Monday, March 10, 2014

Hanya Dua Individu Guna Pasport Palsu - DCA

9 March 2014


mh370
Jabatan Penerbangan Awam (MCA) mengesahkan hanya dua pasport palsu yang digunakan dalam penerbangan tersebut, bukannya empat seperti yang dilaporkan oleh media pagi tadi.

Pagi tadi Menteri Pengangkutan Malaysia, menyatakan pihaknya menyiasat identiti empat orang yang terbabit dengan pasport palsu menaiki MH370 dan mengadakan kerjasama dengan Pihak Penyiasat Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Empat orang ini merupakan dua orang penama dalam pasport yang dilaporkan tidak menaiki kapal terbang tersebut, manakala dua orang lagi ialah mereka yang menggunakan pasport tersebut untuk menaiki pesawat.
Bagaimanapun kebanyakan media salah faham dengan kenyataan tersebut menganggap ada empat pasport palsu digunakan untuk menaiki MH 370.

Penyiasat sekarang sedang meniliti rakaman keseluruhan proses menaiki kapal terbang bermula dari check-in hingga menaiki kapal terbang.

Sebelum ini Akhbar UK, Mirror, melaporkan terdapat dua penumpat pesawat MAS MH 370 yang hilang dikesan menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat. Mereka terdiri daripada seorang warganegara Itali dan seorang warganegara Austria. Kedua-dua mereka telah tampil menyatakan mereke berada dalam keadaan sihat.

Menurut laporan, kedua-dua mereka pernah mengalami kehilangan paspot ketika pada tahun lalu dan 2012.
Baca laporan penuh di Suara.tv

“Hantu Kedua” Dalam Pesawat MH 370 Didedahkan Mirror UK

Seorang Penumpang MH370 Guna Identiti palsu Paspot Itali – Mirror UK


Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment