Monday, March 10, 2014

#MH370 : Kepala Hotak Pembangkang Tidak Ada Lain, Politik 24 Jam

9 Mac 2014


MH370
DALAM seluruh negara ini bersedih dengan kehilangan pesawat MH 370 MAS sejak semalam, kajian penulis mendapati bahawa pihak pembangkang tidak menunjukkan sebarang tanda yang mereka terjejas dengan kejadian tersebut.

Walaupun ada laporan mengatakan juruterbang pesawat tersebut adalah aktivitis PKR dan dilihat dalam beberapa ceramah parti itu sebelum ini.

Melainkan lawatan calon bidan terjun (again) PRK Kajang yang baru, Wan Azizah Ismail ke Hotel Everly, Putrajaya (tempat keluarga mangsa ditempatkan), tidak banyak yang dilakukan pembangkang melainkan timbul persepsi negatif untuk bangkit kebencian rakyat terhadap kerajaan lanjutan dari kejadian tersebut.

Tapi yang lebih banyak sekarang kelihatannya pembangkang lebih sibuk menghidupkan semula perjuangan Anwar Ibrahim yang bakal dihumban masuk ke dalam penjara tidak berapa lagi setelah disabitkan dengan kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Petang tadi di Pulau Pinang, PKR mengadakan himpunan untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan membantah sistem keadilan Malaysia.  Semalam pun penuh dengan aktivti-aktviti politik, terutama majlis menamakan calon PKR di Kajang bagi menggantikan Anwar.

Adakah pembangkang ambil berat tentang kejadian malang yang menimpa MH370?  Haram..

Ini secara langsung membuktikan pembangkang tidak ada keupayaan nak ganti BN sebagai kerajaan.  Hidup mereka 24 jam hanya berpolitik tak sudah-sudah.  Siapa hidup siapa nak mati, depa bukan peduli apa pun.

Dalam kepala sekarang hanya fikir macam mana nak pastikan Anwar Ibrahim lepas dari hukuman penjara sahaja, tidak ada yang lain.  Kalau ikut jalan undang-undang, rasanya harapan dah kelam sebabair mani Anwar dijumpai sejauh 4cm dalam dubor Saiful, jadi besar kemungkinan jalan yang dipilih adalah jalan keganasan.

Malang bagi mereka, kejadian kehilangan pesawat MH370 ini telah menarik perhatian rakyat dari isu Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan meliwat Jumaat lepas.

Anwar seperti yang disebutkan Tun Daim, perlu perhatian untuk kekal relevan, bila tak dapat perhatian macam sekarang, dihantar para cybertroopers untuk semakkan media sosial dengan pelbagai andaian dan spekulasi palsu.

Wartawan-wartawan portal pembangkang pun dihantar untuk tanya soalan-soalan bodoh seperti mana semalam bila ada wartawan (dipercayai dari portal berita pembangkang) tanya soalan sama ada pejuang pejuang terlibat dalam kejadian kehilangan tersebut semasa sidang media oleh Menteri Pertahanan – apa punya bangang pun tak tahu.

Harap perhatian rakyat tidak teralih dari tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini dan lekatkan lah dalam hati inilah dia cara pembangkang dalam menempuhi kejadian yang tidak diduga ini.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment