Monday, November 30, 2015

Bekas KPN Beri Ulasan : Charles Morais Buat Cerita Tidak Masuk Akal Dan Bodoh

Dakwaan Charles Morais mendiang abangnya, Anthony Kevin Morais memberinya pemacu USB yang mengandungi semua maklumat berkaitan siasatan terhadap pemimpin politik dianggap cerita tidak masuk akal dan cerita bodoh.

Komen itu diberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi FMT bagi mengulas dakwaan terbaharu Charles itu.

“Kenapa dia menceritakan semua ini kepada media? Buat laporan polis dan serah bukti kepada polis.

“Biar polis jalankan siasatan. Cerita yang mengatakan Kevin memberinya pemacu USB ketika dia berada di luar negara adalah cerita bodoh,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, Charles bukan sumber berkredibiliti kerana memiliki rekod kewangan tidak baik ketika menjalankan perniagaan di luar negara.

Dia mendakwa, Charles tidak dinamakan dalam wasiat Kevin menunjukkan hubungan kedua-duanya bermasalah.

Ramesh memberi tempoh tujuh hari kepada Charles untuk menyerahkan bukti kepada polis atau dia akan membuat laporan polis terhadap Charles.

Dalam Akuan Bersumpah, Charles mendakwa Kevin bertanggungjawab membocorkan deraf pendakwaan terhadap seorang personaliti politik kanan kepada Sarawak Report.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mereka Sudah Sedar LGE Bukan Untuk Memajukan Pulau Pinang. Tetapi Mentadbir Pulau Pinang Untuk Mengaut Kekayaan Negeri Menjadi Milik Keluarga

DAP berlaga sesama sendiri...mntdbir demi kekayaan keluarga bukan rakyat...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Zahid Lebih Berani Dari Muhyiddin Sanggah Kritikan Mahathir

Dalam berhadapan dengan kritikan tidak berasas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan kerajaan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi nampaknya lebih berani menyanggah kritikan tersebut berbanding Timbalan Presiden UMNO sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Entah kenapa Tan Sri Muhyiddin begitu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bila berhadapan isu ini (kritikan Tun Mahathir) walhal tidak ada keperluan pun untuk berbuat begitu.

Apatah lagi bila Tun Mahathir melemparkan dakwaan yang hampir semuanya bohong dari yang betul, patutnya mudah sangat nak membalas kritikan itu tanpa menyinggung emosi Tun Mahathir – kalau betul Tan Sri Muhyiddin bersikap seperti sekarang kerana nak menjaga perasaan bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri sendiri mengambil inisiatif dengan menjawab dakwaan Tun Mahathir kepada rakyat tanpa mengaitkan nama Tun Mahathir terlalu banyak.  Tentang 1MDB, isu tersebut sedang dikendalikan oleh Jabatan Audit Negara, ulas lebih-lebih benda yang dalam siasatan nanti, dikatakan campur tangan pulak.

Sekalipun inisiatif itu tidak mengubah sedikit pun pendirian Tun Mahathir terhadap beliau tapi yang penting disini ialah rakyat kerana rakyat yang memilih Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, bukan sesiapa yang lain sekalipun individu berkenaan rasa dia bertanggungjawab sehinga Najib jadi Perdana Menteri.

Tak kenalah kalau ketika Perdana Menteri bertungkus lumus menangkis dakyah itu kerana ia melibatkan imej UMNO/BN, Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan lebih banyak ambil langkah mengelak dari membalas kritikan tersebut, sebab itu penulis kata baik lagi Zahid.

Penulis bagaimanapun tidak berhasrat melaga-lagakan Tan Sri Muhyiddin dengan sesiapa.  Penulis hanya bercakap apa yang benar dan sememangnya tidak ada rekod menunjukkan Tan Sri Muhyiddin pernah membalas kritikan tidak berasas Tun Mahathir.  Kalau terasa begitu, penulis mohon maaf.

Yang penting sekarang ialah, desakan yang mahu melihat Tan Sri Muhyiddin lebih responsif kepada kritikan tidak berasas berkenaan timbul kerana kritikan itu sedang dijadikan bahan kempen pihak pembangkang dalam pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh untuk menjatuhkan UMNO/BN.

Akhir kalam, kita tidak minta Tan Sri Muhyiddin buat ini (lebih responsif kepada kritikan Tun Mahathir) kerana Datuk Seri Najib Tun Razak tapi kerana UMNO/BN. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Projek Mega 30B & Tambak Laut Di Pulau Pinang Membimbangkan Rakyat - ADUN BN

Usul yang saya bawa pada Sidang DUN yang baru bersurai adalah bertujuan bagi menyuarakan kebimbangan rakyat Pulau Pinang mengenai pengurusan harta dan khazanah negeri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sebagai wakil rakyat, saya adalah bertanggungjawap untuk melaksanakan tugas saya kepada rakyat yang saya wakili dengan menyuarakan kebimbangan rakyat Pulau Pinang ke Sidang DUN.

Tanggungjawap saya sebagai anak Pulau Pinang adalah untuk seluruh negeri ini.
Saya percaya Yang Berhormat Adun Tanjung Bunga yang menyokong usul saya juga berpandangan demikian. Begitu juga 5 wakil rakyat PKR yang mengambil kedudukan untuk tidak mengundi usul tersebut.

Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang, kami mahu yang terbaik untuk Pulau Pinang hari ini dan lebih-lebih lagi untuk generasi akan datang.

Terdapat beberapa keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri yang menimbulkan keraguan dan kebimbangan rakyat; antaranya:-


A. Projek Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut:
Kontrak melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) dan Rekabentuk Terperinci (Detailed Design) diserahkan kepada Konsortium Zenith-BUCG yang juga akan bertindak sebagai Kontraktor Pelaksana projek. Kos untuk dua kajian tersebut adalah lebihkurang RM305 juta ( RM 96.00 Juta merupakan kos kajian Terowong dan RM 208 Juta adalah untuk kos kajian 3 Projek Jalan-Jalan Utama) ; yang akan dibayar dengan pemberian milik tanah di Seri Tanjung Pinang (STP 1 & 2).

Sehingga kini, sebahagian pembayaran sudah dibuat oleh kerajaan Negeri dengan memberi milikan tanah Lot 702 di Seri Tanjung Pinang 1. Nilai tanah tersebut adalah berjumlah RM 135.00 Juta.

Ini bermakna yuran iktisas untuk penyediaan Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci bagi lebuhraya yang perlu dibayar tidaklah mencuckupi dengan hanya sekeping tanah diatas. Bagaimana kaedah dan dari mana wang untuk pembayaran baki yuran tersebut?

Setahu saya kajian Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar atau Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) belum siap dilaksanakan untuk projek berkenaan.

Pernah saya bertanya apa akan berlaku jika sekiranya Lapuran DEIA itu tidak menyokong projek tersebut dilaksanakan berdasarkan reabentuk terperinci yang hampir siap sedangkan pembayaran telah dijelaskan atau pemberian hak milik tanah kerajaan negeri sudah dibuat kepada kontraktor pelaksana projek yang dilantik.

Apakah tanah-tanah tersebut akan dikembalikan hak milik kepada kerajaan negeri?

Kenapa Kerajaan Negeri tidak menjalankan kajian DEIA yang dimestikan untuk projek ini sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kontraktor?

Kenapa Kerajaan Negeri mengambil risiko kehilangan tanah milik rakyat Pulau Pinang?

Berdasarkan kepada Kertas Lapuran PAC keatas Lapuran Mengenai Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong (yang dibentangkan dalam Sidang DUN), Anggaran Kos Projek Jalan Pakej 1 adalah RM 377.00 Juta, Pakej 2 adalah RM 851.00 Juta dan Pakej 3 adalah RM 757.00 Juta, menjadikan kos keseluruhan adalah RM 1,985.00 Juta.

Yuran yang agak tinggi dibayar kepada kontraktor pelaksana tetapi berisiko tanpa telebih dahulu mendapat kelulusan DEIA.
Projek ini adalah satu contoh risiko yang diambil oleh kerajaan negeri yang melaksanakan projek tanpa terlebih dahulu menyiapkan DEIA.
B. Projek Tambakan Persisiran Pantai Gurney Drive:

Kawasan persisiran pantai Gurney Drive bukan sebahagian dari kawasan yang diluluskan sebelum ini oleh Kerajaan Barisan Nasonal untuk tambakan laut dalam Projek Seri Tanjung Pinang Fasa 2.

Kerja-kerja menambak kawasan laut sekuas 131 ekar ini diberikan kepada E&O dan menjadi sebahagian dari pakej Seri Tanjung Pinang Fasa 2 sebagaimana diumumkan E&O Berhad kepada Bursa Malaysia.

Selain dari itu, terdapat sejumlah 20 ekar keluasan tambahan kepada keluasan asal semasa dibawah pentadbiran BN iaitu seluas 980 ekor (untuk STP1 dan 2). Anggaran bagi nilai tanah bagi keluasan 20 ekar setelah siap ditambun adalah lebihkurang 500.00 Juta.

Berapa pula nilai tanah bagi kawasan seluas 131 ekar apabila siap ditambun kelak dan berapa nilai kasar pembanggunan di sana nanti. Didalam sidang dewan dimaklumkan bahawa tanah ini akan diserahkan kepada kerajaan Negeri secara percuma. Saya menganggarkan kos tambakan ini adalah RM 370.00 Juta.

Ianya satu jumlah yang besar yang diberikan kepada Kerajaan Negeri ‘secara percuma’. Adakah tanah ini akan menjadi sebahagian daripada subjek perundingan diantara kerajaan negeri dan Kontraktor Pelaksana lebuhraya dan terowong. Jika dibangunkan untuk pembangunan, pastinya akan bernilai ribuan jutaan ringgit. Pastinya komposisi dan density pembangunan juga special.
C. Penambakan Kawasan Laut persisir Permatang Damar Laut/Barat Daya Pulau Pinang bagi membiayai kos Penang Transport Masterplan

Apakah kajian DEIA sudah dijalankan untuk menambakkan kawasan laut Pulau Pinang sebelum Kerajaan Negeri melantik Konsortium SRS sebagai Kontraktor Pelaksana? Jika anggaran kos perlaksanaan projek di bawah Penang Transport Master Plan bernilai RM 27.00 Billion, saya tidak boleh bayangkan keluasan laut yang akan di tambak, pastinya sangat luas dan besar. Dari berita yang saya dengar hampir 4,000 ekar.

Maka, atas kesedaran inilah saya membawa usul supaya diberi penekanan agar kajian EIA atau DEIA dilaksanakan terlebih dahulu untuk mana-mana projek yang memerlukan kajian dilaksana sebelum kerajaan negeri melantik kontraktor pelaksana projek.

Dan adalah menjadi syarat agar lapuran itu perlu dibawa kepada pendengaran awam.

Selain daripada pedengaran awam mengenai lapuran EIA, pendengaran awam yang dimaksudkan juga perlu dibuat oleh pihak kerajaan negeri bagi membolehkah anggota masyarakat mengetahui tentang projek tersebut, dimaklumkan tentang kesan-kesan ekonomi, social, pembangunan dan juga pekerjaan.

Mereka boleh memberi pandangan untuk pertimbangan kerajaan negeri kerana projek-projek baru itu akan memberi dan membawa kesan besar keatas kehidupan mereka hari ini dan masa depan.
Masyarakat secara umumnya tahu, nelayan telah nampak aktiviti pengukuran, dan NGO, antaranya CAP telah menyatakan bantahan. Semuanya menyatakan kerisauan akan kesan-kesan ekoran daripada kerja-kerja pengorekan dan penambakan laut.

Tidak juga timbul soal negeri Pulau Pinang akan muflis kerana terpaksa memberhentikan projek kerana usul saya hanya merujuk kepada Menangguh semua rancangan penambakan laut baru (lihat dikembarkan salinan USUL yang telah dikemukakan).
USUL YANG TELAH DIKEMUKAKAN dalam Sidang DUN
Saya YB. Sr. Muhamad Farid Bin Saad, ADUN Pulau Betong ingin mengemukakan satu usul di bawah Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang berbunyi Seperti berikut :-

“Bahawa Dewan Yang Mulia ini membuat satu ketetapan untuk mengarahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

A. Selaras dengan nilai pentadbiran Kerajaan Negeri yang menekankan Cekap Akautabiliti dan Telus, maka semua projek / konsesi yang melibatkan penambakan laut untuk mewujudkan tanah tebusguna bagi tujuan pembangunan sebagai gantian atau pertukaran bagi menampung kos projek pembangunan infrastuktur asas atau projek pengangkutan awam atau apa-apa tujuan pembangunan hendaklah dibentang untuk pendengaran awam terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

B. Menangguh semua rancangan penambakan laut baru bagi mewujudkan tanah tebusguna sehingga satu kajian terperinci dan oceanik serta kajian impak alam sekitar serta kajian impak sosial akibat daripada cadangan penambakan laut di seluruh Negeri Pulau Pinang dibuat dan membatalkan semua rancangan tersebut sekiranya ia memberi kesan yang negatif.

YB Muhammad Farid Saad
ADUN Pulau Betong

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Buta Ke Ketua AMK Ni ....

Aaron Aziz bintang paling popular pun dah kalah dengan KJ buat apa lagi nak jadi celebriti....... Lain kali Ketua AMK pun kena baca jarang-jarang bab hiburan tanah air...

Saya cadangkan Ketua AMK pun beralih ke bidang lain yang sesuai dengan beliau .... Beliau dilihat cukup gagal berbanding dengan ketua AMK sebelum ini ... Mungkin beliau tidak sesuai dengan politik.... 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Najib Ulas Pertemuan Nurul Izzah - Jacel Kiram

Tanpa menyebut nama Nurul Izzah,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan perbuatan individu tertentu yang adakan pertemuan dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.

Katanya perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.

"Rakyat Sabah tentu tersentuh hati jika ada sesiapa tidak hormati pengorbanan anggota keselamatan ini... mereka hilang nyawa dengan cara zalim.

"Apatah lagi kalau mereka lihat ada orang yang berbaik-baik dan kelihatan mesra dengan mereka yang mempunyai kaitan menyebabkan anggota keselamatan kita terkorban," katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap di majlis Rela bersama Perdana Menteri di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan Ahad.

Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada tindakan Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, berhubung pertemuan kontroversinya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Berikutan itu, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul menghalang beliau dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.

Sementara itu, Najib berkata kestabilan politik yang jitu merupakan asas utama kepada keselamatan negara ketika berhadapan dengan ancaman keselamatan baharu dan lama ketika ini.

"Jika politik dalam keadaan tidak stabil, negara akan bergolak, sama seperti apa yang sedang berlaku di sesetengah negara seperti Syria, Tunisia, Mali dan negara Eropah.

"Jika politik dalam keadaan stabil, soal ancaman keselamatan akan lebih mudah ditangani," katanya.

Perdana menteri berkata hakikat pada masa kini, ancaman keselamatan boleh datang dari pelbagai sudut dan penjuru, serta akan muncul dari semasa ke semasa.

Ini, katanya, termasuk ancaman pemerdagangan manusia, kehadiran pelarian serta penyebaran fahaman keganasan menerusi kumpulan pengganas Daesh.

'Daesh' adalah singkatan nama dalam bahasa Arab bagi militan IS.

Najib berkata ini memerlukan perhatian serius semua pihak lebih-lebih lagi apabila 130 rakyat Malaysia ditahan kerana terlibat dengan kegiatan itu.

"Ini bentuk ancaman yang kita perlu tingkat kesiapsiagaan bukan sahaja pasukan hadapan tetapi juga Rela dan 29 juta rakyat Malaysia untuk mendepani apa jua ancaman keselamatan yang mendatang," katanya.

Sementara itu, Najib berkata anggota Rela yang berjumlah tiga juta orang di seluruh negara bukan sahaja perlu menjadi mata dan telinga kerajaan, tetapi juga tangan kerajaan untuk menjadi benteng mempertahankan keselamatan negara.

Kata beliau, jika polis dan tentera menjadi barisan utama pertahanan negara, Rela pula adalah barisan kedua dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

"Terima kasih atas daya usaha untuk terus bangunkan Rela sebagai satu kekuatan tambahan dalam sistem pertahanan negara," katanya.

Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 10,000 anggota Rela dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, Najib turut menyampaikan sumbangan pakaian operasi digital kepada pasukan Rela daerah Pekan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Tun M Akan Hadir Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno bulan depan sekiranya dijemput.

Menurutnya, jika beliau dikecualikan daripada menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 kerana mengkritik perdana menteri, maka Umno sudah menjadi parti Najib.

 “Kalau saya dijemput, saya pergilah. Ini parti saya, bukan parti Datuk Seri Najib (Tun Razak) seorang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semalam, The Star melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Mahathir tetap dijemput menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, 10 Disember ini

Ketika diminta mengulas soal gesaan agar beliau dipecat dari parti, Mahathir berkata, beliau sebagai ahli berhak untuk bersuara dan selama ini tegurannya hanya buat Najib bukannya parti.

“Tak apalah dia (Najib) ada hak nak pecat. Tak ada sebab pun nak pecat (saya) tapi sebab dia berkuasa. Ini satu cara salah guna kuasa. Saya ahli Umno dan saya berhak dalam Umno.

“Ini bila siapa tegur perdana menteri atau presiden parti (di) buang. Jadi seolah-olah ini bukan parti Umno...ini parti Datuk Seri Najib. Siapa tegur Najib kena buang,” katanya.

Menurutnya lagi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diputuskan tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri merupakan salah satu bukti bahawa Umno sudah menjadi parti Najib.

“Ini tidak mengikut peraturan dan tradisi parti kerana orang ini (Muhyiddin) dianggap sebagai tidak bersetuju bukan dengan Umno tapi dengan Datuk Seri Najib. Sekali lagi bukti Umno sudah jadi parti Najib,” katanya.

Selasa lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing sekali gus mengesahkan bahawa Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti tidak akan berucap pada perasmian persidangan itu meskipun secara tradisi perasmian akan dibuat oleh Timbalan Presiden.

Menurut Zahid juga, MT Umno akan memutuskan sama ada Muhyiddin akan menggulung ucapan sebagai Timbalan Presiden atau tidak, kelak.

Kata Mahathir, Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti perlu hadir dan duduk di atas pentas sewaktu persidangan serta perlu diberi peluang untuk berucap kepada perwakilan-perwakilan.

“Dari segi protokol, orang nombor dua ialah Muhyiddin. Kalau dia nak bercakap, saya harap speaker (pengerusi tetap) bagi peluang kepada dia bercakap.

“Jika tidak, kita tak payah cakap tentang demokrasilah. Kalau cuma nak puji Najib sahaja baru boleh cakap, ini bukan lagi parti Umno,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Sunday, November 29, 2015

Jadikan Johor Sasaran… Kit Siang Sendiri Pun Ghaib Di Gelang Patah

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, hasrat pembangkang mahu menjadikan negeri Johor sebagai benteng pertahanan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang hanyalah satu perang saraf kepada pengikut mereka yang semakin layu terkulai.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang ketika merasmikan parti Amanah Negara (Amanah) di Gelang Patah baru-baru ini.

Jelasnya, mimpi siang hari pembangkang itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana Johor adalah ‘tempat kelahiran’ UMNO dan sudah pasti UMNO akan terus utuh di bumi Johor.

“Itu semua adalahUMNO-Johor propaganda Dap untuk meraih undi. Mereka sudah semakin terdesak untuk menawan Putrajaya. Dia boleh kata apa sahaja namun jangan fikir pihak kerajaan hanya akan berpeluk tubuh…kita tahu apa yang kita buat. Malahan kerajaan negeri juga begitu komited fokus merancang, menyedia dan menyampaikan kemudahan secara inklusif di merata ceruk di Johor.

“Bajet 2016 negeri Johor pula adalah bukti komitmen kerajaan negeri dan ia dapat sambutan yang hebat dari rakyat. Usaha kita adalah untuk pastikan pelaksanaan dijalankan dan rakyat dapat menikmatinya melalui 119 titik sentuhan yang dibentangkan.

“Pembangkang juga jangan lupa, Johor adalah kubu kuat UMNO… Ini tempat kita… takkan kita mahu membiarkan mereka rosakkan ‘rumah’ kita,” ujarnya.

Tambah Samsol lagi, Kit Siang sebenarnya sedar penyokong mereka sudah ramai yang berpaling arah dan kerana itu pembangkang  sangat terdesak untuk mempengaruhi rakyat memandangkan PRU-14 sudah semakin hampir.

“Tidak dapat dinafikan, Johor seakan menjadi penanda aras untuk pembangkang mengukur sokongan rakyat terhadap mereka.

“Sekiranya mereka berjaya menawan Johor ia ibarat mereka berjaya menjadi pemerintah negara seterusnya menawan Putrajaya. Dek kerana itulah pembangkang mengerah keringat untuk memastikan Johor menjadi milik mereka”, katanya.

Tegas beliau lagi, rakyat Johor harus menilai siap pembangkang yang hanya inginkan kuasa dan bukannya mahu membela nasib rakyat.

“Ia jelas dapat dilihat di beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai pembangkang contohnya Parlimen Gelang Patah milik Kit Siang sendiri.

“Rakyat di Gelang Patah kini bersungut kerana Kit Siang seakan ghaib selepas menang. Nasib rakyat tidak diperjuangkan. Jadi adakah kita mahu menjadikan mereka yang bersikap sebegini sebagai pembela nasib rakyat?

“Maka pada PRU-14 kelak, marilah kita beramai-ramai memastikan Johor akan terus milik UMNO demi masa hadapan anak cucu kita,” ujarnya lagi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pembangkang Pengamal Hipokrasi Tertinggi Dunia

https://i.ytimg.com/vi/k7xk1usXYw8/hqdefault.jpg
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pembangkang di negara ini berada di tahap hipokrasi paling tinggi di mana mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat mahupun Negara.

Ujarnya, setiap tindak tanduk pembangkang sentiasa ada agenda tersembunyi demi mencapai hasrat mereka untuk berkuasa dan menjadi pemerintah di negara ini.

“Mereka ini berada di tahap hipokrasi paling tinggi.  Contoh… Cerita pasal tidak mahu guna bahasa Malaysia dalam parlimen seolah-olah bahasa Inggeris itu lebih mudah dan lebih baik tapi bila bab Bible, mereka mahu pula menggunakan bahasa Malaysia. Mengapa tidak bibble itu dikekalkan terus dalam bahasa Inggeris kerana mereka suka sangat bahasa Inggeris….?

“Mereka bukan tidak mahu bercakap bahasa Malaysia di parlimen tetapi mereka mempunyai agenda tersembunyi, mereka mahu menggunakan bahasa Malaysia dalam penterjemahan Bible kerana ada agenda.

“Mereka marah bila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama datang ke negara ini tapi mereka sendiri minta agar Obama campur tangan dalam isu negara. Ini semua kerana mereka ada agenda..

“Matlamat keseluruhan mereka adaRazali Ibrahimlah untuk berkuasa tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat mahupun negara,” ujarnya.

Namun tegas Razali apa yang pasti, UMNO dan Barisan Nasioal (BN) akan pastikan agenda tersembunyi pembangkang ini tidak akan menjadi kenyataan kerana ia bukan sesuatu yang baik untuk masa hadapan anak bangsa.

“Adalah lebih baik bersusah-payah sekarang ini daripada anak bangsa menderita di kemudian hari”, katanya.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut melemparkan persoalan apakah kebaikan yang dapat dilihat kesan daripada sikap pembangkang yang ada di negara ini.

“Sekarang ini kita telah dapat melihat kesan akibat daripada wujudnya pembangkang yang semakin agresif sebegini. Jika dulu ada yang berpendapat bagus ada pembangkang tetapi jika ditanya apakah bagusnya ada pembangkang yang begini rupa?

“Perpaduan kita semakin merenggang, perbalahan, maki hamun, keji dan permusuhan semakin tinggi. Saya tidak nampak kita menuju ke arah yang lebih baik. Mungkin mereka akan menuding jari ke arah BN kerana tidak pandai mentadbir negara tetapi jangan lupa BN mentadbir negara dari dahulu. … yang baru adalah pembangkang jenis begini..,” sindirnya.

Selain itu beliau turut menyelar tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mengadakan pertemuan dengan pemberontak Filipina.

Bidasnya, melibatkan orang luar untuk merobohkan peraturan dan kekuatan negara ini sudah tentu tidak boleh terima.

“Bila kita berunding dengan orang yang pernah menyerang dan cuba menakluki negara kita sudah tentu perjumpaan itu akan menimbulkan tanda tanya.

“Bila kita minta tolong orang seperti ini, sudah pasti ia juga tidak datang percuma. Mesti datang dengan ‘harga’. Bila minta tolong dengan pemberontak daripada Filipina sudah tentu mereka juga akan minta sesuatu daripada mereka ini.

“Maka persoalan demi persoalan mula timbul dek akibat perjumpaan tersebut… Apa yang pasti mereka ini adalah pengamal hipokrasi tertinggi dunia,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Video 'Kuda Putih' Polis Trafik Jadi Viral

KUALA LUMPUR : Tanpa mengira hujan atau panas, tugas setiap anggota polis trafik tetap dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Video menggunakan kamera GoPro yang dirakamkan polis trafik yang sedang bertugas pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 kini menjadi viral di media sosial.

Video bertajuk "Kuda Putih Dalam Hujan" dimuatnaik menerusi Facebook Friends of PDRM pada Khamis dan hingga kini ditonton 74,645 kali.

Kamera GoPro yang diletakkan pada helmet anggota polis berkenaan merakamkan pasukan peronda itu mengiringi pemimpin Asean ke destinasi mereka ketika hujan.

Rakaman durasi 1.28 minit itu memberi penghargaan kepada pengguna Facebook, Khayrol Nizzam yang dipercayai anggota polis trafik yang merakamkannya.

Maklum balas kepada video itu sungguh positif dengan pengguna Facebook memuji tugas anggota polis trafik.

Pengguna Facebook, Abam Pejoi mengucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertugas sepanjang sidang kemuncak itu dan berharap mereka yang cedera akan segera sembuh.

Zulfadzli Ridzuan memuatnaik: Dalam hujan boleh macam ni punya laju, berani betul polis ni. Kalau aku ride dalam hujan laju macam ni, mau kempis jantung aku, takut tergolek. Tengok video pun dah seram.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN