Monday, March 31, 2014

#MH370 : Isteri Zaharie Dedahkan Perangai Pelik Sebelum Tragedi?

30 Mac 2014


zaharie
Daily Mail melaporkan isteri kepada juruterbang MH370 Kapten Zaharie telah mendedahkan kelakuan aneh beliau sebelum berlakunya tragedi “kehilangan” pesawat tersebut. Sebelum ini pihak penyiasat FBI telah mengesahkan bahawa tidak menjumpai sebarang maklumat yang mencurigakan dari simulator di rumah Kapten Zaharie.

Jika mereka berpandukan kepada maklumat yang terdapat pada simulator tersebut  maka kesimpulan yang boleh dibuat  adalah Kapten  Zaharie Ahmad Shah bukanlah orang yang merampas MH370.  Polis telah merampas simulator dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk mendapatkan sebarang bukti yang berkaitan dengan rampasan MH370.

Namun dengan pendedahan yang telah dibuat oleh isteri Kapten Zaharie iaitu Faizah Khanum Mustafa Khan pula telah membuka lembaran baru dalam penyiasatan rampasan MH370.  Beliau telah mendedahkan bahawa kapten Zaharie berhenti bercakap dengan isteri beliau sejak beberapa minggu sebelum tragedi.

Kapten Zaharie seperti berada dalam dunia beliau sendiri. Beliau menghabiskan masa sendirian di dalam bilik walaupun tinggal di bawah satu bumbung. Menurut isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie lagi,  beliau kelihatan amat terganggu sejak  beberapa minggu sebelum kehilangan MH370. Walaubagaimanapun tiada sebarang nota bunuh diri yang ditemui.

Betapa terganggunya fikiran Kapten Zaharie sehingga beliau jarang bercakap dan tidak rapat dengan anak lelaki beliau. Daripada tiga orang anak beliau, Zaharie amat rapat dengan  anak perempuannya yang tinggal di Melbourne, Australia tetapi menurut Aishah, perbualan terakhir beliau bersama bapanya juga amat berbeza.  Sikap kapten Zaharie tidak seperti kebiasaannya. Dia kelihatan amat terganggu dan hilang dalam dunianya sendiri. Sikapnya bertukar menjadi pemarah dan menyendiri.

Dan menurut sumber-sumber yang lain juga Kapten Zaharie dalam dilema menceraikan isteri beliau namun beliau belum berjumpa pihak jabatan agama lagi. Namun yang paling utama belia begitu KECEWA apabila hero politik beliau Anwar ibrahim akan dipenjarakan beberapa jam sebelum MH370 berlepas.  Mahkamah rayuan telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar atas tuduhan meliwat pada 7 March. Walaubagaimanapun Kapten Zaharie tidak menghadapi masalah kewangan yang serius.

Memang kehilangan MH370 ini satu misteri yang amat sukar dirungkai. Walau bagaimana pun seorang juruterbang merupakan orang yang memikul tanggungjawab besar dalam menentukan keselamatan penumpang dan anak kapal. Oleh itu sebarang ketidakstabilan mental juruterbang sepatutnya diberi perhatian supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Satu lagi perkara yang rakyat  Malaysia perlu tahu bahawa warga DCA ataupun MAS ini majoritinya merupakan penyokong kuat pakatan pembangkang. Oleh itu kita perlu menyiasat dengan terperinci punca kerugian teruk MAS sejak beberapa tahun lalu.  Ini seolah-olah seperti perbuatan sabotaj dari dalam sehingga menjadikan ianya amat sukar dikesan.

Sepatutnya MAS boleh menjana keuntungan sepertimana Air Asia  sekiranya tiada sebarang tindakan sabotaj dari dalaman MAS itu sendiri. Namun kita boleh “baca” bahawa dengan kerugian teruk yang ditanggung oleh MAS di samping tragedi MH370 ini, akhirnya berkemungkinan besar menjadikan MAS jatuh muflis. Salah siapakah ini? Agenda siapakah ini?  Kerajaan perlu bertindak dan menyiasat dalaman MAS sebelum “penyakit” ini menjadi “barah” yang tidak lagi boleh di rawat.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment