Sunday, March 02, 2014

KDN Sasarkan Rumah Urut dan Pusat Hiburan OPS 6P

2 Mac 2014


zahidhamidi4
Kuala Lumpur - 2 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan Fasa 3 Ops 6P Bersepadu tidak lama lagi yang akan memberi fokus terhadap pusat hiburan, rumah urut dan spa di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, fasa itu akan dilaksanakan selepas tamat Fasa 2 operasi tersebut iaitu bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjalankan perniagaan atau digajikan untuk menjaga premis serta majikan yang menggaji PATI.

Menurut beliau, dalam Fasa 1 OPS 6P Bersepadu, seramai 6,293 PATI dan 69 majikan ditangkap dalam operasi di 915 lokasi di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 6,116 PATI telah diusir ke negara asal mereka,” ujarnya ketika ditemui dalam operasi hari pertama Fasa 2 Ops 6P Bersepadu di Jalan Silang di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment