Monday, March 31, 2014

Saya Pernah Tolong Anwar Ibrahim - Raja Bomoh

17 Mac 2014


anwar bomoh 4
Kuala Lumpur – Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menggunakan isu ‘Raja Bomoh’ ketika berceramah di Kajang menimbulkan kemarahan Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Menurutnya tindakan tersebut tidak wajar kerana walaupun pilihan raya ini bagus namun jangan menggunakan namanya untuk meraih populariti.

Ibrahim turut mendakwa, Anwar adalah jenis ‘kacang yang lupakan kulit’ kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.

“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.

Berita penuh dan klip video sila lawati www.suara.tv

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment