Sunday, March 02, 2014

Tabung Haji Tambah Subsidi Akibat Kenaikan Kos Luar Negara?

2 Mac 2014


haji
Sebelum ini pembangkang menyerang Tabung Haji dari pelbagai sudut  hanya kerana Tabung Haji merupakan badan dibawah pengurusan Kerajaan.  Mereka lupa dan buat-buat lupa bahawa  Tabung Haji merupakan   sebuah institusi kewangan  yang  menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Haji. Ianya di reka khas untuk umat Islam agar tidak perlu lagi bimbang dengan   sistem bank konvensional yang mempunyai unsur riba. Namun pembangkang yang mengaku  beragama Islam masih sanggup  menyerang badan yang menjaga kepentingan Islam.

Semada Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji beliau telah dikritik dengan begitu hebat memandangkan beliau merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja sukarelawan yang dianggap membawa nama UMNO. Dendam pembangkang terhadap UMNO yang menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam menyebabkan mereka sanggup mengkritik dan menfitnah walaupun perjuangan yang dibawa oleh UMNO merupakan jihad kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara.

Datuk Azeez hanya sebagai pengerusi Tabung Haji bukannya CEO Tabung Haji namun beliau telah dikritik teruk dengan menggunakan alasan murahan yang  beliau tidak berpengalaman , kepakaran dan kelayakan sedangkan  Datuk Azeez merupakan seorang yang telah banyak terlibat dalam misi kemanusiaan dan jihad. Tabung Haji merupakan institusi yang berfungsi membantu umat Islam dengan jihad mereka yang tersendiri. Jelas pembangkang terbawa-bawa dengan isu kepentingan peribadi dan niat jahat mereka semata-mata dalam menyuarakan fitnah dan kritikan.


Kritikan pembangkang juga menyentuh isu kononnya perlantikan beliau ada kena mengena dengan hubungan akrab keluarga PM. Kononnya ia sebagai balasan atas jasa beliau menjaga “air muka” keluarga PM.  Sepatutnya kerajaan bertindak terhadap pembuat fitnah demi mengekang kewujudan fitnah-fitnah lain yang bakal menyusul. Kejahatan pembangkang perlu ndihentikan.

Demi menjaga kepentingan umat Islam maka  kos menunaikan ibadat haji tahun ini tetap dikekalkan sebanyak RM9,980 bagi seorang jemaah walaupun kos sebenar mengalami kenaikan daripada RM15,575 tahun lalu kepada RM16,115 tahun ini. Kerajaan sentiasa menjaga kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara maka umat Islam sentiasa menjadi keutamaan  dalam menentukan dasar pemberian subsidi haji yang mencerminkan  keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji negara ini.

Kenaikan kos yang berlaku diseluruh negara turut membabitkan negara Arab Saudi maka  setiap tahun ada kos bertambah seperti hotel penginapan dan pengangkutan termasuk kos penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi. Disamping itu juga  berlaku  penambahan kos mutawif setiap tahun. Namun kos untuk jemaah haji tahun ini masih kekal RM9,980.

Rakyat perlu tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan umat Islam mendapat kaedah  yang terbaik semasa mengerjakan haji. Kos untuk mengerjakan ibadat haji bagi jemaah Malaysia merupakan  antara yang termurah  namun  perkhidmatan diberikan kepada jemaah kekal menjadi yang terbaik. Tabung Haji  akan terus  memberikan  perkhidmatan terbaik dari segi pengurusan, penginapan dan pengangkutan kepada jemaah Malaysia.

Malahan  kuliah agama kepada jemaah juga akan diberikan secara berterusan.  Talian khas turut disediakan untuk jemaah yang ada kemusykilan dan boleh terus menelefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak bertugas. Tabung Haji sentiasa melihat jika ada ruang yang boleh mereka tambah baik  untuk jemaah haji.

Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :
  1. Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  2. Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  3. Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
  4. Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
Kenyataan ini adalah jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam. Ini akan menjadi satu lagi badan yang akan menjadi mangsa serangan  pembangkang kerana menjaga kepentingan umat Islam.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment