Monday, March 31, 2014

Tony Pua dan Rafizi Ramli Cuba Menipu Untuk Selamatkan Sekolah Vernakular Cina

30 Mac 2014


tony-pua
Tony Pua mempertikaikan mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan. Katanya, isu bahasa bukanlah penyebab sebenar ibu bapa Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah vernakular Cina, sebaliknya kerana mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan yang sangat lemah selain faktor psikologi budak-budak Cina yang bersekolah di sekolah kebangsaan.
Isu bahasa bukanlah isu utama yang menyebabkan masyarakat Cina berhasrat untuk terus mengekalkan sekolah vernakular, tetapi isu mutu pendidikan yang diterima mereka di sekolah kebangsaan.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terdapat dua faktor yang menyebabkan masyarakat Cina terus menghantar anak mereka ke sekolah vernakular berbanding dengan sekolah kebangsaan.
Faktor pertama adalah kualiti pendidikan di sekolah kebangsaan yang ternyata lemah, dan faktor kedua pula adalah dari sudut psikologi pelajar bukan berbangsa Melayu itu.
“Apabila ada pelajar bukan Cina memasuki sekolah kebangsaan, mereka seolah-olah dipinggirkan, bukan sahaja dipinggirkan oleh rakan sebaya, tetapi juga guru-guru,
“Sekolah kebangsaan kini, bukan lagi sekolah untuk seluruh masyarakat, tetapi lebih tertumpu kepada sekolah kepada bangsa Melayu,” ujarnya. (Free Malaysia Today)
Manusia seperti Tony Pua atau lebih tepat lagi, orang Cina yang ada duit sentiasa melihat apa-apa sahaja yang bersifat kebangsaan di Malaysia sebagai MEMELAYUKAN CINA. Cina yang telah dimelayukan dianggap sebagai sesuatu yang hina dan memudaratkan. Justeru, apa-apa pun keadaannya, Cina perlu dikekalkan sebagai Cina. Untuk itu, sebarang usaha kerajaan untuk merapatkan jurang perkauman, akan dilihat sebagai usaha menjadikan Cina di Malaysia sebagai Melayu.

Disebabkan itulah, mereka sentiasa meletakkan diri mereka sebagai masyarakat yang bermutu. Sebarang keburukan, akan dicampakkan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Melayu dan Bumiputera yang enggan memilih Pakatan Rakyat atau mengundi DAP akan disamakan seperti manusia zaman purba yang hanya tahu bercawat, duduk atas pokok dan makan daging mentah.

Walaupun dinafikan, hakikatnya, isu bahasa dan KECINAAN yang menebal menyebabkan sekolah-sekolah vernakular Cina terus wujud di negara ini. Ditambah pula dengan tekanan dan ugutan bersifat undi pilihanraya, sekolah-sekolah berkenaan dibenarkan wujud dan diberikan bantuan serta peruntukan walaupun hakikatnya, mereka perlu bergerak sendiri tanpa wang negara bagi menjayakan Dasar Pelajaran Razak dan Dasar Pelajaran Rahman Talib yang menghapuskan aliran vernakular.

Indeks apakah yang digunakan untuk melabelkan sesuatu pendidikan itu bermutu tinggi? Adakah berdasarkan kepada bangsa atau berdasarkan kepada aspirasi bangsa? Tony Pua barangkali tidak faham tentang aspirasi negara kerana dia adalah seorang Cina yang hidup dalam kepompong Cinanya dan terlalu berbangga kerana menjadi seorang Cina. Tony Pua tidak akan faham kerana dia melihat sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan orang Cina sebagai bangsa atau kaum yang tidak bertamadun.

Sekolah-sekolah vernakular Cina sudah semakin terbukti menjadi racun dalam dunia pendidikan dan kehidupan berkomuniti negara ini. Telah terbukti menerusi krisis MH370, yang menambahkan keburukan negara adalah mereka yang lahir daripada sistem pendidikan vernakular. Yang perasan, mereka lebih pandai dari orang lain walaupun hakikatnya mereka memang buta perut dan buta kayu.

Anehnya, terdapat pula golongan Melayu yang cukup seronok menyebelahi Tony Pua dan pandangan KECINAANNYA seperti Rafizi Ramli.
Bagi Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, beliau menyifatkan bahawa terdapat banyak salah faham dan kekeliruan, terutama daripada bangsa Melayu mengenai sekolah vernakular.
“Mereka ingat sekolah vernakular ini adalah digunakan untuk meracun fikiran anak-anak Cina sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang meracun fikiran anak-anak Melayu untuk membenci Cina,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku “Masa Depan Masa Kita” yang dikarang oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim.
Malah beliau turut menjelaskan bahawa, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina bukan semata-mata inginkan anak-anak mereka belajar bahasa, tetapi menginginkan anak-anak mereka berdisiplin seperti disiplin diri, dan juga disiplin dalam menguruskan masa.
“Ternyata sekolah kebangsaan tidak  mampu dan tidak dapat memberikan pendidikan seperti ini kepada pelajar-pelajar berbangsa Cina dan Melayu khususnya,” Ujarnya. (FREE MALAYSIA TODAY)

No comments:

Post a Comment