-Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang memberansangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83juta. 

Keuntungan ini telah meningkat sebanyak RM11juta berbanding RM72juta tahun 2014.

Pada hari ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah Aset keseluruhan YaPIEM berjumlah RM1.034 bilion.

Melalui program Ar-Rahnu dan pelbagai sektor perniagaan berkaitan, YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.

Malah keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi, jugalah yang digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan YaPEIM seperti Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang cemerlang), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih), Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015).

Orang Islam Cepat Melenting

Kedua, tujuan Yapiem mengadakan program sumbangan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam di negara ini turut membuat kebajikan dan mendapat pahala melalui skim-skim yang sumbangan yang diperkenalkan bukannya kerana Yapiem tiada wang.

Hakikatnya, Yapiem sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini merupakan ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti tahu siapa yang terancam dengan perkembangan ini.

Umat Islam di negara ini merupakan kumpulan manusia yang cepat melenting dan mudah percaya fitnah biar pun Allah beberapa kali berfirman dalam al-Quran mengingatkan dosa fitnah dan bercakap keburukan orang lain. 

Hanya kerana membuat potongan gaji RM 20 sebulan untuk Yapiem mereka beranggapan sudah berhak mengherdik dan memaki pengurusan Yapiem tanpa membuat penyelidikan dahulu.

Ketiga, sungguhpun perlantikan Lembaga Pengarah Yapiem dibuat oleh kerajaan, namun mereka beroperasi seperti organisasi perniagaan dan kebajikan biasa yang membuat keputusan berasaskan perniagaan.

Yapeim ialah yayasan berasaskan perniagaan dan kebajikan. Ia bukan pengurus dana kerajaan untuk kebajikan. Pembayaran elaun dan program Yapiem dibuat secara bebas berasaskan keuntungan perniagaan mereka.
Apa salah jika anak seorang Timbalan Presiden atau Timbalan Pengerusi Yapiem juga turut bekerja di Yapiem jika beliau membantu mengembangkan perniagaan Yapiem?
Lainlah jika beliau tiada kelayakan atau mendapat kontrak secara tidak betul.
Sumbangan orang ramai pada Yapiem hanya digunakan untuk program bantuan kebajikan. Pengurusan dan pentadbiran diuruskan menggunakan hasil perniagaan mereka.
Adakah kita mengharap sebuah Yayasan yang mempunyai perniagaan yang bernilai ratusan juta ringgit membayar elaun seperti seorang pengurus pasaraya?
Rafizi sendiri yang hanya beberapa tahun bekerja dengan Petronas sudah mempunyai wang jutaan ringgit dan sekarang hidup melebihi gaji beliau sebagai Ahli Parlimen.

Serangan terbuka ke atas institusi Islam membabitkan tuduhan salah guna wang dan ke arah korupsi bertujuan memalukan institusi Islam yang banyak membantu umat Islam ini. 

Jika benar mereka percaya ada kesalahan berlaku, buatlah laporan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya membuat sidang akhbar berunsur pertanyaan supaya mereka bebas memburukkan orang tetapi terlepas dari tindakan undang-undang.

Tunggu, anda akan lihat banyak lagi serangan ke atas institusi Islam yang kemungkinan besar dirancang oleh DAP.

Orang Islam hari ini lebih percaya DAP dari perintah Allah dalam al-Quran. Mereka bergaduh soal tuduhan rasuah sampai sanggup merosakkan agama sedangkan Allah sendiri mengingatkan jangan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti jelas. 

Mereka seolah-olah sudah tidak percaya bahawa Allah akan menghukum mana-mana pemimpin yang merompak harta rakyat. Umat Islam di negara ini pada hari ini sudah menjadi pendakwa, hakim dan juri sekaligus. Betulkah mereka memahami ajaran Islam?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXda228DJaZRAeapF2KQfZV0L8KDwftd7FwBkbdLrDybc67O2WqCZHkNoR5VrkI0KcpucSCnmskAtdVTQ99yFrmZKoeEJwNQQmEPT9AK7NXnhyq0ou_Dsbi-kPKWlFE-zW_t5oaOQf3OoR/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Nilai Ahli Melayu Dalam Dap Hanya Sekadar “Tempelan”

KUALA LUMPUR : Jangankan dengan rakan sekutunya, dengan ahli-ahli yang berbangsa Melayu di dalam parti mereka sendiri pun mereka boleh letakkan sebagai tempelan sahaja, ‘diangkat’ hanya untuk memenuhi agenda kepentingan politik mereka semata-mata, ujar seorang pemerhati politik, Kapten (B) Dr. Shamsuddin Moner.

Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Kesatuan Alumni Persatuan Mahasiswa Universti Malaya (PMUM) itu, keadaan tersebut dapat dilihat baru-baru ini bagaimana ‘permainan’ mereka yang menampakkan hanya satu kaum sahaja dominan di dalam pemilihan jawatankuasa sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

“Pemuda Sosialis Dap (Dapsy) yang memperuntukkan 15 kerusi untuk diduduki dari kalangan 15 orang yang memiliki undi tertinggi. Apa yang telah berlaku Dyana Sofya yang menduduki tempat ke-18, dilantik kononnya untuk kuota wanita hingga mengorbankan seorang lagi calon Melayu, Muhammad Shakir yang mendapat tempat ke-15.
melayu dalam Dap
“Begitu juga dengan pemilihan jawatankuasa di peringkat negeri Pulau Pinang baru-baru ini juga jelas kelihatan hanya seorang sahaja yang ‘bernamakan Melayu’ berjaya menduduki jawatankuasa tersebut, manakala di negeri Selangor, tiada langsung wakil Melayu yang berjaya menduduki pilihan lima belas dan di Pahang, wakil Melayu yang menjadi Pengerusi negeri akhirnya dijatuhkan.

“Bahkan di Selangor bukan sahaja kaum Melayu yang menjadi mangsa, Gobind Singh Deo yang mendapat undi tertinggi juga dinafikan hak sebagai pengerusi apabila Tony Pua yang mendapat undi jauh lebih rendah diangkat menjadi pengerusi negeri tersebut,” katanya kepada pihak media.

Itulah sikap parti Dap, yang kononnya mengamalkan konsep ‘untuk semua bangsa’, hakikatnya amalan tidak seperti apa yang diungkapkan, tambahnya lagi.

“Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu, Zulkifli Mohd Noor juga pernah menyimpulkan kekecewaannya dengan membawa perumpamaan bahawa di mata pemimpin parti cauvanis itu, sumbangan dan nilai ahli Melayu tidak lebih daripada 50 sen sahaja.

“Bukankah ini seolah-olah seperti satu ‘permainan’ kepada nilai Melayu di dalam parti itu semacam barang mainan, ditukar ganti mengikut ‘selera’ pucuk pimpinan dan dijadikan sebagai tempelan sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, begitu juga dengan pendedahan seorang lagi bekas Naib Pengerusi Kebangsaannya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang telah menyatakan kesilapan besar beliau kerana menyertai Dap dan dirinya dipergunakan untuk memancing undi orang Melayu sahaja.

“Contoh lain pula yang harus kita dedahkan kepada rakyat mengenai nilai orang Melayu di mata Dap sebagaimana bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam parti tersebut, Mohamed Razali Abdul Rahman yang meninggalkan parti itu disebabkan tindakan-tindakan parti itu yang hanya mempergunakan orang Melayu demi kepentingan peribadi politik mereka sahaja, bukan untuk menjaga kebajikan seperti apa yang terjadi kepada nasib penjaja-penjaja kecil dan kampung-kampung tradisional di Pulau Pinang.

“Di mata mereka, nilai orang Melayu di dalam parti itu hanyalah demi undi semata-mata, kerana mereka tahu pakatan pembangkang bukanlah satu entiti yang sah dari sudut undang-undang, di mana bila-bila sahaja boleh berpecah sebagaimana yang terjadi antara mereka dengan Pas.

“Ini juga menunjukkan rakan sekutu mereka tidak boleh dipercayai untuk mendapatkan undi Melayu,” tegasnya lagi.

Beliau juga beliau berkata, Pas, bekas rakan sekutu mereka sebagaimana kenyataan Naib Ketua Pemudanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin turut mengakui bahawa Dap hanya bergabung untuk mendapatkan kuasa, tetapi apabila sudah berkuasa mereka angkuh serta bangga mencanangkan bahawa parti itu mendapat sokongan masyarakat Melayu tetapi dalam masa yang sama ternyata masih gagal menempatkan pemimpin Melayu dalam kalangan kepimpinan mereka melalui proses undian.

“Kita perlu sedar dan insaf bahawa tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin dari rakan sekutunya sendiri juga tidak diendahkan, apatah lagi rakyat kebanyakan.

“Adakah perjuangan Dap relevan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 3 (1) yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Fasal 152 (Bahasa Melayu) dan Fasal 153 (keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera)?”, soalnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pertahan Kedaulatan Sabah… Lawak Apa Yang Cuba Nurul Izzah Buat?

TEMERLOH : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sepatutnya tahu membezakan antara musuh politik dan musuh negara dan jangan hanya kerana terlalu taksub untuk merampas kuasa, keselamatan negara sanggup digadaikan.

Ujarnya, kenyataan Nurul Izzah yang kononnya mahu mempertahankan kedaulatan Sabah di sebalik tohmahan pengkhianat kerana tindakan bertemu Jacel H Kiram hanyalah satu alasan yang memang tidak dapat diterima.

“Apapun yang dia cakap ‘the damage is done’. Apa yang dia nak pertahankan…
Puteri Sulu
“Bagi saya Nurul Izzah ni antara dua, samada dia naif yang tak tahu nak bezakan pengganas dan sahabat yang hanya melihat dalam ‘small picture’ atau dia memang merancang…. jadi terpulang kepada rakyat untuk menilai.

“Cuba bayangkan berapa banyak nyawa terancam, berapa banyak keluarga yang menderita… Ini soal kedaulatan negara yang cuba diganggu gugat. Jadi kenapa jumpa orang itu. Berani buat berani la tangung,” ujarnya kepada pihak media.

Tambah Sharkar, Naib Presiden PKR itu seharusnya faham dan tahu membezakan antara musuh politik dan musuh negara.

“UMNO atau Pas musuh politik, takpe… masih satu negara. Hanya berlainan fahaman politik. Tapi ini soal mereka mahu tawan negara. Bunuh orang.. pengganas.

“Soal kedaulatan negara tidak boleh berkompromi tidak kira siapa. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main,” tegasnya.

Maka jelasnya biarlah rakyat yang menilai dan beliau amat berharap agar rakyat sedar dan tahu siapa sebenarnya yang mempertahan dan membela keselamatan rakyat dan negara ini.

“Membela bukan sekadar membela buat jalan… tidak.. ini soal kedaulatan… soal yang lebih besar lagi.

“Bila sudah dikecam baru nak cakap mahu mempertahankan kedaulatan Sabah… lawak jenaka apa yang cuba dimainkan oleh pembangkang ini. Adakah mereka ingat rakyat terlalu mudah untuk ditipu,” katanya lagi.

Baru-baru ini tersebar gambar Nurul Izzah berjumpa dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013. Tindakannya itu benar-benar mengundang kemarahan rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pas Tidak Sepatutnya Terperangkap Dalam Permainan Politik Sandiwara PKR – Anuar

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata Pas tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan  kepada rakan sekutunya PKR kerana mereka hanya akan bernilai dan dihargai sehingga Pilihan Raya Umum akan datang sahaja.

Justeru kata beliau buat masa ini Pas perlu berkira-kira dan bermain politik dengan bijak dan perlu memahami gerak tari langkah politik sekutunya itu yang dilihat bermain wayang dalam permainan politik mereka baik di peringkat nasional mahu pun di negeri Selangor.

“Saya cukup masak dengan permainan politik PKR ini. Pas perlu sedar dan perlu tahu bagaimana politik yang diguna pakai PKR hari ini. Pas tidak sepatutnya terus diperangkap dan dipermain-mainkan dengan parti yang penuh sandiwara ini.
PanPKRDap
“Saya yakin dan penuh percaya jika diberi pilihan antara Pas dan Dap, PKR tentunya akan memilih DAP dan Pas pula akan terus terkontang-kanting. Melihat kepada senario yang ada dan permainan politik PKR itulah yang kita boleh jangkakan,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Anuar Shaari seterusnya menambah jika itu berlaku ianya bukanlah politik yang mengejutkan dan masyarakat umum boleh melihat perkara berkenaan menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Ujar beliau PKR tidak mampu berdiri dengan sendiri dan tentunya apabila tiba masanya nanti parti pimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu membuat pilihan dan perlu berkorban dalam memilih rakan sekutu.

“Bagi PKR mereka sama sekali tidak mampu kehilangan Dap.  Ini kerana jika mereka menolak Pas, mereka mempunyai pilihan pengganti iaitu parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah.

“Jadi kepada kesimpulan di atas adalah Pas yang akan menjadi mangsanya dan sebab itulah penekanan tadi bahawa tidak perlunya Pas menaruh kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada rakan sekutunya itu.

“Rasanya sudah tiba masa untuk Pas memikirkan jalan politik yang terbaik untuk mereka dan bukannya bergantung harap sepenuhnya kepada PKR. Percayalah nasib malang bakal menimpa mereka jika terus mengambil sikap sedemikian,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Akuan Bersumpah Charles Morais Penuh Keraguan, Motif Jahat – Dr Halim

KUALA LUMPUR : Seorang pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh membuat akuan bersumpah mengikut kehendak individu tersebut.

Tegas Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara yang bertugas di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu, walaupun sesiapa sahaja yang boleh membuat perakuan tersebut, isi kandungannya masih boleh dipertikaikan kerana syarat untuk mendapatkannya hanyalah dibuat di hadapan orang yang mempunyai autoriti mengeluarkannya dan dibuat bayaran sahaja.

“Tetapi, yang penting adalah individu tersebut perlulah bertanggungjawab dan bukannya melarikan diri seperti kes Charles Suresh Morais, adik kepada mendiang Kevin Morais, Timbalan Pendakwa Raya yang hilang kemudiannya mati dibunuh.
Dr Halim Sidek
“Apa motif dia lari setelah dia buat kenyataan bersumpah tersebut, sepatutnya dia perlu bertanggungjawab.

“Di situ telah nampak niat dan motif dia, niat ialah kenapa dia buat, motif ialah sebab-sebab dia buat dan sebab itu kita pula yang perlu timbulkan persoalan, apakah motif dia buat kerana jelas motif dia ada niat yang tidak baik, kalau baik kenapa dia lari, nampaknya ada ‘udang di sebalik batu’,” katanya kepada pihak media.

Sebelum ini juga, seorang pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata akuan bersumpah tidak boleh dijadikan asas untuk membuktikan seseorang itu bersalah di dalam apa saja pertuduhan kerana ianya tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan kesalahan di atas pertuduhan dan bagaimanapun, selepas seseorang itu membuat akuan bersumpah maka pihak polis perlulah melakukan siasatan terhadap akuan tersebut.

“Bidang perundangan ini terlalu luas skopnya dan seharusnya rakyat perlu memahami implikasi apa sahaja tindakan yang berkaitan dengan undang-undang dan bukannya terus mempercayai bulat-bulat terhadap apa sahaja kenyataan bersumpah,” katanya lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan Charles sebagai seorang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab kerana melarikan diri pada 1.30 pagi Khamis lalu melalui Tambak Johor selepas membuat sidang media mengenai kaitan mendiang abangnya dengan laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada petang sehari sebelumnya.

“Dan bukan sesuatu yang pelik jika pembangkang mengambil kesempatan memainkan isu tersebut kerana isu kedaulatan negara seperti yang ditunjukkan oleh Nurul Izzah pun mereka tiada sensitiviti.

“Pembangkang memang itu kerjanya akan mengambil kesempatan kepada sesiapa sahaja yang mereka rasakan perlu terutama melibatkan parti kerajaan, ketandusan idea memburuk-burukkan kerajaan.

“Mempolitikkan segala-segala yang boleh dimanipulasi seperti mana kes 1MDB, setelah Arul Kanda menampilkan diri mereka mula senyap kerana tahu tidak mampu melawan dengan fakta,” ujar Dr Halim.

Seterusnya, beliau berpandangan amalan itu seolah-olah sudah menjadi darah daging pembangkang di negara ini hanya semata-mata untuk ‘political mileage’, berbeza dengan pembangkang negara-negara luar yang menyokong dasar kerajaan yang baik kepada rakyat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Guan Eng Gagal Sahut Cabaran, Terus Selesa Sembunyi Di Belakang Kain Bapanya

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng yang ternyata  tidak berani menyahut cabaran Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan agar  bertanding di dalam pemilihan Dap Negeri Pulau Pinang semalam  jelas  memperlihatkan bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan akar umbi Dap, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
lge pengecut
Menurut Ismail, Guan Eng sebenarnya hanya bergantung dan berlindung di belakang kain pengaruh bapanya, Lim Kit Siang untuk menjawat jawatan penting di dalam Dap dan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukan disebabkan populariti dan pengaruhnya di peringkat akar umbi.

“Dalam Dap semua orang tahu bahawa keluarga Lim sememangnya mempunyai pengaruh dan kuasa dalam parti tersebut. Apabila di sebut parti Dap, apa yang terbayang di pemikiran kita ialah dua wajah anak beranak ini.

“Ketika beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung Dap pun, beliau hanya mendapat undi kelima yang tertinggi di dalam pemilihan jawatankuasa Dap pusat. Ada empat orang lagi ahli Dap yang mendapat undi lebih tinggi daripada beliau, tetapi tidak dilantik.

“Sebab itu, Guan Eng tidak berani untuk bertanding baik di peringkat pusat mahupun negeri. Dia tahu kalau bertanding, harapannya untuk menang agak tipis memandangkan pengaruh beliau kurang di peringkat akar umbi. Dia hanya bergantung kepada pengaruh dan populariti ayahnya saja,” jelas beliau kepada pihak media di sini hari ini.

Tambah beliau, Guan Eng sepatutnya merasa malu dengan jawatan Ketua Menteri yang dipegangnya hari ini memandangkan beliau seolah-olah mengelak untuk bertanding di dalam pemilihan peringkat negeri bagi membuktikan beliau benar-benar mendapat sokongan akar umbi untuk menjawat jawatan tersebut.

“Seperti mana di dalam UMNO, selalunya Ketua Menteri atau Menteri Besar sesebuah negeri merupakan juga pengerusi perhubungan negeri dan ketua salah satu bahagian UMNO di dalam negeri tersebut.

“Ini untuk membuktikan bahawa individu atau pemimpin yang dilantik untuk menjadi ketua menteri atau menteri besar sesebuah negeri itu benar-benar mendapat sokongan daripada akar umbi dan bukan hanya bergantung kepada amalan kroni dan nepotisme seperti yang berlaku di dalam Dap hari ini.

“Bagi saya dalam kes pemilihan Ketua Menteri Pulau Pinang, sepatutnya ialah Pengerusi Dap negeri Chow Kon Yeow yang mendapat undi tertinggi pada tahu 2013 kerana beliau telah diberi mandat dengan jelas oleh ahli Dap Pulau Pinang melalui pemilihan di peringkat negeri, ” tegasnya.

Pada 24 Novmember lalu,  Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mencabar Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng untuk bertanding dalam pemilihan Dap peringkat negeri yang bagi membuktikan beliau mendapat sokongan padu daripada anggota Dap di negeri ini, selain menunjukkan lantikannya sebagai ketua menteri dibuat secara sah.

Bagaimanapun, Guan Eng hanya memandang sepi sahaja cabaran yang dibuat oleh Datuk Huan Cheng Guan itu dan tidak membuat sebarang kenyataan bagi cabaran untuk bertanding dalam pemilihan tersebut yang telah pun berlansung pada Ahad lalu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden UMNO : Terserah Pada Presiden – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan kepada presiden dan anggota Majlis Tertinggi parti itu untuk menentukan sama ada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan agung kali ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak terdapat dalam perlembagaan parti bahawa timbalan presiden perlu membuat ucapan penggulungan seperti kelaziman sebelum ini.
TENGKU-ADNAN1
“Seorang (presiden) sahaja pun sudah memadai…tapi terserahlah pada presiden dan MT (Majlis Tertinggi)…saya hanya setiausaha agung sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: ‘Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat’ di sini hari ini.

Secara tradisinya, sebelum presiden UMNO menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan agung, barisan ketua-ketua sayap, naib presiden dan timbalan presiden akan dibenarkan berucap pada sesi penggulungan itu.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata tidak salah jika tradisi dalam UMNO yang tidak terdapat dalam perlembagaan diubah, seperti juga perubahan pada mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri yang akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing pada perhimpunan kali ini.

“Macam sayap juga, mereka minta jika ucapan dasar ketua masing-masing boleh dijadikan ucapan perasmian mesyuarat, jadi tidak perlu lagi timbalan presiden rasmikan seperti sebelum ini,” katanya.

Selasa lepas, mesyuarat MT UMNO memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat sayap UMNO akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing dan tidak lagi oleh timbalan presiden.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Rakyat Sabah Terasa Hati Individu Tertentu Jumpa Dalang Serangan Pengganas

PEKAN : Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, terasa hati dengan tindakan individu tertentu dari negara ini berjumpa dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.

“Rakyat Sabah tentu tersentuh hati jika ada sesiapa tidak hormati pengorbanan anggota keselamatan ini… mereka hilang nyawa dengan cara zalim.

“Apatah lagi kalau mereka lihat ada orang yang berbaik-baik dan kelihatan mesra dengan mereka yang mempunyai kaitan menyebabkan anggota keselamatan kita terkorban,” katanya ketika berucap di majlis Rela bersama Perdana Menteri di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Pengarah Rela Datuk Kamariah Mohd Noah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail.

Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada tindakan Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, berhubung pertemuan kontroversinya dengan Jacel H.
PEKAN, 29 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Anggota Parlimen Pekan (dua, kiri) beramah mesra dengan penerima Saguhati Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Siti Aminah Hamidin pada majlis Perdana Menteri bersama Warga RELA hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Berikutan itu, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul menghalang beliau dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.

Sementara itu, Najib berkata kestabilan politik yang jitu merupakan asas utama kepada keselamatan negara ketika berhadapan dengan ancaman keselamatan baharu dan lama ketika ini.

“Jika politik dalam keadaan tidak stabil, negara akan bergolak, sama seperti apa yang sedang berlaku di sesetengah negara seperti Syria, Tunisia, Mali dan negara Eropah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Kejayaan Malaysia Pulihkan Golongan Ekstremis, Pengganas Curi Perhatian Ketua Negara Komanwel

VALLETTA (MALTA) : Kejayaan sebanyak 95 peratus usaha Malaysia dalam melaksanakan pemulihan atau proses ‘deradikalisasi’ terhadap golongan ekstremis dan pengganas, mencuri perhatian para pemimpin negara anggota Komanwel pada Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) 2015, di sini.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Malaysia akan menganjurkan persidangan antarabangsa selama dua hari mengenai deradikalisasi bagi berkongsi pengalaman negara dalam aspek kaedah pelaksanaan, perundangan dan pendekatan, mulai 25 Jan tahun depan.

Ahmad Zahid ketika membentangkan kejayaan negara dalam memulihkan golongan tersebut pada sesi permukiman CHOGM, para pemimpin dari 53 negara anggota Komanwel melahirkan rasa minat untuk mempelajarinya dari Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia mempunyai pengalaman yang lama dan luas dalam memulihkan golongan seperti itu sejak zaman ancaman Komunis.

“Malaysia juga sudah lama menghadapi ancaman kumpulan ekstrem dan pengganas dari negara serantau bersempadanan dengan negara seperti dari selatan Thailand, selatan Filipina dan Indonesia,” katanya kepada media Malaysia, hari ini.
12291912_1264215930270819_1833019615362460973_o
Ahmad Zahid berkata kerajaan yakin akan mencapai tahap pemulihan 100 peratus terhadap golongan terbabit apabila tindakan lanjut dan terperinci dilaksanakan.

Beliau berkata perkara mengenai ‘deradikalisasi’ itu timbul ketika ketua negara membincangkan mengenai keganasan dan antara topik lain yang menjadi perhatian mereka ialah isu perubahan iklim serta migrasi.

Mengulas mengenai persidangan itu, Ahmad Zahid berkata beberapa agensi dan pihak terlibat dalam usaha memulihkan golongan berkenaan, akan dijemput.

Mereka termasuk dari Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan ulama.

Mengenai hasrat Pengerusi baharu Majlis Belia Komanwel (CYC) Kishva Ambigapathy untuk memindahkan sekretariat CYC dari Sri Lanka ke Kuala Lumpur, Ahmad Zahid bersetuju dengan hasrat itu dan bersedia membantu bagi merealisasikan impian berkenaan.

“Kami bersetuju dengan cadangan itu dan kami juga sedia berusaha untuk mencari peruntukan bagi penubuhan sekretariat itu,” katanya.

CHOGM membincangkan isu untuk ditangani seperti perubahan iklim, migrasi, ekstremisme keganasan, pemerkasaan belia, kesaksamaan gender dan hak asai manusia.

Bertemakan ‘Menambah Nilai Global’, CHOGM 2015 mahu mendapat kekuatan Komanwel dalam politik antarabangsa bagi menghadapi isu-isu global.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mustapa Yakin UMNO Boleh Rampas Kelantan Pada PRU14

KOTA BAHARU : UMNO Kelantan yakin mampu merampas kembali negeri ini dari tangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata ia berdasarkan beberapa faktor utama antaranya perpecahan dalam PAS pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini serta penyelesaian beberapa isu nasional yang turut mempengaruhi UMNO ketika ini.

“Hari ini kita dapati ada anggota PAS yang nak bersama-sama dengan DAP sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan ada yang masih setia dengan parti itu.

“Selain itu, kita sedia maklum ada beberapa isu nasional yang turut pengaruhi UMNO, namun dengan usaha-usaha yang diambil kita yakin isu-isu berkenaan dapat diselesaikan pada tahun hadapan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen UMNO 2015 di sini, hari ini.
image
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat serta Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che  Ahmad.

Konvensyen selama dua hari yang bermula semalam menghimpunkan lebih 2,000 perwakilan UMNO Kelantan.

Mengulas mengenai konvensyen berkenaan, Mustapa berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan meneliti beberapa usul yang dicadangkan oleh perwakilan sebagai persiapan menghadapi PRU14 nanti.

“Apa yang penting pelan tindakan (pada masa depan). Ada perwakilan yang memberi teguran mengenai cara kita bawa diri, ada yang cadangkan ditubuhkan sebuah institut pemikiran untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda.

“Insya-Allah kita akan perhalusi dan laksanakan cadangan-cadangan berkenaan.

Namun apa yang lebih penting, ia menunjukkan UMNO Kelantan masih lagi bersatu,” katanya.
CAPTION 4_square

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN