Tuesday, March 11, 2014

MH370 : Persoalan Guna Kapal Selam Dalam Misi SAR, Sepatutnya Tidak Timbul

10 Mac 2014ts

10009815_10152036230224998_881209219_n
BILA penulis baca persoalan yang dibangkitkan pembangkang berhubung penggunaan kapal selam dalam misi Search & Rescue (SAR), persoalan nombor satu yang bermain di kepala penulis ialah, siapa pun yang bangkit persoalan tersebut bukan sebab tak faham, tapi sengaja nak bangkit kebencian kepada kerajaan.

Itu tidak begitu mengejutkan kerana antara yang mula persoalkan pun ialah pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang.  Anaknya, Lim Guan Eng sudah pasti tidak berani tanya soalan bodoh macam ini kerana dia pernah ada pengalaman menaiki KD Tun Razak – kapal selam kedua negara.

Mana ada peralatan SAR di dalam kapal yang direka bentuk untuk mencari dan memusnah seperti kapal selam jenis Scorpene yang dimiliki TLDM sekarang?

Apatah lagi ‘bukti’ yang dilampirkan balaci untuk mempertahankan hujah Kit Siang bahawa kapal selam boleh digunakan untuk misi mencari dan menyelamat kali ini hanyalah satu laporan dari AFP yang diragui kesahihanya  kerana Scorpene tidak pernah dikategorikan sebagai Search & Rescue Subs, tapi Search & Destroy subs.
IMG-20140310-WA0017
Selain itu, laporan di atas juga tidak mempunyai intergriti kerana tidak memetik kenyataan mana-mana pegawai kanan TLDM untuk pengesahan mengenai fungsi sebenar Scorpene.
Tambahan kepada itu, cuba tunjukkan bukti, negara manakah dalam dunia ini yang pernah guna kapal selam perang dalam misi SAR?  Itu yang nombor satu, nombor dua, dalam kes kehilangan MH370 sekarang, siapa boleh confirm kapal terbang itu jatuh atas darat atau jatuh dalam laut?
Kalau pun pesawat itu jatuh di atas mana-mana pulau di kawasan ia didapati hilang, apa kegunaan kapal selam – kalaupun benarlah kapal selam boleh digunakan untuk misi mencari dan menyelamat?
Sebab itulah keutamaan semua pihak sekarang ialah mengesan lokasi MH370 terlebih dahulu lebih utama dari yang lain.  Datang Kit Siang pulak bangkit persoalan yang  tidak sepatutnya timbul pun.
Tapi sebab ada yang dah termakan hasutan, maka perlu jugalah diterangkan.
Dalam nak menjelaskan isu ini, sejarah tidak kurang penting sebab sudah terbukti dalam semua kejadian pesawat penumpang terhempas ke laut, tidak ada negara pernah menggunakan kapal selam dalam misi dan menyelamat, apatah lagi suka nak disebutkan disini, bukan semua negara ada kapal selam pun.
Jadi kenapa pula dalam hal ini tentera laut dan kerajaan kita dipersoal kerana tidak menggerakkanarmada kapal selam dalam misi menyelamat MH370?
Tak payah lihat jauh, lihat saja dalam kejadian yang berlaku sekarang, adakah kita melihat mana-mana negara sahabat yang datang membantu, menghantar kapal selam masing-masing terlebih dahulu untuk mencari MH370 yang terhempas itu?
Tidak ada sebab bukan itu kelengkapan yang sesuai.  Ibarat orang tengah mengantuk, disorongkan baraapi – lebih kurang macam itu perumpamaan.
Singapura yang mempunyai jumlah kapal selam terbanyak di rantau Asia Tenggara ini pun hanya menggerakkan sebuah Submarine Rescue Vessel (ASR) – sebuah kapal permukaan (bukan kapal selam) untuk membantu misi menyelamat.
Malaysia sendiri pun mempunyai kapal dari jenis yang sama iaitu MV MegaBakti yang turut digerakkan dalam operasi kali ini.
Kesimpulan disini, jelaslah persoalan yang dibangkitkan pemimpin pembangkang seperti Kit Siang dan balacinya yang lain ini hanyalah bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja, mengambil kesempatan dari  kesedihan rakyat lanjutan dari tragedi yang berlaku.
Tapi Kit Siang sedar dia sebenarnya sedang ‘membogelkan dirinya sendiri’, menayangkan bahagian bahagian sulit yang tidak seberapa, hanya untuk diketawakan oleh ramai orang dengan membangkitkan persoalan ini.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment