Thursday, March 20, 2014

PRK Kajang : Khalid Janjikan Hak Milik Tanah TOL Untuk Dimungkiri

20 Mac 2014


khalid1
Khalid Ibrahim seolah-olah cuba menipu pengundi India menjelang PRK Kajang 23 Mac ini. Beliau pernah dikecam dengan teruk kerana mengeluarkan kenyataan bahawa manifesto bukan janji. Dengan erti kata lain, segala janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang dalam mana-mana pilihanraya besar atau kecil hanyalah sekadar janji-janji palsu sekadar untuk mendapatkan undi.

Pakatan Pembangkang telah meneraju Selangor hampir dua penggal.  Mereka cuma berjaya memenuhi kurang dari 50% daripada janji-janji mereka. Kini dalam kehangatan kempen PRK Kajang Khalid Ibrahim dengan “muka tebal” sekali lagi menabur janji palsu. Malahan tindakan beliau kali ini lebih drastik dan terdesak apabila beliau mengeluarkan kenyataan    kononnya tanah TOL boleh ditukar hak milik. Ini  amat bertentangan dengan seksyen 65 Kanun Tanah Negara yang menyatakan bahawa tanah TOL tidak boleh ditukar  hak pemilikannya.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut semasa berceramah di Pangsapuri Seri Indah , Kajang.  

Sebelumini pula Kerajaan Pakatan Selangor telah membuat kenyataan akhbar  memperkenalkan program kononnya bagi meringankan bebanan pemegang pajakan untuk memperbaharui pajakan tanah rumah kediaman mereka.

Kononnya Program itu menawarkan bayaran premium sebanyak RM1,000. Sebelum ini premium pajakan tanah rumah kediaman adalah  berdasarkan kepada  nilai hartanah.  Walaubagaimanapun  pemilik hartanah kediaman terbabit dikenakan bayaran penuh sekiranya berhasrat menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga. Namun sekiranya mereka mahu pindah milik kepada waris mereka anak atau cucu  maka  mereka juga akan  mendapat keistimewaan dalam program ini.

Berbalik kepada ceramah Khalid Ibrahim pula, beliau telah menjanjikan untuk memberikan geran kepada mereka yang selama ini menduduki tanah tol. Bayaran yang dikenakan dalam proses ini cuma RM1000 sahaja.  Dengan proses yang kononnya cukup  mudah dan murah ini maka mereka yang menduduki tanah TOL selama  lebih kurang 15 tahun bakal  mendapat hak pemilikan ke atas tanah TOL tersebut.

Malahan mereka kononnya boleh mewariskan kepada anak cucu mereka. Hakikatnya tanah tol tidak boleh berpindah milik semudah itu. Hak pemilikan tanah tertakluk kepada akta Tanah dan Galian. Dengan erti kata lain Khalid Ibrahim cuba menipu rakyat  pula menjelang PRK Kajang ini.

Sesungguhnya penduduk Kajang perlu mengambil iktibar dari Tragedi Kampung Buah Pala.  Janji palsu yang sanggup ditaburkan oleh Pakatan Pembangkang dalam keadaan rakyat terlalu mengharap sesuatu yang mustahil akhirnya akan memakan diri mereka sendiri.  Rakyat perlu membuat pilihan samada mereka mahu untuk terus ditipu oleh pakatan Pembangkang atau pun memilih untuk tidak ditipu dan dimanipulasikan oleh mereka.

Barisan Nasional sentiasa cuba memenuhi segala janji-janji yang mereka lafazkan. Dan setakat ini lebih dari 90% janji-janji Barisan Nasional telah berjaya ditepati.  Manakala bagi Pakatan pula mereka telah nyatakan dengan jelas bahawa segala janji-janji pilihanraya tidak perlu mereka tepati.  Madu ditangan kanan mu.  Racun ditangan kiri mu.  Barisan Nasional dengan janji ditepati. Pakatan janji untuk di ingkari. Pilihlah dengan bijak kerana ini melibatkan untung nasib rakyat Kajang sendiri.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment